Tuesday, November 17, 2009

MUNCUL KEMBALI (509)

Kota Siputeh ujian sebenar Umno-Pas

SAYA kekal dengan pendirian saya bahawa hanya dua parti politik Melayu yang diperlukan oleh kira-kira 17 juta orang Melayu daripada kira-kira 27 juta rakyat pelbagai kaum dan pelbagai anutan agama, budaya dan adat resam di negara ini yakni Umno dan Pas. Parti-arti melayu lain hanya hanya umpama kemucup dikaki seluar sahaja.

Sama ada untuk mendominan parti pemerintah atau pembangkang, hanya kedua-dua buah parti yang boleh memikul tanggungjawab itu berdasarkan pengalaman masing-masing dalam kancah politik negara. Apa pun yang berlaku, orang Melayu perlu mempertahankannya dari menghadapi kehancuran dan kepupusan.

Kesayangan terhadap kedua-dua parti, malah dalam benci tetap ada sayang terhadap Umno dan Pas di hati setiap orang Melayu terbukti apabila parti dan tokoh-tokoh kedua-dua parti sentiasa dipedulikan, dibicara, diulas dan diberi penilaian,malah kedua-dua parti sentiasa bersaing dalam berebut pengaruh dan sokongan.

Persaingan secara sihat adalah penting bagi kematangan kedua-dua parti, malah ianya mrupakan antara sepak terajang, riak kocak dan asam garam dalam dunia parti politik dan politik yang penuh dengan persaingan dan perlumbaan yang kadang-kadang menjadi tidak sihat oleh pemainparti politik dan politi yang tercedera moral dan kewarasan kerana terikam dan tertembak oleh ketaksuban melampau.

Justeru itu kalau keputusan mahkamah sudah tidak akan terpinda lagi dan Pilihanraya Kecil Kawasan Dewan Undangan Negeri Kota Si Puteh tidak dapat dielakkan, bagi saya kawasan berkenaan adalah merupakan yang paling sesuai dan saksama untuk kedua-dua parti melihat penerimaan rakyat terhaap kedua-duanya. Diharapkan biar Umno-Pas bertemu di kawasan berkenaan.

Ini adalah kerana walaupun Kedah dibawah Kerajaan Pakatan Rakyat, pendominannya adalah Pas dan negeri berkenaan paling kurang berombak dan berbadai berbanding dengan negeri-negeri yang dikuasai pembangkang manakala Kelantan dilihat sebagai kubu kukuh Pas yang menjadi gelanggang yang kurang adil untuk dijadikan bahan kajian semasa tentang penerimaam Umno dan Pas oleh para pengundi.

Kalau Umno kalah dalam pilihanraya kecil di Kelantan akan dilihat sebagai sesuatu yang patut dan memang diramalkan kerana imejnya manakala jika Pas kalah ianya akan menjadi sesuatu yang sangat menyakitkan kepada Pas bukan sahaja di Kelantan tetapi pada peringat pusat juga.

Dalam keadaan Pas sedang berdepan dengan masalah dalaman, termasuk kedudukan Mursyidul Amnya cuba digugat dari dalam parti sendiri, inilah masa yang paling sesuai untuk diuji pengaruh kedua-dua parti. Apa pun biarlah perlawanan berlangsung dalam keadaan sihat, tanpa niat untuk leburkan tanpa tinggal baka antarasatu sama lain.

Sebaliknya biarlah pilihanraya itu untuk dijadikan titik penunjuk aras parti mana yang akan mendominan keajaan dan pembangkang pada pilihanraya umum ke-13 nanti. Sama ada sebagai pendominan kerajaan mahu pun pembangkang, peranan kedua-duanya penting kepada negara. Kerajaan akan kuat bila pembangkang dan kuat dan keajaan lemah jikapembangkang lemah.

Jarang orang sedar bahawa bukan semua parti layak dan sesuai jadi kerajaan dan bukan semua parti mampu menjadi pembangkang yang berkesan sebagaimana bukan semua orang layak jadi perdana menteri atau menteri besar serta bukan semua orang layak jadi ketua pembangkang.

Kelayakkan yang dimaksudkan bukan dari sudut pemilikan kelayakkan dalam bentuk sijil atau pun ramainya jumlah penyokong dan pengampu tetapi dalam konteks memainkan peranan sesuai dengan tugas yang diamanah dan ditakdirkan. Kalau sekadar jadi ketua pembangkang untuk makin hamun pemerintah, lantik Tok Awang Merdeka atau Pak had Ceton Tembus pun boleh.

Demikian jua kalau menjadi perdana menteri asyik mencetuskan perbalahan dengan pembangkang sedangkan tahap kemajuan rakyat dan negara tidak berganjak ikut keperluan semasa dan hanya statik, kalau perdana menteri dilantik di kalangan tok batin Orang Asli pun boleh.

Setelah negara merdeka lebih 50 tahun, negara memerlukan pendominan kerajaan dan pendominan pembangkang yang sama-sama menyumbang ke arah menambah-baikkan lagi negara dan rakyat, bukannya rakyat cuba dan terus disogok dengan kehebatan memburuk parti dan tokoh lawan dan menjulang tokoh parti sendiri yang lebih bersifat bekepentingan parti politik sendiri dan tidak menjadi suatu keperluan kepada rakyat dan negara.

3 comments:

Anonymous said...

GERENTI PAS BENE!! HIDUP ISLAM!!

Anonymous said...

Tuan Meli kata ......" Demikian jua kalau menjadi perdana menteri asyik mencetuskan perbalahan dengan pembangkang sedangkan tahap kemajuan rakyat dan negara tidak berganjak ikut keperluan semasa dan hanya statik, kalau perdana menteri dilantik di kalangan tok batin Orang Asli pun boleh." .......

Begitulah pesimisnya, tuan meli terhadap keupayaan yg selain dari spesis UMNO dalam memerintah bumi Allah ini...... tiadalah yg lebih baik kecualilah pemimpin Umno.....

Suara & kepercayaan kurafat seperti inilah yg sangat diharapkan oleh para pemimpin umno skrg..... mendewakan para pemimpin umno.... kalau orang lain dok puji & ammpu pemimpinnya seperti ini sudah pasti dicop sebagai taksub, fanatik dan pelampau ... silap2 di ISAkan atas tuduhan pelampau & pengganas....

Perasaan 'ujub & takabbur.. yg menafikan keupayaan orang lain...

Gu Awang Kuang Kopang said...

Dok eh keneh. Demo faham ko apa yang MKJ tulis?