Sifar maut pada musim banjir
SEKARANG negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung, terutama Kelantan, sedang dilanda banjir yang merupakan fenomena biasa untuk tempoh bulan November hingga bulan Februari tahun berikutnya.
Mahu tidak mahu, suka atau tidak, menyusahkan atau apa padah sekali pun, banjir tetap akan berlaku bila sampai masanya kerana ianya adalah antara hukum alam. Lazimnya banjir di Kelantan khususnya, berlaku sebanyak tiga kali dan yang ketiga adalah yang terbesar.
Kawasan-kawasan yang sebelum ini tidak pernah banjir, pada tahun ini dilanda banjir. Antara puncanya dikatakan kerana pesatnya pembangunan yang mana dalam perancangan membangunkan sesuatu kawasan, soal pengaliran air tidak diberi penekanan.
Padanya kawasan yang jauh dari sungai, becah, tasik, alur dan kubang pun turut digenangi air yang bertakung kali ini apabila hujan turun dengan lebat kerana alirannya tersekat sama ada kerana terhadang oleh pembinaan jalanraya yang dibina dengan bentuk tinggi dari permukaan sesuatu kawasan dan juga gara-gara pembinaan rumah dan bangunan tanpa disediakan saliran untuk aliran air.
Demikianlah betapa mahalnya harga yang terpaksa dibayar untuk tujuan pembangunan yang menjadi keperluan kepada kehidupan yang semakin moden dengan kepadatan jumlah penduduk kian bertambah. Rumah dan bangunan terpaksa terus dibina kerana ianya merupakan suatu keperluan. Kesan sampingannya terpaksalah diterima dengan penuh reda.
Kejadian banjir tidak mungkin dapat disekat tetapi masing-masing kena memastikan agar kesusahan yang terpaksa ditanggung akibat bencana banjir tidak disedih-dukakan dan limpahan air banjir tidak akan ditokok-tambah denan air mata sedih dari keluarga yang menjadi mangsa korban banjir.
Antaranya kena elakkan dari banjir dijadikan suatu pesta, jangan jadikan banjir untuk sebagai sesuatu yang menyeronokkan dengan anak-anak dibiarkan bermain banjir kerana banjir itu adalah bala bencana yang patut digeruni dan ditakutiakibahnya, bukannya untuk diseronok dan dipestakan.
Pada setiap kali berlaku banjir dan adanya korban banjir, lazimnya bukan kerana rumah dihanyut arus tetapi rata-rata ianya adalah berpunca dari kerana sengaja bermain banjir untuk berseronok dan berpesta, termasuk di kalangan kanak-kanak yang kurang diberi pengawasan.
Sepanjang air melimpah di mana-mana, lazimnya muda mudi, malah orang dewasa yang sudah berkelas warga emas akan beramai-ramai meradut air. Di kawasan-kawasan pedalamam ada yang bermain air dengan menggunakan pelampung, rakit batang pisang atau kanak-kanak main terjun-terjun dan mandi pada pintu kalbot yang bears deras.
Sepanjang ingatan saya yang berpengalaman membuat liputan berita tentang banjir sejak tahun 1979 sebagai sebahagian dari tugas kewartawanan, belum pernah banjir di Kelantan berlaku tanpa meragut korban. Rata-rata korban banjir berlaku kerana mangsa terlalu asyik dan seronok bermain banjir, yakni berpunca dari kecuaian.
Untuk banjir pusingan pertama tahun ini, seorang pemuda berusia 21 tahun dari kampung Banggol Kerian Pasir Puteh Kelantan dikhuatiri mati lemas apabila dihanyutkan aur deras ketika mandi di sungai kampung berkenaan.
Saturday, November 7, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment