Elakkan negara menjadi markas kecederaan moralisme
WALAUPUN hanya seekor yang membawa lumpur, sekandang kerbau pasti akan ikut terpalit sama. Bila seorang peguam, polis, pegawai pencegah maksiat,datuk, bapa, bapa saudara, abang melakukan kesalahan moral, maka profesyen kepeguaman, kepolisian, pencegahan maksiat serta status, datuk, bapa, bapa saudara dan abang pasti akan terpercik tempiasnya.
Pada saya seluruh institusi kepeguaman akan menghadapi krisis keyakinan awam ekoran perlakuan tidak bermoral sebuah syarikat guaman yang telah meleburkan impian seorang wanita berusia 40 tahun untuk mendapatkan baki wang hasil menjual rumahnya di Seremban Jaya, Negeri Sembilan, berjumlahRM100,700 apabila peguam yang dilantik untuk membantu urusan itu melarikan wang tersebut.
Sebelum ini berlaku kes di Kota Bharu, seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang datang ke balai polis untuk membuat aduan tentang dirinya dirogol oleh teman lelakinya telah dirogol oleh polis yang menerima laporan/aduan.
Juga berlaku kes di Terengganu apabila seorang wanita yang ditangkap oleh sepasukan pegawai pencegah maksiat telah merasuah dirinya untuk dizinai atas permintaan seorang pegawai pencegas maksiat (kini bekas) untuk mengelak dari didakwa, didenda dan dienjarakan kerana kesalahan yang dilakukan semasa ditangkap.
Walaupun hanya seorang peguam, seorang anggota polis dan seorang pegawai pencegah maksiat yang melakukan perbuatan-prbuatan yang tidak bermoral itu. namun tempias tangapan dan persepsi negatif akan terpalit ke seluruh institusikepeguaman, kepolisian dan pencegahan maksiat.
Anggta masyarakat tidak boleh dipersalahkan kerana beanggapan dan berperspsi negatif sama ada di institusi kepeguaman, kepolisian, kepencegah-masiatan dan sebagainya apabila ada pelaku kesalahan dan pencabulan moral dalam institusi-institusi bekenaan yang sepatutnya memberi perlindungan dan khidmat penecagahan serta pembasmian.
Datuk, bapa, abang, bapa saudara atau sepupu-sepapat terpaksa terima hakikat bahawa cucu, anak, adik,anak saudara dan sepupu-sepapat perempuan sekarang ini kena menaruh curiga kepada mereka kerana kes datuk rogol cucu, termasuk yang belum memayy\yit, bapa rogol anak, abang rogol adik, bapa saudara rogol anak saudara dan sebagainya sudah menjadi seperkara lazim dalam masyarakat kita.
Kenapa perlakuan-perlakuan yang tidak sanggup dilakukan oleh haiwan seganas singa dan harimau pun boleh dilakukan oleh manusia dan menjadikan segala sistem hidup bemoral menjadi tercedera semuanya? Jawabnya kerana manusia berotak malas menggunakan akal dalam melawan godaan nafsu serakah yang diserakahkan oleh bisikan syaitan dan iblis.
Tanpa kesempurnaan akal, dibantu oleh kerosakkan moral yang kronik, maka walaupun seseorang Islam itu Islamnyakerana dilahirkan hasil dari perkahwinan antara ibu dan bapa yang bukan sahaja Islam tetapi alim, ia tetap akan gagal melengkapi keislamnya dengan iman dan takwa. Orang Islan tanpa iman dan takwa serta orang Islam dan bukan Islam tanpa moral boleh berbuat apa sahaja walaupuon ianya berdosa dan mencederakan moral.
Sehubungan dengan itu pelbagai program, rangka dan kerangka ke arah mengutuhkan iman dan takwa serta mengelak dari unsur-unsur yang boleh membawa kepada kecederaan moral yang membabitkan pihak kerajaan, institusi keagamaan, badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan sebagainya perlu dilakukan segera walaupun barangkali ianya akan menelan belanja yang besar.
Paling penting negara kena dipastikan tidak akan menjadi pangkalan kecederaan moralisme gara-gara pelakuan segelintir manusia yang Islam tetapi tanpa iman dan takwa serta manusia Malaysia yang Islam dan bukan Islam yang tercedera moralnya.
Mereka yang menjadi seekor kerbau yang akan menpalitkan sama lumpur kepada sekandang atau sekawan kerbau patut dijatuhkan hukuman paling berat tanpa kompromi, setimpal dengan perbuatan yang dilakukan dan juga kesan sengsara yang terpaksa ditanggung oleh mangsa.
Kasi sebagaimana lembu jantan dikasi agar fungsi kejantanan dihilangkan terus patut dikenakan terhadap perogol tidak kira ianya anggota polis, pegawai pencegah maksiat, datuk, bapa, abang, bapa saudara,. sepupu tidak akan mamp lagi untuk melakukan jenayah rogol.
Manakala bagi pelesap wang seperti yang mana seorang yangmenjual rumahnya gagal mendapatkan baki wang kerana dilesapkan oleh peguam yang khidmat guaman digunakan, hukuman paling patut adalah dengan memberi hak kepada mangsa untuk merotan di depan umum pada kadar sekali rotan untuk setiap sen atau setiap ringgit yang dilesapkan.
Misalnya untuk nilai RM100,700 yang dilesapkan, maka mangsa atau waris-waris terdekat hendaklah dibenarkan merotan sebanyak 100,700 kali. Jika hukuman secara yang dicadangkan dipraktikkan, saya yakin untuk melakukan penyelewengan atau jenayah, bakal pelakunya akan befikir 100,700 kali sebelum mengambil risiko melakukannya.
Selagi hukuman yang dikenakan terhadap pelaku penyelewengan dan jenayah dengan jumlah denda pada kadar mampu dibayar, kalau dirotan pula pada jumlah yang mampu ditanggung dan dipenjara pada tahap sekadar seakan-akan mereka bercuti rehat, maka selama itulah kes kecederaan moral dan perlakuan jenayah akan terus belaku.
Monday, November 9, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment