Monday, November 9, 2009

MUNCUL KEMBALI (488)

(bahagian 4) Jangan cederakan akidah kerana bai'ah

SAYA dihujani telefon, SMS dan email lagi yang mendakwa isu ba'ah semakin mengelirukan. Mereka mendakwa timbul percanggahan kenyataan mengenai perkara ituyang mana salah satu dari pihak yang bercangah itu mesti tidak bercakap benar,

Malah ada tokoh Pas yang berbohong mendakwa bai'ah dibangkitkan oleh Umno sebab mereka tahu mereka tidak boleh rampas wakil rakyat Pas, walhal Umno tidak terbabit pun, sebaliknya yang mendedahkannya adalah beberapapemimpin Pas.

Kata mereka nampaknya Pas kini mula dilanda sindrom, wabak dan fenomena tidak bercakap benar yang secara tidak langsung ianya akan menyebabkan Pas tidak akan dilihat sesuci yang diharapkan sesuai dengan imej dan tujuan ianya ditubuhkan

"Tuan MKJ kena berpenanan membesihkanimeh Pas dari kekotoran sindrom, wabak dan fenomena tidak bercakap benar oleh tokoh-tokoh. Tidak banyak bloggers carry forward isu ini selain dari Tuan MKJ. Semuga Tun Guru Mursyidul Am dan Tuan Guru Presidne tidak akan dijangkiti sindrom, wabak dan fenomena yang serupa" catat seoang pengirimn Tu .

"Isu patut boleh dilupakan dengan cepat teapi bia ada percanggahan kenyataan mengenainya di kalangan individu-individu penting dalam parti, ianya akan berlarutan kerana dengan sendirinya umum akan melihat bahawa ada sesuatu yang tidak kena tentang: catat seoang lagi pengirim SMS.

Saya diminta membuka Bernama Com untuk dapaykan laporan terbaru mengenai bai'ah. Saya menemui laporan yang direaleas pada pukul 18:31 PM 9 November, 2009 sebagimana berikut;

Majlis Syura Pas Tak Pernah Keluar Dasar Bai'ah

KUALA LUMPUR, 9 Nov (Bernama) -- Majlis Syura Pas tidak pernah mengeluarkan sebarang dasar menghendaki pemimpin-pemimpin parti itu melafazkan bai'ah iaitu sumpah taat setia bahawa akan jatuh talak tiga terhadap isteri masing-masing jika mereka mengkhianati parti, kata naib presidennya Salahuddin Ayub.

"Secara rasminya tidak ada kenyataan atau arahan daripada Majlis Syura tentang perkara ini. Tunggulah jawapan rasmi daripada majlis itu," katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen di sini Isnin.

Beliau berkata bai'ah memang dilakukan oleh pemimpin parti pada hari pertama mereka memegang jawatan tetapi ia sama seperti sumpah jawatan dan simpan rahsia, tetapi bukan seperti yang didakwa.

Anggota Parlimen Shah Alam Khalid Samad daripada Pas baru-baru ini mengakui bahawa wujudnya bai'ah seperti itu bagi wakil rakyat Pas yang berhenti atau keluar parti.

Seorang lagi Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar, berkata di Kedah bahawa pemimpin atau wakil rakyat Pas tidak pernah diminta melafazkan ikrar Bai'ah cerai talak tiga seperti yang didakwa oleh Khalid itu.

"Isunya sekarang ialah tiada siapa yang mahu menceraikan isteri malah nak tambah lagi adalah, dan tidak ada arahan pun untuk berbuat demikian. Kami juga tidak tahu kerana di peringkat pusat pun tidak ada arahan seperti ini," kata Mahfuz yang juga Anggota Parlimen Pokok Sena.

Anggota Jawatankuasa Pas Pusat Datuk Husam Musa pula mempertahankan bai'ah yang wujud dalam parti itu dengan alasan untuk mengelak wakil rakyat mereka daripada dibeli oleh Umno.

