Tuesday, November 17, 2009

MUNCUL KEMBALI (510)

Wujudkan kesepakatan dan membina kekuatan industri kemediaan milik Islam yang bertaraf dunia.

SEBAGAI pengamal media yang akan mencintai bidang ini Insyaallah hingga akhir hayat, apatah lagi kini terbabit dalam bidang penerbitan akhbar mingguan dan majalah bulanan, saya sangat teruja dengan seruan agar pemain media bersatu oleh Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad.

Sebgaimana kata beliau maklumat seperti udara yang dihirup oleh orang ramai secara bebas "tanpa sebarang gangguan dan pencemaran, sesungguhnya maklumat adalah sesuatu yang amat penting kepada manusia sama ada dalam pembinaan tamaddun mahu pun dalammencai hasanah di dunia dan akhirat.

Pada saya kelemahan umat Islam berbanding dengan negara-negara Islam adalah kerana mereka kalah dalam pelumbaan menguasai maklumat dengan agensi-agensi berita rasmi didominasi oleh bukan Islam dengan laporan-laporan yang dibuat adalah yang melabakan bukan Islam dan mergugikan Islam.

Yahudi walaupun ibrat sebiji kelapa terolng-oleng di tengah lautan dengan kedudukannya d tengah-tengah negara Arab begitu berpengaruh dan berkuasa adalah kerana kuasa media sama ada akhbar, majalah atau radio dan tv dikuasai oleh orang Yahudi.

Umat Islam dan negara-negara Islam perlu berusaha dan bersaing dengan bukan Islam, terutama dengan orang Yahudi dalam menguasai industri kemediaan dunia dengan tokoh-tokoh seperti Ahmadinejad patut dijadikan panel pemikir dan pembentuk rangka dan kerangka ke arah mewujudkan kesepakatan dan membina kekuatan industri kemediaan milik Islam yang bertaraf dunia.

Bagi saya Ahmadinejad ada kemampuan untuk itu brdasarkan kepada laporan berikut;

Pemain Media Asia Mesti Bersatu, Kata Ahmadinejad
Daripada Hasnul Hassan

TEHRAN, 17 Nov (Bernama) -- Kepantasan, ketepatan dan laporan yang adil harus menjadi tanda amalan semua organisasi media global, dan maklumat yang dibekalkan tidak harus yang 'dirosakkan', kata Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad.

Presiden itu menegaskan demikian pada perhimpunan luar jadual dengan para wakil ke Mesyuarat ke 31 Lembaga Eksekutif Pertubuhan Agensi Berita Asia Pasifik (OANA) yang baru saja berakhir di Tehran, ibu negara Iran.

Beliau menyamakan maklumat seperti udara yang dihirup oleh orang ramai secara bebas "tanpa sebarang gangguan dan pencemaran".

Ahmadinejad berkata alat untuk menyebarkan informasi telah disalahguna oleh pihak tertentu untuk disesuaikan dengan agenda mereka sendiri.

Beliau menyebut sebagai contoh konflik Gaza sebagai situasi yang dimanipulasi oleh media melibatkan rakyat yang tidak mampu mempertahankan diri yang menganggap tempat itu sebagai tanah air mereka lebih 1,000 tahun lalu.

Agensi media tertentu, katanya, telah melabel semula rakyat yang tertindas ini sebagai pengganas sementara penceroboh diuar-uarkan sebagai pejuang kemerdekaan.

Menyentuh peristiwa 9/11, Ahmadinejad berkata sesetengah pihak telah menggunakan media untuk mewajarkan tindakan mereka menghantar tentera ke negara-negara lain kononnya untuk menghapus keganasan.

Beliau menganggarkan lebih sejuta rakyat termasuk wanita dan kanak-kanak telah terkorban sama ada secara langsung atau tidak akibat tindakan sedemikian, dengan prasarana seperti sekolah dan hospital musnah bersama.

"Jadi, siapa penceroboh sebenar sekarang?" kata Ahmadinejad yang terkenal membuat komen tanpa kekangan, pada sesi di mana Malaysia diwakili oleh Pengurus Besar Bernama Hasnul Hassan.

Ahmadinejad menegaskan ada pihak yang cuba menguasai minda dan pendapat khalayak global menerusi media.

"Media adalah senjata moden dalam perang saraf yang menyumbang kepada merosak tradisi, budaya dan agama. Ia memusnah identiti penduduk," ujar beliau.

Ahmadinejad berkata agensi berita di Asia Pasifik perlu bersatu dan berkoordinasi.

"Rantau Asia Pasifik adalah pemelihara nilai-nilai insan, kesusasteraan, budaya dan agama. Menjadi tugas kita untuk melindunginya. Asia hari ini memerlukan integrasi dan perpaduan," kata presiden itu.

Beliau berkata anggota OANA perlu merapatkan barisan dan menyumbang kepada membina tunggak keluarga Asia."OANA perlu memupuk kebahagiaan dan persahabatan di kalangan semua negara. Ia mesti aktif dan berusaha untuk menyebarkan mesej Asia yang menghargai kasih sayang persaudaran dan keamanan," kata beliau.-- BERNAMA

No comments: