Kelab penyokong patut anjurkan kursus kepada penyokong
SAYA tidak berapa minat sukan. Masa bertugas dengan BERNAMA dulu (di samping saya yang sediakan skrip berita untuk stringer TV3 Kelantan) saya sebolehmungkin mengelak dari menerima tugas membuat liputan. Ini adalah kerana pada setiap kali membuat liputan perlawanan, Kelantan tidak pernah menang.
Tetapi oleh kerana kebetulan tempat tinggal saya dekat dengan Stadium Sultan Muhammed Ke-IV, saya yang sering diberi tugas membuat liputan dan saya terpaksa menerimanya. Seingat saya belum pernah sekali pun semasa saya buat liputan Kelantan menang.
Kerja saya jadi mudah. Saya akan tulis nama pasukan yang lawan Kelantan dengan menyebut kalahka Kelantan.........dengan gol. Gol pertama pada mini ke.....diperolehi melalui.......... dan terus hantar flas (keputusan awal) ke HQ sebaik sahaja wisel penamat dibunyikan.
Kerana itu saya tidak bercadang untuk membuat ulasan tentang perlawanan Kelantan-Negeri Sembilan walaupun dua menatu saya yang meminati bola berkereta ke Bukit Jalil dan ketika berkedudukan 2-0,masing dah telefon kepada isteri masing-masing yang berada di rumah bersama anak masing-masing bahawa mereka berdua sudah pun berlepas balik membawa rasa kecewa yang amat mendalam.
Kononnya permainan pasukan Kelantan terlalu ewek, malah ianya bukan wajah sebenar pasukan Kelantan. "Bokali pemain Kelntan mabuk lampu, abah" kata seorang meantu saya yang rasa bersalah menjual baju berwarna merah kepada para pemainan Kelantan. Mereka berdua adalah peniaga pakaian.
Saya sendiri melihat kekalahan Kelantan apabila ketika pasukan Negeri Sembilan menerima menerima tendangan sudut pertama, pemain yang mengambil tendangan sudut nyaris-nyaris terkenal lontaran botol air minuman. Saya tinggalkan tv dan menegaskan bahawa kalau menang pun saya tidak akan bangga sebagai anak Kelantan.
Saya sebagai orang tua mahu melihat permianan yang berkualiti dan penuh semangat kesukanan, menang secara bersih. saya yakin pemain-pemain profesional seperti Indraputera pasti kecewa dan tertekan dengan lagak dan gaya penonton yang tidak bertamaddun. padahnya pemain Kelantan terpaksa lebih berhati-hati di padang. Kerana itulah pemain Negeri sembilan yang lebih banyak terima kad kuning dari Kelantan.
Apa yang berlaku di padang akan menentukan apa yang berlaku di kalangan penonton yang 'over yakin' kerana jumlah yang ramai. Bagi saya kekalahan Kelantan adalah berpunca dari sikap penonton yang boleh mengamuk tetapi padahnya KAFA yang akan kena tindakan. Kelantan bukan yang perlukan Piala Malaysia tetapi perlu beraksi pada musim akan datang.
Mengebar bendera parti, membawa masuk mercun dan mewujudkan suasana bagaikan medan perang,malah sangup melakukan kebakaran di satdium adalah merupakan perbuatan diluar kewarasan yang boleh mengaibkan baka Kelantan walaupun di mana mereka berada. Baka Kelantan bukan mengharapkan penyokong tunjuk 'gon', mereka mahu penyokong tunjuk sikap profesional dan bermoral tinggi sesuai dengan status negri Kelantan sebagai Negeri Serambi Mekkah.
Melihat kepada keadaan penyokong Kelantan yang rata-rata dari jenis 'tayar takdok bunga' dan jenis 'basikal putus tali break' saya yakin untuk musim akan datang, Kelantan akan kehilangan pemain berwibawa seperti Indraputera dan peneraju persatuan berwibawa seperti Tan Sri Annuar Musa. Perjalanan pemain masih panjang, perikuk nasipelu perlu dijaga.
