DALAM saya keliru bersama kira-kra 17 juta umat islam dripada 27 juta rakyat negara ini yang terdiri dari pelbagai kaum dan nutan agama, puluhan ribu dan pendukung serta penyokong Pas keliru tentang isi bai'ah, barulah muncul pandangan dari pihak yang boleh diaggap berkecuali dan pastinya tidak dibiaskan oleh mana-mana parti politik.
Pandangan itu adalah datagnya dari bekas Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Datuk Dr Ismail Ibrahim yang juga bekas Duta Negara Ke Mesir serta seoang penulis/kolumnis tersohor.Beliau sekarang kalau tidak silap saya adalah adik atau abang ipar kepada Ustaz Abdul fatah Haron, Ahli Dewan undangan Negeri Kawasan bukit Tuku.
Pandangan beliau yang dipetik dari Utusan-online adalah sebagamana berikut;
Bai'ah tidak dibenarkan dalam syarak
KUALA LUMPUR 9 Nov. - Bai'ah yang mentaklikkan isteri dengan talak tiga atas sebab politik seperti yang dilakukan oleh Pas tidak dibenarkan dalam syarak.
Bekas Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Datuk Dr. Ismail Ibrahim berkata, bai'ah seumpama itu amat tidak munasabah selain melanggar etika dan moral kehidupan seorang Islam.
Ujarnya, setiap perkara berkaitan taklik atau talak sepatutnya hanya menyentuh soal kekeluargaan dan ia tidak seharusnya dikaitkan dengan perkara lain termasuk politik.'
'Syarak tidak membenarkan kita berbai'ah dengan cara begini kerana perbuatan ini amat bertentangan dengan moral dan etika,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Khamis lalu, Ahli Parlimen Pas Shah Alam, Khalid Samad telah mengesahkan wujudnya amalan bai'ah di kalangan calon wakil rakyat Pas bahawa akan jatuh talak tiga kepada isteri masing-masing jika mereka keluar parti.
Pendedahan itu mendapat tentangan ilmuwan Islam antaranya Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang menyatakan bahawa amalan bai'ah untuk kepentingan politik seperti dilaksanakan oleh pemimpin Pas adalah perbuatan yang menganiaya isteri sendiri.
Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Noh Gadut pula menyifatkan bai'ah seperti itu sebagai tidak bertamadun dan boleh menjatuhkan imej Islam.
Mengulas isu sama Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin meminta Majlis Fatwa Kebangsaan segera bermuzakarah dan membincangkan isu bai'ah talak tiga Pas.
Dalam pada itu, Ismail yang juga penyandang Kursi Sheikh Abdullah Fahim sekali lagi menegaskan adalah tidak adil taklik dijadikan alat untuk berpolitik.'
'Kebenaran untuk bertaklik hanya berkisar tentang hidup berkeluarga dan bukannya ada sebab lain,'' katanya lagi.
Bagaimana agaknya wajah dan status bekas Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan pad mata Pas selepas ini. Apakah beliau juga akan menerima nasib yang sama sebagai yang diterima oleh Tan Seri Harunsani Zakaria, Datuk Noh Gadut dan Zulkifli Noordin yang pendapat dan pandangan mereka tidak melabakan Pas.
Paling anihnya kenapa dalam kes-kes yang boleh mencederakan akidah ini, tokoh-tokoh besar Pas seperti Mursyidul Am dan Presiden Pas masih mengunci mulut masing-masing. Seandainya Dr Mohd. Asri Zainul Abidin yang tengah hanga dengan isu penahanannya oleh JAIS tengah hangat turut memberikan pandangan yang tidak melabakan Pas,beliau juga pasti kena lanyak, mlh tahap keilmuannya akan turut dipertikaikan oleh orang Pas walaupun barangkali yang mempertikaikan iu bertaraf tukang tampal poster Pas dan baca al-Fatihah pun bunyi macam muaalaf baru dua hari peluk Islam.
Dalam pada itu Majlis Pertubuhan Wanita Kebangsaan (NCWO) turut memberi pndangan tetapi saya yakin akan ditolak oleh orang Pas kerana mereka akan tengok siapa yang bercakap dan selabuh mana purdah yang dipakai oleh pemberi pandangan. Pandangan NCWO adlah sebagaimana berikut;
Bai'ah peralat isteri, malukan wanita
KUALA LUMPUR 9 Nov. - Isu bai'ah talak tiga wakil rakyat Pas terus dikritik dengan yang terbaru Majlis Pertubuhan Wanita Kebangsaan (NCWO) pula menyifatkannya sebagai memperalat isteri.
