Thursday, November 26, 2009

MUNCUL KEMBALI (529)

Rujuk hadis dalam pemilihan MB

KEPADA umat Islam tulen, masalah calon untuk dilantik sebagai pemimpin tidak sepatutnya timbul kerana masing-masing pasti hafal 100 hadis tentang kebajikan, silaturahim dan adab serta 93 hadis tentang tacara pemerintahan yang terkandung dalam kitab Terjemahan Hadis Shahih Muslim Jilid I,II,III dan IV.

Mereka juga pasti hafal 131 hadis yang patut dijadikan bahan rujukan kepada mereka yang menjadi pemerintah sebagaimana yang terkandung dalam kitab Terjemahan Hadis Shahih Bukhari Jilid I,II,III dan IV.

Tokoh yang mana patut dan tidak patut dilantik sebagai pemimpin diterangkan oleh 93 hadis dalam kitab Terjemahan Hadis Shahih Muslim Jilid I,II,III dan IV serta 131 Terjemahan Hadis Shahih bukhri Jilid I,II,III dan IV di samping tentang tatacara pemerintahan yang dimahukan oleh Islam.oleh Allah dan Rasul-Nya.

Maknanya kalau Pas benar-benar berpolitik dengan merujuk kepada al-Quran dan Hadis, soal siapa yang patut dinamakan oleh Dato' Nik Aziz sebagai pengdantinya tidak patut timbul memandangkan Rasulullah s.a.w. tidak menamakan pengganti baginda tetapi telah menerangkan dalam hadias baginda tentang tokoh yang patut dan tidak patut dilantik sebagai pemimpin dan jawatan-jawatan dalam pemerintahan.

Sama ada Ahmad Yaakob, Husam Musa, Mohd. Amar Nik Abdullah atau sesiapa pun boleh jadi MB Kelantan menggantikan Dato' Nik Aziz atau sebagai presiden Pas menggantikan Dato' Seri Abdul Hadi Awang asalkan memenuhi ciri-ciri yang telah diterangkan dengan jelas oleh Rasulullah s.a.w. melalui hadis-hadis baginda.

Antara calon pemimpin yang dipilih adalah yang tidak tawarkan diri atau yang tidak tunjuk kemaruk mahu jadi pemimpin, tidak membina kumpulan atau petugas khas bagi mempopularkan diri dan dilihat sebagai serba hebat kerana dibedak dan diplastikkan oleh agenda dan propaganda oleh tenaga-tenaga yang diupah dan diarah khusus untuk itu.

Tetapi tokoh atau pemimpin jenis ini tidak boleh menolak jika ditawar atau diminta jadi pemimpin. Yang tolak awal-awal dan dpublisitikan sebagai suatu taktik untuk menarik simpati dan dilihat berjurus oleh masyarakat terbanyak sebenarnya lebih bersifat telunjuk lurus kelingking berkait. Kalau dilantik juga tokoh jenis ini, ianya akan membawa banyak padah.

Pada saya Ahmad Yaakob adalah antara tokoh yang ada ciri-ciri yang paling wajar menjadi pemimpin beradasrkan apa yang terkandung dalam Hadis Rasulullah s.a.w. dan yang patut diminta walaupun barangkali beliau menolak untuk dilantik sebagai MB jika Dato' Nik Aziz merasakan sudah sampai masanya untuk beliau berundur.

Beliau pula patut diberi hak sepenuhnya untuk memilih siapa yang dirasakan patut mejadi timbalannya serta barisan exconya kerana tidak semestinya exco pilihan Dato' Nik Aziz sesuai menjadi exco pada eranya kerana pendekatannya pasti tidak akan dicedok sepenuhnya dari pendekatan bossnya itu kerana beliau kena jadi MB yang lebih baik dari MB-MB sebelumnya.

Yang paling penting beliau kena bersedia untuk berdepan dengan pelbagai fitnah dan ujian sebagaimana yang pernah dialami oleh Dato' Nik Aziz kerana bila menjadi pemimpin pasti akan ada yang suka dan ada yang tidak suka, ada yang asalnya kawan akan jadi lawan dan yang asalnya lawan akan jadi kawan.

Ramai yang percaya kepada teori bahawa belum pernah timbalan menteri besar di Kelantan akan naib menjadi menteri besar kerana ianya tidak pernah berlaku dalam sejarah Kelantan. Tetapi saya yakin Ahmad Yaakob akan memecah tradisi dan akan mencipta rekod baru.

Sebagai anak guru pondok, saya yakin beliau mampu menyambung tradisi MB akan memberi Kuliah Jumaat di Pejabat Badan Perhubungan Pas Kelantan. Seingat saya Ahmad Yaakob atas nama tMB pernah sekali memberi kuliah menggantikan Dato' Nik Aziz pada Kuliah Jumaat dan ramai yang kagum dan terpegun.

Tetapi selepas itu beliau tidak muncul lagi, barangkali beliau menggunakan pendekatan bekas Timbalan Menteri Besar, Dato' Abdul Halim Abdul Rahman yang lebih banyak bekerja di belakang tadbir supaya tidak nampak ada perlumbaan meraih populariti dengan MB. Tidak peliklah kalau tidak ada cerita pelik-pelik mengenainya.

