Saturday, November 21, 2009

MUNCUL KEMBALI (515) - DIKEMASKINI DENGAN PEMBETULAN EJAAN

Wira tidak semestinya mati di medan perang

BERUNDUR tidak semestinya kalah, malah ianya adalah suatu kemuliaan pengorbanan demi memastikan tidak akan goyah dan rebahnya sebuah kerajaan. MempErtahankan sebuah kerajaan tidak semuda membina, apatah lagi meroboh dan meleburkannnya.

Mungkin pandangan saya sebagai seorang yang bukan orang parti politik kurang disetujui oleh orang parti politik. Tetapi saya bukan baru dalam politik dan sempat berguru mengenainya dengan Allahyarham Dato' Haji Muhmmed Nasir (Dato' Biji Sura). Sebagai pengamal media pula saya berdampingan dengan orang politik dari pelbagai parti politik dan melihat jatuh bangun mereka.

Bagi saya, kalau segala punca dianggap dari beliau, Husam wajar berundur dengan penuh hormat sebagai suatu strategi, jangan sampai diberundurkan oleh Dato' Nik Aziz kerana kesannya akan sangat parah ekoran dari pengaruh besar MB Kelantan itu yang kini tersenarai pada kedudukan dalam lingkungan 40 daripada 500 tokoh Islam terkemuka dunia.

Biar orang Kelantan lihat macam mana kerajaan Kelantan tanpa Husam. Apakah ianya akan bertambah teruk atau sebaliknya. Husam sendiri harus sedar bahawa kelemahan beliau adalah terlalu mudah ketepikan rakan-rakan, termasuk mereka yang ikhlas membantunya.

Beliau mengamalkan sikap apabila datang rotan akar akan dibuang, mendapat gading cepat benar tanduk dipulas, bila padi masak, jagung dipandang sebelah mata pun tidak. Kerana telalu dikerumini dan ada pihak yang berlumba-lumba mahu membantu dan memberi khidmat kepadanya, beliau jadi lupa untuk cuba kenali antara intan dengan kaca.

Menegur akan dilihat sebagai mahu memandai-mandai dari beliau yang sentiasa dipuji serba hebat, malah akan dilihat sebagai pengkhianat walhall tegur menegur dan ingat memperingatkan itu digalakkkan dalam Islam sebagaimana yang terkandung dalam surah al-Asy.

Mana mungkin orang yang baru dikenali dari KL lebih boleh diberi keikhlasan dan keyakinan bebanding dengan rakan-rakan yang sudah sekian lama susah senang bersama, yang jangan tengok rupa bunyi hentakkan kasut atau selipar masa berjalan pun sudah dkenal siapa orangnya.

Mana mungking mualaf-mualaf Pas lebih faham tentang Pas, apatah lagi hala tujuan, tujuan dan matlamat Pas. Mualaf-mualaf Pas terutama dari Umno yang mana merea masuk ke kebun yang buah pokok-pokok buah-buahan yang ditanam sudah masak ranum, tidak akan tergambarkan kesuahan dan keperitan pembuat kebun.

Mereka mungkin tidak akan terasa apa-apa keuginan melihat buah-buah yang masuk ranum gugur berlambak-lambak menjadi baja tanah. Ttetapi kepada mereka yang menebas-nebang hutan, memerun, memugar tanah, menanam dan menjaga tanaman, sebiji buah yang gugur ke tanah pun tetap akan dipungut, bahagian yang buruk dibuang manakala yang elok dimakan.

Paling tidak pun buah-buah yang tidak layak dimakan akan dipungut dan dijadikan makanan ayam itik, kambing dan sebagainya asalkan ianya tidak membazir dan terbiar kerana sebiji buah yang gugur dan tidak dihargai, maka ianya adalah merupakan ketidak-pedulian pada ttisan keringat yang tumpah.

