Wednesday, November 11, 2009

MUNCUL KEMBALI (496)

Didenda RM50,000 sahaja, nasib menyebelahi Kelantan

GARA-GARA angkara cedera moral penyokong- penyokongnya pada perlawanan akhir Piala Malaysia di stadium Bukit Jalil baru-baru ini, Persatuan Bolasepak Kelantan didenda RM50,000.

Bagi saya denda yang dikenakan sangat berpadanan dan bersifat bertolak ansur yang amat sangat oleh Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Gara-gara perlakuan yang tidak sepatutnya, Stadium Nasional Bukit Jalil mengalami kerugian yang dianggarkan RM138,150 kerana kerosakkan harta bendanya.

Denda yang dikenakan ke atas KAFA itu adalah gara-gara tindakan liar dan ganas para penyokongnya termasuk membakar stadium serta mencederakan pegawai bertugas dan pelbagai perlakuan cedera moral lagi.

Walaupun barangkali jumlah RM50,000 itu kecil tetapi kepada KAFA yang sedang dalam proses pemulihan, ianya adalah satu jumlah yang agak besar.

Para penyokong Kelantan yang dianggarkan lebih 60,000 yang menyaksikan pelawanan itu barangali patut membantu KAFA dengan menderma RM1 seorang untuk bayar denda berkenaan.

Dala pada itu penyokong Kelantan yang bertindak agresif serta mejadi dalang dalam menimbulkan huru-hara dan menyebabkan KAFA didenda kini menjadi sasaran buruan polis.

Untuk lari dari tindakan undang-undang atau untuk mengelak dari ditahan polis dalah sesuatu yang tidak mungkin dan amat mustahi kerana mereka yang terlibat dalam insiden memalukan itu sedang dikenal pasti melalui rakaman video dan gambar yang diambil sepanjang perlawanan tersebut.

Mereka yang dikesan akan diambil tindakan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan api atau bahan letupan dengan niat hendak menyebabkan kerosakan. Polis Kuala Lumpur bekerjasama dengan Polis Kontinjen Kelantan bagi mengesan serta mengecam mereka yang terlibat.

Ertinya mereka yang terbabitt tidak mungkin dapat lepaskan diri, malah merekalah yang sepatutya kena bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukannya, bukannya Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) yang terpaksa menanggung padah, termasuk kemungkinan akan dikenakan hukuman denda kerana insiden itu.

Yang dimahukan oleh KAFA dari para penyokong ialah memberi sokongan moral yang bermoral, bukannya disuruh datang membaling mercun dan botol, apatah membakar tempat duduk stadium dan kain rentang kerana perbuatan yang tidak bermoral itu akan mendatangkan masalah kepada KAFA dan Pasukan Kelantan untuk terus membina kebangkitan.

Apbila polis menyifatkan tindakan melampau penyokong Kelantan yang 'beraksi' di luar kawalan seolah-olah mencabar polis, membuktikan bahawa polis bukan main-main dalam pemburuannya untuk bertindak ke atas mereka yang melakukan onar di samping FAM telah menyatakan bahawa tindakan tegas akan dikenakan terhadap KAFA.

Gara-gara angkara penyokong, sudahnya KAFA juga yang kena tanggung padah. Para penyokong bukan sahaja semacam sengaja mahu menganiaya KAFA dibawah terajuan Tan Sri Annuar Musa tetapi mereka juga tidak menghomati, malah mengecewakan Menteri Besar, Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Mereka tidak menghargai langsung kesukaran KAFA untuk membatalkan hukuman terpaksa bermain di padang berkecualigara-gara amukkan penyokong di Stadium Sultan Muhammed ke-IV tidak lama dulu serta prestasi cemerlang yang ditunjukkan oleh Pasukan Kelantan sehingga melaykkan diri ke perlawanan akhir.

Setiap pnyertaan dalam sesuatu perlawanan yang diharapkan adalah kemenangan. Tetapi sebagai adat berlawan kena pihak yang mnang dan pihakyang kalah.Nampaknya untuk perlawanan akhir edii ke-83 Piala Malaysia, yang kalahnya adalah kelantan yang yang mnangnya Negeri Sembilan.

Kerana itulah muktamadnya keputusan yang dikira berdasarkan jumlah gol yang dipungut, bukan sahaja kalau Stadiumnasional Bukit Jalil dileburkan teapi tetapi jika 60 kepala penyokong Kelntan tersepaiotak kerana hantuk kepala ke tembok batu kerana menzahirkan kekecewaan yang amat sangat pun rekod keputusan tidak akan terinda lagi.

Justeru demi reputasi KAFA dan demi agar usaha membina kebangkitan Pasukan Bolasepak Kelantan tidak terbantut, maka pemain Kelantan yang melalukan perlakuan tidak senonoh patut bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukan. Mereka kena berani tanggung setelah berani buat.

