Saturday, November 28, 2009

MUNCUL KEMBALI (531)

Isu Pas dan kerajaan Pas Kelantan lambat selesai lagi

MACAM si perempuan yang gemuk macam guni jalur atau pudu tal: jumpa kawan, apatah lagi kepada suami akan dikatakan badannya sudah nampak kurus kerana mahu dilihat comel dan menarik, gemuk jadi tidak molek, pakai apa pun akan dilihat macam 'bbukus nangka'.

Bagi saya itulah yang sedang berlaku kepada Pas dan kerajaan Pas Kelantan, kurap sendiri bertepek-arek tetapi bukan main hebat syarah di kaki lima kononnya ubat kurap yang dijual paling mustajab. Dalam bersyarah promosi ubat, hampir sama banyak dan sama laju antara ungkapan yang keluar sebagai bahan syarahan dengan tangan yang menggaru, termasuk di pelbagai celah.

Dalam diwawarkan kononnya isu yang melanda Pas dan kerajaan Pas serta Dato' Nik Aziz sekeluarga, masih timbul lagi gelombang dan tsunami yang boleh memungkinkan api yang hampir padam kembali marak disebab-sebab isu-isu berikut;

Dakwaan Nik Aziz diragui -Datuk Harun Taib

KUALA TERENGGANU 29 Nov. – Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib (gambar) berasa pelik bagaimana boleh wujud ‘Kolonel Mat’ untuk menjatuhkan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Malah beliau masih tercari-cari siapa sebenarnya yang dimaksudkan sebagai Kolonel Mat yang disifatkan dalang di sebalik konspirasi untuk menjatuhkan Menteri Besar dan kerajaan Pas Kelantan itu.

Harun yang juga Pesuruhjaya Pas Terengganu berkata, mungkin Nik Abdul Aziz seorang sahaja yang tahu atau lebih mengenali seseorang yang bernama Kolonel Mat itu.

Malah beliau turut yakin, para pemimpin lain parti Pas juga tidak mengenali siapa sebenarnya yang dimaksudkan oleh Nik Abdul Aziz itu.

“Saya rasa hanya Tok Guru (Nik Abdul Aziz) seorang saja yang tahu dan kenal siapa sebenarnya Kolonel Mat, kalau tanya saya siapa dia (Kolonet Mat) saya memang tak tahu.

“Malah, saya rasa pemimpin Pas lain juga tak kenal atau tahu siapa Kolonel Mat ini, hanya Tok Guru saja yang tahu,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Harun ditanya siapa sebenarnya Kolonel Mat yang dimaksudkan oleh Nik Abdul Aziz yang didakwa bertindak sebagai dalang di sebalik konspirasi untuk menjatuhkan Mursyidul Am Pas itu.

Ditanya mengenai kesahihan wujud konspirasi menjatuhkan Nik Abdul Aziz, Harun hanya menjawab: “Itu saya tidak tahu, saya tak ada maklumat mengenainya.’’

Ahli parlimen Pasir Mas dilaporkan;

'Kolonel Mat' hanya khayalan
Oleh AZRAN FITRI RAHIM

azran.rahim@utusan.com.my

KOTA BHARU 28 Nov. - Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hanya berkhayal dan mereka cerita bahawa wujud konspirasi yang dirancang oleh 'Kolonel Mat' untuk menjatuhkannya dan kerajaan Pas Kelantan.

Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali berkata, ia disebabkan Mursyidul Am Pas itu mahu menutup pergolakan yang berlaku dalam Pas Kelantan termasuk isu tajaan haji dan menantunya dalam Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) yang disebabkan kelemahan dirinya sendiri.

"Saya melihat dakwaan Nik Abdul Aziz bahawa wujud 'Kolonel Mat' untuk menjatuhkannya sebagai khayalan dan rekaan yang dibuat disebabkan pergolakan dalaman sejak akhir-akhir ini yang semakin menonjol.

"Disebabkan terlalu lama berkuasa emosinya bercelaru dan mengeluarkan kenyataan politik seperti menegur Presiden Pas dan mendesak supaya Timbalan Presiden serta Setiausaha Agung dipecat sebelum ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan Nik Abdul Aziz bahawa wujud konspirasi untuk menjatuhkannya daripada jawatan Menteri Besar dan dalam Pas yang sudah lama dilakukan oleh pihak tertentu.

Beliau menyebut 'Kolonel Mat' adalah dalang di sebalik konspirasi tersebut, bagaimanapun enggan mendedahkan individu berkenaan.

Ibrahim berkata, pelbagai isu yang melanda Nik Abdul Aziz pada masa kini adalah disebabkan kegagalannya untuk melaksanakan tugas dengan baik dan mula menuding jari kepada orang lain.

"Yang menjadi mangsa adalah pemimpin UMNO sedangkan masalah itu adalah dari dalam parti Pas sendiri.

"Dia mula mengeluarkan kenyataan yang karut akhir-akhir ini. Boleh pula suruh orang ramai berdoa musnahkan seseorang atau kumpulan yang bertentangan dengannya.

"Dalam Islam mana boleh seorang pemimpin yang bergelar ulama berdoa untuk hancurkan orang lain, doa hanyalah untuk kebaikan," katanya.

Jelasnya, langkah Nik Abdul Aziz memuji anak didiknya, Datuk Husam Musa bahawa Allah menciptakannya bukan untuk rakyat Kelantan sahaja tetapi bagi Malaysia turut menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan Exco kerajaan negeri yang lain.

"Saya percaya Exco yang lain berasa kecil hati dengan tindakan Nik Abdul Aziz memuji 'anak emasnya' itu dan ia menyebabkan ada di antara Exco yang mendesaknya supaya menamakan bakal penggantinya.

"Sebenarnya mereka memberikan tekanan kepada Tok Guru dan menyebabkan Husam terpaksa secara terbuka menolak sekiranya dicalonkan sebagai bakal menteri besar," katanya.

Watak 'Kolonel Mat diwujudkan oleh Dato' Nik Aziz dalam usaha untuk memulikan kembali maruah beliau sekeluarga yang tercalar, menjadikan dalam Pas sendiri sudah ada kumpulan yang mufarakah dari terus taksub kepada beliau.

Dalam orang bertanya-tanya siapa 'Kolonel Mat', malah ada yang kata ianya hanya watak khayalan, anak kepada 'Kolonel Mat' lantas membuat pengakua berikut;

Saya kenal ‘Kolonel Mat’ – Kickdefella

KOTA BHARU 28 Nov. - Persoalan siapakah ‘Kolonel Mat’ yang didakwa Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang bertanggungjawab merancang untuk menjatuhkan beliau dan Kerajaan Pas Kelantan masih menjadi teka-teki sama ada ia benar-benar wujud atau sekadar direka-reka.

Di saat semua pihak mencari siapakah ‘Kolonel Mat’, blogger Kickdefella atau Syed Azidi Syed Abdul Aziz membuat kejutan apabila mendakwa mengenalinya.

Bagaimanapun bekas Pegawai Perhubungan Awam Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) itu tidak menjelaskan sama ada ia individu yang sama atau tidak dengan apa yang dikatakan oleh Mursyidul Am Pas itu.

Syed Azidi ketika dihubungi Mingguan Malaysia berkata, persoalan mengenai siapa ‘Kolonel Mat’ perlu dirungkai oleh Nik Abdul Aziz sendiri kerana tiada siapa yang mengetahui individu terbabit kerana ia muncul secara tiba-tiba.

“Seperti yang saya tulis dalam blog, ‘Kolonel Mat’ yang saya kenali ialah arwah ayah saya tetapi mungkin apa yang dikatakan oleh tok guru (Nik Abdul Aziz) adalah individu yang berbeza.

“Artikel itu ditulis sebab sebagai anak bekas tentera saya terasa kerana apa yang dikatakan oleh tok guru amat serius disebabkan ia satu cubaan untuk menggulingkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat.

“Saya tidak ambil ini sebagai peribadi tetapi saya rasa satu penghinaan kepada tentera atau bekas tentera, jadi tok guru kena jelaskan dan pada masa yang sama Menteri Pertahanan kena siasat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan Nik Abdul Aziz bahawa wujud konspirasi yang didalangi ‘Kolonel Mat’ untuk menjatuhkannya dan kerajaan Pas Kelantan.

Syed Azidi yang dipecat oleh menantu Nik Abdul Aziz daripada jawatannya kerana didakwa membuat ‘fitnah’ baru-baru ini berkata, Nik Abdul Aziz perlu bertanggungjawab atas kenyataannya itu kerana pelbagai pihak di seluruh negara mahu mengetahui siapakah ‘Kolonel Mat’.

“Tok guru selalu lempar (kenyataan) tetapi dia suruh orang tolong jawab, orang lain kena baiki untuk dia, satu Malaysia hendak tahu harap tok guru tidak akan mengecewakan kita,” katanya.

Mengulas mengenai arwah bapanya yang dikenali dengan ‘Kolonel Mat’ itu, katanya, bapanya telah menyertai Pas ketika di penghujung usianya.

“Ayah saya sudah meninggal dunia, di hujung hidup dia menjadi ahli Pas seumur hidup dan sangat menyanjungi Nik Abdul Aziz.

“Tetapi sebelum itu, ayah saya tidak terlibat dalam politik, apabila menjadi ahli Pas, arwah banyak membantu menyediakan Pas dari segi kursus perang saraf dan strategi bersama rakan-rakan bekas tenteranya,” katanya.

Dalam tulisannya dalam blog tersebut, Syed Azidi menjelaskan ‘Kolonel Mat’ ialah anak kepada Allahyarham Abid Razak yang pernah menjadi dresser di Hospital Besar Kota Bharu.

Berikut sebahagian tulisannya: “Kolonel Mat menyertai tentera sebelum kemerdekaan Tanah Melayu. Selepas menerima tauliah pelantikan, Kolonel Mat pulang ke Kelantan mengahwini anak sepupu Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan yang bernama Tuan Bidah Tuan Long. Waktu itu Nik Abdul Aziz dikenali dengan panggilan Ayah Zit oleh saudara mara.

“Sewaktu lahir, beliau diberi nama Syed Abdul Aziz tetapi di kalangan saudara mara terutama sekali di kalangan keluarga sebelah ibu saya yang dari keturunan Raja Jembal, Syed Abdul Aziz dikenali dengan nama Syed Amat.

“Mungkin sebab beliau anak lelaki sulung, jadi di kampung yang sulung dipanggil Mat, kalau peringkat dewasa akan dipanggil Ayah Mat.

‘‘Pangkat tertingginya di dalam angkatan tentera ialah sebagai Leftenan Kolonel. Walaupun beliau tidak pernah diangkat ke pangkat Kolonel penuh, tetapi menjadi lumrah Leftenan Kolonel akan dipanggil Kolonel sahaja. Jadi di kampung, bagi orang yang kurang mesra dengannya, Syed Amat tadi disebut sebagai Kolonel Mat.”

Penasihat Umum PKR dipalitkan dengan isu gugat Pas. Kalau demikian halnya apakah hayat PR boleh jadi panjang atau sebaliknya. Kita teliti laporan berikut;

Anwar gugat Pas?

PENDEDAHAN Ketua Pemuda Pas, Nasruddin Hassan bahawa perjalanan parti itu tidak seimbang dan bergegar sepanjang masa kerana wujud suara luar yang mampu mempengaruhi sebahagian pimpinan, mengundang persoalan besar.

Menurut Nasruddin, disebabkan wujud suara luar, tahap thiqah (kepercayaan) kepada pimpinan parti berkurangan selain trend menghentam secara terbuka. ‘‘Mereka berpolitik bukan hanya dengan musuh tetapi lebih hebat sesama sendiri.

Terlalu ghairah untuk menang besar dan menang cepat dalam pilihan raya sehingga mengorbankan sahabat,” katanya menerusi blog yang turut disiarkan Utusan Malaysia, kelmarin.

Awang melihat kenyataan Nasruddin cukup berani dalam mengakui masalah dalaman parti itu yang kemelutnya kian merumitkan.

Persoalannya pengaruh atau suara luar manakah yang dimaksudkan? Ia terserah kepada tafsiran tetapi beberapa pemimpin Pas mengaitkannya dengan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim.

Sudah banyak kali Awang menulis termasuk dalam ruangan ini tentang bagaimana pengaruh Anwar meresap ke dalam Pas sehingga parti itu terpecah dua.

Satu kumpulan terdiri daripada pemimpin yang menyokong dan berkongsi aspirasi Anwar, yang dirujuk sebagai Erdogan. Tidak perlu disebut nama, semua ahli Pas tahu siapa mereka.

Satu kumpulan lagi menyokong arus perdana yang diterajui sendiri oleh Presiden Pas, Hadi Awang.

Kekalahan Hadi bertanding kerusi Parlimen pada pilihan raya umum lalu dan tumbangnya kerajaan Pas di Terengganu pimpinan beliau, menjadikan golongan itu lebih berpengaruh.

Yang pasti hari demi hari, bibit-bibit perpecahan Pas makin ketara. Semua ini berlaku sejak parti tersebut mengadakan pakatan dengan PKR dan DAP. Atas percaturan politik mengikut strategi Anwar, golongan Erdogan berjaya mempengaruhi Mursyidul Am, Nik Aziz Nik Mat agar lebih akur kepada kedua-dua parti dalam pakatan itu.

Belum pernah dalam sejarah, elemen parti lain meresap sebegitu hebat ke dalam Pas. Akibatnya, imej dan kekuatan tersendiri Pas yang bertahan bertahun-tahun lamanya, tergugat.

Golongan Erdogan tidak lagi meletakkan kepentingan parti itu di puncak kerana lebih teruja dengan agenda menempatkan Anwar sebagai Perdana Menteri jika pakatan pembangkang berkuasa. Paling menghairankan, mereka tiada keyakinan kepada pemimpin Pas untuk memerintah kerajaan pusat.

Pada seminar khas Pas baru-baru ini, ada perwakilan menegur Harakah kerana lebih menonjol memberikan liputan kepada Anwar berbanding pemimpin Pas. Malah kedengaran cakap-cakap bahawa organ media Pas itu turut menerima bantuan kewangan daripada PKR.
Pada Awang, kesilapan terbesar Pas ialah membiarkan pengaruh Anwar merebak ke dalam parti itu. Tetapi belum terlewat untuk Hadi bingkas tegas mempertahankan keutuhan dan kewibawaan Pas.

Kumpulan Erdogan perlu dineutralkan jika pun tidak dapat dibersihkan sama sekali. Awang lega kerana para penyokong Hadi sudah berani bertindak untuk menyelamatkan parti itu daripada musuh sebenar, yang berada di depan mata dan di dalam selimut yang sama.

Laporan berikut barangkali boleh menjadikan jeraman yang mula suam menjadi panas mendidik kembali;

Antara Husam dan Nik Abduh

PERKEMBANGAN politik Pas terutama di Kelantan makin panas sehingga menyebabkan cengkaman politik Menteri Besar, Nik Aziz Nik Mat goyah.


Kes siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap menantu beliau, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan, Ir. Mohd. Ariff Fahmi Abdul Rahman atas tuduhan rasuah, membawa episod baru apabila beliau diarahkan melepaskan jawatan.

Dalam sebuah laman blog, Mohd. Ariff Fahmi dan isterinya yang juga anak Nik Aziz, dikecam teruk.

Belum pun reda isu tersebut dan isu penajaan haji kepada Nik Aziz oleh sebuah syarikat yang dikatakan mempunyai kontrak di Kelantan, tercetus pula pergeseran antara Pesuruhjaya II Pas Kelantan, Husam Musa dan anak kepada Nik Aziz, Nik Abduh yang juga Ahli Jawatankuasa Pas Pusat.

Husam dalam satu laporan media menyatakan beliau ‘diserang’ menerusi kritikan anak Nik Aziz.

‘‘Jika dijawab (serangan itu) nampak pula macam saya bergaduh dengan keluarga Tok Guru. Jadi saya bersabar,” katanya.

Beberapa hari sebelum kenyataan itu, berdasarkan sumber dalaman Pas Kelantan, Husam dilaporkan mahu melepaskan jawatan tetapi beliau menafikan laporan tersebut.

Nik Abduh pula menyuarakan simpati terhadap bapanya yang menjadi mangsa permainan politik yang sengaja dirancang, yang sesetengah pemerhati mengaitkannya dengan proksi pemimpin tertentu.

