Tuesday, November 24, 2009

MUNCUL KEMBALI (521)

Wajarkah media dipersalahkan?

SERINGKALI bila belaku sesuatu isu, maka medialah yang dipersalahkan dengan dituduh salah lapor, salah kefahaman tentang apa yang dimaksudkan dan yang paling mencabar istergeriti, hemah, imej, prestasi, reputasi dan profesionalisme seseorang pemberita/waratawan dan akan yang diwakili apabila dituduh sengaja mengagendakan sesuatu, termasuk untukrosakan parti atau ketokohan orang tertentu.

Nampaknya dalam kes khabar angin (kononnya) Husam akan letak jawatan exco dan semua jawatan parti ekoran krisis yang berlaku dalam Perbadanan Menteri Besar (PMBK) yang menyaksikan orang tantangannya yang ditatang umpama menatang minyak yang penuh dan merupakan ayam tambatannya, Syed Azidi Syed Abdul Aziz atau Kickdefella yang dikatakan bergaji RM6,000 di PMBK dipecat oleh CEO PMBK.

Persoalannya wajarkah media dipesalahkan? Apakah "Saya sebagai murid dan 'budak' Tok Guru, mengangkat bendera putih semata-mata kerana Utusan cuba mengagendakan kami?," sebagaiama kata Husam itu betul atau lebih bersifat persepsi. Saya perhatikan wartawan Utusan yang melaporkan tentang kemlut yang berlaku di Kelantan adalah AZRAN FITRI RAHIM yang turut menyediaan alamat emailnya azran.rahim@utusan.com.my.

Ertinya beliau bertanggungjawab terhadap apa yang dilaporkan. Beliau tidak bersembunyi melalui laporan tanpa by-line atau bersembunyi di sebalik WARTAWAN KITA. Kalau beliau ada agenda, masakan beliau berani menyirkan namanya dan berai hadir pada sidang-sindang akhbar tentang kemelut yang diadakan oleh pihak yang menuduh Utusan ada agenda.

Bukankankah bila laporan dibuat berserta by-line boleh membahayakan wartawan yang boleh terdedah kepada sumpah seranah kalau pun tidak sampai kena 'penampar tawar' penyokong Pas atau penyokong Dato' Nik Aziz atau peniokong Husam yang fanatik.

Utusan pasti tidak akan memperjudikan kepala wartawannya untuk dikapak-binjai manis dengan pukulan 6-9 atau bahagian belakang kepala menjadi sasaran pukulan tongkat batang anak langsat atau tulang dahi diretakkan oleh hentakkan buku lima yang diperbuat daripada tembaga kalau akhbar berkenaan berniat jahat dalam laporannya.

Saya melihat wartawan berkenaan menggunakan SUMBER sebagai sumber berita. Maknanya laporan yang ditulis apabila diberitahu oleh SUMBER tadi, bukan hasil persepsi dan tanggapan wartawan itu sendiri. Setiap orang yang terlibat dalam bidang kewartawan terikat dengan etika.

Pengamal media pasti tahu orang macam mana yang boleh jadi SUMBER mahu pun JURUCAKAP. Saya yakin AZRAN FITRI RAHIM ada nama SUMBER berkenaan. Kalau mengenai pejabat MB, maka SUMBER itu mestilah h orang dalam pejabat MB yang ada jawatan. Seorang kerana atau ketua kerani (CC ) ikut etika kewartawanan tidak boleh jadi SUMBER.

Kalau dalam Pas. SUMBERnya kena anggota badan perhubungan. Setiausaha kerja pun tidak boleh dijadikan SUMBER. Lazimnya sebelum diberi tugas-tugas sensitif, seseorang pemberita/wartawan itu akan dipastikan yang berpengalaman dan kanan.

Bila timbul sesuatu isu. maka pihak media yang melaporkannya dituduh ada agenda adalah suatu tuduhan yang tidak jujur, bertujuan untuk melepaskan diri tau kerana jahil dengan amalan kemediaan yang tertakluk kepada etika. Laporan yang boleh dianggap ada agenda atau berniat jahat adalah laporan tanpa JURUCAKAP dan SUMBER tetapi hal jarang berlaku dalam akhbar arus perdana dan ianya hanya menjadi amalan akhbar-akhbar nyamuk.

