Thursday, November 19, 2009

MUNCUL KEMBALI (513)

Najib-Anwar tidak ada apa-apa atau ada apa-apa?

BILA gagasan kerajaan perpaduan yang dibuat oleh Pas akhirnya ditolak sendiri oleh parti itu, maka berlakulah kelompangan ke arah penyatuan Melayu yang merupakan suatu keperluan kepada negara tercinta ini.

Kalau akhirnya kelompangan itu diisi oleh PKR, ianya bukan satu kesalahan atau kecederaan dan kecacatan moral PKR kerana Pas sendiri jual mahal dengan menolak gagasan parti sendiri kerana menganggap Melayu dan ketuanan tidak penting dan bersifat assobiyah.

Berbanding dengan Pas, PKR lebih kenal dan tahu apa itu Umno serta kebaikan dan keburukkan Umno kerana rata-rata orang PKR adalah orang Umno asalnya yang meninggalkan Umno bukan kerana membenci Umno pun. Bila orang PKR mencerca Umno, samalah seperti mencerca diri sendiri atau umpama suami atau isteri yang bercerai saling mencerca antara satu sama lain walhal kedua-duanya saling tahu segala-galanya antara satu sama lain termasuh hal-hal dalam seluar dan dalam kain.

Sebaliknya mereka keluar Umno kerana membenci Dr Mahathtir (kini Tun) yang dianggap telah berlaku tidak adil terhadap Datuk Sri Anwar Ibrahim. Anwar sendiri bukannya keluar dari Umno tetapi dikeluarkan oleh Dr Mahathir di samping beliau digugurkan dar jawatan Timbalan Perdana Menteri dan semua jawatan dalam kerajaan. Ertinya Anwar bersama PKR bukan kerana bencikan Umno tetapi kerana beliau dinyahkan ari parti itu.

Setelah Dr Mahathir tidak lagi menerajui kerajaan dan Umno, maka tidak ada sebab dan alasan yang munasabah untuk orang PKR, termasuk Anwar sekeluarga yang asalnya Umno terus menjauhi Umno. Sewaktu Anwar dinyahkan dari Umno dan kabinet, Najib sebagai menteri tidak mampu menghadang dan meminda keputusan perdana menteri.

Dalam apa keadaan dan suasana sekali pun hakikatnya orang PKR tidak akan dapat sehati sejiwa dengan orang Pas, mereka akan menjadi setangkai yang tidak akan sebau kerana masing-masing tidak benar-benar kenal hati budi,orang Pas tidak cukup reti dengan hati budi orang pkr dan sebaliknya sebagaiman orang Umno-PKR yang datang dari gelup yang serupa.

Sesungguhnya hala tuju, pendekatan, alur pemikiran, matlamat, tujuan dan pendekatan antara Pas-PKR tidak seragam, iramanya tidak senada, langkah tidak sederap, setangkainya tidak sebau, semangkuk tidak serasa, matlamat dan tujuannya tidak searah.

Walaupun sukar untuk diramal dan dibuat telahan kenapa Datuk Seri Anwar boleh minum teh tarik bersama dengan Datuk Seri Najib, namun jangan terperanjat jika ada yang tidak diduga belaku hasil darinya. Seandainya minum teh tarik bersama itu akan nantinya membawa kepada pembubaran PKR sebagaimana S46 dibubarkan ianya pasti akan menjadi orang Umno-PKR akan sama-sama berbesar hati.

Ini adalah kerana kalau PKR dibubarkan dan pimpinan serta pendukung dan penyokongnya kembali menyertai Umno ianya akan umpama belut pulang ke lubuk,

Saya setuju dengan Datuk Zaid Ibrahim, tidak mudah untuk mana-mana parti pun di negara mahu menggugat, apatah lagi untuk meleburkan Umno/BN sebagai parti gergasi. Maknanya kalau ada impian menduduki kerusi anggota kabinet, maka orang PKR kena kembali kepada Umno. Kalau mahu terus kekal sebagai parti PKR dan anggota PR, maka kena bersedialah untuk terus jadi pembangkang.

