Wednesday, November 18, 2009

MUNCUL KEMBALI (512) - KEMASKINI KALI KEDUA ETULAN EJAAN

Dato' Nik Aziz bertindak bijak

DALAM keadaan umpama koleknya sedang dilantun ombak dan badai, terutama oleh ombak dan badai ciptaan di kolam dan tasik tempat beliau berkolek di taman rekreasi, Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat yang merupakan pemain politik berpengalaman dan menjadi wakil rakyat sejak tahun 1967 tanpa pernah rehat hingga kini bertindak bijak dengan;

1. Membatalkan pemergiannya ke Mekah hasil tajaan
2.Mengarah menantunya yang menimbulkan kontroversi meletak jawatan sebagai CEO PMBK
3.Tidak banyak, malah hampir tidak membuat satu pun kenyataan akhbar selepas mengumumkan penangguhan menunaikan haji dengan tajaan.

Ekoran dari Dato' Nik Aziz mengumumkan pembatalan ke Mekah untuk menunaikan haji kerana ditaja, Meteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Nazeri Tan Sri Aziz dilaporkan oleh blog Muslimeen United sebagaimana berikut;

Batalkan tunai haji selesaikan isu - Nazri Aziz

KOTA BHARU, 18 Nov: Keputusan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membatalkan hasrat mengerjakan haji ke Makkah tahun ini dianggap Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz boleh menyelesaikan isu.

“Tindakan Menteri Besar Kelantan mengambil keputusan membatalkan hasrat mengerjakan haji memudahkan kerja kami.“Memang penajaan sebenarnya bukan rasuah, tetapi memandangkan Tuan Guru seorang Menteri Besar, ia tidak boleh berlaku perkara sedemikian.

“Tidak ada masalah sesiapa pun nak menaja Tok Guru pergi ke Makkah, tetapi kedudukannya sebagai Menteri Besar,” ujarnya kepada media selepas mengunjungi Menteri Besar, di pejabatnya petang tadi.

Jumaat lalu Tuan Guru Nik Abdul Aziz membatalkan hasrat menunaikan haji disebabkan isu ada pihak memperbesarkan isu tajaannya untuk ke Makkah.

Nazri berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selaku badan bebas melakukan siasatan berdasarkan laporan dalam akhbar dan bukannya melalui mana-mana individu.

Katanya, Tuan Guru Nik Abdul Aziz sendiri mengeluarkan kenyataan beliau ditaja seseorang ke Makkah.“Pada saya, Nik Aziz mengeluarkan satu kenyataan tanpa rasa bersalah kerana kalau tok guru nak pergi, dia tak perlu cakap, tetapi dalam hal ni dia cakap dan dia sendiri bukan ada niat apa-apa.

“Kalau dia betul nak pergi, dia tak payah cerita daripada mana dia dapat duit, kita pun tahu dia ada duit, tapi Tok Guru ni seorang yang lurus,” ujarnya.

Beliau juga berkata, sebagai contoh jika seseorang itu memberikan rasuah dan meletak wang di atas meja tanpa diusik orang yang ingin dirasuah, ia belum boleh dikaitkan dengan rasuah.

Bila menteri yang SPRM itu terletak dibawah kementeriannya berkata begitu, maknanya cemar celoteng di muka Dato' Nik Aziz oleh contengan kalangan yang cuba mengambil kesempatan dari sikap lurus dan tidak bersepsi dan berprasangka buruk kepada sesiapa telah secara tidak langsung dibersihkan oleh Nazri.

(Saya kurang cerat apakah setelah menjadi badan bebas SPRM sudah tidak lagi terletah di bawah mana-mana naungan kementerian)

Setidak-tidaknya hikmah di sebalik isu itu, Dato' Nik Aziz dikunjungi oleh menteri yang dibawah kementeriannya terletaknya SPRM, sekali gus kenyataannya/ulasannya terhadap apa yang dilakukan oleh Dato' Nik Aziz bersifat membersihkan cemar celoteng pada muka Mursyidul Am Pas yang juga Menteri Besar Kelantan itu gara-gara dicemar celotengkan oleh pihak-pihak yang saya yakin ada dalam pengetahuan Dato' Nik Aziz siapa pelakunya.

Bersemuka sebagaimana yang berlaku antara Nazri-Dato'Nik Aziz akan lebih menimbulkan ketulusan dan ketelusan dalam memberi pandangan dan ulasan terhadap isu berkaitan berbanding dengan tembakan-tembakan rambang yang dilepaskan dari jauh dan tanpa mendapat maklumat sebenar dari tuan empunya diri.

