Bencana banjir bukan untuk dipestakan
BENCANA Banjir pusingan pertama bagi negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung, terutama di Kelantan, sudah pun berlalu. Saya mendapat maklum, banjir pertama sudah agak teruk dan diramalkan banjir pusingan kedua dan ketiga akan lebih teruk agi.
Banjir merupakan fenomena biasa di negeri-negeri Pantai Timur untuk tempoh bulan November hingga bulan Februari tahun berikutnya.
Lazimnya pendduuk di kawasan yang sering landa banjir akan bersedia lebih awal yakni dengan menanam ubi untuk dijadikan makanan pada musim banjir serta dibuat pekasam ikan air tawar dan ikan budu bagi ikan air masin bagai lauk.
Mahu tidak mahu, suka atau tidak, menyusahkan atau apa padah sekali pun, banjir tetap akan berlaku bila sampai masanya kerana ianya adalah antara hukum alam.
Kejadian banjir pusingan pertama akan menjadi panduan untuk menghadapi banjir pusingan kedua dan ketiga. Di Kelantan, banyak kawasan-kawasan yang sebelum ini tidak pernah banjir, tahun ini dilanda banjir.
Antara puncanya dikatakan kerana pesatnya pembangunan yang mana dalam peranaangan membangunkan sesuatu kawasan, soal pengaliran air tidak diberi penekanan.
Padahnya kawasan yang jauh dari sungai, becah, tasik, alur dan kubang pun turut digenangi air yang bertakung pada musim tengkuuh tahun ini apabila hujan turun dengan lebat kerana alirannya tersekat sama ada kerana terhadang oleh pembinaan jalanraya yang dibina dengan bentuk tinggi dari permukaan sesuatu kawasan dan juga gara-gara pembinaan rumah dan bangunan tanpa disediakan saliran untuk aliran air.
Demikianlah betapa mahalnya harga yang terpaksa dibayar untuk tujuan pembangunan yang menjadi keperluan kepada kehidupan yang semakin moden dengan kepadatan jumlah penduduk kian bertambah.
Rumah dan bangunan terpaksa terus dibina kerana ianya merupakan suatu keperluan. Kesan sampingannya terpaksalah diterima dengan penuh reda.
Kejadian banjir tidak mungkin dapat disekat tetapi masing-masing kena memastikan agar kesusahan yang terpaksa ditanggung akibat bencana banjir tidak disedih-dukakan dan limpahan air banjir tidak akan ditokok-tambah dengan air mata sedih dari keluarga yang menjadi mangsa korban banjir.
Antaranya kena elakkan dari banjir dijadikan suatu pesta, jangan jadikan banjir untuk sebagai sesuatu yang menyeronokkan dengan anak-anak dibiarkan bermain banjir kerana banjir itu adalah bala bencana yang patut digeruni, dibimbangi dan ditakuti akibatnya, bukannya untuk diseronok dan dipestakan.
Pada setiap kali berlaku banjir dan adanya korban banjir, lazimnya bukan kerana rumah dihanyut arus tetapi rata-rata ianya adalah berpunca dari kerana sengaja bermain banjir untuk berseronok dan berpesta, termasuk di kalangan kanak-kanak yang kurang diberi pengawasan.
Sepanjang air melimpah di mana-mana, lazimnya muda mudi, malah orang dewasa yang sudah berkelas warga emas akan beramai-ramai meradut air, alah sampai menjelng Subuh pun ada yang bebuat demikian.
Di kawasan-kawasan pedalamam ada yang bermain air dengan menggunakan pelampung, rakit batang pisang atau kanak-kanak main terjun-terjun dan mandi pada pintu kalbot yang bears deras.
Sepanjang ingatan saya, belum pernah banjir di Kelantan berlaku tanpa meragut korban dan rata-rata korban banjir berlaku kerana terlalu asyik dan seronok bermain banjir, yakni berpunca dari kecuaian.
Bukan saja saya tetapi seluruh rakyat negara ini mahukan agar setiap banjir akan berakhr dengan sifar maut, sifar korban.
Saturday, November 14, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
orang duk sibuk dengan politik dia sibuk dengan banjir lak.. tak relevan langsung..
MKJ dah kata blog ia bukan blog poitik. Nak politik seratus peratus jenguk blog politiklah
Post a Comment