Friday, November 13, 2009

MUNCUL KEMBALI (497)

Pendirian saya tentang sponsor tidak berganjak

TELEFON bimbit harga murah saya menghadapi probelum 'memory full' manakala mailbox emal saya juga sarat dengan banyak pertanyaan kenapa saya tidak respon keputusan Dato' Nik Aziz membatalkan rancangan ke Mekah dengan disponsor sebanyak RM65,000 oleh Din Mardi.

Sebenarnya saya tidak ke Kuliah Jumaat Dato' Nik Aziz pagi tadi. Saya ke Kampung Apam, hantar ubat untuk ibu tiri saya yang mengalami keuzuran, lepas itu saya bersama seorang rakan ke Padang Jelapang, menjala ikan tumang galang, lampam, terobo, memperas, mengkepal dan 'ikan kawan' di taliair Perairan Lemal, milik Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA).

Oleh kerana bila setiap kali tebar jala, dapat lebih dari sepuluh ekor ikan, kawan saya mencadangkan kami sambung menjala selepas sembahyang Jumaat. Katanya bila banyak ikan yang diprolehi boleh dipekasamkan. Kebetulan sebagaimana juga saya, kawan saya juga meminati ikan perkasam.

Sebelum mengulas tentang Dato' Haji Nik Aziz, saya rasa ada baiknya saya garapkan dulu pengalaman saya menjala kerana ianya boleh dikomersialkan jika ada usaha ke arah itu. Pada saya, di dasar parit taliair KADA ada lambakkan sen dan ringgit bagi yang bersedia untuk memanipulasikannya.

Selain ikan yang pelbagai jenis kalau dijual harganya bernilai RM8 ke atas sekilo dan harganya akan berjumlah RM18 hingga RM25 jika ikan sekilo tadinya diperkasamkan, masih ada pelbagai sumber rezeki lagi di dasar taliair dan saya menemukannya.

Ketika menyelam bagi melepaskan jala yang tersangkut, saya terperanjat apabila mendapati yang saya selam untuk pastikan apa yang telah melukakan kaki saya, rupanya 'ttibeng', sejenis siput berbentuk leper seakan biji setol dan buah ketapang.

Kalau di tepi pantai ianya dipanggil 'ttijah'. Sebagaimana 'ttijah' berada dalam timbuan pasir, 'ttibeng' juga berada pada kedudukan keadaan yang serupa yakni dengan terbenam dalam lumpur. Saya tidak tahu di luar Kelantan atau nama sainstifiknya dipanggil apa.

Seumur hidup saya yang suka makan pelbagai siput, etak, kerang, etak kera, tiram, lala dan lain-lain yang seumpamanya, saya tidak pernah lagi melihat 'ttibeng' berukuran sebesar tetikus komputer, kalau terjatuh di atas ibu kaki sebayan boleh pecah ibu kaki dibuatnya.

Melihat kepada saiznya, maknanya 'ttibeng' sudah lama wujud dalam parit taliair berkenaan tetapi tidak dipungut sehinggakan saiz yang biasanya sebesar dua jari, sudah menjadi sebesar tetikus komputer. Setiap langkah di tebing taliair itu pasti terpijak atas 'ttibeng' macam berjalan atas jalan berkrikil tanpa pakai alas kaki.

Oleh kerana tidak da peralatan khusus yang dibawa, saya simpul bahagian bawah kaki seluar saya dan saya membuat pungutan. Tidak sampai 20 minit, seluar yang saya jadikan bekas untuk mengumpulnya penuh dan balik ke rumah dan dibubuh dalam besen yang lazim bini saya gunakan bagi merendam pakain, besen berkenan hampir penuh dengan 'ttibeng' .

Selain itu terdapat dengan banyaknya etak dan siput (saya tidak pungut) selain dari banyak terdapat pelbagai jenis ikan. Kalau ada kerajinan, penduduk di sepanjang taliair itu boleh membuat pungutan dan ianya tentu akan boleh dikomersialkan jika ianya dalam jumlah yang banyakbanyak, umpamanya satu treller sehari.

Bini saya selalu beli 'ttibeng' yang saizya paling besar pun sekadar sebesar dua jari. Lazimnya dijual pada harga RM5 sekilo. Kalau bersandarkan kepada apa yang saya dapat sepanjang membuat pungutan dalam tempoh masa tidak sampai pun 20 minit, jumlahnya lebih 10 kilo sebenarnya jumlah 'ttibeng' di dasar taliair berkenaan cukup banyak. Katakanlah harga borong dijual pada harga RM2.00, pendapatan saya hasijual 'ttibeng' hari ini adalah RM20, yakni kira-kira RM1 seminit, satu jumlah yang oleh dikira cukup lumayan.

Saya tidak pasti sama ada penduduk sekitar sedar atau tidak tentang kewujudan sumber rezeki itu. Kalau mereka sedar, mereka patut jadualkan masa untuk memungutnya sekitar 4 jam sehari, yakni separuh dari masa kakitangan awam bekerja. Saya yakin, paling komen pun mereka akan dapat sekitar 100 kilogram, maknanya mereka akan memperolehi pendapatan RM200 sehari.

Saya yakin KADA boleh usahakan pasarannya, apatah lagi kalau jumlahnnya boleh mencecah bertrellar-trellar. Saya juga yakin 'ttibeng' akan menjadi hidangan di restoran-restoran mewah, termasuk d hotel-hotel jika ada jaminan bekalan yang tidak putus sepanjang masa.