Timbalan Presidennya, Faridah Khalid kesal kerana perkahwinan dan keluarga sebagai institusi suci telah dipertaruhkan untuk menguji kesetiaan dalam parti politik.
Katanya, konsep bai'ah yang memberi kata dua sama ada terus setia kepada parti atau bercerai talak tiga dengan isteri adalah sesuatu yang memalukan kaum wanita.
"Saya mengurut dada ketika membaca mengenainya, tiada perkataan lebih sesuai selain ia menghina wanita seolah-olah mereka tiada harga diri.
"Politik adalah ideologi yang boleh berubah-ubah. Dalam negara demokrasi, semua orang boleh memilih parti politik yang disukai kerana itu pemimpin Pas perlu belajar menerima perbezaan pendapat dan ideologi," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau mengulas mengenai bai'ah oleh pemimpin Pas yang dilakukan sebelum menjadi calon pilihan raya bagi membuktikan kesetiaan mereka kepada parti berkenaan.
Faridah berkata, Pas seolah-olah tidak yakin dengan kesetiaan anggota dan pemimpinnya apabila mensyaratkan bai'ah tersebut kepada pemimpin mereka.
"Apakah dasar bai'ah itu berlandaskan ajaran Islam dan adakah ia memberi keadilan kepada wanita yang juga seorang ibu dan isteri?" soal beliau.
Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin pula terkejut dengan perkara itu dan turut mengutuk Pas yang mensyaratkan bai'ah tersebut.
Menurutnya, banyak cara untuk membuktikan kesetiaan kepada parti tetapi dengan mempertaruhkan institusi perkahwinan bererti Pas telah mencampuradukkan agama dan keluarga dengan politik.
"Selama ini Pas banyak mengeluarkan 'fatwa pelik'. Bai'ah ini bukan sahaja tidak boleh diterima akal malah menghina kaum wanita." ujar Rosnah.
Dalam pada itu seorang orang kuat Pas menidakkan bai'ah jatuh talak tiga terhadap isteri yang diperakukan oleh bebeapa orang kuatPs yang lain.Penidakkan itu terkandung dalam laporan berikut'
Tiada arahan bai'ah cerai talak tiga
Oleh TARMIZI ABDUL RAHIM
tarmizi.rahim@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 9 Nov. - Pas Pusat mengakui mengamalkan konsep bai'ah sebagai akujanji dan taat setia kepada parti tetapi secara rasminya tiada arahan cerai talak tiga jika wakil rakyatnya keluar parti.
Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali berkata, dakwaan amalan itu dipraktikkan secara meluas adalah tidak benar dan pihaknya yang memandang serius perkara itu sedang melakukan siasatan lanjut.
"Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah mengarahkan saya supaya menyiasat perkara ini dan siasatan lanjut sedang dijalankan kerana Pas Pusat tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan rasmi untuk bai'ah cerai talak tiga.
"Kita memang ada bai'ah untuk memberikan taat setia kepada parti sebelum kita melantik mana-mana pihak mewakili parti tetapi tidaklah sebagaimana yang dilaporkan," katanya kepada ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Khamis lalu, Ahli Parlimen Shah Alam dari Pas, Khalid Samad mengesahkan wujudnya amalan bai'ah di kalangan calon wakil rakyat parti itu bahawa akan jatuh talak tiga kepada isteri masing-masing jika mereka keluar parti.
Bagaimanapun, Mustafa ketika ditanya apakah teks penuh bai'ah taat setia kepada Pas yang perlu diucapkan oleh wakil rakyat itu berkata, beliau tidak mengingatinya dengan jelas.
ngenai adakah pihaknya telah berjumpa atau memanggil Khalid untuk mendapatkan penjelasan mengenai pendedahan yang dibuat oleh adik kepada Ahli Parlimen Johor Bahru, Datuk Shahrir Samad itu, katanya, perkara itu belum dilakukan.
"Belum lagi, saya tidak jumpa atau hubungi dia. Kita tidak meletakkan sebarang tempoh masa tertentu untuk menyiapkan siasatan ini kerana yang penting siasatan rapi akan dibuat," katanya.
