Sunday, November 8, 2009

MUNCUL KEMBALI (485)

(bahagian 3) Jangan cederakan akidah kerana bai'ah

RAMAI yang telefon, SMS dan email saya, di antaranya adalah yang mendakwa sering membuat komen terhadap posting-posting saya meminta supaya apa yang saya garapkan tentang bai'ah Pas adalah tidak benar dan ianya suatu fitnah besar terhadap perjuangan Pas, sebuah parti Islam (?).

Kononnya periha bai'ah menjadian mereka tergamam, khuatir, takut dan rimas untuk mebripandngankerana rata-rata kononnya tidak cukup ilmu untuk membuat penilaian tentang wajar atau tidak bai'ah seperti itu oleh Pas yang semacam memaksa sedangkan tidak ada paksaan dalam Islam.

Saya sendiri masih berharap supaya perkara itu tidak benar dan ianya barangkali sekadar salah faham. Walaupun saya bukan orang Pas tetapi saya tidak membenci Passebagaimana saya tidak membenci Umno. Kalau boleh saya mahukan orangMelayu menyayangi kedua-dua berkenaan parti kerana kedua-dua partimilik bangsa mereka.

Dengan orang lain barangkali kita akan dijadikan sahabat, boleh berpelukkan dan bergurau senda serta bemuka manis ketika dalam keadaan senanglinng, aman makmur. Bila susah, hanya kita sesama kita yang akan saling mengerti dan yang akan sanggup sama-sama susah dn mempertaruhkan nyawa dan darah.

Tetapi hakikatnya tidak mungkinpendedahan mengenai bai'ah suatu fitnah kerana beberapa pemipin Pas sendiri memperakukannya. Kalau pemimpin Pas yang mendedah atau yang memperlakukannya bercakap tidak benar dan berniat jahat, maka tidak benar dan berniat jahatlah jadiknya laporan mengenai bai'ah.

Berikut adalah lapaoran terbarumengenai bai'ah;

lsteri menangis, suami menggigil

Oleh saiful haizan hasam
saiful.hasam@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 8 Nov. - Terdapat isteri calon wakil rakyat Pas yang menangis dan menggeletar pada majlis bai'ah apabila mendengar ikatan perkahwinan mereka dijadikan bahan tebusan demi kepentingan politik kepartian yang sempit dan jumud.

Gelojak rasa itu turut dikongsi si suami yang menggigil sewaktu mengangkat bai'ah yang memberi kata dua sama ada terus setia kepada parti atau bercerai talak tiga dengan isteri.

Debaran dan suasana hiba pada majlis bai'ah Pas itu didedahkan oleh Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin (gambar) selepas mendengar pengakuan daripada beberapa wakil rakyat parti itu.

Malah kata Zulkifli, wakil rakyat terbabit juga meminta bantuannya supaya membawa isu bai'ah itu ke tengah selepas ia menjadi perdebatan umum apabila disahkan oleh Ahli Parlimen Pas Shah Alam, Khalid Samad, Khamis lalu.

Katanya, mereka sudah tidak mampu menanggung bebanan yang dipikul tetapi tiada kekuatan untuk mendedahkannya kerana takut dikutuk dan dikenakan tindakan.

"Mereka meminta isu ini dibincangkan supaya tindakan segera dapat diambil dan kemungkaran yang berlaku dapat dicegah.

"Mereka berharap apabila isu ini terdedah, maka ada jalan keluar buat mereka dari ikatan bai'ah dan sumpah ini," kata Ahli Parlimen dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dalam laman blog beliau http://zul4kulim. blogspot.com/.

Zulkifli memberitahu, beliau lebih terkejut apabila diberitahu dasar bai'ah talak tiga itu diluluskan dan direstui kepimpinan Pas.

Katanya, beberapa tokoh parti yang dihubungi bukan sahaja tidak berasa bersalah dan berdosa dengan bai'ah itu, malah mempertahankannya dengan alasan-alasan yang dangkal lagi memualkan tanpa sandaran kepada al-Quran, sunah Rasulullah mahupun amalan para sahabat.

Sebaliknya jelas beliau, ia sekadar dasar yang berpaksikan kepada alasan dan sandaran akal dangkal semata-mata.

"Inilah apa yang saya labelkan sebagai mempertuhankan politik, mempertuhankan demokrasi.

"Apakah kita terlalu taksub dengan politik sehingga sanggup menggadai kesucian, kemuliaan dan kemurnian perkahwinan sebagai bahan gadaian politik," katanya.

Mengulas lanjut Zulkifli berkata, dasar tersebut umpama kembali ke zaman jahiliah dengan menjadikan wanita sebagai bahan dagangan, pajakan dan gadaian.

"Tidakkah kita sedar bahawa perceraian adalah perkara halal yang paling dibenci Allah dan kita jadikan perkara yang paling dibenci Allah ini sebagai dasar bai'ah dan sumpah taat setia," katanya.

Beliau turut mempersoalkan kenapa bai'ah taat setia Pas itu tidak dibuat dalam bentuk lain seperti bersumpah laknat.

Dengan cara itu katanya, semua wakil rakyat diyakini akan berfikir banyak kali sebelum bercadang melompat parti.

"Bagaimana rakyat nak meletakkan harapan dan kepercayaan untuk kita memimpin dan memerintah negara jika kita sanggup menggadai dan menjadikan isteri dan perkahwinan kita sendiri sebagai gadaian politik?

"Apakah kelak bila menjadi kerajaan Persekutuan dan memerintah maka semua pegawai dan kakitangan kerajaan akan dipaksa bai'ah menceraikan isteri mereka jika tidak taat kepada kerajaan," katanya.


Bagi saya isu bai'ahadalah mrupakan bom jangka, gempa bumi dan tsunami bagi Pas. Tidak ramai pendukung dan penyokong Pas yang tahu tentangnya kerana ianya menjadi ikrar/sumpah setia wakil-waki rakyat sahaja. Yang tidak pernah menjadi wakil rakyat pasti tidak tahu mengenainya.

Kemungkinan juga ada di antara isteri-isteri wakil akyat yang tidak tahu mengenanya, malah ada kemungkinan para isteri tidak akan izinkan suami mereka bertanding jika mendapat tahu tentang baiah itu. Bukan semua wakil rakyat bertanding dulu kerana mereka mahu bertanding, tetapi disuruh, diinta dan seakan dipaksa bertanding.

Ada sesetengah wakil rakyat bergantung kepada kekayaan isteri untuk melancarkan tugas kewakil-rakyatan, terutama yang berkaitan dengan soal kewangan. Kalau tepaksa bercerai kerana bai'ah, tentulah wakil rakyat berkaitan yang akan susah.

Jika dilihat kepada bai'ah itu, wakil-wakil rakyat yang menggagas dan menyokong gagasan kerajaan perpaduan sudah tergolong dalam golongan mengkhianati perjuangan. macm mana hubungan dengan isteri dan isterimasing-masing?

Bagaimana dengan individu dan puak yang bertanggungjawab dalam mewujudkan puak dan menyokong usaha mewujdkan puak, mendesak dan menyokong desakan supaya presiden, timbalan presiden dan tokoh-tokoh besar lain dalam Pas supaya letak jawatan, apakah ianya bukan bernama mengkhianati parti? Macam mana kedudukan hubungan dengan isteri masing-masing?.

Kerana itulah kita disuruh berpada-pada dalam semua hal, jangan berlebih-leihan dan keterlaluan. Demikian juga dalam berpolitik. Keyakinan sengoti kena dibina bahawa kalah-menang, lemah kuat parti yang kita dukung dan sokong terpulang kepada sejauh mana usaha yang dibuat, selepas itu terpulang kepada suratan dan takdir-Nya.

Apa perlunya bai'ah kalau sudah parti yang kita dukung dan sokong benar-benar selari dengan Islam. tidak akan ada orang Islam yang akan lari dai Islam, malah bukan Islam juga akan ikut sama mahu merasa tempias keadilan Islam.tidak perlu paksaan untuk itu,

Bila dipaksa menjadikan setiap wakil rakyat TERPAKSA terikat dengan bai'ah yangmelibatkan ikatan suci perkahwinan, secara tidak langsung akan dengan jelas menampakkan betapa kecurigaan dan ketidak-yakinan tehadap istiqomah dalam perjuangan Pas merupakan suatu anacaman besar kepada parti itu.

Saya lebih suka menekan kan dari sudut akidah kerana ianya adalah pokok dan kunci kepada Islam, keimanan dan ketakwaan.Bila akidah tercedera maka dengan sendirinya keislaman, keimanan dan ketaqwaa seseorang akan turut sama tercedera.

Sebagaimana persepsi bahawa Pas itu Islam dan islam itu Pas perlu dibuat pindaan untuk mengelak dari kecderaan akidah, maka hal-hal yang berkaitan denan bai'ah juga perlu perlukan pandangan dan fakwa pakar hukum yang tidak ada kepentingan politik demimengelak dari kemungkinan kecederaan akidah para pendukung dan penyokong Pas.