Saya yakin kalau Anwar bubarkan PKR dan kembali ke pangkuan Umno, bukan sahaja seluruh pendukung dan penyokong akan ikut jejaknya tetapi ramai di kalangan tokoh Pas dari kelompok profesional akan meyertai beliau, terutamayang kemaruk menyertai kabinet dan merasakan diri bukan sahaja layak menyertai kabinet tetapi mampu menjadi mnteri dan timbalan menteri yang berkualiti.

Bagaimanapun terpulang kepada apa tujuan dan maksud Anwar sudi minum teh tarik bersama Najib atau pun kesudianNajibminum teh tarik bersama Anwar. Rasanya lebih ramai yang percaya tentu ada apa-apa dari tidak apa-apa ekoran terakamnya peristiwa minum teh tarik bersama Najib-Anwar itu. Sama-samalah kita tunggu dan lihat!

7 comments:

shamshul anuar said...

Saudara,

Sebenarnya ramai yang dulunya marahkan Tun bila Tun pecat Anwar sudah sedar siapa Anwar sebenarnya.

Yang terdesak ialah Anwar. Dia yang kelentong orang ramai pasal Sept 16 2008 yang tak jadi. Dia yang tak berani bersumpah.

Anwar juga sekarang dipertikaikan oleh orang yang mendokongya dulu. Ingat nama seperti Ezam, Roslan Kassim, dr Chandra muzaffar, Anuar shaari . Mereka sendiri sudah tak percayakan anwar.

Malah PAs pun tak percaya anwar. Ingat tak dulu Mohd sabu giat memaki hamun anwar sebagai "Aljuburi". beliau juga mencabar Dr Mahathir memecat anwar.

ringkasnya bersekutu dengan Anwar membawa malapetaka. Orang Melayu mendapat bala bila anwar buka jalan untuk ekstremes Cina kuasai politik. Pas jadi tunggang langgang bila dipengaruhi anwar.

Bagi saya Anwar adalah ahli politik Melayu paling tak guna pernah saya jumpa.

Abuzar said...

shamshul anuar said...
.... Bagi saya Anwar adalah ahli politik Melayu paling tak guna pernah saya jumpa.

November 19, 2009 7:47 AM

Saudara MKJ,
apalah diharap padi diseberang,
... Sekadar minum teh tarik antara najib-anwar untuk bersilaturahim sesama Islam,
.. Sedangkan Nabi dan bapa saudaranya Abu Lahab ketua musyrikin diajak berbincang,
.. Untuk dakwah kebenaran & keadilan.

Usahlah nama Tengku Razaleigh (TR)disebut dan dilukai hatinya lagi..
TR juga berulangkali terperangkap dalam jerat Mahadir & Umno, pemilihan umno 1988 tipuan kiraan undi, akhir TR diistiharkan kalah kepada mahadir 23 undi...
TR bubar S46 kerana janji manis dan kemudian dijeruk dalam umno macam perkasan...
Suara hati TR sering meronta2 atas prinsip watannya ... siapa mau mendengar...
Umno hinakannya bagai singa tua tercabut gigi & taring dalam sarkas saja...
Tapi TR berfikiran generasi tua yang taksub kepada umno...
Ayohai YM TR, kami juga bersemangat watan, tapi berpaksikan Islam & keadilan sejagat, kami tiada taksub & tiada percaya kpd umno yg 'rosak' hari ini untuk mengubah negara ini atas landasan yang hak disisi Islam, melayu & rakyat keseluruhannya.
Kami sedang berada diatas kenderaan dan pemandu yang lebih berdaya maju menuju destinasi bersama....

Apakah Anwar yg telah tertipu & didera oleh mahadir & umno sebelum ini, masih ingin menghulur lehernya kedalam jerat umno seperti TR kerana secawan teh tarik?

AMENO said...

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan permohonan ahli Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) Tan Boon Wah dan mengisytiharkan bahawa dia telah ditahan dengan salah oleh SPRM.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Mohamad Ariff Md Yusof.

Beliau memutuskan demikian pada prosiding semakan kehakiman yang dikemukakan pada 22 Julai lalu oleh Boon Wah selaku pemohon.