"Saya rasa isu bai'ah dibangkitkan oleh Umno sebab mereka tahu mereka tidak boleh rampas wakil rakyat Pas.

"Kalau kita menang atas tiket mana-mana (parti) kemudian kita lompat parti lain, ini salah dari segi hukum. Bai'ah ini ialah bagi mempertahankan amanah ini," katanya.

Husam berkata tidak ada hukum yang menyatakan bahawa bai'ah itu salah dan beliau sendiri secara sukarela menerimanya kerana tidak mahu beralih arah ke parti lain.

Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Zuraida Kamaruddin bagaimanapun tidak bersetuju dengan tindakan Pas menggunakan bai'ah talak itu kerana menganggapnya seolah-olah memperkecilkan kedudukan wanita.

Katanya kaum wanita yang menjadi isteri kepada wakil rakyat Pas tidak sepatutnya dijadikan cagaran kerana ada antara mereka tidak terlibat dalam perjuangan parti itu.

"Bai'ah memperkecilkan kedudukan wanita, hakikatnya kita faham sekarang bahawa ada kaum perempuan dan isteri-isteri wakil rakyat yang tidak terlibat dengan perjuangan parti. Mengapa isteri yang menjadi sasaran,"

katanya.Zuraida, yang juga Anggota Parlimen Ampang, berkata jalan lain boleh digunakan bagi memastikan tidak ada anggota politik mengkhianati parti dengan menyertai parti lawan.-- BERNAMA .

Jelas terdapat pecanggahan kenyataan. Tidak peliklah kalau ada yang berpandangan berlaku sindrom, wabak dan fenomena bercakap tidak benar dalam Pas sekarang. bila berlaku percanggahan dengan sendirinya ada pihak yang tidak bercakap benar, Itu hakikat yang tidak boleh dinafikan.

Mengenai dakawa bahawa bai'ah dibangkitkan oleh Umno sebab mereka tahu mereka tidak boleh rampas wakil rakyat Pas, ianya adalah berupa suatu pembohongan yang sangat nyata dan lebih bersifat tembakan peluru sesat yang sangat tidak betanggungjawab.

Yang buat pendedahan tenang isu itu adalah beerapa peimpin Pas. sekiranya Umno mengambil peluang mengeksploitasi dan memanipusi isu titu memang patutlah kerana sebagai lawan, segala ketirian Pas akan sentiasa diintai sebagaimana Pas sentiasa mengintai kecocoran Umno.

Dalam isu bai'ah, Pas yang umpan bolat tanggung dan Umno berhak untuk smash. Bagaimanapun setakat ini Umno belum lagi membuat smash-smash maut berhubung isu bai/ah, yang mengulas mengenainya adalah merekadari luar perkup parti politik.

Berikut adalah merupakan laporan pembuka isu bai'ah yang disiarkan oleh Utuan Malaysia;

Bai’ah Pas dibantah

BEBERAPA pemimpin Pas mendedahkan bahawa dalam bai'ah atau sumpah taat setia, talak tiga akan jatuh ke atas isteri mana-mana pemimpin Pas yang mengkhianati parti itu seperti melompat parti.

Kata mereka, bai’ah itu telah lama dilakukan dan akan dibaca oleh semua calon bertanding dalam pilihan raya di hadapan Pesuruhjaya Pas negeri bagi menjamin kesetiaan mereka.

Bai’ah itu mendapat reaksi negatif daripada banyak pihakMenteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom berkata, penceraian bukan perkara main-main kerana boleh membawa kemudaratan kepada keluarga yang tidak berdosa.