Mengenai arahan supaya menantunya meletak jawatan kalau laporan mengenainya benar, saya yakin terpaksa dibuat dalam keadaan hati yang amat berat. Menantu bererti suami kepada anak sendiri yang juga ada hati dan perasaan. Menantu pula ada ayah dan ibu, adik beradik, sepupu sepapat dan sebagainya.

Tidak mustahil akan timbul penentangan, malah tanggapan bahawa hanya kerana kepentingan politik, maka anggota keluarga sendiri sanggup dikorbankan walaupun tidak mustahil segala tudingan yang dibuat belum tentu tepat dan ada kemungkinan berpunca dari dengki dan irihati.

Namun bagi saya tindakan mengarahkan menantu beliau melepaskan jawatan CEO di PMBK yang mana beliau adalah pengerusinya adalah langkah terbijak supaya suluhan amalan kronisme dan nepotisme tidak akan terus terhala ke arahnya, tambah-tambah kalau apa yang dituding kepada menantunya bukan kerana dorongan dengki dan iri hati tetapi suatu hakikat sebagaimana dijadikan fokus tudingan, maka tindakan beliau adalah teramat dan tersangat patut.

Saya yakin dengan kelulusan yang dimiliki dan pengalaman bekerja yang agak lama, menantunya tidak akan mati kebulur atau terpaksa menjadi papa atau pun akan terpaksa menukar kereta dari kerteta mewah kepada kereta Datsun Baulu kerana tidak lagi jadi CEO PMBK , pasti akan ada tawaran yang lebih baik di tempat lain untuknya jika hatinya bersih macam hati mertuanya.

Tetapi kalau dipecat, mungkin masa depannya akan berbeza.

Kurangkan bercakap/membuat kenyataan media berhubung isu berkaitan dalam keadaan sekarang adalah lebih baik kerana kadang-kadang kerana kurang pengalaman pelapor yang tidak benar-benar faham yang tersurat, apatah lagi akan tersirat, apa lagi yang cuba mahu disensasikan sesuatu laporan, ianya akan melaporkan menggunakan sudut yang boleh mengeruhkan lagi keadaan.

Contoh laporan berikut;

SPRM Boleh Siasat Isu Tajaan Haji MB Kelantan Berdasarkan Laporan Akhbar

KOTA BAHARU, 18 Nov (Bernama) -- Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) boleh menyiasat isu tajaan haji Menteri Besar Kelantan berdasarkan laporan akhbar walaupun tiada laporan rasmi dibuat kepada suruhanjaya itu.

Beliau berkata setakat ini tiada laporan rasmi dibuat kepada SPRM berhubung isu tajaan haji Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat."SPRM boleh menyiasat kes berkenaan berdasarkan laporan akhbar yang memetik pengakuan Menteri Besar itu pada 10 Nov lepas," katanya kepada pemberita selepas bertemu Nik Abdul Aziz di Kota Darulnaim di sini pada Rabu.

Terdahulu, Nazri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bencana Alam Nasional melawat kawasan dilanda banjir di Rantau Panjang, dekat sini.

Selasa lalu media melaporkan pengakuan Nik Abdul Aziz bahawa beliau ditaja pihak tertentu untuk menunaikan haji musim ini dengan kos RM65,000 dan ekoran kenyataaannya itu, SPRM membuka kertas siasatan berhubung perkara tersebut.

Disebabkan timbul pelbagai polemik politik, Nik Abdul Aziz membatalkan hasratnya untuk menunaikan ibadat haji yang sepatutnya beliau pergi pada 18 Nov.

Mengenai lawatannya ke kawasan banjir, Nazri berkata sebanyak 14 buah tandas mudah alih akan ditempatkan di pusat pemindahan mangsa banjir di stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTM) di Tumpat bagi kemudahan mereka.

"Berlaku sedikit kesulitan kepada mangsa banjir kerana KTM hanya mempunyai dua bilik air, tidak mampu menampung mangsa banjir yang ramai," katanya.

Katanya Majlis Keselamatan Negara akan menyediakan jambatan Bailey bagi mengatasi masalah jambatan Sungai Durian di laluan Kuala Krai-Kota Baharu yang ditenggelami air setiap kali berlaku banjir kerana laluan itu merupakan jalan utama ke Kuala Lumpur melalui Gua Musang.-- BERNAMA.

Membaca blog Muslimeen United saya yakin bukan sahaja boleh menghiburkan hati Dato Nik Aziz, sekali gus ianya akan melegakan perasaan pendukung dan penyokong Pas, malah Nazri sendiri akan dianggap bertindak menyejukkan keadaan tetapi bila baca laporan kedua ianya akan menjadikan masalah akan bertambah bermasalah.