Tan, 39, menyaman ketua pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Ahmad Said Hamdan, penolong penguasa SPRM Mohammad Hassan Zulkifli dan SPRM kerana mendakwa penahanan dan soal siasat yang dilakukan terhadapnya selama 16 jam sehari oleh SPRM, menyalahi undangundang dan menyebabkan beliau mengalami kerugian serta kesan buruk.

SPRM HANYA BOLEH SIASAT PADA WAKTU PEJABAT

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia tidak dibenarkan menyoal siasat saksi semalaman, dan hanya boleh dilakukan semasa waktu pejabat, iaitu dari pukul 8.30 pagi hingga 5 petang


KAH KAH KAH….

kah kah kah…. SIASAT SAMPAI MATI… RUPA RUPANYA SALAH…kah kah kah..

kah kah kah kah…. BARU SEKARANG DIBERITAHU…kah kah kah..

woit… SELAMA INI SPRM DAN POLIS BUAT APA?... kah kah kah..

kah kah kah… APA YANG TERJADI KEPADA MENDIANG TEOH… kah kah kah..

kah kah kah... SUDAH MATI... BARU DI BERITAHU HAL INI... kah kah kah

kah kah kah… NANGKA DAN JADI BUBUR... BADAN DAH MASUK KUBUR kah kah kah.

nota:
cakap nak gali kubur teoh
senyap aje… apa sudah jadi
kali ke tak gali
atau nak tunggu apa lagi
nak tunngu jadi tengkorak ke kah kah kah

hamPAS said...

Saya pun beranggapan sedemikian juga, sebagaimana shamsul anuar. Bagi saya anwar adalah penipu rakyat, bukan saja membohongi secara terang-terang mengenai peristiwa 16 september 2008 tetapi sebelumnya dia juga menipu dengan berpura-pura dirinya sakit semasa dalam tahanan dulu untuk rakyat kesian kepadanya.
Cita-citanya sangat besar iaitu untuk menjadi PM malaysia tetapi sayang Tuhan tidak mengizinkan ia berlaku maka tidak akan berlaku.
Mengapa mukanya lebam-lebam masa dulu, sebabnya pada saya kerana ia menyakitkan hati orang maka orang akan sakitkan hati dia.
Tidak ada sesiapa yang nak buat begitu kalau dia tidak berbuat sesuatu kepada orang itu.
Kalau kita berani buat jahat kepada orang nescaya orang akan berani buat jahat kepada kita.
Tuhanpun akan balas kalau kita buat jahat,kalau tidak didunia ini, diakhirat pasti dibalasNya kecualilah hambanya bertaubat nasuha.
Kalau anwar sudah bertaubat, mungkin najib menerimanya semula. Segalanya mungkin kerana dunia politik kadang-kadang tidak mustahil.

joostspring said...

abe meli...

kl betul2 jadi gp yg difikirkan tu.. ,kawe caya bhwa rmi org umno yg ada skrg ni akn keluar dr umno,silap2 haribulan umno yg akn mapuh dlu..kawe sendri pun akn tubik...

org yg nama nuar berehim ni xlayak pun nak duk di malaysia ni....

Pemerhati Politik Bebas taman Melewar said...

U penulis yang bijak memintas kemungkinan. Dengan komen-komen yang menentang kepulangan semula Anwar ke pangkuan Umno, tentunya akan dijadi panduan kepada Najib dan barisan kpimpinan Umno untuk trus tuup pintu kepada Anwar.

Kalau orang PKR nak kembalikepada Umno boleh tetapi bukan bersama Anwar. Tanpa pendukung dan penyokong PKR akan berkubur bersama berkuburnya mimpi Anwar mahu menduduki kerusi PM.

Kalau U tak mainkan isu ini orang ingat Anwar laku di mana-mana. sya setuju dengan posting U sebelum ini, hanya Umno dan Pas yang diperlukan oleh Melayu. Tak suka Pas masuk Umno tak suka Umno masuk Pas.

Saya menunggu posting-posting yang lebih tajam menikam dari U.

armouris said...

Rahsia awet muda Dr. Mahathir? - Rahsia Muda Dr. Mahathir