Dalam kes Husam, eloklah beliau berundur dan dalam keadaan penuh insaf rapatkan kembali hubungan dengan rakan-rakan yang menjadi renggang kerana terleka oleh godaan tawaran khidmat dan idea-idea luar yang mungkin umpama asam kelubi, nampak molek pembungkusannya tetap rasanya tetap masam 'ppurit'.

Bila beliau kembali 'jengo-jengo' tanpa tanpa sebarang jawatan, segala lalat langau akan lari darinya dan pada waktu itulah beliau baru dapat tahu dan kenal antara sahabat dan penyangat, antara orang yangmahu mengambil kesempatan dan mahu memberi khidmat membantu sahabat.

Percayalah yang akan nanti memberi semangat dan kekuatan kepada beliau bukan orang KL, bukan orang yang selama ini dianggap hebat ideanya dan diberi upah yang tinggi kerannya, tetapi mereka adalah di kalangan rakan-rakan yang menjadi hampas dan sepah setelah manis dikepah.

Malah tidak mustahil orang yang dianggap paling membencinya sebenarnya adalah yang paling menyayangi, orang yang dianggap mengkhianatainya adalah yang berhempas pulas menyelamatkannya, malah orang yang paling dibencinya selama ini adalah oran paling disayanginya selepas ini.

Pun begitu menyayangi dan menyelamatkan kerajaan yang dibina dengan payah kena paling diutamakan.

Jangan risau dengan masa depan kalau pun terpaksa berundur. Kalau rezeki tidak ke mana. Gelosori sejarah Dr Mahathir, pernah dipecat dari Umno tetapi akhirnya menjadi PM paling lama dalam sejarah dunia. Juga jadikan Pak Lah sebagai teladan, pernah mencapai tahap sengkek dalam Umno tetapi kerana rezekinya sempat juga beliau jadi PM.

Lihat macam mana Tengku Razaleigh dan Anwar Ibrahim yang nampak berkandakkan kepada jawatan PM, kerana bukan rezeki, setakat ini masing-masing belum juga jadi PM walaupun sokongan yang dilihat berdasarkan demonstrasi jaangan dan sebagainya, pemerintahan negara ini sudah lama bertukar tangan.

Kena yakin, manusia tidak akan adil dalam membuat penilaian terhadap apa jasa baki dan sumbangan keringat, akal fikiran dan air mata yang diberikan tetapi Allah tidak akan silap dalam mengatur suratan dan takdir-Nya. Percayalah kepada bahawa untung nasib kita telah diskripkan dalam suratan dan takdir-Nya.

Demi untuk elak dari rebah dan goyahnya kerajaan Pas Kelantan, tuding menuding, syak mengesyaki dan berprangka buruk sesama sendiri di kalangan orang Pas kena dihentikan. Kalau beliau dianggap sebagai liabiliti kepada masalah yang berbangkit, tindakan paling bijak dan paling kena adalah berundur. Percayalah, seorang wira tidak semestinya mati di medan perang.

Jangan menampakkan diri kemarukkan jawatan dan kedudukan tetapi jangan menolak jika diberi kepercayaan untuk memimpin. Sebagai pmimpin pula jangan melihat orang yang kemaruk mahu mendampingi pemimpin adalah pembantu atau penunggak yang baik, sebaliknya orang sedemikian akan menjadi punca fitnah.

Seingat saya jenis manusia macam mana yang layak dan tidak layak jadi pemimpin banyak diterangkan dalam hadis. Antara yang tidak layak adalah yang kemaruk mahu jadi pemimpin kerana orang jenis ini akan mendatangkan masalah kepada diri sendiri dan orang dipimpin.
Hal ini ada diterangkan dalam Kitab Terjemahan Hadis Muslim Jilid I,II,III dan IV serta dalam Kitab Terjemahan Hadis Bukhari Jiid I,II, III dan IV.

