Sunday, November 8, 2009

MUNCUL KEMBALI (486)

SPRM lebih kepada mahu mencegah

PENUBUHAN satu pasukan khas bagi memantau dan mengatasi kegiatan penyelewengan peruntukan Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada terus berlaku oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) patut diberi sokongan padu.

Bentuk sokongan yang patut diberikan ialah dengan membantu memudahkan pasukan khas yang dikendalikan oleh Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan SPRM menjalankan kajian menyeluruh berhubung peraturan, sistem, prosedur serta kawalan dalaman dalam perbelanjaan peruntukan ADUN dan Ahli Parlimen.

Dengan itu secara langsung dan tidak langsung akan menutup peluang berlakunya jenayah rasuah yang mana kalau dibiarka ianya akan mendatangkan pelbagai masalah kepada rakyat dan negara.

Oleh itu wajarlah kalau orang ramai turut terlibat dalam membantu SPRM membanteras rasuah, termasuk yang membabikan Ahli Parlimen dan ADUN.

Amalan rasuah hanya akan berlaku jika ada pemberi dan penerima serta peminta dan ada pihak yang sanggup memenuhi permintaan demi kepentingan-kepentingan tertentu. Erinya amalan rasuah rangkai berangkai sifatnya.

Bagi saya adalah lebih adil jika pemberi, penerima, peminta dan pemenuh permintaan ditahan dan didakwa dan bukan hanya sebelah pihak sahaja yang kena. Orang ramai boleh membantu SPRM dengan memaklumkan semua rangkaian yang terlibat dalam sesuatu amalan rasuah.

Pada saya SPRM tidak akan terburu-buru dalam menggerakan pasukan khas yang penubuhannya selari dengan peruntukan undang-undang di bawah Seksyen 7(c) Akta SPRM itu apabila Unit Pendidikan Masyarakat SPRM negeri-negeri diarah supaya mengadakan sesi taklimat khas kepada semua wakil rakyat di negeri masing-masing.

Tuannya bagi menjelaskan segala kesalahan jenayah rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan yang ditegah undang-undang. Ertinya bila ditangkap dan didakwa adalah suatu kewajaran kerana kesalahan dilakukan dalam keadaan sedar apa apa yang dilakukan aalah salah, bukannya dilakukan dalam keadaan tidak tahu.

Taklimat itu juga tentunya bertujuan meningkatkan kefahaman dan kesedaran semua pihak yang terlibat supaya mereka mengelak daripada melakukan kesalahan-kesalahan berkaitan. Mungkin sebelum ini mreka tidak sedar dan tidak tahu bahawa apa yang mereka lakukan terkategori sebagai perlakuan rasuah.

Ertinya PSRM lebih kepada mahu mencegah dan bukannya mahu mengambil tindakan terhadap pelaku kerana bila ditahan dan didakwa walaupun barangkali tidak sabit kesalahan kerana masalah teknikal dalam pendakwaan, nama baik dan reputasi orang kena tangkap akan terjejas pada mata umum.

Justeru tentunya kalau pun tindakan penahan dan pendakwaan terpaksa dilakukan oleh SPRM, ianya tentulah merupakan tindakan paling akhir demi maruah dan masa depan seseorang yang mungkin bermasalah jika ditangkap, didakwa dan sabit kesalahan pula.

Atas faktor itulah tentunya maka pasukan khas bagi memantau dan mengatasi kegiatan penyelewengan peruntukan Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada terus berlaku ditubuhkan.

4 comments:

Anonymous said...

Ape kata kalau kiat minta SPRM memantau PBT (baca DBKL dan yg seumpamanya).

Belakang PGRM Cheras, ade kedai mamak yg buat binaan atas kaki lima jalan. Bila kita lalu, kita MESTI masuk kedai Mamak dulu sebelum keluar. Adekan ini SOP DBKL ?

Hampir setiap Sabtu, penguatkuasa DBKL akan saman kereta yg parking depan kedai Mamak tadi. Penguatkuasa DBKL ni tak nampak ke binaan yg dibuat ?

Agaknya banyak lagi 'salah laku' yg lain.

Nani Cheras

Anonymous said...

Anda patut laporkan kepada SPRM kalau bila diadu kepada DBKL tdak diberi respon.

Paling mudah panggil Karam Singh walia atau dan para petugas media, buat liutan, barulah bersap jadinya.

Anonymous said...

HARAP2 LANGKAH SPRM NI TIDAK LE SEKADAR 'POLITICAL GIMMICK' DAN 'MOCKERY' MACAM ACAH2 SPR NAK GUNA PENCELUP DAKWAT TANGAN SELEPAS MENGUNDI, AKHIRNYA TARIK BALIK KERANA KONONNYA ADA IMPORT DAKWAT PALSU.. SAMPAI HARI NI TIADA PERTUDUHAN & BUKTI ... INILAH SEBAHAGIAN DARI DRAMA BERSIRI PEMBOHONGAN KERAJAAN UBN. ...HEE.. HEEE.. AUTA..AUTA....

Waklog worih Pak Dogol said...

Bakpo bila terkapik dok sendeh ke Umno slalunya. Umno dah kira tak masuk book dah. Masalahnya kita dalam Pas ni lagu mana. Kalu hak parti buat tak sama dengan hak Rasulullah s.a.w buat tak 'kan kita nak kata betul dan sokong juga.

Bukankah surah al-Asyr suruh kita saling tegur menegur, ingat memperingatkan. Tak kira Pas ke begapo parti, kalau buat hak Rasulullah s.a.w. ta pernah buat dan tak pernah suruh, mana buleh. Kita nak biar jelas. Buleh ke tak buleh.Selari dengan Isla ke tidak apa hak pas buat mugo kita kata parti kita parti Islam. Jangan rujuk Umno, rujuk Quran dan hadis baru betul.

Kalau bai'ah boleh jatuh talak tiga ke atas bini dan bini-bini memang buleh, rujukan ayat Quran mana,hadis mana,biar jelas. Musuh cari kesilapan kita, tugas kita pula kena elak dari melakukan kesilapan. Bila ada teguran, jangan dok mudoh tuduh orang hak egur tu Umno selalu. Pah jangan dok ingat orang Umno jahil belaka. Kalu beraso lagu tu begapo pun kita sanggup buat kerana kita ingat orang lain tak reti hukum hakam.

Soal bai'ah ppelek 'kan ni tak padan dok berhujah dalam blog, kena mursyidul am atau presiden Pas yang buat kenyataan,baru padan, Ini isu besar. Biar mereka hujjah dengan Quran dan Hadis baru kita orang Pas tak keliru.