Dewan Muslimat Pas sebagai reaksi daripada kenyataan Khalid itu telah mempertahankan amalan bai'ah cerai talak tiga yang disifatkan mampu membela wanita dan secara tidak langsung dapat menguatkan azam pemimpin Pas yang menang pilihan raya untuk terus komited kepada perjuangan parti.
Ketuanya, Nuridah Mohd. Salleh menegaskan, pihaknya tidak menolak amalan itu kerana sangat memahami mengapa bai'ah dilakukan iaitu demi memperteguhkan parti.
Beliau berkata, amalan bai'ah yang diperkenalkan kepada calon Pas lelaki sejak pilihan raya 2007 itu tidak bermaksud merendahkan wanita dan menggalakkan perceraian, tetapi sebaliknya sebagai cabaran kepada lelaki berjuang menguatkan syiar Islam.
Antara pemimpin Pas yang mengakui telah melakukan bai'ah cerai talak tiga ialah Setiausaha Pas Selangor, Mohd. Khairuddin Othman yang melafazkannya semasa dipilih sebagai calon pilihan raya untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih dan DUN Paya Jaras tahun lalu.
Beliau berkata, bai'ah itu yang disediakan Dewan Ulama Pas akan dibaca beramai-ramai di hadapan Pesuruhjaya Pas negeri sebelum pilihan raya berlangsung.
Laporan berikut menyebut Pas akan buat siasatan siapa yang menimbulkan isu berkenaan yang dianggap sebagai suatu spekulas;
Kerajaan Mahu Penjelasan PAS Kebenaran Isu Bai'ah: Jamil Khir
KUALA LUMPUR, 9 Nov (Bernama) -- Kerajaan mahu kepimpinan PAS memberikan penjelasan mengenai dakwaan Bai'ah yang berlaku dalam parti itu yang dilihat tidak berlaku adil kepada golongan wanita.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom berkata ini kerana pihak kerajaan melihat Bai'ah adalah suatu keputusan yang hanya dibuat sebelah pihak tanpa perbincangan dengan pihak wanita.
"Kerajaan mahu melihat bahawa adakah kebenaran ini berlaku di luar sana dan juga ingin mendengar pandangan-pandangan terutamanya daripada pihak Dewan Ulama PAS, dan juga daripada Muslimat PAS, untuk memberikan jawapan kepada pandangan terhadap Bai'ah tersebut.
"Pihak kerajaan melihat Bai'ah memberikan sesuatu keputusan yang dibuat di sebelah pihak tanpa membicarakan, berbincang dengan pihak wanita dan keluarga serta anak-anak mereka bagi mendapatkan penjelasan," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 di Dewan Rakyat di sini Isnin.
Penjelasan itu terus mendapat perhatian Datuk Taib Azamudden Md. Taib (PAS-Baling) yang bingkas bangun untuk mempertikaikan mengenai isu tersebut yang dianggapnya adalah spekulasi semata-mata.
"Soal Bai'ah tidak pernah diputuskan di mana-mana peringkat dalam PAS, cuma yang ditimbulkan ini adalah spekulasi yang bermotifkan politik. Kami tengah siasat siapa yang timbulkan perkara ini, ini melibatkan soal isteri, soal taklik dan sebagainya," kata Taib Azamudden.
Baru-baru ini anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dari PAS mengakui wujudnya Bai'ah iaitu sumpah taat setia bahawa akan jatuh talak tiga terhadap isteri masing-masing jika mereka mengkhianati parti.-- BERNAMA.
Tidak susah sangat untuk Pas siasat, jumpa Khalid Samad, Setiausaha Badan Perhubungan Pas negeri, Mohd. Khairuddin Othman atau Ketua Dewan Muslimat Pas, Nuridah Mohd. Salleh dan naibnya Senator Mumtaz Md. Nawi yang mempertahankan bai'ah, pasti dapatlah maklumat dengan jelas.
Umno pada saya tidak terbabit kerana yang membuat pendedahan itu adalah di kalangan pimpinan Pas sendiri. Apa tujuan di sebalik pendeahan itu, ianya menjadi tanggungjawab Pas untukmencari jawapannya. akyat terutama pendukung dan penyokong Pas tidak boleh kliru dan dikeliukan kerana wtdak-seragaman kenyataan di kalangan Pas alam soal berkaitan.