Tuluskan hati, berikan laluan kepada Dato'Nik Aziz keluar dari kemelut yang sedang dihadapi. Jangan pertikai dan memandai-mandai dengan haknya sebagai MB. Kalau dirasakan Ariffahmi misalna yang paling layak ganti tempat beliau sebagai exco kanan, jangan pertikaikan kerana bilangan kalangan exco yang meluahkan rasa kurang senang, maka akan dilihat sebagai suatu tindakan berpaksikan dengki dan irihati.

Kalau dikatakan Ariffahami diberikan jawatan utama di PMBK ada unsur-unsur nepotisme dan kronisme, pihak yang pro Ariffhami akan kata khalifah-khalifah ar-Rasyidin pun ada hubungan dengan Rasulullah s.a.w.sama ada sebagai menantu atau mertua, paling tidak pun sebagai sahabat baginda.

Ertinya mahu melihat Ariffahim diberundurkan umpama menunggu buah yang tidak gugur, umpama mencapak sesudu gula ke laut untuk memaniskan airnya dan mencampakan sesudu garam ke sebatang sungai untuk masinkan airnya, kecuali jika empunya diri sendiri mahu mufarakah apabila menyedari ianya liabiliti kepada masalah yang timbul.

Saya yakin keberunduran Husam adalah bagih dan minduk paling boleh dijungkitkan ibu jari bagi menyelesaikan segala kemelut dan boleh rakyat boleh melihat atas kehebatan dan kerja kuat siapa kerajaan Pas Kelantan boleh bertahan selama ini.

Bagi saya laporan berikut tidak memeranjatkan, malah saya yakin demi maruah dan harga dirinya, Husam bukan hanya menerima cuti yang diberikan selama lima hari untuk tenangkan fikiran tetapi beliau barangkali tidak akan kembali lagi ke pejabatanya sebagai exco kanan.

Cuma jangan berpindah parti sudahlah. Kalau nak tukar parti baik masuk Umno dan saya yakin beliau akan disenatorkan dan akan dianggota-kabinetkan. Kalau demikian jadinya, tidak mustahil wang ehsan minyak untuk Kelantan akan bertukar menjadi royalti. Soalnya ada ke tokoh Pas lain yang akan mampu berdepan dengan Husam sebagai lawan?

Husam letak jawatan?

Oleh AZRAN FITRI RAHIM
azran.rahim@utusan.com.my

KOTA BHARU 21 Nov. – Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan, Datuk Husam Musa dikatakan mahu melepaskan semua jawatan dalam parti dan juga kerajaan yang merupakan satu lagi episod yang menggambarkan perpecahan dan kekusutan dalam parti itu.

Namun hasrat itu tidak dipersetujui oleh Mursyidul Am Pas yang juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Nik Aziz sebaliknya memberikan cuti selama lima hari bermula hari ini kepada Husam yang juga exco kanan kerajaan negeri untuk berehat dan menenangkan fikiran.

Tindakan Husam untuk melepaskan semua jawatan dalam parti dan kerajaan yang dikatakan berpunca daripada pendedahan kemelut dalaman Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) yang diterajui Ir. Abdul Ariffahmi Ab. Rahman.

Abdul Ariffahmi yang kini sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merupakan menantu Nik Abdul Aziz.

Namun Pas Kelantan melalui Setiausaha Badan Perhubungannya, Mohd. Zaki Ibrahim berkata, perkara itu hanya khabar angin dan mereka tidak mahu mencampuri isu yang dihadapi Nik Abdul Aziz kerana menyifatkan ia tidak ada kena-mengena dengan politik.

Sumber memberitahu, hasrat Husam untuk berundur telah dikemukakannya kepada Nik Abdul Aziz yang juga Pesuruhjaya Pas Kelantan pada pertemuan empat mata Selasa lalu.

“Husam bertemu dengan Nik Abdul Aziz untuk menjelaskan bahawa beliau tidak terlibat atau menjadi dalang di sebalik apa yang berlaku dalam PMBK dan penjelasan itu diterima, tetapi hasratnya untuk meletakkan jawatan ditolak.