Kalah-menang adalah adat dalam perlawanan. Bentuk sokongan, moral penyokong dan sikap menyokong akan menentukan corak permainan di gelanggang. Para pemain tidak boleh terlalu ditekan dengan bebanan kena menang sedangkan pihak lawan bukannya pasukan sebarangan. Bila terlalu ditekan dan tertekan, pemain akan hilang fokus.
Sebaik sahaja wisel memulakan perlawanan sudah pun bekumandang letupan mercun dan kibaran bendera parti yang tdak sepatutnya dibawa masuk ke dalam bidang kesukanan, macam mana para pemain nak fokus. Kelab penyokong patut ada kursus untuk displinkan para penyokong supaya mereka profesional dalam memberikan sokongan.
Saturday, November 7, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
-setuju nga abe li kali ni...tok guru ulas dok ari tu..jange bowok mercun nga ddero parti..doh nok buat guano..bukae semuo hok mari tu cerdik belako...keno belaja tuh...apopun cobo logi....tahniah utk kelate dari john.
Salam.memang betul tu.sepatutnya penyokong kelantan lebih bersikap pro didalam bidang kesukanan ini. NS sebelum ini pun pernah beberapa kali ditimpa kekalahan tapi kerana semangat kesukanan penyokong NS yang tinggi,belum pernah terjadi insiden2 yang boleh memalukan negeri kami.bukankah kalah dan menang adat pertandingan?sikap teladan menunjukkan arus mentaliti seseorang..
Ambo malu ngan set kelate. Doh la kelate kaloh (adat main - kaloh mene), tapi malu sangat ngan penonton. Dop cidik lansong. Peranga udoh. Buke semua, ramai lagi hok cidik, tapi gat..busuk namo penyokong kelate serta negeri kelate dengan perangai kakah siamang duo tigo kerat.
Buleh jadi dop lamo lagi, kerusi duduk dale stadium hok ada set kelate, kena bubuh pagar sekeliling. Supo pagar beruk.
Ramai ore pakat kata, kelate masih baru lagi, baru nk naik. Masuk akhir pon kira menang dos. Tu la, pakat tok leh terima. N9 bubuh gol, pakaat ngamok..padahal masa tok abis lagi. Kalu lah pakat2 sokong molek, dop jadi kelang kabut pemain kelate. ni dop..pakat bue tekene ko pemain, koho kalut demo tu.
Apapun, tahniah ko N9 sbb menang. N9 pon banyok kali dos jadi Naib Juara.
Setuju ngan abe ramli, kito buat pasukan sorak sendiri.
Dop tau berapa rial la KAFA kena denda. Lamo kang, duit jualan tiket abis ko bayar denda. Gaji pemain Annuar bwk kuar duit sendiri.
Wassalam
john...
demo g tak tgk bola hr tu??
kl demo g gak demo th la huduh stara mana perangai puak2 pas ni..dgn cat muka dera pas,dgn kibar dera pasnya,dgn pki luar pendeknya,pastu gak perangai serupo setan..demo tgk gp org2 pas duk wat ko org n9 yg mr dgn lrt..tu blako budaya sek pas mse ngundi tu..dgn pas piah pas tu duk melaung srupo org gle ko org n9,duk sumpah seranah..pekong botol..wat napar org n9 pun ada..bodo lajok nah org pas ni..kawe caya kl la ada org n9 hok duk sokong pas yg lalu di laluan lrt tu..mati hidup blk sek dia xsokong dah pas..sbb br tahu betapo bengongnya otak org pas ni..
Takut nyo baham tuak masam dulu sebelum masuk stadium. kalu tidak, tak 'kan jadi begitu moore. Mcam tak kaba. Buat cederakan..... (pinjam kata abang MKJ)....CEDERAKAN imej/jolokan Negeri Serambi Mekah
Post a Comment