Saturday, November 21, 2009

MUNCUL KEMBALI (516) - DIKEMASKINI DENGAN PEMBETULAN EJAAN

Doa kemusnahan kini menimpa Pas

HARAPKAN panas hingga petang rupanya hujan ditengah hari. Begitulah kalau diibarat apa yang sedang melanda Pas sekarang apabila lubuk kekuatannya kini menjadi tempat buaya-buaya tembaga mengadu kekuatan dan kehebatan.

Wabak dan sindrom retak dari dalam dan buruk tunjang dalam Pas dan Kerajaan Pas Kelantan sebenarnya bukan perkara baru tetapi berjaya dibendung dengan kuman-kuman penyakitnya dileleh dan dipalitkan kepada Umno dan saat untuk pecah tembelangnya belum sampai waktu.

Percanggahan kenyataan tentang kedudukan exco kanannya, Dato' Haji Husam Musa membuktikan bahawa kepimpinan parti itu, malah kepimpinan Kerajaan Pas Kelantan sedang membohongi rakyat negara ini, termasuk pendukung dan penyokongnya.

Bermula dengan kemelut dalam Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) ada kenyataan kata Husam letak jawatan, ada kata Husam bercuti sakit dan dirawat di hospital, ada kata Husam diberi cuti lima ari untuk tenangkan fikiran.

Bila berlaku ketidak-samaan kenyataan dan laporan, maka mahu tidak mahu ada pembohongan dan kebohongan dalam kes ini. Siapa yang berbohong dan cuba kelentong pendukung dan penyokong Pas, para pendukung dan penyokong Pas sendirilah yang lebih layak buat penilaian.

Demikian juga dengan apa sebenarnya tujuan ketidak-seragaman kenyataan dipublishkan, hanya para pendukung dan penyokong Pas yang tahu kerana kalau mereka tidak tahu apa-apa tentang Pas, maka ianya merupakan sesuatu yang amat memalukan sebagai ahli Pas.

Kalau tidak tahu apa itu Pas dan apanya keadaan semasa dalam Pas, maka ianya akan bersifat kelas Pak Turut sahaja dalam parti, ertinya untuk apa dan tujuan apa didukung dan disokong parti itu pun barangkali mereka tidak tahu. Maknanya mereka adalah pendukung dan penyokong yang tidak berkualiti.

Pada pemerhatian saya, nampaknya apa yang diharap akan terus melanda Umno Kelantan supaya parti terbesar kepunyaan orang Melayu itu menjadi tompol taring dan patah kuku untuk memberi penentangan terhadap Pas, kini sedang melanda Pas sendri.

Pas dan Kerajaan Pas Kelantan kini sedang sakit tenat. Banyak bomoh dan pakar perubatan dan pengubatan yang kena mengubati dan merawatinya. Tersilap memberi ubat, penawar atau air tawar dan tatacara merawat, boleh bawa maut padahnya.

Seingat saya Umno yang diterajui oleh pemimpin yang bukan bertaraf ulamak tidak pernah mendoakan kemusnahan Pas atau supaya mana-mana pemimpin Pas ditimpa bala tetapi orang Pas dan pimpinan Pas seringkali doakan Umno dan pimpinan Umno agar musnah ditimpa bala.

Apakah kemelut yang sedang melanda Pas sekarang bermakna harapan, doa dan bala yang didoakan, malah yang disembahyang-hajatkan selama ini, kini sedang menimpa kepala Pas dan pimpinan Pas sendiri?.

Kalau punca segala kemelut yang berlaku mula disebarkan oleh orang Umno, tujuh kali mati dan tujuh kali hidup semula pun orang Pas tidak akan percaya, tetapi bila kemelut yanng berlaku disebarkan dari dalam sendiri, manis atau pahit mereka kena perakukan.

Maknanya Pas danpimpinannya tidaklah sesuci yang disangka dan ditaksubi oleh pendukung dan penyokongnya selama ini. Hakikatnya Pas adalah sebuah parti politik yang ada suci dan kotornya macam juga parti-parti politik lain, bukan suci dan bersih dari sebarang kekotoran, apatah lagi dalam bentuk perut pedal dan strategi untuk melangkah ke kedudukan yanglebih tinggi.

Dengan apa yang sedang melanda Pas berpusat di Kelantan sekarang, harapan untuk berkongsi dengan parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat (PR) bgi nyahkan Umno/BN dari kedudukan sebagai kerajaan ke posisi pembangkang, menjadi amat mustahil, malah untuk selamatkan Kelantan dari ditawan semula oleh Umno pun mungkin sakit dan sukar.

No comments: