Tuesday, November 24, 2009

MUNCUL KEMBALI (526)

Orang parti politik pelik

BAGI saya orang parti politik pelik. Sepatutnya mereka biarkan lawan gali lubang, timbus diri sendiri tetapi umpama mahu menembak buruan, sebelum membidik senapang lagi sudah pun diteriak, kalau burung misalnya, akan dilaung disuruh terbang lari kalau tidak mahu mampus kena tembak.

Saya kata begitu kerana ekoran dari banyak isu-isu yang boleh menyebabkan Umno/BN akan kehilangan sokongan, pihak pembangkang akan warwarkan sebab musabab itu yang mungkin Umno/BN tidak perasan. Bila ada isu dalam Pas atau parti-parti dalam Pakatan Rakyat (PR) yang boleh menyebabkan parti itu akan hilang keyakinan di kalangan pendukung dan penyokong, Umno/BN akan warwarkannya sebab musabah yang barangkali tidak disedari dan tidak diduga oleh Pas akan membawa padah kepadanya.

Bila ada tindakan umpama berteriak menyuruh burung yang bakal ditembak lari kalau tidak mahu mampus ditembak begitu atau diberitahu tahu bahawa di dean akan lubang yang bakal menimbus, maka segala punca yang menyebabkan lawan lemah dan boleh menyebabkannya akan kehilangan sokongan, maka mahu tidak mahu lawan akan segera membetulkan kesilapan atau menampung segala kelompangan.

Kalau segala kesilapan dibetulkan, kelemahan dibaiki dan kelompangan dikambus, pastilah lawanyang sudah dalam keadaan lemah akan kembali jadi kuat. Jadi sampai bila pun lawan tidak mungkin dapat dikalah dan dilumpuhkan kerana segala kelemahan,kesilapan dan kelompangan pasti diatasi, apatah lagi kalau segala kelemahan dimaklumkan oleh lawan.

Ambil contoh laporan berikut;

Nik Aziz Disaran Nilai Kedudukan

KOTA BAHARU, 24 Nov (Bernama) -- Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat diminta menilai kedudukannya sebagai Menteri Besar Kelantan berikutan kegagalannya menangani isu pelantikan menantunya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan.

Ketua Penerangan Umno Kelantan, Dali Hussin, berkata sudah sampai masanya Nik Aziz melihat sama ada beliau masih layak memimpin kerana sudah ada anggota Pas yang tidak menghormatinya.

Bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di kawasan Dewan Undangan Negeri Kijang di sini hari ini, beliau berkata kegagalan Nik Aziz menyelesaikan isu pelantikan menantunya Abdul Arifffahmi Abdul Rahman telah mendorong kepimpinan tertinggi Pas menasihatkan beliau supaya mengarahkan menantunya itu melepaskan jawatan berkenaan.

Dali berkata Umno khuatir jika isu itu berpanjangan ia boleh merugikan rakyat Kelantan.-- BERNAMA.

Sepatutnya yang membuat kenyataan/permintaan seumpaa itu adalah orang Pas, bukannya orang Umno. Kalau Dato' Nik Aziz kekal dengan sikapnya,misalnya tidak melayan desakan supaya mengarahkan menantunya letak jawatan, maka akan berlaku pertelagahan yang kronik dalam Pas.

Bila Pas sesama Pas bertelagah, maka parti itu akan lemah dan berpecah belah. Dengan itu ia pasti akan memberi advantage kepada Umno/BN untuk tawan semula Kelantan. Bila Umno/BN membuat permitaan supaya Pas membetulkan kesilapan dan membaiki keadaan dari yang boleh menyebabkan parti itu hilang sokongan kepada keadaan yang boleh menambahkn jumah sokongan, sampai bila pun Umno/BN tidak akan dapat tawan Kelantan.

Misalnya apabila Ddato' Nik Aziz arahkan menantunya Ir Abdul Ariffahami Abdul Rahman yang meletak jawatan sebagai ketua pegawai Eksekuitif (CEO) Perbadanan Menteri Besar (PMBK), maka kemelut akan selesai dan pendukung dan penyokong Pas akan kembali bersatu kerana punca kemelut sudah terkeluar dari senarai. Bila Pas kembali berpadu, maknanya Umno/BN tidak berpeluang untuk tawan Kelantan.

Sepanjang pemerhatian saya, Pas kalah di Kelantan selepas kira-kira 18 tahun memerintah dan Umno/BN kalah di Kelantan selepas kira-kira 12 tahun memerintah Kelantan bukan kerana lawan kuat tetapi kerana parti yang menjadi kerajaan lemah apabila berlaku perpecahan dan wujud masalah dalaman yang kronik.