Malah kalau penduduk tempatan buka kedai makan menghidangkan 'ttibeng'. 'etak', 'siput' dan 'ikan air tawar' saya yakin ianya akan mendapat sambutan. Tambahan pula saya diberitahu, 'ttibeng' berkhasiat untuk tambahkan tenaga batin lelaki dan wanita dan ianya boleh memulihkan sindrom mamba di kalangan lelaki serta sesuai untuk memulihkan mereka yang mengalami darah rendah.

Kalau dilengkapkan pula dengan sayur 'bayang peraksi renek' yang boleh menyembuhkan penyakit jantung dan minuman jus isi lobak putih yang boleh mengubati batu karang dan kencing dedas, air rebusan pokok selaput tunggul bagi menghilangkan darah tinggi dan air rebusan ranting jambu butir banyak untuk ubati hilangkan kencing manis, pastik kedai akan jadi tumpuan ramai.

Dengan kata lain dan dipendekkan kata, di dasar talirair KADA terdapat banyak lambakan sen dan ringgit jika ada usaha bagi meminapulasikannya rezeki yang seakan datang ke riba, pengusaha boleh jadi kaya raya.

Mengenai sponsor Dato' Nik Aziz ke Mekah

Pendirian saya tetap tidak berganjak. Ianya bergantung kepada niat penerima. Kalau niat dan kerananya adalah KERANA ALLAH dan tidak ada KERANA LAIN selain dari KERANA ALLAH, ianya boleh diterima tetapi jika ada KERANA LAIN selain dari KERANA ALLAH, ianya adalah berdosa dan kena ditolak mandatori.

Pernarikkan balik hasrat untuk ke Mekah setelah dipergegekan tidak menyebabkan persepsi dan tohmahan liar terhadap isu sponsor itu akan amat. Orang akan melihat bahawa sudah pasti ada KERANA LAIN selain dari KERANA ALLAH di pihak penawar dan pihak yang ditawarkan sponsor itu.

Dato' nik Aziz akan lebih selamat dari persepsi dan tohmahan liar kalau beliau mneruskan jadual ke Mekah dan tidak membatalkannya setelah isu berkenaan dipergegekan. Kalau ianya betul dan tidak ada KERANA LAIN selain dari KERANA ALLAH, kenapa mesti dibatalkan. Apa takut kalau tidak salah.

Bila dibatalkan, maka orang akan melihat ada ketakutan. Saya tidak berani mengiya atau menidakkan bahawa tangisan Dato' Nik Aziz ketika mengumumkan pembatalan ke Mekah adalah bersifat suatu penyesalan kerana nyaris-nyaris terjebak dalam satu kancah yang akan meosakkan reputasinya kerana isu sponsor yang pasti ada hikmahnya apa ia dipergegekan.

Dalam pada itu; atas nama Menteri Besar, bagi saya Dato' Nik Aziz tidak sepatutnya membela menantu beliau dengan mendakwa menjadi mangsa fitnah. Ada kurang bijak di situ. Beliau patut statik dengan kenyataannya sebelum ini, jika menantuua buat salah, maka siasatlah sehingga ditemukan buktik sama ada ianya benar atau hanya fitnah.

Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi terpaksa bersara awal dari perkhidmatannya kerana menantunya kebetulan menikmati hidup selesa. Dengan kelulusan yang dimiliki beliau memang layak pun menikmat hidup selesa dan beliau tidak akan jadi sasaran persepsi dan tohmahan liar jika Khairy bukan menantu PM.

Orang Pas banyak serang Pak Lah, anak kepada antara pengasas Pas itu. Sebagai serangan balas Dato' Nik Aziz, menantu dan anak-anaknyamenerima serangan balas dari orang Umno pada suatu ketika. Nampak semacam menjadi rukun dalam berparti politik, bila kita asyik cari kelemahan dan keburukkan oang, maka orag pula akan mencari kelemahan dan keburukkan kita.

Pada saya kes Dao' Nik Aziz agak peliklah kerana yang menyerang beliau dan menantu beliau adalah dari dalam Pas sendiri. Kesilapan terbesar beliau baangkali kerana melantik menantunya sbagai CEO di Perbadanan Mentei Besar yang mana beliau adalah pengersinya, Apa yang beliau buat tidak pernah dibuat oleh bekas-bekas Perdana Menteri, malah anak Dr Mahathir umpamannya hanya menonjol dalam parti selepas bapanya bersara.

Dari segi layaknya, menantu Dato' Nik Aziz barangkali memang layak untuk jawatan yag disandang tetapi oleh kerana pengerusinya adalah beliau, maka mau tidak mahu akan dilihat sebagai ada amalan kronisme dan nepotisme. Kalau menantu Pak Lah dipergegekan walaupun tidak berlaku menantu jadi CEO bapa mertua jadi pengerusi, tidak peliklah kalau menantu Dato' Nik Aziz juga dipergegekan.

Sekadar itu dapat saya berikan pandangan saya. Semua mereka yang SMS dan email berpuashati!

1 comment:

Anonymous said...

tak padan dengan mu ulas lagu ni meli. mu kena korek sapo dale pmbk hak buat krijo sapa geger riuh. tak kira sapo terlibat, ceo ko, exco ke, pegawai ko. mu kena kaji belako. kalu buleh wat gini. biso mu. baru nama meli kapok.

mso nak dedah.
mu kena dedah jugak.
ore lain pakat dedah belako.

baru buleh wat perbandingan