Monday, November 9, 2009

MUNCUL KEMBALI (490)

Penyokong Kelantan kena berani tanggung setelah berani buat

PENYOKONG Kelantan yang bertindak agresif serta mejadi dalang dalam menimbulkan huru-hara pada perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil Sabtu lepas yang menyaksikan Kelantan tumpas 1-3 kepada Negeri Sembilana kini menjadi sasaran buruan polis.

Untuk lari dari tindakan undang-undang atau untuk mengelak dari ditahan polis dalah sesuatu yang tidak mungkin dan amat mustahi kerana mereka yang terlibat dalam insiden memalukan itu sedang dikenal pasti melalui rakaman video dan gambar yang diambil sepanjang perlawanan tersebut.

Mereka yang dikesan akan diambil tindakan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan api atau bahan letupan dengan niat hendak menyebabkan kerosakan. Polis Kuala Lumpur bekerjasama dengan Polis Kontinjen Kelantan bagi mengesan serta mengecam mereka yang terlibat.

Ertinya mereka yang terbabitt tidak mungkin dapat lepaskan diri, malah merekalah yang sepatutya kena bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukannya, bukannya Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) yang terpaksa menanggung padah, termasuk kemungkinan akan dikenakan hukuman denda kerana insiden itu.

Yang dimahukan oleh KAFA dari para penyokong ialah memberi sokongan moral yang bermoral, bukannya disuruh datang membaling mercun dan botol, apatah membakar tempat duduk stadium dan kain rentang kerana perbuatan yang tidak bermoral itu akan mendatangkan masalah kepada KAFA dan Pasukan Kelantan untuk terus membina kebangkitan.

Apbila polis menyifatkan tindakan melampau penyokong Kelantan yang 'beraksi' di luar kawalan seolah-olah mencabar polis, membuktikan bahawa polis bukan main-main dalam pemburuannya untuk bertindak ke atas mereka yang melakukan onar di samping FAM telah menyatakan bahawa tindakan tegas akan dikenakan terhadap KAFA.

Gara-gara angkara penyokong, sudahnya KAFA juga yang kena tanggung padah. Para penyokong bukan sahaja semacam sengaja mahu menganiaya KAFA dibawah terajuan Tan Sri Annuar Musa tetapi mereka juga tidak menghomati, malah mengecewakan Menteri Besar, Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Mereka tidak menghargai langsung kesukaran KAFA untuk membatalkan hukuman terpaksa bermain di padang berkecualigara-gara amukkan penyokong di Stadium Sultan Muhammed ke-IV tidak lama dulu serta prestasi cemerlang yang ditunjukkan oleh Pasukan Kelantan sehingga melaykkan diri ke perlawanan akhir.

Setiap pnyertaan dalam sesuatu perlawanan yang diharapkan adalah kemenangan. Tetapi sebagai adat berlawan kena pihak yang mnang dan pihakyang kalah.Nampaknya untuk perlawanan akhir edii ke-83 Piala Malaysia, yang kalahnya adalah kelantan yang yang mnangnya Negeri Sembilan.

Kerana itulah muktamadnya keputusan yang dikira berdasarkan jumlah gol yang dipungut, bukan sahaja kalau Stadiumnasional Bukit Jalil dileburkan teapi tetapi jika 60 kepala penyokong Kelntan tersepaiotak kerana hantuk kepala ke tembok batu kerana menzahirkan kekecewaan yang amat sangat pun rekod keputusan tidak akan terinda lagi.

Justeru demi reputasi KAFA dan demi agar usaha membina kebangkitan Pasukan Bolasepak Kelantan tidak terbantut, maka pemain Kelantan yang melalukan perlakuan tidak senonoh patut bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukan. Mereka kena berani tanggung setelah berani buat.

Ertinyanya mereka kena tampiluntuk menyerahkan diri dan bersedia untuk dikenakan apa jua hukuman sewajarnya supaya tindakan yang akan dikenakan ke atas KAFA dan pihak pengurusan serta pasukan Kelantan akan diringkan pada kadar seringan yang mungkin.

Dalam pada itu pihak polis patut dilibatkan dalam membuat pemeriksaan di pintu terhadap para penontn bolasepak pada masa-masa akan datang supaya kes membawa masuk mercun dan benda-benda yang boleh dilontar dan mendatangkan kecederaan tidak dibawa masuk, malah pemetik api pun patut dilarang dari dibawa masukdi samping dikuatkuasakan pengharaman merokok dalam stadium.

Mana-mana mereka yang didapati melanggar peraturan larangan membawa masuk barangan tadi bukan sahaja tidak dibenar masuk ke stadium tetapi mereka perlu diambil tindakan undang dan idakwa supaya kes jurukamera RTM tercedera dilempar batu tidak berulang.

Untuk menyempunakan tugas itu penjaga pintu masuk di kalangan kakitangan stadium tidak ada kemampuan kerana tidak ada undang-undang yang membolehkan mereka mengambil tindakan undang-undang, sebaliknya kena babitkan pihak polis. Sesungguhnya mencegah adalah lebih baik dari menangani kejadian yang sudah berlaku.

No comments: