(BAHAGIAN 2) Jangan cederakan akidah kerana bai'ah
DALAM posting MUNCUL KEMBALI (481) saya masih ragu-ragu tentang kesahihan bai'ah yang boleh menyebabkan wakil-wakil rakyat yang mengkhianati parti akan jatuh talak tiga ke atas isteri-isteri mereka.
Saya mengandaikan media yang melaporkan mengenainya salah laporan atau salah faham tentang bai'ah manakala Setiausaha Badan Perhubungan Pas Negeri Selangor, Mohd. Khairuddin Othman barangkali berniat tidak baik terhadap Pas. (Saya minta maaf kerana berpersepsi penuh prejudis terhadap beliau).
Andaian saya itu terbukti tidak benar, apabila pimpinan Muslimat Pas dilaporkan berpendirian sebagaimana laporan berikut;
Muslimat Pas pertahan bai'ah
KUALA LUMPUR 7 Nov. - Dewan Muslimat Pas hari ini mempertahankan amalan bai'ah atau sumpah taat setia talak tiga terhadap isteri wakil rakyat parti itu yang melompat parti.
Selain membela wanita, Dewan Muslimat turut menyifatkan amalan bai'ah itu dapat menguatkan azam pemimpin Pas yang menang pilihan raya untuk terus komited kepada perjuangan parti.
Ketua Dewan Muslimat Pas, Nuridah Mohd. Salleh menegaskan, pihaknya tidak menolak amalan itu kerana sangat memahami mengapa bai'ah tersebut dilakukan iaitu demi memperteguhkan parti.
"Kami sangat setuju dengan bai'ah ini, ikrar ini bukan bermakna mereka tidak sayang tetapi satu istiqamah terhadap parti, perjuangan ini satu amanah.
"Bagaimana mereka kasihkan isteri, begitu juga mereka perlu kasih parti... sama kasihnya," kata beliau kepada Mingguan Malaysia semasa ditemui pada Seminar Memperkasakan Parti Pas di markas parti itu di Taman Melewar, Gombak di sini hari ini.
Beliau mengulas laporan muka depan Utusan Malaysia mengenai pendedahan beberapa pemimpin Pas tentang bai'ah talak tiga itu yang akan jatuh ke atas isteri wakil rakyatnya yang mengkhianati parti itu seperti melompat parti.
Setiausaha Badan Perhubungan Pas Selangor, Mohd. Khairuddin Othman berkata, beliau sendiri pernah melakukan bai'ah semasa dipilih sebagai calon pilihan raya untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih dan DUN Paya Jaras tahun lalu.
Beliau berkata, bai'ah itu yang disediakan Dewan Ulama Pas akan dibaca beramai-ramai di hadapan Pesuruhjaya Pas negeri sebelum pilihan raya berlangsung.
Mengulas lanjut, Nuridah berkata, amalan bai'ah ini diperkenalkan kepada calon Pas lelaki sejak pilihan raya 2007.
"Saya tak rasa wanita direndahkan. Ini merupakan satu cabaran kepada pada muslimin. Ia bukan menggalakkan penceraian, ia satu pengorbanan. Mereka tidak boleh 'main-main' masuk parti Pas yang berjuang memperteguh syiar Islam.
"Saya melihatnya positif. Media jangan 'main-main' dengan isu ini," katanya.
Turut bersetuju dengan pendapat beliau ialah Naib Ketua Dewan Muslimat Pas, Senator Mumtaz Md. Nawi yang menyifatkan amalan tersebut menjadikan wakil rakyat Pas lebih menyayangi isteri serta tidak berani memungkiri janji yang mereka ikrar sendiri.
"Ini pembelaan kepada wanita. Janji tetap janji. Apa pula pelik? Taklik kalau keluar pintu pun jatuh talak. Inikan pula keluar perjuangan Islam, lepas habis tempoh nak lompat, lompatlah.
"Kenapa pula orang nak bising. Taklik itu sah. Kalau tak sanggup tak ada orang paksa jadi calon," katanya.
Jelasnya, semua wakil rakyat Pas memahami Islam dan mereka tidak ada masalah untuk memahami mengapa bai'ah dilakukan oleh parti.
Ekoran dari itu timbul pertanyaan dalam otak kepala saya, betapa rendahnya tahap kepercayaan dan betapa tingginya tahap kecurigaan orang Pas terhadap sesama sendiri sehingga terpaksa diciptakan ragkai kata bai'ah sedemikian rupa.
Bai'ah itu bukan sahaja mempertaruh dan memperjudikan bini-bini tetapi juga anak-anak kepada bini-bini. Kepada wakil rakyat yang bininya sudah tua dan kecut serta tidak sedap kelih lagi mungkin tidak berapa kisah sangat, kalau jatuh talak pun ada peluang untuk berbini baru.
Bini baru tentulah bukan sahaja lebih muda dan dan lebih cantik kerana lamaran akan dibuat atas nama wakil rakyat atau exco berbanding dengan dulu bini dilamar atas nama ustaz sekolah agama rakyat, imam atau pendakwah bebas.
Tetapi macam mana dengan wakil-wakil-wakil rakyat yang bininya masih muda, apatah lagi yang baral tok syeikh misalnya. Mau gila talak dibuatnya gara-gara bai'ah kerana bai'ah disebut secara umum, bukannya kerana lompat parti. Asal saja apa yang dilakukan bersifat mengkhianati parti, maka akan jatuhlah talak tiga terhadap bini-bini.
Bukankah perlakuan bergewan dengan bini orang atau pun dengan yang masih anak dara yang terlibat dalam kerja-kerja parti atas nama muslimat yang jika terdedah kepada umum boleh menjejaskan imej dan reputasi parti juga bersifat mengkhianati parti dan boleh terkategori sebagai melanggar bai'ah dan boleh menyebabkan jatuh talak tiga ke atas isteri-isteri?
