Saturday, November 14, 2009

MUNCUL KEMBALI (501)

Benteng penyatuan dan kesatuan Melayu telah banyak tembus?

PERMINTAAN Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya Persatuan Anak Melayu Johor (PAMJ) memainkan peranan aktif untuk menyatukan orang Melayu bukan sahaja di negeri itu bahkan di seluruh negara patut disahut dan digerakkan segera.

Dalam keadaan bangsa Melayu hanya berjumlah kira-kira 17 juta daripada keseluruhan rakyat ini yang berjumlah sekitar 27 juta, mempersatukan Melayu adalah suatu keperluan supaya pusaka ungkapankeramat Laksmana Hang Tuah 'tak kan Melayu hilang di dunia' akan menjadi suatu hakikat, bukan sekadar retorik.

Benteng penyatuan dan kesatuan Melayu telah banyak tembus, tiris, robek, mumut dan rapuh ekoran dari kemunculan banyak parti-parti politik Melayu yang bersifat demi kepentingan tokoh-tokoh tertentu yang boleh menyebabkan Melayu lemah di bumi warisan nenek moyang.

Walaupun saudara senegara yang bukan sebangsa dan seagama turut mempunyai lebih dari satu parti politik bagi mewakili bangsa masing-masing, namun percanggahan alur dan aliran pemikiran mereka kecederaannya tidak separah yang dialami oleh bangsa Melayu gara-gara tidak sejalur dan sejalan pemikiran dalam berparti politik dan berpolitik.

Kalau apa yang sedang berlaku kepada orang Melayu sekarang tidak ditangani dengan segera menggunakan apa jua cara bagi membaiki, memulih dan mempermantapkan kembali benteng penyatuan dan kesatuan Melayu, terutama ketika parti-parti politik Melayu sedang mengalami masalah dalaman yang agak kronik, ianya akan mendaangkan masalah kepada Melayu, terutama bagi jangka panjang.

Saya bersetuju dengan keyakinan Timbalan Perdana Menteri bahawa peranan bagi menyatu dan mempersatukan Melayu mampu dipikul PAMJ kerana barisan kepimpinannya diterajui oleh tokoh yang kaya dengan pengalaman baik dalam bidang politik, kerajaan, perdagangan, kebudayaan dan kesusasteraan, malah juga dalam bidang keagamaan.

Apa yang dimiliki serta pengalaman yang anggota PAMJ ada boleh digunakan dalam usaha meningkatkan sokongan, kepercayaan dan dokongan masyarakat terhadap kerajaan untuk sama-sama memajukan negara, tambahan sejarah memyatu dan mempersatukan Melayu sehingga memberi sumbangan besar keada kemerdekaan negara bermula dan berpusat di Johor.

Saya juga amat bersetuju dengan saranan Muhyiddin PAMJ berperanan sebagai pusat sehenti yang menghimpunkan profail anak Johor yang telah mencapai kejayaan baik di dalam negara mahupun di peringkat antarabangsa. Usaha yang sama patut dilakukan oleh persatuan anak-anak Melayu negeri lain.

Profial pencapaian mereka yang telah berjaya sangat penting dan berguna untuk dijadikan contoh bagi diteladani anak generasi barudan generasi akan datang supaya lebih ramai insan yang berjaya dapat dilahirkan dan seterusnya menyumbang kepada kemajuan bangsa dan negara.

Cara itu juga i boleh menggalakkan perkongsian resipi kejayaan dan mewujudkan jaringan pintar ke arah meningkatkan pencapaian anak Melayudalam pelbagai bidang khususnya perniagaan, perdagangan, perindustrian, sosial, politik dan kebudayaan, malah keagamaan.

Secara tidak langsung, inisiatif seperti itu i sekiranya dilaksanakan secara gigih dan bersungguh-sungguh pasti dapat melahirkan lebih ramai lagi golongan kelas menengah Bumiputera yang tentunya menjadi salah satu daripada harapan kita.

7 comments:

faziz ar said...

jujurkah seruan penyatuan melayu kalau negeri yang ramai melayu ditindas.. royalti di bagi ihsan... undang-undang ditolak tepi..
sabah & serawak royalti
terengganu kelantan wang ihsan
logik apa seruan perpaduan melayu...
tolong jelaskan..

Anonymous said...

Penyatuan Islam la, bukan penyatuan Melayu.

Anonymous said...

PERPADUAN MELAYU..HANYA SENDIWARA DAN RETORIK PARA PEMIMPIN UMNO KETIKA KEDUDUKAN MEREKA TERGUGAT ... SEPERTI SELEPAS 13 MEI 1969 .... 1972, TUBUH KERAJAAN GABUNGAN PAS-UMNO = BN... AKHIRNYA 1977, PAS DITERAJANG & DISEPAK KELUAR BILA MEREKA DAH KUAT...

MASA KERAJAAN PAS TRENGANU SELAPS PRU 1999 .... RAKYAT MELAYU TRENGGANU MENGEMIS WAG EHSAN HASIL BUMI SENDIRI ... KINI GILIRAN RAKYAT KELENTAN PULAK.... DIMANA PERPADUAN MELAYU 'SEBENAR' DLM KOTAK PEMIKIRAN PEMIMIMPIN UMNO..??

Anonymous said...

PERPADUAN MELAYU..HANYA SENDIWARA DAN RETORIK PARA PEMIMPIN UMNO KETIKA KEDUDUKAN MEREKA TERGUGAT ... SEPERTI SELEPAS 13 MEI 1969 .... 1972, TUBUH KERAJAAN GABUNGAN PAS-UMNO = BN... AKHIRNYA 1977, PAS DITERAJANG & DISEPAK KELUAR BILA MEREKA DAH KUAT...