Dato' Nik Aziz sendiri barangkali sudah mencium dan terhidu ketokohan dan hati budi Ahmad Yaakob sehinggakan dalam banyak-banyak tokoh, Ahmad Yaakob yang dipilihnya sebagai timbalannya apabila regu serasinya dan paling mantapnya Ustaz Halim dipecah-kongsi darinya dan dinyahkan ke kerusi parliment.

Sepanjang pemerhatian saya semasa masih bertugas dengan UPKn dulu, beliau tidak kekok makan tengahari di kantin SUK dan puak-puak balak tidak berapa berani dekatinya untuk kenen hal-hal yang berkaitan dengan balak.

Kalaulah sebagai MB nanti beliau bersedia dan sanggup ditegur sebagaimana Umar Al-Khattab boleh menerima amaran si pincang yang merapatkan hujung mata pedang ke leher khalifah ar-Rasyidin yang kedua itu dan bersumpah pedang itulah yang akan memengagl leherkhalifah jika memerintah tidak secara islam, saya yakin Kerajaan Pas kelantan akan semakin mantap.

Barangkali beliau boleh pindahkan pejabat MB dan pusat pentadbiran kerajaan ke masjid negeri manakala pejabat jajahan di masjid jajahan manakala penggawa ke masjid utama di daerah masing-masing manakala markas utama penghulu adalah di masjid mukim. pusat pentadbiran tidakperlu besar tetapi pemikiran, idea dankualitiperkhidmatan kena akbar.

Bila masing-masing berada dalam masjid, pasti segala urusan akan dipastikan dibuat atas nama masjid. Kalau ada lagi yang sanggup buat kerja-kerja tak elok seperti memberi dan menerima rasuah, menfitnah, dapatkan kawasan balak secara tidak betul, jatuh menjatuh sesama sendiri, menyalahgunakan harta kerajaan dan sebagainya, maknanya si pelaku iu adalah manusia yang cedera moral, keislaman dan imannya.

Yang diharapkan oleh orang yang tolak Umno/BN adalah sebuah kerajaan yang benar-benar Islamik, yang benar menyediakan segala kemudahan untuk ke syurga dan menutup segala lubang, lorong dan laluan ke neraka kerana yang pasti dunia sudah semakin dekat dengan kiamat kerana apabila ditanya kepada Rasulullah s.a.w. oleh sahabat bila kiamat akan berlaku, jawab baginda, kiamat itu sudah dekat. Hal ini ada dalam hadis.

Baginda kata kiamat sudah dekat itu ketika baginda masih hidup dan kalau dikira dari tarikh wafat baginda pada 12 Rabiul Awwal 11 Hijrah bersamaan dengan 8 Jun 632 Masehi, maka baginda kata kiamat sudah dekat itu kira-kira 1,429 tahun yang lampau.

Sesunggunya kemelut yang belaku termasuk isu perletakkan jawatan husam yang kemdiannya dinafikannya, malah turut dijelaskan beliau tidak mahu dinamakan sebagai pengganti Dato' Nik Aziz (yang menimbulkan pelbagai andaian oleh pelbagai pihak), secara tidak langsung telah membuat kerlingan mula terfokus kepada Ahmad Yaakob yang tidak cukup timbul namanya sebelum ini.

hendaknya selepas ini perlantikkan MB, TMB, anggta exco dan pegawai-pegawai perlantikkan mestilah dengan merujuk al-Quran dan Hadis dan bukannya berdasarkan kepada kuat bekerja untuk parti tetapi tidak mempunyai ciri-ciri yang dibolehkan dilantik sebagai pemimpin atau penjawat jawatan di jabatan pemerintah!

5 comments:

Abuzar said...

Sdra MKJ ....apa2 kempen saudara & mana2 pihak yang cuba mempengaruhi siapa paling layak sebagai pengganti MB Kelantan.... saya yakin RAKYAT KELANTAN adalah penentu mutlak dengan izin Allah

Rakyat Kelantan amat matang & aktif berpolitik. Mereka kenal siapa tokoh2 atau wira2 anak Kelantan sejak berzaman! Mereka pernah julang Asri Muda, kemudian mereka ajari. Mereka pernah julang Tengku Razaliegh, Mohamad Nasir, Mohamad Yaakob, dan terkini Nik Aziz ..... atas prinsip patriotisme & keunggulan mereka.

Rakyat Kelantan - insan politik yg unique - sokongan mereka bukan mutlak atas sifat parti, krismatik, keluarga, kedaerahan, kepuakan,keturunan, status ulamak, status kebangsawanan, status ekonomi, dll .... tapi mereka pejuang nasib mereka dari sudut agama, ketulusan, kerajinan & kebajikan! "Budak jurus".

Rakyat Kelantan sedang menunggu hak mereka yang dipinggirkan- "Royalti Minyak" - tokoh2 setia pejuang rakyat - ketepikan kepentingan parti masing2 - fokus satu "kembalikan hak rakyat Kelantan"! - Nik Aziz, Tengku Razaliegh, Awang Adek, Mustafa Mohamad, Anuar Musa, Husam Musa, Ibrahim Ali, dll ..... Tokoh MB Kelantan adalah .........???????................. tokoh jiwa anak Kelantan sejati.. yang dapat kembalikan Royalti minyak & tak rompak royalti minyak Kelantan.