“Nik Abdul Aziz telah mengumumkan Husam cuti selama lima hari bermula hari ini pada mesyuarat Badan Perhubungan Pas Kelantan di kediaman rasminya, JKR 10 pagi tadi. Beliau (Husam) tidak hadir pada mesyuarat ini,” kata sumber itu kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Hari ini, sebuah portal berita melaporkan Husam mendakwa wujud konspirasi untuk menyingkirkan beliau daripada pentadbiran kerajaan negeri dengan mencetuskan perbalahan di antara beliau dengan Nik Abdul Aziz.

Malah khabar angin menyatakan bahawa Mursyidul Am Pas itu sedang menimbangkan untuk menggugurkan Husam daripada barisan Exco Kelantan ekoran isu pemecatan Syed Azidi Syed Abdul Aziz sebagai Pengarah Perhubungan Korporat PMBK minggu lalu.

Syed Azidi yang lebih dikenali dengan laman blognya Kickdefella, pula dilihat sebagai antara orang kanan Husam.

Sumber itu berkata, dalam tempoh cuti tersebut, Husam juga akan menjalani pembedahan tulang belakang selepas ditangguhkan sejak dua bulan lalu.

“Husam sebelum ini beberapa kali menyatakan kesediaannya untuk berundur sekiranya beliau menjadi liabiliti kepada parti.

“Tetapi khidmat beliau masih diperlukan dalam membantu Nik Abdul Aziz mentadbir negeri ini,” katanya.

Sementara itu, Mohd. Zaki menafikan perkara tersebut dan menyifatkannya sebagai khabar angin.

Katanya, Pas Kelantan tidak mahu mencampuri isu berkaitan yang dihadapi Nik Abdul Aziz kerana menyifatkan ia tidak ada kena-mengena soal politik.

“Ia khabar angin sahaja dan jika benar sudah tentu dalam mesyuarat hari ini ada dibincangkan (perkara ini).

“Kita tidak pernah membincangkan soal ini, sebaliknya ia masalah pentadbiran yang boleh diselesaikan sendiri Tok Guru (Nik Aziz) selaku Menteri Besar,” katanya.


Andaianya berlaku sesuatu yang tidak terfikir oleh orang Pas tetapi bukan perkara mustahil boleh berlaku dalam dunia parti politik, ramai juga yang akan ikut jejak Husam, malah kalau Husam letak jawatan exco, akan ada yang akan ikut jejaknya untuk menjadi wakil rakyat biasa.

Maknanya, segala-galanya bergantung kepada kebijaksana Dato'Nik Aziz dalam hadapai kemelut ini yang mana beliau kini berada dalam umpama ditelan mati emak diluah mat bapak. Silap langkah kerajaan akan lebr, jika kena gayanya kerajaan akan semakin mantap.

4 comments:

john said...

Hah..satu tajuk yang sedap utk dikomen...

pertamanya, sumbernya dari utusan! ok..kita pakai ayat saidina umar "jgan tanya siapa yang menyampaikan berita, tetapi lihat apa kandungan berita itu"...hebat juga utusan dapat tahu berita tu. harakah pun tak sempat nak cover.

yg kedua..jika benar seperti dikata, maknanya Pas(amnya), husam(khususnya) memang dah kalah (bukan beralah menunjukkan kita kalah)..sememangnya dah kalah! dan ini adalah peluang keemasan untuk umno. Faktor kelantan dapat ke pas lagi adalah yang utamanya TGNA. tak pasti la kalau PRU13 tok guru masih lagi bertenaga. Faktor keduanya sokongan terhadap kepimpinan barisan exconya dan yang paling menonjol dikalangan professional dan anak muda adalah husam!