Sama-samalah tangani isu ini dengan rasional, kepala yang dingin dan hati yang sejuk!

6 comments:

Hydzelan Hashim said...

Sama ada baiah setia terhadap parti dengan cara menta`liq isteri jika melompat parti dilakukan dalam PAS saya tidak begitu pasti sebab saya bukan wakil rakyat PAS. Tapi sekiranya ia benar-benar dilakukan oleh wakil-wakil PAS,hukumnya adalah harus dan tidak bercanggah dengan syarak. Malah ia adalah wajib dipatuhi demi menjaga kemaslahatan jamaah.

Mat 4 Thanawi said...

Pernahkah perkara yang sama dibuat oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat? kalau ada mana dalil nasnya?

Bai'ah memang dibolehkan, tetapi menta'liq jatuh tiga talaq itu dibolehkan atau tidak.

Bukankah ianya bersifat memangsakan isteri dan isteri-isteri? Suami yang buat peangai kenapa bini dan bini-bini yang kena tanggung padah?

Anonymous said...

Beratus2 tangkapan ISA ... tiada melalui proses mahkamah ... tiada sahih disabitkan atas bentuk kesalahannya... bertahun-tahun didalam tahanan ... terpisah dari seluruh keluarga, semua terseksa jiwa raga menjadi mangsa ISA & fitnah UBN iaitu isteri/isteri2 tanpa pelindung, anak2 kecil, ibu bapa yg tua bangka, .. dll ... HALALKAH wahai puok2 UMno... quran & hadis mana demo ambik weh?? Contoh klasik, Fitnah UMNO terhdp Anwar Ibrahim sejak 1998 sampai loni ... lebih 10 tahun tak berenti2 .... Anwar minta kesnya dibicara mengikut proses perundangan syariah/ hudud di sepikan....

Mana yg lebih parah Bai'ah PAS atau Fitnah Umno ??? ....auta .. auta..

john said...

-kalu dae tok suko ko pas tu mace2 la buatnyo..loh gi lah..selagi pas ikut syariat islam..ambo tetap memilih pas...baiah tu perkaro kecik bandingnga fitanh umno!

Waklog worih Pak Dogol said...

Bakpo bila terkapik dok sendeh ke Umno slalunya. Umno dah kira tak masuk book dah. Masalahnya kita dalam Pas ni lagu mana. Kalu hak parti buat tak sama dengan hak Rasulullah s.a.w buat tak 'kan kita nak kata betul dan sokong juga.

Bukankah surah al-Asyr suruh kita saling tegur menegur, ingat memperingatkan. Tak kira Pas ke begapo parti, kalau buat hak Rasulullah s.a.w. ta pernah buat dan tak pernah suruh, mana buleh. Kita nak biar jelas. Buleh ke tak buleh.Selari dengan Isla ke tidak apa hak pas buat mugo kita kata parti kita parti Islam. Jangan rujuk Umno, rujuk Quran dan hadis baru betul.

Kalau bai'ah boleh jatuh talak tiga ke atas bini dan bini-bini memang buleh, rujukan ayat Quran mana,hadis mana,biar jelas. Musuh cari kesilapan kita, tugas kita pula kena elak dari melakukan kesilapan. Bila ada teguran, jangan dok mudoh tuduh orang hak egur tu Umno selalu. Pah jangan dok ingat orang Umno jahil belaka. Kalu beraso lagu tu begapo pun kita sanggup buat kerana kita ingat orang lain tak reti hukum hakam.

Soal bai'ah ppelek 'kan ni tak padan dok berhujah dalam blog, kena mursyidul am atau presiden Pas yang buat kenyataan,baru padan, Ini isu besar. Biar mereka hujjah dengan Quran dan Hadis baru kita orang Pas tak keliru.

Jong Pecah said...

Serupo la jugokklu dae tak suko ko Umno, hak molek pun kato tok molek,hak puji Tan Sri Harunsani tukar dengan benci, kalu Nik azix asuk Umno pun Nik Aziz akan dianggap jahil. Pada hal sebelum sebagai bertanding calon Pas, Nik Aziz tu kkijo dengan Umno, jadi guru sekolah buta. Deo kaba ko tidak.

Kawe takleh nak kato statik dengan parti mana-mana.Kalu nampakpart man betul stesen dengan Islam parti tu 'lah kawe sokong, kalau tak berapa betul stesen, kawe mufarakah dan kanjar dulu, kawe toksir berpoitik secara fanatik dan jumud