Friday, November 6, 2009

MUNCU KEMBALI (481) - DIKEMASKINI

Jangan cederakan akidah kerana bai'ah

SAYA berharap supaya pemimpin Pas yang membuat pendedahan sebagaimana yang dilaporkan oleh Utusanonline bahawa dalam bai'ah atau sumpah taat setia parti itu, talak tiga akan jatuh ke atas isteri mana-mana pemimpin Pas yang mengkhianati parti itu seperti melompat parti adalah suatu bentuk gurauan sahaja.

Kononnya bai’ah itu telah lama dilakukan dan akan dibaca oleh semua calon bertanding dalam pilihan raya di hadapan Pesuruhjaya Pas negeri bagi menjamin kesetiaan mereka.

Bagi saya, kalau benarlah ia berlaku ianya adalah suatu bida'ah yang sangat nyata. (kalau saya silap kerana kejahilan saya, maka saya memohon keampunan dari Allah dan memohon alim ulamak yag tidak berparti politik betulkan saya).

Kalau ia benar berlaku, maka pimpinan Pas selama ini pada hakikatnya berada dalam keadaan yang sangat jahil dengan mempamerkan wajah dan warna alim pada zahirnya, malah pemimpin Pas selama ini dalam keadaan sangat bodoh, bahlol dan bangang dalam nampak kehebatan ilmuan mereka.

Kalau benar demikian antara bai'ah Pas, maka bagi saya Pas tidak ada bezanya dengan Kerajaan Langit Ayah Pin dan ajaran mertua Ayah Pin, yakni Hasan Anak Rimau dan ajaran-ajaran sesat yang lain kerana meletakkan pimpinan parti dalam keadaan terpaksa bercerai dengan isteri sedangkan talak itu sangat dibenci oleh Allah.

Parti politik bukan agama yang tidak membolehkan ahli mufarakah bila mendapati parti yang didukung dan disokong sudah lari dari malamat asal perjuangan atau setelah pendukung dan penyokong menyedari bahawa meeka tersilap dalam membuat pilihan. Mufarakah dari parti poitik tidak membawa kepada murtad.

Saya yakin semua orang, kecuali kalngan yang terlalu taksub dengan Pas, akan terkejut dengan laporan berikut;
Bai’ah Pas dibantah

BEBERAPA pemimpin Pas mendedahkan bahawa dalam bai'ah atau sumpah taat setia, talak tiga akan jatuh ke atas isteri mana-mana pemimpin Pas yang mengkhianati parti itu seperti melompat parti.

Kata mereka, bai’ah itu telah lama dilakukan dan akan dibaca oleh semua calon bertanding dalam pilihan raya di hadapan Pesuruhjaya Pas negeri bagi menjamin kesetiaan mereka.
Bai’ah itu mendapat reaksi negatif daripada banyak pihak


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom berkata, penceraian bukan perkara main-main kerana boleh membawa kemudaratan kepada keluarga yang tidak berdosa.

Timbalan Dekan ISTAC, UIAM, Profesor Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Abd. Majid berkata: “Perkataan pertama yang saya mahu sebut ialah melampau! Sebab ia mengheret kehidupan keluarga ke pentas politik. Saya amat terkejut.

Ini satu lagi laporan utusanoline;
Bai'ah talak tiga lama wujud di kalangan Pas

SHAH ALAM 6 Nov. - Bai'ah atau sumpah taat setia akan jatuh talak tiga terhadap isteri mana-mana pemimpin Pas yang mengkhianati parti itu telah lama wujud.

Ia akan diikrarkan oleh semua calon yang akan bertanding dalam pilihan raya di hadapan Pesuruhjaya Pas negeri dan dilakukan bagi menjamin kesetiaan mereka yang telah dipilih.

Setiausaha Badan Perhubungan Pas negeri, Mohd. Khairuddin Othman berkata, beliau sendiri pernah melakukan bai'ah semasa dipilih sebagai calon pilihan raya 2004 untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih dan DUN Paya Jaras tahun lalu.

Beliau berkata, bai'ah itu yang disediakan oleh Dewan Ulama Pas Pusat akan dibaca beramai-ramai di hadapan Pesuruhjaya Pas negeri sebelum pilihan raya berlangsung.

''Bai'ah itu antara lain berbunyi 'sekiranya kami mengkhianati parti maka akan tertalak tigalah isteri-isteri kami'," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Mohd. Khairuddin, bai'ah itu tidak sekali-kali bertujuan menindas isteri tetapi menunjukkan kesetiaan mereka kepada parti sama dengan isteri serta keluarga.

''Rasa sayang yang tidak berbelah bahagi kepada isteri dan keluarga pemimpin yang mengangkat bai'ah membuatkan mereka tidak akan mengkhianati parti.