MASA KERAJAAN PAS TRENGANU SELAPS PRU 1999 .... RAKYAT MELAYU TRENGGANU MENGEMIS WAG EHSAN HASIL BUMI SENDIRI ... KINI GILIRAN RAKYAT KELENTAN PULAK.... DIMANA PERPADUAN MELAYU 'SEBENAR' DLM KOTAK PEMIKIRAN PEMIMIMPIN UMNO..??

Orang Bawah Dagu Tok Guru said...

selag Melayu ada pemikiran macam kamu semua, tunggua kehancurannya. Penyatuan Melayu menjadi teras perjuangan, penyatuan Islam teras perjuangan Pas. setelah 49 tahun Pas wujud sejauh mana sumbangan Pas dalampenyatuan islam. Ada k sampai 49 orang bukan Islam masuk islam boktan Pas.

Melalui PERKIM, dah berapa puluh ribu bukan Islam masuk islam, sesetengahnya masuk Pas dan kecam Umno. Melalui OIC, bukankah telah disuarakan perpaduan Islam. Melalui Pusat Islam, melalui JAKIM, melalui IKIM Islam dikembangkan. Pas buat apa.

Jangan nak cakap perpadua Melayu, perpaduan sesama sendiri pun tak boleh, bila tak berlaga angin dengan Mursyidul Am, Timbalan Presiden Pas boleh diceca macam hambat anjing kurap buruk kepala berulat nyunyak-nyuyak (pinjam kata MKJ). Nampakapa yang pimpian Pas yang lebih terbukadalam berpolitik buat, Mursyidul Am Pas mengamuk minta buat UG.

Akhirnya apa jadi. Dulu tuduh menantu Pak Lah, kononnya mnantu jadi perkakas yang diperkakasan sebagai perdana menteri, yang buat keputusan aalah menantunya. Sekarang tuduhan yang serupa timpa kepalaMursyidul Am Pas. Buta stro mana menah yang tokleh tengok lagi. Tok ke pelik MB ke Mekah ditaja, bukankah gaji MB boleh tanggung kos ke Mekah untuk seorang, dua bulan gaji boleh tanggung bini,bakpo nak kena taja dan terima tajannya.Bila terkpik guna airmata minta simpati. Kalau nak dengar ulasan sedap tentang mugo-mugo lagu ni, pacal yang hina ni seah ko Brehim Ali, cuba anjur cermah biar Brehim syarah, baru jelas.

Budak Pondok Lubok Tapah said...

jujurkah seruan penyatuan melayu
......KALAU PERUT PEDAL SENDIRI DAH MACAM KUBANG BABI, KEJUJURAN ORANG AKAN DIRAGUI, SERUAN PERPADUAN DIANGGAP SANDIWARA DAN RETORIK BELAKA.

KALU DITAKSUBI, KONONNYA CURI SELIPAR UNTUK AMBIK BERKAT YANG DIANGGAP BETUL.

NAK BERMAIN DENGAN ISLAM KENA CUKUP IMAN DAN TAKWA,BARULAH BILA NAMPAK SI JANGGUT PANJANGAN, PAKAI JUBAH DAN SERBAN DAN CAKAP ANTA ENTA,DIANGAP ZUHUD YANG MAMPU MEMBAWA DAN MEMBERI BERKAT SELALU.

APA YANG SEDANG BERLAKU DALAMPAS SEKARANG ADALAH SUATU TELADAN DAN SEMPADAN BAHAWA APA YANG ADA DALAM KEPALA PENDUKUNG DAN PENYOKONG PAS TENTANG KEPIMPINAN YANG DIANGGAP AGUNG TIDAK BETUL. MKJ SENDIRI BUAT SILAP BILATERBITAN BUKU BERJUDUL 'NIK AZIZ INTAN TERPILIH ABAD INI'. TAPI NAMPAKNYA DIA MULA SEDAR KESILAPANNYA DAN SUDAH MUFARAAH DARI PENDEWAANNYA ITU.

SOAL BEZA ROYALTI MINYAK DENGAN WANG EHSAN, MASING-MASING BERCAKAP ATAS ISU YANG TIDAK DIKETAHUI PERATURANNYA. MACAM ORANG BUTA BERBALAH TENTANG RUPA GAJAH.

SENANG SAHAJA, KALAU RASA KELANTAN PATUT TERIMA ROYALTI DAN BUKAN EHSAN, JANGAN AMBILLAH TUNGGU TUNTUTAN DARI MAHKAMAH BERJAYA. WANG EHSAN ITU BOLELAH KERAJAAN PUSAT SALURKAN KE KELANTAN MELALUI JPPK, MANA-MANA KAWASAN YANG ADA WAKIL RAKYAT UMNO CURAHKAN SEGALA BENTUK PEBANGUNAN GUNA WANG EHSAN,YANG KAWASAN WAKIL RAKYAT PAS TAK PAYAH,TUNGGU GUNA WANG ROYALTI NANTI. MACAM MANA ORAN PAS BOLEH TERIMA SUMBER YANG TIDAK BETUL, ISLAM TAK GALAK.

Anonymous said...

Kerajaan pusat dibawah BN perah duit rakyat hasil bumi negeri2 miskin.. PEMIMPIN2 UBN HARI INI TAK UBAH LANUN2 DIKEPULAUAN MELAYU KONO..

UBN= lanun melayu moden.. harta rakyat/ negara buat macam harta sendiri.. kuasa hanya guna & dok tindas dan tipu rakyat bangsa sendiri ... Wahai melayu2 penjilat Umno,bersatulah kamu dengan ketua2 lanun ini ... kami tak selera!