Mungkin tujuan bai'ah adalah untuk elak dari kemungkinan berlaku lompat parti tetapi dari sudut moralnya, umum akan melihat betapa rapuhnya itiqamah dan nipisnya ketahanan iman orang Pas dalam perjuangan sehingga terpaksa DIPAKSA setia melalui bai'ah.
Paling penting macam mana dari sudut hukum hakamnya. Apakah bai'ah sedemikian dihalalkan atau ianya akan mencabuli hukum hakam dan boleh mencederakan akidah?. Hal-hal sebegini patut dibahaskan oleh pimpinan Pas supaya tidak berlaku yang disangka apa yang dilakukan itu adalah perlakuan ahli syuga tetapi sebenarnya apa yang dilakukan adalah perlakuan ahli neraka.
Mufti Kerajaan Pperak yang dulunya disenangi oleh orang Pas tetapi kini menjadi antara mufti yang dibenci oleh orang Pas berpendapatan sebagaimana berikut;
Bai'ah aniaya isteri
Oleh SITI MARIAM MD. ZAIN
utusanperak@utusan.com.my
IPOH 7 Nov. - Amalan bai'ah untuk kepentingan politik seperti dilaksanakan oleh pemimpin Pas adalah perbuatan yang menganiaya isteri sendiri.
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, di dalam Islam, penceraian tidak berlaku berdasarkan bai'ah tertentu tetapi apabila suami melafazkan taklik terhadap isteri.
''Ini masalah politik, kenapa soal politik kita nak menganiaya isteri pula," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Harussani diminta mengulas pendedahan beberapa pemimpin Pas bahawa dalam bai'ah atau sumpah taat setia, talak tiga akan jatuh ke atas isteri pemimpin Pas yang mengkhianati parti itu seperti melompat parti.
Menurut mereka, bai'ah itu telah lama dilakukan dan akan dibaca oleh semua calon yang bertanding dalam pilihan raya di hadapan Pesuruhjaya Pas negeri bagi menjamin kesetiaan mereka.
Utusan Malaysia hari ini melaporkan reaksi negatif daripada banyak pihak terhadap bai'ah yang diamalkan sesetengah pemimpin Pas itu yang disifatkan sebagai menindas kaum wanita.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Jamil Khir Baharom berkata, penceraian bukan perkara main-main kerana boleh membawa kemudaratan kepada keluarga yang tidak berdosa.
Walaupun majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita-Wanita Malaysia (NCWO) melalui Prisedennya Prof. Dtuk Dr Syarifah Habsah Syed Hasan Shahabuddin turut meberi pandangan tetapi pada saya dari segi hukum hakamnya tidak boleh dipakai kerana yang bercakap sendiri keluar dalam kahbar dengan gambar yang sudah melanggar hukum, yakni tidak menutup aurat.
Dari sudut ilmiahnya barangkali hujah beliau ada baik dan ilmunya tetapi kerana beliau tidak menutup aurat, maka hujahnya tidak boleh dipakai kerana dalam Islam hanya mereka yang tahu hukum hakam dan mengamalkannya sahaja yang boleh diterima pakai, kalau tidak ianya aka dikategori sebagai fasik. Hujah orang fasiktidak boleh dipakai, malah seoang bapak yang fasik tidakboleh menjadi wali penikahan anak perempuannya.
Saya minta maaf jika pandangan saya melukakan hati professor terbabit tetapi saya kena berkata benar. Mohon para alim ulamak membetulkan saya jika saya silap, malah kalau kesilapan itu kerana kejahilan dan kecetekkan ilmu saya, maka saya memohon keampunan dari Allah.
Hujah Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Kerajaan Terengganu, Khazan Che Mat juga barangkali tidak boleh diterima kerana beliau dari parti lawan Pas dan pandangannya mungkin ada bias.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom berkata, penceraian bukan perkara main-main kerana boleh membawa kemudaratan kepada keluarga yang tidak berdosa. Bagi saya fardu kifayah yang tertanggung atas pundat kerajaan yang memerintah telah dibereskan oleh menteri berkenaan.
Manakala fardu kifayah yang terpikul atas bahu ahli akademik di negara ini telah disempurnakan oleh Timbalan Dekan ISTAC, UIAM, Profesor Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Abd. Majid yang berkata : “Perkataan pertama yang saya mahu sebut ialah melampau! Sebab ia mengheret kehidupan keluarga ke pentas politik. Saya amat terkejut' bila diminta komen beliau mengenai perkara tersebut.
Fardu kifayah di kalangan para mufti barangkali turut beres ekoran dari penyuaraan oleh Tan Seri Harunsani Zakaria. Cuma fardu Majlis Fatwa Kebangsaan sahaja belum dibereskan kerana majlis berkenaan belum bersuara. Bagi saya apa yang dilakukan oleh pas dalam berbai'ah bukan seperkara yang boleh dipandang mudah kerana ia boleh mebawa kepada kecederaan akidah kalau tidak kena gayanya.
Untuk mendapatkan pandangan hukum yang tidak menimbulkan kecurigaan dan bersih dari sebarang bias, barangkali pandangan hukum dari alim ulamak Indonesia dan negara-negara Islam yang lain, malah pandangan Syeikul Al-Azhar ada perlunya untuk dipastikan sama ada amalan bai'ah Pas itu dibolehkan dari sudut hukum hakam atau sebaliknya.
Saturday, November 7, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
syabas abg meli..
kita kena pertikaikan baiah politik ini.
mereka yg pakai baiah atas nama agama tentu akan dilaknat Allah.
Post a Comment