Menurut Nik Abduh, berita peletakan jawatan seorang pemimpin Pas yang dianggap kesayangan bapanya telah kedengaran lebih awal. Walaupun tidak menyebut nama, ia jelas merujuk kepada Husam.

Apa maknanya?

Yang pasti, pergeseran itu menambah kekusutan Nik Aziz terutama sejak isu cadangannya memanggil muktamar agung luar biasa bagi membersihkan parti itu daripada beberapa kerat pemimpin pro Presiden Pas, Hadi Awang ditolak. Ia digantikan dengan seminar yang akhirnya mengundang kritikan balas perwakilan.

Siapakah yang Nik Aziz mahu memihak sama ada Husam, yang merupakan ayam tambatan politiknya atau anak beliau sendiri yang juga mempunyai karisma?

Pendirian kedua-duanya berhubung sama ada wajarkah Nik Aziz berundur atau terus kekal, juga berbeza.

Husam mencadangkan agar Nik Aziz mempertahankan kerusi DUN dan turut bertanding kerusi Parlimen pada pilihan raya akan datang bagi membolehkannya menjadi Perdana Menteri.

Nik Abduh pula lantang mengingatkan agar tiada mana-mana pihak cuba menghalang bapanya daripada berundur suatu hari nanti.

Awang nampak ada kebijaksanaan dan keberanian Nik Abduh dalam komen dan tindak-tanduknya.

Sebelum ini, beliau pernah membuat pendedahan bahawa bapanya telah menerima salah nasihat dan mendapat gambaran tidak betul daripada golongan tertentu, yang dikaitkan oleh pemerhati dengan puak Erdogan.

Awang melihat Nik Abduh bintang baru yang boleh menjadi sandaran Pas. Beliau tidak hipokrit. Lebih penting, beliau tidak terikat dengan pengaruh luar, yang imej itu tebal kepada Husam. - MINGGUAN MALAYSIA.

Juga pelu diperhatian apa yang tersurat dan tersirat disebalik tulisan berikut;

Siapa paling layak ganti Nik Abdul Aziz?
Oleh Zulkiflee Bakar


DALAM tempoh beberapa hari ini, isu siapa yang bakal menggantikan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Menteri Besar Kelantan ‘hangat’ diperkatakan biarpun Mursyidul Am Pas itu sendiri belum memberi sebarang isyarat sama ada beliau akan berundur dalam waktu terdekat.

Sebenarnya, isu pengunduran Nik Abdul Aziz bukanlah isu baru, malah sejak beberapa tahun lalu ia sudah mula diperkatakan termasuklah setiap kali pilihan raya umum berlangsung. Tetapi setakat ini, belum ada petanda yang jelas bahawa Nik Abdul Aziz akan meninggalkan jawatan itu yang disandangnya sejak tahun 1990.


Apabila soal pengganti diperbincangkan, maka wujudlah nama-nama mereka yang dikatakan layak untuk menggantikan Nik Abdul Aziz. Setakat ini ia berkisar kepada tiga orang sahaja yang ketiga-tiganya adalah Timbalan Pesuruhjaya Pas Kelantan iaitu Datuk Ahmad Yakob, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah dan Datuk Husam Musa. Ahmad Yakob adalah Timbalan Menteri Besar manakala Nik Amar dan Husam adalah Exco Kerajaan Negeri Kelantan.

Walaupun sebelum ini, Husam sering disebut-sebut sebagai pengganti Nik Abdul Aziz tetapi kenyataan terbaru beliau jelas membuktikan bahawa beliau tidak berhasrat untuk menjadi Menteri Besar Kelantan.

“Saya tidak mahu dicalonkan sebagai pengganti. Jadi tak sepatutnya nama saya naik. Saya serius (tentang apa yang dikatakan).’’ Itulah kata Husam.

Namun begitu, sama ada penyokong Pas suka atau tidak, soal pengganti Nik Abdul Aziz tidak akan menjadi satu masalah sekiranya mereka mengkaji kriteria bagi melayakkan seseorang itu menggantikan Mursyidul Am Pas tersebut.