Timbalan Dekan ISTAC, UIAM, Profesor Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Abd. Majid berkata: “Perkataan pertama yang saya mahu sebut ialah melampau! Sebab ia mengheret kehidupan keluarga ke pentas politik. Saya amat terkejut"

Satu lagi laporan Utusan sebagaimana berikut;

Bai'ah talak tiga lama wujud di kalangan Pas

SHAH ALAM 6 Nov. - Bai'ah atau sumpah taat setia akan jatuh talak tiga terhadap isteri mana-mana pemimpin Pas yang mengkhianati parti itu telah lama wujud.

Ia akan diikrarkan oleh semua calon yang akan bertanding dalam pilihan raya di hadapan Pesuruhjaya Pas negeri dan dilakukan bagi menjamin kesetiaan mereka yang telah dipilih.

Setiausaha Badan Perhubungan Pas negeri, Mohd. Khairuddin Othman berkata, beliau sendiri pernah melakukan bai'ah semasa dipilih sebagai calon pilihan raya 2004 untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih dan DUN Paya Jaras tahun lalu.

Beliau berkata, bai'ah itu yang disediakan oleh Dewan Ulama Pas Pusat akan dibaca beramai-ramai di hadapan Pesuruhjaya Pas negeri sebelum pilihan raya berlangsung.''Bai'ah itu antara lain berbunyi 'sekiranya kami mengkhianati parti maka akan tertalak tigalah isteri-isteri kami'," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Mohd. Khairuddin, bai'ah itu tidak sekali-kali bertujuan menindas isteri tetapi menunjukkan kesetiaan mereka kepada parti sama dengan isteri serta keluarga.

''Rasa sayang yang tidak berbelah bahagi kepada isteri dan keluarga pemimpin yang mengangkat bai'ah membuatkan mereka tidak akan mengkhianati parti.

''Bai'ah ini jugalah yang mengekalkan kuasa Pas di Kelantan sehingga kini dan inilah kelebihan Pas yang tidak ada dalam UMNO," jelasnya.

Tambahnya, beliau juga kesal dengan pihak yang membuat tuduhan liar terhadap Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Dr. Hassan Ali dan beberapa pemimpin Pas negeri lain berkaitan kerajaan perpaduan.

Ini kerana kata beliau, Hassan juga mengangkat bai'ah dan tidak mungkin pemimpin Pas negeri itu akan melakukan sesuatu yang melanggarnya.

''Jika mereka maklum tentang bai'ah ini mungkin tuduhan seperti itu tidak akan dibuat," katanya.

Ditanya mengenai kenyataan Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub yang mengatakan tidak tahu mengenai bai'ah itu, Mohd. Khairuddin enggan memberikan komen.

''Setahu saya bai'ah ini memang wujud di Selangor dan sepatutnya juga di negeri lain kerana ia dikeluarkan oleh Pas pusat," jelasnya.

Kepada saya jika percaggahan kenyataan di kalangan tokoh-tokoh penting Pas dalamperkara ini ianya akan ibarat api dalam sekan, ibarat belalang yang dimasukkan dalam tukar taik dan dilepaskan di tengah ramai, akhirnya moral tokoh-tokoh Pas akan tercalar kerana mereka dianggap tidak bercakap benar.

1 comment:

Woris Tak Berapa Jauh Husam said...

Husam kata wakil rakyat penah diletak RM5 juta atas riba untuk dibeli masuk Umno.Tok wakil rakyat Pas yang mana tu. Husam belawok ko atau ada sungguh kes tu.

Kalau benar bakpo wakil rakyat terbabit tak lapor kepada PSRM? Saya rasa PSRM patut ambil inisiatif buat siasatan, malah wakil rakyat terbabit patut didakwa kerana bersubhat, menyembunyikan perlakuan rasuah.

PSRM naktau siaa wakil rakyat tu cukup mudah. Jumpa Husam. Kalau Husam gagal buktikan, dia patut diambil tindakan kerana berbohong yang mana bohongannya itu secara tidak langsung boleh menjejaskan reputasi PSRM, malah boleh menyebabkan Umno yang kena tudh jenis rosak moral pada mata rakyat.