''Bai'ah ini jugalah yang mengekalkan kuasa Pas di Kelantan sehingga kini dan inilah kelebihan Pas yang tidak ada dalam UMNO," jelasnya.

Tambahnya, beliau juga kesal dengan pihak yang membuat tuduhan liar terhadap Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Dr. Hassan Ali dan beberapa pemimpin Pas negeri lain berkaitan kerajaan perpaduan.

Ini kerana kata beliau, Hassan juga mengangkat bai'ah dan tidak mungkin pemimpin Pas negeri itu akan melakukan sesuatu yang melanggarnya.

''Jika mereka maklum tentang bai'ah ini mungkin tuduhan seperti itu tidak akan dibuat," katanya.

Ditanya mengenai kenyataan Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub yang mengatakan tidak tahu mengenai bai'ah itu, Mohd. Khairuddin enggan memberikan komen.

''Setahu saya bai'ah ini memang wujud di Selangor dan sepatutnya juga di negeri lain kerana ia dikeluarkan oleh Pas pusat," jelasnya.

Mudah-mudahan ianya tidak benar dan barangkali dakwaan dibuat oleh BEBERAPA pimpinan Pas tertentu yang sengaja mecari alasan untuk membolehkan mereka ada sebab untuk mufarakah dari Pas kerana sebab-sebab tertentu.

Penyertaan dalam sesebuah parti politik tidak boleh dipaksa, dalam dalam pengislaman seseorang pun tidak boleh dipaksa. Apakah Pas lebih hebat dari Islam.Nampaknya macam-macam tembelang Pas kini dipecahan oleh Pas sendiri. Kenapa? satu petanyaan yang tidak mudah dijawab, kecuali oleh orang Pas sendiri.

Pada posting saya ini, sya memohon izin Ustaz Ctkay's untuk memetik bai'ah yang disiarkan dalam blognya http://penawarrinduku.blogspot.com/ sebagaimana berikut;

RUKUN BAI'AH
Sebagai Ulangkaji untuk Ahli Gerakan Islam

1. Al-FAHM
Iaitu faham dan seterusnya meyakini bahawa fikrah kita adalah Fikrah Islamiah yang sebenar. Kefahaman adalah kunci kepada keselamatan dan kejayaan dakwah kita kerana tidak mungkin Islam itu diperjuangkan oleh mereka yang tidak memahami Islam itu sendiri. Pepatah Arab pernah menyebut (ﻪﻳﻁﻌﻳﻻ ﺀﻲﺷﻟﺍﺩﻗﺎﻓ) yang bermaksud “orang yang tidak memiliki sesuatu itu tidak mungkin dapat memberinya”.

Kefahaman yang dikendaki di dalam Rukun Bai’ah ini meliputi pecahannya yang dikenali sebagai al-Usool al-Isyreen (Usul 20) oleh al-Imam asy-Syahid Hasan al-Banna.

2. AL-IKHLAS
Keikhlasan di sini bermaksud petugas Amal Islami mestilah meletakkan qasad atau niat pada perkataan dan perbuatannya secara menyeluruh kerana Allah, tanpa mempunyai apa-apa maksud terhadap keinginan harta, kemegahan atau gelaran. Dengan demikian itu jadilah ia Jundi (tentera) Fikrah dan Aqidah, bukannya jundi kemaslahatan.

3. AL-AMAL
Petugas hendaklah bekerja dan melaksanakan kefahamannya serta merealisasikannya sebaik mungkin. Amal di sini meliputi pengelokan diri, pembentukan rumahtangga Muslim, pendidikan masyarakat, pembebasan tanah air, pengislahan pemerintahan dan mengembalikan kedaulatan Islam di peringkat antarabangsa sehingga tiada lagi fitnah dan jadilah agama itu keseluruhannya bagi Allah (al-Anfaal: 39)

4. AL-JIHAD
Iaitu jihad yang kewajipannya berlangsung sehingga ke hari Kiamat. Ia merujuk kepada Hadith (ﺔﻳﻟﻫﺎﺟﺔﺘﻳﻣ ﺖﺎﻣﻭﺯﻐﻠﺍ ﻮﻧﻳﻡﻟﻭ ﺰﻐﻳ ﻢﻟﻭ ﺖﺎﻣﻥﻣ) yang bermaksud “Barangsiapa mati dan tidak pernah berperang jihad serta tidak pernah berniat untuk berperang jihad, maka matinya adalah mati jahiliah”.

5. AT-TADHIYYAH
Iaitu pengorbanan. Ia meliputi pengorbanan diri, harta, masa, hayat dan segala-galanya di jalan matlamat.

6. AT-THA’AH
Ketaatan yang dimaksudkan di sini adalah ketaatan di dalam mematuhi perintah pimpinan dan melaksanakannya sama ada di dalam keadaan susah atau senang. Ketaatan ini dipagari oleh batas-batas perkara yang duduk di bawah ketaatan kepada Allah dan Rasul.

7. AT-TSABAT
Tsabat yang dikehendaki di sini adalah berkekalannya petugas Amal Islami bekerja dan berjihad ke arah merealisasikan matlamatnya tanpa diganggu gugat oleh panjangnya masa dan berleretan tempoh sehinggalah ia mati bertemu Allah. Dengan demikian itu ia berhasil memperolehi salah satu daripada dua kebaikan iaitu tercapainya kemenangan atau syahid.

8. AT-TAJARRUD
At-Tajarrud bermaksud seorang Petugas Amal Islami itu menyempurnakan fikrahnya tanpa terpengaruh, terganggu atau terbawa-bawa dengan apa-apa campur aduk anasir yang berada di luar fikrahnya sama ada anasir itu berbentuk pengaruh idea, prinsip mahu pun individu. Menjadi kewajipan kepada kita untuk menghayati bahawa fikrah kita adalah fikrah tertinggi, mulia dan sempurna.

9. AL-UKHUWWAH
Apa yang dikehendaki daripada Ukhuwwah di sini adalah ikatan hati dan jiwa sesama petugas Amal Islami dengan ikatan Aqidah. Sesungguhnya ikatan Aqidah adalah sekukuh-kukuh ikatan.

10. ATS-TSIQAH
Kepercayaan yang dimaksudkan di sini adalah tenteramnya hati seorang Jundi itu kepada pemimpinnya, kemampuan dan keikhlasan pemimpin itu. Tenteram hati itu begitu mendalam dan ia tercerna dari kasih sayang, penghargaan, rasa hormat dan taat.

Saya tidak pasti apakah Pas ada bai'ah berasingan untuk pemimpinnya. Juga apakah bai'ah dalam Pas berasingan denan bai'ah yang disiarkan dalam blog CTkay's yang saya yakin antara orang kuat musimat Pas, terutama diKuala Brang khususya dan di Terengganu amnya.

10 comments:

Anonymous said...

Nasib baik Ibrahim Ali bukan dari kalangan PAS..

john said...
This comment has been removed by the author.
john said...

Ni nok royaknyo yang pemimpin ni tok leh wak main2. melampau ke tak melampau ke kalau rasa salah semasa nak melakukan baiah tu..tarik diri je la. takkan bila dah tersepit ni baru nak keluar isu ni. benda memang dah lama.

kalau rasa sayangkan keluarga lebih dari nak memimpin rakayat jelata jangan dok jadi tok wakil parti la. kalau nak banding tanggungjawab yang mana lebih besar antara keluarga dan rakyat jelata..jawapannya rakyat dulu didahulukan. tapi disebabkan kefahaman sekular yang diutamakan itulah sebabnya kroni dan nepotisme. kalu tok guru ambik menantu diapun kalau tak berkelayakan ambo pun sanggoh tok guru (lo ni hangat sprm dok cari natu tok guru. salah harap dakwo. tok saloh jangan membisu pulok)..

john said...

TAMBAHAN MAKLUMAT:

kata KHALID SAMAD
"Sekarang di beberapa negeri dan Selangor saya nampak ada antara wakil rakyat PAS yang hendak ke arah mengkhianati parti dan rakyat."

katanya lagi
"amalan bai'ah bukan bertujuan mengkhianati institusi rumah tangga.

"Soal keluarga dan isteri penting. Bukan memperlekeh persoalan rumah tangga tetapi disebabkan ia penting, bai'ah sedemikian digunakan.

"Ia bagi menunjukkan kepada semua wakil rakyat PAS sekiranya mereka menganggap soal rumah tangga adalah penting, begitu jugalah kesetiaan kepada parti dan rakyat,"

kata JAMIL KHIR pula

"umat Islam di negara ini tidak wajar mengangkat sumpah menceraikan isteri sekiranya mereka keluar parti kerana tindakan sedemikian hanya memporak-perandakan institusi rumah tangga."

"Membawa kemudaratan kepada ahli keluarga sendiri yang tidak berdosa boleh dianggap satu penganiayaan dan kezaliman,"

JOHN pulok respon ke JAMIL KHIR
-doh kalu memudaratkan rakyat dengan melompat dan mengecewakan amanah rakyat yang memilih berdasarkan pilihan untuk menegakkan Islam lagu mano?...tak dipanggil PENGANIAYAAN dan KEZALIMAN ke?..

korang komen la apa aku kata.....

Anonymous said...

abe john,

ambo tok berapo reti nak ulas sbb ambo reti tetak ore jah, baru tubek pnjara 2 minggu lepas, rasa2 tok sir doh tetok ore, tapi kalu tolol sangat tak tau la.

Kalu boleh nok jupo dgn abe john.

bab baiah ni, ado ko rasul buat dulu. Sbb kito ni kalu sebut juang Isle mest ikut sirah/sunnah rasul.
Perlu ko baiah lagu tu, bukekoh cukup Lillah hiTaala, kalu kito cayo ko Allah. Rasonya 'kerana Allah' cukup besar niatnya, keredhaan Allah lebih besar lg .

Ni mace tok cha nok make daging kura, tp sbb dio tok leh bunoh maka dia letak atah paro kuro tu pah tu dia masok air bawah paro tuh, tunggu kura tu jatuh dlm puyok gelegak tuh. Make kuro boleh tak payoh bunuh.

Abe John jawab la yo jange maroh sbb ambo ni jahil tukil, maroh gu dio akat klewang ajok tetok, baru munasaboh, sakat dok maroh dlm dunio cyber ni ore kato 'pondan'
sb dunia cyber ni dunia lembut gitu, ambo pun mungkin jadi lembut kalu lamo2 dok laye internet ni, lamo2 tok leh doh nak heret klewang kalu ore ajok tetok.

timo kasih dari ambo,
Sepupu Gemuloh Pakcu Mail Sg Petai.

Anonymous said...

URUSAN AMANAH AGAMA, NEGARA DAN UMMAH SEBENAR TIDAK BOLEH DITUKAR GANTI DENGAN APA2 PUN KECUALI JANJI DENGAN ALLAH YANG MAHA KUASA PENGUASA SELURUH ALAM. TETAPI HARI INI RAMAI MANUSIA TIDAK TAKUT DENGAN ALLAH, SEBAB ITU RAMAI WAKIL RAKYAT YANG MUNGKIR JANJI, KHIANAT DAN MEMPERSIA2KAN AMANAH KERANA KEPENTINGAN DIRI SENDIRI.

BI'AH DENGAN SYARAT TALAK ISTERI ADALAH PERKARA KECIL JIKA DIBANDINGKAN DENGAN PERBUATAN KUFUR, SYIRIK, DAN MENJERUMUS KEPADA MURTAD SESETENGAH INDIVIDU MUSLIM SEKULAR.

SESETENGAH PIHAK MELAYU TERLALU GHIARAH BERBINCANG PERKARA YANG KECIL, BERBANDING ISU UMMAH YANG USUL (POKOK)- KEPINCANGAN AQIDAH & AKHLAK MELAYU MASAKINI.

JOHAN said...

Kalu lagu tu gak, patutlah tok wakil PAS tidak keluar dari PAS pun sebab dia sayang kepada bini dia lebih dari nilai perjuangan kendiri dan kalu mace tu, bukan sayang kepada rakyat.
Kalu beraso tok puas hati ko PAS pun nok buat lagu mano? Tebe keluar PAS maka alamat tak dapat tidur dengan binilah buat selama-lamanya! Kalu satu talak tu bolehlah rujuk balik, tapi kalau tiga talak tu, maka kena buat cina butalah, kalu nak rujuk balik!
Begitu mo demo na dih, Ambo baru tahu. Pah nok wak lagu mano???

Anonymous said...

Soal talak bukan perkara kecil, bini takdok salah apa-apa, kerana lompat rti terpaksa brcerai. Bayangkan bepa luluh htibini dan anak-ank kalau nya berlaku.

Anonymous said...

kalau betul lagu ni gat PARTI PAS NI LEBIH BENGONG DARI AJARAN AYAH PIN LAH..

Anonymous said...

Anonymous said...
Soal talak bukan perkara kecil, bini takdok salah apa-apa, kerana lompat rti terpaksa brcerai. Bayangkan bepa luluh htibini dan anak-ank kalau nya berlaku.

November 7, 2009 3:14 PM

AP / ADUN YG TAK BERTANGGUNGJAWAB & TAK AMANAH 52 TAHUN LEPAS LA YG MENGAKIIBATKAN BANGSA MELAYU SEMAKIN TERSESAT & BERKEMELUT DGN DASAR2 & TINDAKAN2 UBN SELAMA NI. .. BERJUTA GENERASI BARU MELAYU HILANG PULAU SINGAPURA, TULISAN JAWI, BANK BUMIPUTRA, DLL, .... LEBIH TERUK DARI SEORANG ISTERI ...

Anonymous said...
kalau betul lagu ni gat PARTI PAS NI LEBIH BENGONG DARI AJARAN AYAH PIN LAH..

November 7, 2009 8:52 PM

HOK TAK BENGONG AGAMA ISLAMNYA BG DEMO ADALAH UMNO SAJA.. HEE.. HEE.... PAYAH NAK BINCANG DGN PUOK2 YG RASA TERLALU 'SUCI' NI.... BACA LE KITAB2 TU BANYAK2 LAGI KAH.. KAH....