Sejak Pas menguasai Kelantan pada tahun 1990, slogan ‘Bersama Kepimpinan Ulama’ adalah menjadi daya penarik utama bagi membolehkan Pas terus bertahan sehingga kini. Pas mendapat sokongan di kalangan rakyat kerana corak kepimpinan ulama yang diketengahkan.

Inilah faktanya. Oleh itu apabila orang bercakap mengenai pengganti Nik Abdul Aziz (jika Pas masih diberi mandat untuk berkuasa) maka perkara pokok yang paling utama untuk dipertimbangkan ialah individu berkenaan mesti berlatar belakangkan agama, jika tidak maka Pas Kelantan perlu menggugurkan slogan ‘Bersama Kepimpinan ulama’ tersebut.

Dalam soal ini, Pas sudah tentulah tidak mahu ia berlaku kerana sokongan yang diraih oleh mereka selama ini adalah bersandarkan kepada kepimpinan tersebut. Malah Kelantan menjadi satu-satunya negeri yang Menteri Besarnya adalah ulama. Justeru orang melihat dari satu segi Pas sudah terperangkap dengan slogannya sendiri kerana mahu tidak mahu, hanya ulama sahaja yang boleh menggantikan Nik Abdul Aziz.

Jika Pas hendak memilih mereka yang bukan berlatar belakangkan ulama, maka mereka juga harus bersedia untuk berhadapan dengan penolakan rakyat terutamanya penyokong atas pagar yang selama ini begitu bangga apabila melontar undi kepada Pas di Kelantan kerana memahami ulama akan terus memimpin negeri itu.

Paling layak

Kalau kepimpinan ulama mahu dikekalkan maka Pas Kelantan hanya mempunyai dua pilihan sahaja sama ada memilih Ahmad Yakob atau Mohd. Amar.

Penulis renacana diatas jangan lupa bahawa ramai yang mahukan Husam jadi MB ganti Dato' Nik Aziz dan mereka ini terdiri dari kalangan yang terlibat dan agak pakar dalam gerak saraf,alah berbanding dengan kedua-dua tokoh yang dinamakan itu, Husam mempunyai pasukan gerak saraf, pasukan media dan sebagainya.

Apakah orang-orangnya akan membiarkan Husam akan hanya jadi 'katak gomok sakit perut' bila boss mereka tidak menduduki kerusi MB sebagaimana yang diharapkan? Apakah Dato' Ahmad atau pun Mohd. Amar akan selesa tanpa sebarang gangguan di kerusi MB nanti.

Kalau tokoh sehebat Dato' Nik Aziz pun boleh berkubang air mata digugat, apa lagi Dato' Ahmad atau Mohd Amary ang saya nampak tidak membuat sebarang persediaan untuk ke kerusi MB dan kalau diteliti hadis-hadis Rasulullah s.a.w berkaitan dengan pemilihan pemimpin, mereka berdua adalah yang memenuhi ciri-ciri itu.

Husam mungkin tidak akan melakukan apa-apa, malah beiau tidak mahupun namanya disebut, apatah lagi dicalonkan sebagai MB menggantikan Dato' Nik Aziz, Tetapi macam mana dengan anak buahnya yang telah bekerja dan membina mimpi indah sejak sekian lama?

Biasalah dalam apa kumpulan pun. Boss besar tidak menonjol sangat, peranannya hanya merancang dan mengarah. Yang bagi pukulan 6/9. yang benamkan mata kapak binjai manis ke dahi atau belakang kepala, yang tukang bedal dengan batang anak langsat bukan boss tetapi anak-anak buah boss.

Boss sendiri bukan sahaja nak pegang kapak binjai manis dengan betul pun belum tentu reti, apatah lagi mahu membuat pukulan yang tepat, malah tidak mustahil jangankan mahu ketuk kepala musuh,terparak dengan polis pun sudah terkencing dalam seluar kerana takut dalam kocek seluar ada kapak binjai manis, badik aau lawi ayam walhal polis tak tahu pun apa yang dibawa.

Itulah yang sedang dihadapi oleh Dato' Nik Aziz, malah akan dihadapi oleh Dato' Ahmad Yaakob atau Mohd Amar, malah Husam juga jika menduduki kerusi MB. Ianya adalah wabak dan sindrom penyakit berjangkit yang tidak mudah sembuh.

