Elak dari Barisan Nasional jadi macam LDP Jepun
SAYA amat bersetuju dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib tun Razak bahawa semua parti komponen Barisan Nasional (BN) perlu bangun menjadi juara rakyat atau bersedia menghadapi nasib yang pernah menimpa parti tersohor Jepun, LDP yang tersungkur di tangan rakyat negara itu.
Walaupun memerintah Jepun selama 50 tahun dan merintis kemerdekaan negara itu, namun LDP jatuh kerana mereka melupakan rakyat,mereka berhenti memesrai dan mempedulikan rakyat. Barisan Nasional pasti akan menerima nasib yang sama jika rakyat dilupakan dan banyak masa ditumpukan kepada memulihkan parti yang asyik berkecemuk kerana krisis kepemimpinan.
Yang pasti rakyat tidak ada kepentingan untuk melihat siapa yang menang dan menjadi juara dalam perebutan jawatan dalam parti tetapi Barasisan Nasional akan menjadi kuat dan utuh jika mereka menjadi juara di hati rakyat, yakni sentiasa kemaruk, ketagih tidak pernah jemu membela nasib rakyat, sentasa segera mengambil peduli bagi mnyelesaikan masalah rakyat.
Sepanjang musim banjir yang melanda Kelantan, saya berkesempatan ke beberapa jajahan di Kelantan bagi memenuhi hobi menjaring ikan bersama rakan. Pilu saya melihat bila orang kampung berbaris panjang di pajak gadai hampir keselurhan pajakgadai, termasuk.Bila ditanya Ar-rhn dan Ar-Rahnu. Bila ditanya kenapa mesti ke pajak gadai, mereka kata mereka perlu beli beras, ikan kering gula, serbuk kopi dan keperluan-keperluan ala kadar. sepanjang musim hujan adalah musim menganggur bagi mereka.
Saya berkata kepada rakan saya, kalaulah ada wakil rakyat yang prihatin dan datang ke pajak-pajak gadai dan meminta mereka yang terdesak sedag berjujuk di depan pajak gadai supaya jangan gadaikan barang kemas masing-masing, sebaliknya mereka disuruh pergi ke rumah atau pejabat wakil rakyat atau pun pejabat parti yang diwakili untuk dapatkan keperluan-keperluan asas, pasti wakil rakyat dan parti yang diwakili akan bertakhta dan terpahat kejat di hati rakyat.
Wakil-wakil rakyat tidak perlu hantar dari rumah ke rumah barang-barang keperluan berupa makanan, tetapi cukup sekadar mempelawa mangsa-mangsa banjir dan mereka yang kawasan mereka tidak dilanda banjir tetapi mereka hilang punca pendapatan kerana terpaksa menganggur sepanjang tempoh hujan turun tidak henti-henti, pergi mengambil barangan keperluan pada tempat-tempat yang ditepatkan barangan keperluan itu.
Katakanlah sesuatu kawasan ada lima ribu keluarga dan setiap keluarga dibekalkan barang pada kadar RM30 sehari dan banjir belaku selama tiga bulan, maknnya untuk tempoh tiga bulan atau 90 hari,jumlah yang kena dibelanjakan cuma RM270,,000 sahaja. Apakah untuk lima ribu keluarga yang isi keluarganya sekitar 25,000, perbelanjaan sebanyak RM270,000 satu jumlah yang besar?.
Sayanganya dalam keadaan rakyat terdesak untuk mendapatkan barang-barang keperluan, terutama keperluan bagi mengisi perut, wakil-wakil rakyat, orang-orang wakil akyat atau pun orang parti politik tidak sama kemaruknya datang berjumpa rakyat sebagaimana kemaruknya mereka masuk kamaung keluar kampung dan mesrai setia orang sewaktu kempen pilihanraya.
Bayangkan apa nilai wakil rakyat dan parti-parti politik kepada rakyat selaku pengundi apabila dalam keadaan mereka terdesak dan memerlukan barangan kepeluan untuk isi perut, maka mereka terpaksa ke pajak gadai bagi menggadaikan barang-barang kemas. Bila baca akhbar atau tonton tv, kononnya barangan keperluann diagih sana sini tetapi mereka tidak menerimanya,apatah lagi bagi mereka yang tidak berpindah ke pusat pemindahan atau yang berpindah ke rumah saudara mara yang tidak digenangi air,
Sesuai dengan apa yang dikatakan oleh Datuk Seri Najib bahawa Barisan Nasional mungkin tersungkur di tangan rakyat sekiranya gagal menjadi juara di hati rakyat, bagi saya adalah amat wajar sekiranya wakil-wakil rakyat dan orang-orang Barisan Nnasional menjadi kemaruk membantu dan memastikan pemastautin di kawasan masing-masing yang menghadapi masalah pada musim banjir atau diluar musim panjir sebagaimana kemaruknya mereka datang kepada orang ramai semasa kempen pilihanraya menagih undi.
Wakil-wakil rakyat pembngkang boleh beri alasan yang sebenarnya lebih bersifat kelentong bahawa mereka dari pembangkang tidak ada peruntukkan untuk disalurkan bantuan dan membantu mereka yang menghadapi kesusahan sepanjang musim banjir, apatah lagi diluar musim banjir,tetapi wakil-wakil rakyat dan orang Barisan Nasional tidak boleh memberi alasan sedemikian kerana rakyat tahun Kerajaan Barasan ada kemampuan.
Peduli dan persetankan wakil rakyat pembangkang dengan kelentong mereka, sebaliknya wakil-wakil rakyat Barisan Nasional kena kemarukkan diri membantu, pasti wakil-wakil rakyat dan orang Barisan Nasional akan bertakhta dan dinobat sebagai juara di hati rakyat serta akan sukar terpedaya dengan godaan akan tolak dan koban Barisan Nasional dalampilihanraya.
Dengan cara itu juga wakil-wakil rakyat dan Barisan Nasional akan menjadi juara sepanjang hayat pada mata rakyat dan parti itu akan sukar dan liat untuk digugat. Masing-masing kena ingat bahawa kekalahan mana-mana parti pun dalam pilihanraya bukan kerana lawan kuat tetapi rata-rata kerana sesebuah parti itu lemah dan hilang sentuhan dengan rakyat sebagaimana yang dialmi oleh LDP di Jepun.
Kemaruk dalam membantu menyelesaikan masalah rakyat yang dalam kesusahan sebagaimana kemaruknya rakyat ditemui, dimesrai dan dibuat kira-bicara sepanjang kempen pilihanraya adalah merupakan formula dan tonik paling berkesan untuk menambah-kuat dan mengutuhkan lagi Barisan Nasional yang sudah cukup berpengalaman sebagai sebuah kerajaan selama lebih 5o tahun.
Monday, November 9, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Tuan meli ... selain dari UBN tak menjuarai rakyat,... UBN jugak juara kepada rasuah, tipu, seleweng dan tindas hak rakyat ...
Selagi UBN dok pilih/lantik pemimpin2 yg berotak lanun moden ini.. selagi itu penyakit kronik UBN itu sedang merebak dalam kerajaannya ..... jib & ros pakailah kosmetik yg termahal pun warna dan bau hampak meloyakan itu tetap terserlah..weh..
Post a Comment