Sebagai seorang yang sedang keliru bersama ramai lagi yang keliru berhubung ketidak-seragaman kenyataan pimpinan Pas tentang bai'ah jatuh talak tiga terhadap isteri, saya akan carry foward mana-mana laporan yang berkaitan sehingga kes menemui titik noktahnya.
Sebagai bloggers yang berpendidikan sekolah agama walaupun dengan (sila tukar DENGAN kepada TIDAK) setaraf pemilikan ilmu dengan para pemimpin Pas, saya berasa bertanggungjawab dan berfardu kifayah untuk masuk campur dan mengusulkan perbincangan, perbahasan, perdebatan dan sebagainya secara ilmiah supaya isu berbangkit dapat dislesaikan selari dengan hukum hakam dengan jaminan ianya tidak akan meluka dan mencederakan akidah.
8 comments:
MKJ kata ...." Sebagai bloggers yang berpendidikan sekolah agama walaupun dengan setaraf pemilikan ilmu dengan para pemimpin Pas, saya berasa bertanggungjawab dan berfardu kifayah untuk masuk campur dan mengusulkan perbincangan, perbahasan, perdebatan dan sebagainya secara ilmiah supaya isu berbangkit dapat dislesaikan selari dengan hukum hakam dengan jaminan ianya tidak akan meluka dan mencederakan akidah." .................
DGN ILMU TINGGI TUAN MELI NI.. TAKLEH KO JUGAK KECEDERAAN AKIDAH YANG MELETAK UNDANG2/ HUKUM HAKAM ALLAH SEBAGAI KELAS DUA ... MAHKAMAH SYARIAH SETARAF MAHKAMAH MAJESTRET SJA... YANG BOLEH DI-OVERRULE/ BATALKAN OLEH MAHKAMAH SEKULAR..... MEMBESARKAN SEKULAR DARI ISLAM .. PUJA & TAAT KEPADA PERINTAH KAUM FASIK MELEBIHi TAAT KEPADA PERINTAH ALLAH..
MENGHALALKAN YG HARAM, MENGHARAMKAN YG HALAL..???
Zaman ni ramai jugk ahli ilmu agama bersuka-sukaan dgn para ahli fasik krna mengharap habuan dunia ... sda dalil nas sebut .. diakhirat nanti manusia dibangkitkan bersama dgn golongan yg mereka cintai/ sukai didunia ini...
nok tanya satu soalan ke mung meli
Adakah anda pasti dan tidak was-was sekiranya PAS bersama DAP bersama PKR syariat Islam betul-betul ditegakkan?
Hukum hudud akan dilaksanakan.
Pemerintahan bukan sekular lagi.
Taat keapada kaum fasik tidak ada lagi.
Menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal tidak berlaku lagi.
Dan yang lain-lain tuduhan tidak berlaku lagi.
Sedangkan pada masa sekarang ...
PAS dan DAP, tidak timbulkah taat kepada kaum fasik melebihi taat kepada Allah.
Isu babi pun PAS tidak boleh buat apa-apa. DAP ugut nak keluar dari pakatan pun, PAS mula resah.
Isu arak pun PAS tidak boleh buat apa-apa. PKR dan DAP tidak setuju dengan PAS buat. Dr Hassan Ali pun kena kes disiplin parti kerana lantang mengkritik DAP dan PKR.
Siapa menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal???
Baiah menceraikan isteri sampai talak tiga jika keluar pas, adakah halal atau haram???
Nak tegakkan syariat konon tapi ...
PAS Kedah senyap saja tentang hukum hudud???
Hapus kandang babi pun DAP marah, kalau nak buat hukum hudud apa lagi???
Usahlah mengingau di siang hari.
Anonymous said...
nok tanya satu soalan ke mung meli
PENAMO RIMA HAK NAK TANYANYOA?
Zaman ni ramai jugk ahli ilmu agama bersuka-sukaan dgn para ahli fasik krna mengharap habuan dunia ... sda dalil nas sebut .. diakhirat nanti manusia dibangkitkan bersama dgn golongan yg mereka cintai/ sukai didunia ini...
November 10, 2009 4:52 AM
DEMO BOLEH SOH KO BENDA NI DITUJUKAN KEPADA PUAK-PUAK UMNO?. KALU PERHATI MMOLEK DOK BERASPO BENDA NI JAD ATA PPALO PUAK-PUAK PAS YANGBERMAIN DAN MEMAINKAN AGAMA UNTUK KEPNTINGAN PARTI POLITIK YANG ORANG PAS DOK BERASO SAMA DENGAN POLITIK.
MKJ TERUSKAN USAHA. TIDAK KIRA PAS KOUMNO, TAK BETUL KENA TEGUR
bkn di kedah jah hukum hudud xbunyi..dikelate pun snyp dik dah..di malaysia pun xbunyi lnsng dah nak ko hudud..amik campak pah dalam sungai kelate dah bekali isu hudud.
nik aziz pun srupo dolah dah lani..pak lah mapuh dulu pun sbb dgr buah natu r..hbs org umno diri benci ko pok lah..xmustahil sikit mase lg org pas diri sikit mase lg hok jatuh nik aziz...
Kerajaan Negeri di bawah PAS Kelantan & PAS Terengganu dah luluskan Enakman Undang2 syariah -Hudud di DUN masing2 tapi kerajaan pusat UMNO yang HALANG dibentangkan di Parlimen utk dapat kelulusan khas pelaksanaan hudud diperngkat dulu sebagai model utk seluruh Msia...
Sama seperti Anwar buat semasa nak tubuh Akta Perbankan Islam, Akta Insuran Takaful Islam dan Pajak gadai arRahnu ... yg Umno dok banggakan tu le... sampai nama penggerak utamanya nak disembunyikan kerana pendewaan kepada politik umno... sama seperti penubuhan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia atau penghinaan kepada pejuang2 kemerdekaan yg bukan UMNO...!!!
PAS belum lagi perintah Msia lagi dah kata tak buat hukum hudud,.... beri le peluang sekali ... tau le nak convience yg bukan Islam ... tanpa jejaskan hak asasi mereka..
Yg UMNo 52 tahun berkuasa tuu .. nak tunggu apa lgi? sekurang2 di Negeri Johor ke, Melaka ke? NSembilan ke? Perlis ke?... baru kita ccaya sikit dgn cakap2 nak ko Islam puok2 Umno ni. Kalu ubah cuti hari jumaat macam di Kedah, Kelantan & Terengganu pun dah berganjak sikit.. ini dok cakap berbuih2 & berbelit2 alasan tak mau laksana hukum Allah, macam le Tuhan tak tahu apa sebenarnya dihati kamu tuu...
Anonymous said...
MKJ kata ...." Sebagai bloggers yang berpendidikan sekolah agama walaupun dengan setaraf pemilikan ilmu dengan para pemimpin Pas, saya berasa bertanggungjawab dan berfardu kifayah untuk masuk campur dan mengusulkan perbincangan, perbahasan, perdebatan dan sebagainya secara ilmiah supaya isu berbangkit dapat dislesaikan selari dengan hukum hakam dengan jaminan ianya tidak akan meluka dan mencederakan akidah." .................
DGN ILMU TINGGI TUAN MELI NI.. TAKLEH KO JUGAK KECEDERAAN AKIDAH YANG MELETAK UNDANG2/ HUKUM HAKAM ALLAH SEBAGAI KELAS DUA ... MAHKAMAH SYARIAH SETARAF MAHKAMAH MAJESTRET SJA... YANG BOLEH DI-OVERRULE/ BATALKAN OLEH MAHKAMAH SEKULAR..... MEMBESARKAN SEKULAR DARI ISLAM .. PUJA & TAAT KEPADA PERINTAH KAUM FASIK MELEBIHi TAAT KEPADA PERINTAH ALLAH..
MENGHALALKAN YG HARAM, MENGHARAMKAN YG HALAL..???
Zaman ni ramai jugk ahli ilmu agama bersuka-sukaan dgn para ahli fasik krna mengharap habuan dunia ... sda dalil nas sebut .. diakhirat nanti manusia dibangkitkan bersama dgn golongan yg mereka cintai/ sukai didunia ini...
November 10, 2009 4:52 AM
MKJ tidak boleh dipikul-tanggungjawabkan untuk apa yang anda mahukan. bagaimanapun saya nampak beliau sudah mainkan peranannyamelalui blog mahu pun akhbar,majalah dan buku terbitannya,agaknya kerana penuh tuntutan fardu kifayah.
Untuk apa yang anda mahukan itu kena diinisiiaifkan oleh orang politik.
Yang mendabik dada ahli agama adalah orang Pas. Orang Umno jarang yang dabik dada sebagai ilmuan Islam. Agaknya ahli agama yang anda katakan itu adalah orang Pas.
Anonymous said...
Kerajaan Negeri di bawah PAS Kelantan & PAS Terengganu dah luluskan Enakman Undang2 syariah -Hudud di DUN masing2 tapi kerajaan pusat UMNO yang HALANG dibentangkan di Parlimen utk dapat kelulusan khas pelaksanaan hudud diperngkat dulu sebagai model utk seluruh Msia...
Sama seperti Anwar buat semasa nak tubuh Akta Perbankan Islam, Akta Insuran Takaful Islam dan Pajak gadai arRahnu ... yg Umno dok banggakan tu le... sampai nama penggerak utamanya nak disembunyikan kerana pendewaan kepada politik umno... sama seperti penubuhan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia atau penghinaan kepada pejuang2 kemerdekaan yg bukan UMNO...!!!
PAS belum lagi perintah Msia lagi dah kata tak buat hukum hudud,.... beri le peluang sekali ... tau le nak convience yg bukan Islam ... tanpa jejaskan hak asasi mereka..
Yg UMNo 52 tahun berkuasa tuu .. nak tunggu apa lgi? sekurang2 di Negeri Johor ke, Melaka ke? NSembilan ke? Perlis ke?... baru kita ccaya sikit dgn cakap2 nak ko Islam puok2 Umno ni. Kalu ubah cuti hari jumaat macam di Kedah, Kelantan & Terengganu pun dah berganjak sikit.. ini dok cakap berbuih2 & berbelit2 alasan tak mau laksana hukum Allah, macam le Tuhan tak tahu apa sebenarnya dihati kamu tuu...
November 10, 2009 11:18 PM
JANGAN NAK BUAT PERINGKAT PUSAT YANG TIDAK MUNGKIN BOLEH DIBUAT KERANA RAKYAT TAK BERI MANDAT.LAKSANAKANLAH DULU PADA PERINGKAT NEGERI. HUDUDKAN DULU PESALAH DI KLANTAN, KEDAH, PULAU PINANG DAN SELANGOR.
KALAU PENZINA DIHUKUM CARA ISLAM DI NEGEI-NEGERI BERKENAAN, YANG DIHUKUM TAK 'KAN MAHU DAKWA KERAJAAN NEGERI KERANA MEREKA YANG PILIH PARTI YANG MAHU LAKSANAKAN HUDUD. KERAJAAN PUSAT ATAU POLIS TAK AKAN AMBIL TINDAKAN KALAU ORANG YANG JADI MANGSA DALAM KES JENAYAH UMPAMANYA TIDAK MAHU PELAKU JENAYAH DIHUKUM.
JANGAN TAKUT ORANG YANG DIHUDUD POTONG TANGAN KERANA KESALAHAN MENCURI AKAN SAMAN BALIK PELAKSANAAN HUKUMAN KERANA ORANG KELANTAN, KEDAH, PULAU PINANG DAN SELANGOR KERANA MEREKA YANG PILIH PARTI YANG MAHU LAKSANAKAN HUDUD MENJADI KERAJAAN.
LAKSANAKAN DULU DI NEGEI-NEGERI YANG PR PERINTAH, PASTI AKHIRNYA AKAN DIIKUTI OLEH NEGERI-NEGEI LAIN BILA DI NEGEI-NEGERI ERKENAAN TIDAK ADA LAGI JENAYAH KERANA KEBERKESANAN HUKUMAN. SEMUA ORANG MAHU HIDUP TANPA JENAYAH.
CAKAP SAHAJA TIDAK GUNA KALAU TIDAK BUAT. DALAM KEMPEN RAKAN MASJD, BUAN SEMBAHYANG, MODEL IKLAN DI PAPAN IKAN KENA BERTUDUNG, KES MAIN UNGEK-UNGEK DALAM TANDAS MASJID BOLEH BERLAKU DI KELANTAN. KENAPA? APAKAH DIA SAJA-SAJA BERLAKU. TENTU TIDAK. SETIAP APA YANG BERLAKU ADA SEBANYA UNTUK DIJADIKAN BAHN FIKIR UNTUK MUHASABAH DIRI OLEH NEGERI TEMPAT BERLAKUNYA KES.
Post a Comment