Sekiranya faktor cara kerja dan style husam tidak digemari oleh 2,3 kerat pimpinan pas yg ada..berbanding dengan rakyat kelatan yang menyokongnya ambo rasa baik yang 2,3 kerat tu dibuang. Satu-satunya ahli politik kelantan yang pandai dalam berpolitik dengan mewujudkan blog dipelopori oleh husam. setakat ni ada tak pimpinan pas kelantan yang ada blog selain dari tok guru?..mungkin faktor ini yang menyebabkan pimpinan pas kelantan yang lain berasa ketinggalan berbanding husam.

Jadi sekiranya husam terkeluar dari barisan exco negeri, ambo cadangkan biar dia kembali ambil parlimen kemudian biarlah hok rasa berkelayakan tu perintoh negeri kelate..tiko tu ambo tok pasang doh ddero pas di keto ambo..tapi tetap pakoh selain umno!

*pandangan peribadi ambo...

john said...

Tambahan maklumat:-

Utusan Malaysia Online:
Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan, Datuk Husam Musa dikatakan mahu melepaskan semua jawatan dalam parti dan juga kerajaan yang merupakan satu lagi episod yang menggambarkan perpecahan dan kekusutan dalam parti itu.

TGNA pulak dalam sidang akhbar pagi tadi mengatakan bahawa -
Tak timbullah letak-letak jawatan ni... tak berbangkit langsung... tak de...

Utusan Malaysia Online lapor :
Tindakan Husam untuk melepaskan semua jawatan dalam parti dan kerajaan yang dikatakan berpunca daripada pendedahan kemelut dalaman Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) yang diterajui Ir. Abdul Ariffahmi Ab. Rahman.

TGNA pulak dalam sidang akhbar pagi tadi mengatakan bahawa -
Husam datang jumpa saya (TGNA) hari rabu, dia sakit tulang belakang. dia minta cuti 5 hari untuk berubat. saya (TGNA) izin.

TGNA dalam sidang akhbar pagi tadi juga mengatakan bahawa -
Bahkan Husam ni orang cerdik. Kelantan bahkan Malaysia sedang tumpang dan boleh tumpang fikrah dia ni. Kifalah, Hutang Felcra, Projek-Projek OKU, Royalti, ini semua usaha Husam.

Kenyataan TGNA dekat atas tu Utusan Malaysia Online belum siar lagi... eh... blog-blog "pro Pakatan Rakyat" yang sebelum ni siar berita dari Utusan Malaysia Online pun tak siarkan kenyataan TGNA tu... kenape ek..? dengar cerita ada "sumber terdekat"... tak kan tak dapat info lagi dari "sumber terdekat"..?

Tak dapat info atau kenyataan TGNA tu tak "seperti yang diharapkan"..?

*ambo cilok dari perisik-rakyat

Wartawan Pencen said...

Yang kena dicari hingga ke lubang cacing adalah SUMBER kepada berita itu. Wartawan Utusan hanya menulis berdasarkan SUMBER dan SUMBER itu adalah orang dalam pejabat MB atau Pas.

Bukan smua orang boleh jadi SUMBER. Kalau orang pejabat MB, kerani atau budak pejabat tidak boleh jadi sumber, ianya mesti seorang pegawai.

Kalau dalam Pas, ketua cawangan atau ketua kawasan atau kerani dan kakitangan bawahan tidak boleh jadi SUMBER, setidak-ttdak pemegang jawatan dalam Badan Perhubungan.

Lazimnya si pemberita/wartawan dalam menghantar laporan ke ibupejabat akan catatkan nama SUMBER untuk makluman pengarang tetapi bukan untuk disiarkan.

Sebelum buat persepsi macam-macam kepada pemberita/wartawan dan akhbar yang siara sesuatu laporan kena pastikan dulu siapa SUMBERnya dan apatujuannya membei maklum kepada press.

armouris said...

Rahsia awet muda Dr. Mahathir? - Rahsia Muda Dr. Mahathir