Ertinyanya mereka kena tampiluntuk menyerahkan diri dan bersedia untuk dikenakan apa jua hukuman sewajarnya supaya tindakan yang akan dikenakan ke atas KAFA dan pihak pengurusan serta pasukan Kelantan akan diringkan pada kadar seringan yang mungkin.

Dalam pada itu pihak polis patut dilibatkan dalam membuat pemeriksaan di pintu terhadap para penontn bolasepak pada masa-masa akan datang supaya kes membawa masuk mercun dan benda-benda yang boleh dilontar dan mendatangkan kecederaan tidak dibawa masuk, malah pemetik api pun patut dilarang dari dibawa masukdi samping dikuatkuasakan pengharaman merokok dalam stadium.

Mana-mana mereka yang didapati melanggar peraturan larangan membawa masuk barangan tadi bukan sahaja tidak dibenar masuk ke stadium tetapi mereka perlu diambil tindakan undang dan idakwa supaya kes jurukamera RTM tercedera dilempar batu tidak berulang.

Untuk menyempunakan tugas itu penjaga pintu masuk di kalangan kakitangan stadium tidak ada kemampuan kerana tidak ada undang-undang yang membolehkan mereka mengambil tindakan undang-undang, sebaliknya kena babitkan pihak polis. Sesungguhnya mencegah adalah lebih baik dari menangani kejadian yang sudah berlaku.

7 comments:

john said...

Faktor utamo kelate kaloh.....rama penyokong tok semaye bae..pukul 5pm dok dale stadium doh...hok dari kelate/jauh tu mungkin buleh jamo' kalu nok jamo'..masalahnyo hok dok sekitar kl nga selangor pun terlibat samo...Tuhe tok ser bui lagi kelate menae..tunggu 2,3 kali masuk final..baru buleh kot......

Orang Kelantan Bandar baru Bangi said...

Kalu masuk stadium untuk buwi sokongn sampai tak semayang bang, baik tak sokong la.

Sekala gat jenis suko mengamuk ikut sir ni jenis tak semayang bang, kalau tidak pun puak-puak main pil kuda.

Patutya ugo-mugo lagu nik takdok ada sifat orang kelate

joostspring said...

la...

ada ko ore kelate make kuda..

bkn ape nik aziz kan perintah kelate,negeri serambi mekah tu abe OKBBB wei, negeri isle tu,mana ada benda2 gitu..rakyat2 dia org juruh2blako,maye be xtinggal blako rakyat kelate ni,berkat tok guru la semua tu yg rakyat dia juruh2 blako..mana ada main kuda,rogol kambing,kocak dlm jamban ni..

demo jange buat fitnah abe wei..dosa wei kata ko rakyat tok guru xmaye be,main kuda..

Anonymous said...

**TAPI TIDAK TUTUP AURAT TIDAK SAMAI GUGUR ISLAM

**SELAGI YANG TAK TUTUP KEPALA TU TAK KATA TAK TUTUP KEPALA TU HALAL.

**IA SETAKAT BERDOSA
SELAGI DIA TIDAK BERTABAT NASUHA,

setakat berdosa sahaja .....bereh itu adalah jawapan yg bagusssssssss

jawapan LAGU NI KERAJAAN BEER END SUKA DENGAR... HARAP LEPAS NI BUDOK LUBUK TAPAH BULIH APPLY JADI TOK PETI GANTI HARUS SANI

joostspring said...

anom cerdik 1.5am

kalu demo ni tinggi sangat ilmu agama gak..

selain dr dosa gak gp jawapan dia..

budak lubok tupah jawab dgn jelas dah soalan tu..

demo je buat2 xfaham sebab pemikiran politik sempit pas yg demo amalkan!!!!!

pemudacakna said...

Saya berharap pada masa yang akan datang penyokong Kelantan akan lebih berakhlak sesuai dengan negerinya yang diperintah oleh MB yang bergelar Tok Guru. Usahlah jaja amarah kita sebaliknya jagalah maruah kita.
Mungkin juga ada manafaat disebalik kekalahan pasukan Kelantan, hanya Allah yang tahu. Salah satu yang saya boleh garapkan di sini ialah kalau Kelantan menang, mungkin orang PAS akan megahkan MB Kelantan dan lupakan orang yang bertanggunjawab seluruhnya kepada pasukan Kelantan iaitu Annuar Musa. Sebab itulah ada dikalangan penyokong Kelantan membawa bendera PAS dan mengibarkan semasa perlawanan tersebut.

budak baru belajar said...

Jangan nampak tak tutup kepala je berdosa tapi banyak benda lain lagi yang besar juga dosanya seperti mengata orang, menghukum orang tidak tentu fasal, menghina orang, riak (aku saja orang yang sembahyang, orang lain tidak) dan macam-macam lagi.