Demikian juga dengan kes Tun Abdullah Ahmad Badawi yang kononnya dibawah pengaruh menantunya yang boleh meyumbang kepada kekalahan Umno/BN ketika beliau menjadi PM dan Preside Umno, kenapa pula Pas/PR menwarwarkan yang negatifnya.

Bukankah kalau Tun Abdullah terus berada di kerusi PM dan Presiden Umno, pembangkang berpeluang untuk menukar tampuk pemerintahan kerana orang Umno brpecah kerana isu itu dan majoriti rakyat selaku pengundi tidak akan berpihak kepada Umno/BN.

Melihat kepada bencana yang bakal menimpa Umno jika beliau terus kekal pada kerusi PM dan Presiden Umno, Tun Abdullah telah bertindak bersara lebi awal dari sepatutnya dari jawatan PM dan presiden UMno, tempatnya diganti dengan Datuk Seri Najib Tun Razak. Ekoran dari itu Umno kembali pulih dan mantap, segala kelemahan dan punca yang menyebabkan Umno lemah, diatasi oleh Najib.

Dalam keadaan Umno seperti sekarang, mana mungkin Pas/PR boleh gugat Umno/BN yang bukan sahaja dalam proses membetulkan kesilapan dan mengatasi kelemahan, tetapi parti itu juga cukup jentera dan peralatan untuk mematahkan serangan lawan di samping ianya lebih berengalaman sebagai kerajaan.

Ekoran dari kebersaraan Tun Abdullah, maka segala kelompangan, kelemahan dan kesilapan Umno dan kerajaan pada era Tun Abdullah telah diatasi dan dibaiki dan adalah sangat mustahil untuk Pas/PR leburkan Umno/BN pada pilihanraya umum ke-13 nanti.

3 comments:

kgsirehgroup said...

MUNG ULAS CERITA MENGENAI PEMBANGKANG BERDASARKAN UTUSAN MELOYA
BURUK.. HEI MELI KALU RAKYAT KITA PERCAYA BULAT2 KE UTUSAN MELOYA BURUK. BERITA HAIRAN,TV3 SUKU LAMA DOH PEMBANGKANG MAPUH DI MALYSIA... NOK..NOK MASA PILIHANRAYA KECIL TIAP SAAT MEDIA2 NI DOK PUKUI PEMBANGKAN

kalu mung nok masuk BN masuklah....
jangan dok ngampu je lebih

pemudakucalakna said...

PEGUAM : NAJID DIKAITKAN DENGAN KEHILANGAN BALA - malaysiakini

Mereka yang berfikiran waras akan membuat kesimpulan bahawa Najib Razak dilihat berkaitan dengan kehilangan P Balasubramaniam, kata peguam penyiasat persendirian itu Americk Singh Sidhu.

Menurutnya, fakta-fakta kelihatannya menunjukkan kepada kemungkinan mereka tidak mahu penyiasat itu lagi dan menyerahkan tugas itu kepada orang lain yang rapat dengan mereka, untuk dilaksanakan.

Dalam wawancara dengan Malaysiakini, Americk memandang berat pembabitan adik Najib, Mohamed Nazim.

Menurutnya, persoalan yang timbul ialah mengapa Nazim berminat dengan kehilangan Balasubramaniam "jika dia tidak mendapat perlindungan daripada abangnya?"

Balasubramaniam baru-baru ini mendedahkan bahawa dia pernah berjumpa dengan Nazim, seorang arkitek, pada malam sebelum dia menarik balik akuan bersumpah pertamanya yang mendakwa Najib ada hubungan rapat dengan Altantuya Shaariibuu, wanita Mongolia yang mati dibunuh.

Balasubramaniam turut mendakwa bahawa dia ditawarkan RM5 juta oleh seorang yang dikenali sebagai Deepak, seorang ahli perniagaan yang didakwa rapat dengan Rosmah Mansor supaya menarik balik akuan bersumpah pertamanya.

KAH KAH KAH…

kah kah kah…. BALA SUDAH MARI…. kah kah kah…

kah kah kah…. BALA SUDAH SAMPAI…. kah kah kah…

kah kah kah… JANJI LIMA JUTA RINGGIT…NAK BUAT KENDURI TOLAK BALA…kah kah kah…

nota:
pelik sungguh para gerombolan ini
presiden gerombolan terbabit dalam kes bunuh
tak kan ahli gerombolan tak sedar sedar
tak kan duduk buat bodoh
tak kan duduk buat buat tak tahu



tak kan nak salahkan china
tak kan nak salahkan dap
tak kan nak salah pkr
tak kan nak salahkan pas

nak amerika datang
macam di iraq baru nak sedar kah kah kah

joostspring said...

to kgsirehgroup..

pah mu igt ore caya ko harokoh,keadilan,malaykini,malaywaves tu...

fitnah dan gempak je lbh....tgk harokoh nak muntah dah aku..pelawok kohong..