Bagi saya Pas dan Kerajaan Pas Kelantan sedang berhadapan dengan masalah yang semakin sulit dan betambah sukar untuk dirungkaikan. Tidak mustahil nasib 1978 akan kembali menimpa Pas, bukan kerana lawan kuat tetapi kerana Pas lemah dan dilemahkan oleh cebih-tonye, sekeh-menyekeh dan sigun-menyigun serta cendeh menyendeh sesama sendiri.

Antara faktornya kerana Pas ghairah menyerang dan memburukkan lawan sehingga usaha untuk membina kekuatan sendiri terabai.

Doa-doa kemusnahan terhadap musuh juga telah menimpa kepala Pas sendiri yang mana Pas sepatutnya kena Islamik sengoti dalam perjuangannya, bukan hanya Islamik dalam bab-bab tertentu tetapi apabila berdepan dengan lawan, Islamiknya mulalah dipijak ligan.


8 comments:

john said...

Salam...

Mudah bahasanya..kalau geng2 umno, semuanya mahu tok guru lepas jawatan awal. Dari huraian puak2 ni, maksud tersirat mereka supaya tok guru tidak lagi jadi mb kelantan sebab mereka tahu selagi tok guru pegang kelantan selagi tu umno susah nak menang!

Dan seperingatan ambo, tok guru kata semakin kuat geng2 umno dok tekan dia supaya letak jawatan, semakin kuat keinginannya nak terus pegang jawatan mb tu. Dalam hal ni umno memang tak belajar dari sejarah dio...sepatutnya umno buat 'dek' je..macam buah le..kalu dan masak gak,luruh lah ianya'..

Ambo yakin walaupun pas dok berkrisislo ni..untuk tok guru lepas jawatan dok skali la selain dari mati (mace hok dio dok slalu sebut).."kalu nga umno pah mati ambo lawe"..teruskan perjuangan PAS!

joostspring said...

john...

umno x tekan pun nik ajis demo tu...

nik ajis demo tu yg jatuh sendri..xpayah la demo nak salahkan org lain akibat kebodohan dan kebengongaan puak sndri..

semakin byk demo salahkan org,kudis panau hok ada di tubuh puak demo tu koho org npk....

selagi pas duk guna isle tuk kepentingan peribadi dan duk kafirkan org lain sesedap hati..pah mapoh ambo benci dan tolak pas!!!!

Anonymous said...

bodo juga ore kalu dok buat persepsi bahawa setiap perkara yg terjadi adalah kerana satu sebab sahaja. Sedangkan apabila berlaku apa saja bala atau krisis yg utama kenalah muhasabah diri. Itulah pendekatan yg boleh diamalkan demi menghidupkan jiwa agama.

Kalu dok kata pd makhluk lain lagu mano dgn aqidah kita,samakah dgn ayat setiap perkara tidak berlaku dgn izin Allah.Jadi demi utk molek ko hati kito introspeksilah diri kita sendiri.

Jadi hok moleknya terutama penyokong Pas ko penyokong Nik Aziz
bersabarlah, sebab UMNO pun dok keno banyok kali doh penceramah Pas dok kata macam2. Jadi muhasabah lah hok molek sekali.Bila kita dok salah ko ore lain ego kito semakin besar sebesar tokong hok tidur di kg beruk atau setinggi tokong duduk di kg balai bachok. Jadi marila kito pakat2 buang berhala hok semakin besar dlm diri kito.

Sebelum tidor renunglah ke dlm diri berapa kesalahan kito doh buat, ambo pun banyak sangat kesalahan terutama bila ngulas hal politik.

drp
anak sedara
che husin kemumin.

Abuzar said...

Ambo setuju dengan pandangan bahawa PAS perlu muhasabah dan islahkan pimpinan dan organisasinya. Kemantapan PAS akan menarik lebih ramai umat Islam dan rakyat menyokongnya. Masa itu PAS menjadi parti utama bagi masyarakat Islam dan Malaysia. Kemantapan PAS akan membantu mempercepatkan lagi Agenda Perubahan yang diaspirasikan oleh rakyat melalui PR terutama dalam PRU 13 nanti.

u seperti ini. Isu ini bukan sekadar maruah peribadi atau keluarga, tapi isu "pengurusan kerajaan negeri, urusan ummah dan hal ehwal rakyat". Islam mengatur segala urusan hidup melalui syariatnya, termasuk mengurus kerajaan dan syarikat2 milik awam.