Kalau dilihat sesuatu laporan yang ada JURUCAKAP dan SUMBER ada agenda, maka yang ada agendanya adalah JURUCAKAP atau SUMBER itu, bukan pemberita/wartawan atau media yang melaporkannya. Ertinya JURUCAKAP dan SUMBER itulah yang kena dicari dan dikenakan tindakan.

Menjadi kewajipan pemberita/wartawan yang menulis berita kena tulis nama JURUCAKAP dan SUMBER serta jawatannya untuk simpanan dan maklumat pengarang tetapi bukan untuk siaran.

Dengan kata lain, nama JURUCAKAP dan SUMBER ada dalam simpanan pihak media yang menyiarkannya dan nama mereka akan didedahkan bila diminta oleh mahkamah. Selain dari mahkamah, tidak ada mana-mana pihak yang boleh memaksa atau mendapatkan maklumat tentang JURUCAKAP dan SUMBER. Jika pemberita/wartawan mendedahkan nama SUMBER atau JURUCAKAP, bermakna ianya melanggar etika dan boleh dikenakan tindakan.

Dalam kes kemelut Kelantan,temasuk isu Ariffahmi diarah letak jawatan atau desas desus Husam akan letak jawatan, ikut peraturan dan etika kewartawanan, malah dari segi lojiknya pihak pemberita/wratawan dan akhbar yang atau stesen tv dan radio yang diwakili tdak wajar persalahkan.

JURUCAKAP atau SUMBER yang memberikan maklumatlah yang patut dipesalahkan, malah yang patut dikenakan tindakan. Hakikatnya yang jahat bukan pemberita/wartawan dan akhbar yang diwakili tetapi yang jahatnya adalah JURUCAKAP dan SUMBER, pemberita/wartawan dan akhbar/radio/tv hanya jadi alat dan diperalatkan.

Bermusuh dengan media bermakna orang politik menempah jalan mati dalam kerjaya politiknya. Tengok bagaimana Dato' Nik Abdul Aziz yang begitu besar pengaruhnya boleh tercalar reputasi dan ketokohannya oleh mainan blogger melalui blog masing-masing, malah akhirnya seorang Arffahami, seorang CEO dan menantu kepada Menteri Besar terpaksa menerima arahan berundur dari jawatan.

Tanpa mainan media, tidak mungkin imej dan reputasi Ariffahami tercalar, tanpa media tidak mungkin kes penajaan Dato' Nik Azizs sekeluarga ke Mekah boleh terdedah dan siapa penaja dan apa kaitan da kepentigannya dengan kerajaan negeri juga tidak mungkin akan diketahui umum.

Walaupun pendedahan itu nampak ada kejahatannya tetapi tetap ada hikmahnya. Macam mana kalau setelah dato' Nik Aziz sekeluarga sudah ke Mekah baru ianya dipergege dan diperisukan, pasti ianya akan lebih memberi padah dari faedah.

Bagaimana kalau media tidak mainkan isu PMBK, barangkali lebih banyak apa yang tidak patut berlaku di perbadanan itu akan berlaku. Demikian juga dengan Pas, kalau tidak dimainkan oleh media, barangkali parti itu tidak akan mengorak langkah membina strategi yang lebih sesuai dengan kepeluan semasa.

Sebagai penutup posting ini, mari sama-sama kita renungi laporan berikut;
Husam Mahu Terus Berkhidmat Untuk PAS Dan Kelantan

KOTA BAHARU, 23 Nov (Bernama) -- Timbalan Pesuruhjaya Dua PAS Kelantan, Datuk Husam Musa berkata beliau tidak akan meletakkan jawatan malah akan meneruskan perjuangannya terhadap parti dan negeri.

Beliau menafikan laporan akhbar Utusan dan Mingguan Malaysia bahawa beliau akan meletakkan jawatannya dalam parti dan sebagai Exco kanan kerajaan negeri Kelantan.