Anonymous said...

ambo sokong TGNA Menteri Besar Kelantan sampai ia habis nyawa.....
Orang lain tidak bolwh ambil tahu.

Anonymous said...

Malaysia sebuah Negara Islam ? berjaya mengaut hasil judi RM2.37 billion pada tahun 2008. Begitulah "kejayaan" negara kita. Bukan sahaja berjaya menganjurkan Musabaqah Al Quran setiap tahun bahkan berjaya mengutip hasil judi berbilion RM. Tiada diketahui adakah penganjuran Musabaqah pakai duit hasil judi begitu juga dengan pembinaan masjid-masjid di seluruh negara.

Elok rasanya pamerkan kejayaan UMNO ini dengan rakyat memacak billboard gergasi di jalan-jalan utama di seluruh negara. Cantik lagi pacakkan signboard di kawasan masjid-masjid utama seperti Masjid Negara, Masjid Putrajaya dan Masjid Negeri. Sama seperti signboard "Bahaya Dadah" yang sekarang terpacak di setiap kawasan masjid.

Malu apa weeh! Minta saudagar-saudagar judi menaja signboard ini. Takkan mereka kedekut. Mereka dah untung berjuta-juta weeh! Minta Menteri KAGAT dan Ustazah Mashitah ambil tindakan proaktif sikit.

Jika tahun 2008 dikenali Tahun Islam Hadhari, dan Pak Lah pun sudah kaut untungan RM2.37 billion, berapakah pula hasil tahun 2009 pula dengan tema baru 1Malaysia ? Sebaik sahaja Najib jadi Menteri Kewangan, beliau telah meluluskan puluhan lesen judi terutama cabutan mingguan. Masa itu Najib belum jadi PM. Bayangkan kini beliau telah jadi PM, tentulah berjoget sakan saudagar judi mendapat"syafaat" Najib !

Anonymous said...

AS Tidak Pedulikan Najib di Washington
KASIHANNN... apabila seorang Perdana Menteri Malaysia tidak dapat bersua dan diraikan oleh Ketua negara Amerika Syarikat - Barack Obama.

Lebih menyakitkan lagi, Perdana Menteri India - Manmohan Singh - diraikan dengan begitu hebat dan gemilang sehinggakan Presiden AS menyatakan kegembiraannya atas kesudian PM India tersebut datang menjenguknya di AS di samping menjanjikan perhatian AS terhadap isu keganasan, Pakistan, senjata nuklear dan China.

Perdana Menteri kita pula, hanya sekadar berucap di pentas 'National Press Club' yang tidaklah seberapa jika dibandingkan dengan White House ataupun pentas universiti-universiti terkemuka di AS.

Lawatan Dr. Manmohan Singh dilabel sebagai 'antara pertemuan yang paling bermakna dalam abad ke-21'. Manakala lawatan Rosmah Mansor ke gedung shopping disana dilabel sebagai 'antara pengalaman shopping terhebat minggu ini'.

Tiada satu komen pun yang keluar daripada mulut Presiden AS kepada Perdana Menteri Malaysia.

Beginilah jadinya apabila jaguh kampung ini di'sekolah'kan di AS. Tunduk dan kerdil, di manakah retorika 'saya bukan alat Amerika' dan 'Malaysia tidak perlukan Amerika' kini? bukankah Malaysia begitu hebat? perlu apa Najib bertemu dengan Obama? Najib lebih besar daripada Obama! dan pertemuan Obama dan Dr Manmohan adalah kecil dan tiada makna sebenarnya.

Tetapi mengapa pula SELURUH DUNIA mengetahui dan ingin membaca berkenaan pertemuan kedua pemimpin ulung DUNIA itu?

Sah Najib terlalu kerdil untuk diperasan oleh AS mahupun Dr. Manmohan. Tiada sambutan khas bagimu. Saya cadangkan atas layanan 'buruk' ini - kita harus memutuskan hubungan dengan AS. Sebab kita tidak perlukan AS! kita hebat! kita 1Malaysia!

Cuba bandingkan dengan Anwar Ibrahim, beliau dijemput ke Brookings Institution, SAIS di Universiti Johns Hopkins, Universiti Georgetown, Majlis Perhubungan Antarabangsa AS, bertemu pula dengan wakil senat dan Rumah Putih. Ditemubual pula oleh Wall Street Journal, Washington Post, Far Eastern Economic Review dan lain dan lain.

joostspring said...

anom 2.16pm...

sempit dan dangkal sunggoh otak saudara....


puak2 saudara selalu bercakap pasal hukum hakam al-Quran,tp sayang saudara tidak bijak menilai antara kaca dan permata...semoga satu hari nanti pintu hati saudara akan dapat menilainay...

rajin2 jugalah kiranya saudara mengunjungi singapura dan menyelami kehidupan dan pemikiran org melayu islam singapura.....