Kita yakin bahawa kepimpinan TGNA adalah yang terbaik buat masa ini berbanding mana2 MB/KM dinegeri2 lain di Malaysia. Kita yakin PAS perlu melahirkan lebih ramai ulamak (alim agama & profesional) yang berkebolehan dalam politik & pentadbiran sepertinya. Keunggulan TGNA perlu dipertahan dan perkasakan sebagai role model kepada generasi akan datang. Dia tak wajar dicalit dan dipalit dengan isu fitnah atau syubahah seperti ini. Membebaskan TGNA dari isu kesamaran seperti ini adalah juga kewajipan bersama. Ia menuntut kepada kematangan dan keikhlasan semua pihak.

Insya allah ... Allah akan memberi hidayah dan inayahNya kepada kita semua.

Anonymous said...

Mudah bahasanya......apa saja yang berlaku didalam parti PAS hok tok molek tu semuanya puak PAS kata dari UMNO....dok salah ko orang lain nok sembunyikan masalah sendiri......selamanya PAS akan memberikan alasan apa saja musibah yang menimpa PAS secara mudah adalah kerja buat UMNO......

Sifat inilah menyebabkan PAS lupa pada KURAP sendiri bila melihat calitan lumpur dibadan orang lain.

Satu pelarian untuk meyembunyikan pekong sendiri....menyebabkan pekong merebak sehingga tidak dapat diubati lagi .....walau tak kelihatan bau hayirnya telah menyusup ke hidung orang lain.

Si John....Syed Azidi dok berbalah dengan menantu poknik kerja UMNO ke? Kalau kerja UMNO bodoh benar kedua2nya yang merupakan hulubalang dalam PAS sehingga boleh di hasut oleh orang UMNO untuk berkekah? Patut pun dua2 kena buang...? Orang UMNO ke buang?
Husam dok berkekah dengan anak poknik dalam blog tu kerja UMNO kah?

Kolonel Mat yang poknik kata tu orang UMNO ke? Kalau orang UMNO poknik tak rahsiakan....

kamu fikirlah sendiri....bangkai gajah jangan nok tutup dengan bulu bu.......

john said...

Jootspring & Anon 8.11...

Ambo nok tanyo mudoh jah...?

Arifahmi ahli pemudo umno mache...
Syed Azidi ahli umno sri hartamas...

duo2 sebelum ni kerja dgn pas kelate biarpun sorang tu nnatu tok guru...

Saloh ko ambo royak ini orang kerja UMNO?..

tok ser bbaloh..cumo nok suruh buko mato!

Anonymous said...

kalau dah tau orang UMNO.... bodohnya Poknik dan husam ambik dua orang tu kerja dalam parti PAS....dah tak ada orang lain lagi ke dalam PAS....?

macam pijak mata cangkul....ulu kena kat muka sendiri...padan muka heheheheeh....

joostspring said...

john..

xperlu dah kawe nak jwb soalan demo tu..

kick tu org penting husam...husam sndri cya ko dia..siap keja kick ni hanya kena lapor ko husam jah...

xpayah la demo nak nafikan bhwa puak2 husam sndri yg nak jatuhkan nik ajis...kl tanpa restu husam xbraninya kick nak dedah semua rahsia nantu ajis tu...

si kick tu pun bkn ikhlas sgt pun pasal nak dedah semua tu konon2 nak suruh rakyat kelate tahu...ada 'buah' benarnya puak2 ni...

tp bagus r kick lanjekan nik ajis tu,bleh napok sgala kurap panau hok ada di nik ajis..yg slama keni sedap duk kata ko ore...cukup2 la nik ajis dgn bermain sandiwara air mata tu konon2nya nak raih simpati rakyat kelate..

kawe caye demo ni org cerdik jgk john...

walau sehebat mana pun ilmu agama nik ajis sore tu xleh lawn jgk dgn ilmu agama sekumpulan ulama yg lain...dlm hadis pun ada sebut hal ni..

lain la nik ajis tu nabi..bleh r dia lwn sekumpulan ulama..