Katanya beliau menyifatkan laporan media itu telah disalaherti kerana beliau sedang menjalani rawatan sakit pinggangnya di sebuah hospital di sini serta terpaksa mengambil cuti dan tidak hadir pada programnya.

"Saya sakit belakang. Jumpa doktor dan doktor minta saya dapatkan rawatan, rehatkan tulang belakang saya dan kurangkan aktiviti.

"Apa kena mengena sakit belakang saya dengan letak jawatan? Letak semua pulak tu? Mana perjuangan saya? Mana parti dan kerajaan yang saya membantu menjayakannya sekian lama? Di hujung jalan kami akan berpisah? Membuka ruang pada lawan menerobos masuk dalam detik yang kritikal ini?," katanya menerusi laman blognya di cetusan-hati.blogspot.com.

Husam berkata laporan Utusan Malaysia tidak akan melemahkan beliau kerana sebelum ini telah banyak serangan telah dibuat terhadap Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Mursyidul Am PAS.

"Tok Guru telah cuba dimalukan. Cuba dipinggirkan kerana pendiriannya yang tegas dan hasratnya yang jelas untuk membawa negara kita menuju perubahan."Saya sebagai murid dan 'budak' Tok Guru, mengangkat bendera putih semata-mata kerana Utusan cuba mengagendakan kami?," katanya.

Mingguan Malaysia pada Ahad melaporkan Husam dikatakan mahu melepaskan semua jawatan dalam parti dan juga kerajaan yang merupakan satu lagi episod yang menggambarkan perpecahan dan kekusutan dalam parti itu.Namun hasrat itu tidak dipersetujui oleh Nik Abdul Aziz. - BERNAMA

5 comments:

john said...
This comment has been removed by the author.
john said...

Gak utusan berapo kali doh keno saman kok orang pun abe li?...lepas tu kalu ore gege gak habis kuat dio mitok maaf...bukae ore pas tok kenal utusae tuh gambar payung hok ado dacing pun buleh hilang dan nyo kait dengan benda2 huduh ni..atah orang masing2..abe li buleh berhujah..ore nok terimo ko tok ser terimo ko..bukae kito buleh pakso!

p/s: Cuba baco blog dato husam (cetusan-hati.blogspot.com)pada Isnin, 23 November , 2009
Tajuk dio NST: Tolong Takutkan Tuhan

Anonymous said...

SOKONG MELI. YANG ADA AGENDA ADALAH PENYOKONG KUAT HUSAM YANG BERI BERITA TU PADA AZRAN. TUJUAN DIA SUPAYA TOK GURU NAFI DAN PUJA PUJI HUSAM SAJA. NAK KABURKAN BENDA NI, HUSAM KENA LA KUTUK AKHBAR. TAKKAN TAK LEH PAHAM KOT?

Anonymous said...

ada komen dalam blog kickdefella dakwa bodyguard husam menghamilkan anak dara orang. meli taukah sape bodyguard ni?

Wartawan Pencen said...

Buwi nama ko Meli tentu dia akan siarkan.

2. Kalau orang boleh kata laporan NST,Berita Harian dan lain tak betul, orang boleh kata blog Husam tak betul. Husam pun orang, bukan malaikat. tambah-tambah Husam orang politik dan ada eentingan olitik. Kalau tak belawok, tak jijak orang untuk naik, bukan rang politik namanya.

3. Meli orang media (kalau tak silap dah 36 tahun lamanya).Dia fahamlah dengan dunia akhbar ni.saya yakin yang ada agenda adalah sumber kepada berita yang ditulis. Ada tokoh yang tak bertanggungjawab, nak hebhesuatu perkara panggilmedia, kalau laporan tersiar tak sama dengan apa yang diharapkan, media dikutuk.

4. Saya cadangkan supaya tokoh-tokoh munafik dan hipokrit dan senarai-itamkan, jangan siarkan laporan mengenai merekasama ada tentang perkara buruk atau baik.cuba test tengok boleh popular ke tidak.