Pendukung dan penyokong Pas akan merasa benci dan meluat kepada Nazeri membaca laporan kedua. Bagaimanapun saya tidak dapat pastikan laporan mana yang lebih tepat kerana saya tidak hadir pada majlis berkaitan.

Seandainya ada di kalangan anggota exco kerajaan Kelantan atau mana-mana pimpinan Pas gatal mulut memberi ulasan berdasarkan laporan kedua, saya yakin akan berlaku suatu kekalutan yang akan lebih kalut dari yang sudah sedia kalut.

Kalau boleh saya cadangkanlah, memandangkan industri penyebaran maklumat semakin canggih dan maklumat boleh berkembang dengan pantas, maka Kerajaan Pas Kelantan perlu ada unit khusus bagi menjalin hubungan mesra antara kerajaan dengan pihak media yang mesti dikendalikan oleh mereka yang berpengalaman dan benar-benar arif tentang kemediaan.

Harus diingat orang media terdiri dari kalangan mereka yang sensitif dan mempunyai sikap ego yang tinggi. Mereka umpama singa lapar yang boleh menerkam dan menyiat-nyiat daging mangsa tetapi jika kena kembalanya, singa pun boleh disarkaskan. Mencetuskan sikap kurang ngam dengan press boleh bawa padah.

Kena buang kepercayaan tradisi bahawa petugas media dari BERNAMA, Utusan, Berita Harian, Sinar Harian, NST, The Star, TV3, RTM, TV9, TV7, Astro dan sebagainya broker/penyokong Umno/BN belaka dan wartawan dari Harakah atau akhbar-akhbar alternatif adalah penyokong Pas/PR belaka.

Antara cari makan dengan kecenderngan politik berbeza. Saya dapati ramai di kalangan wartawan-wartawan akhbar arus perdana, petugas stesen TV dan radio yang bukan sahaja menyokong Pas tetapi ramai yang jadi ahli Pas seumur hidup.

Majikan tidak ambil apa-apa tindakan kerana soal kecenderungan politik adalah hak masing-masing, yang diutamakan adalah kauliti kerja. Macam mana pun sebagai menghormati majikan, mereka tidaklah terlalu nyeyehkan status keterlibatan mereka dalam parti.

Kerana itu mmburuk-burukkan sesuatu akhbar, misalnya ada yang menukar nama Utusan Melayu dengan Utusan Meloya adalah satu amalan yang tidak baik kerana dalam akhbar yang ditukar nama kepada Utusan Meloya itu ada petugasnya yang menjadi ahli Pas seumur hidup.

Ingatlah bila seorang wartawan/pemberita cuba dihina atau tempat kerjanya dihina, seluruh keluarga /pemberita tiruan/plastik yang boleh ketawa dan bangga bila rakan dihina dan dipersendakan yang bagi saya akan saya kategorikan sebagi manusia yang tercedera moral, manakalayang bermoral akan merasa pekerjaan mereka cuba diilumur taik.

Ingatlah dunia kewartawanan/pemberitaan bukan bidang untuk seronok-seronok kerana sekejam-kejam Hitler pun, kepala Nazi itu takutkan wartawan/pemberita. Oleh itu kena ambil inisiatif supaya hubungan baik sentiasa dijalin dengan orang media, pasti nanti apa yang tidak mahu digegekan tidak akan dipublishkan oleh media.

Dalam dunia kemediaan ada digunakan istilah EMBARGO dan juga OFF ROCORD. Kerana kurang faham dengan rukun kemediaan (dalam konteks Kerajaan Pas Kelantan), saya dapati berlaku kes teks ucapan, buku pembentangan belanjawan dewan diberikan kepada wartawan/pemberita selepas majlis selesai.

Sering berlaku hanya satu teks sahaja diberikan kepada kadang-kadang 10 wartawan yang hadir buat liputan. Adakalanya teks yang diedarkan bertulisan jawi sedangkan tidak ramai wartawan-wartawan muda yang tdak boleh baca jawi, apatah lagi bagi wartawan/pemberita bukan Melayu.

Sepatutnya teks ucapan atau pun buku belanjawan diberikan lebih awal dengan salinannya diberikan pada setiap wakil akhbar/radio/tv supaya semasa pemilik ucapan atau ketika pembentangan belanjawan dibuat, para wartawan/pemberita boleh menyemak sama ada dalam teks ucapan atau buku belanjawan itu ada perubahan atau tidak. Kalau ada, ianya boleh dibaiki supaya bila membuat laporan nanti, maka pembetulan itu akan dapat dirujuk.

Kalau dibahagikan selepas majlis berlangsung, tidak mustahil kesilapan atau tambah-tambahan tertentu yang diharap oleh pengucapnya diberi keutamaan dalam laporan, tidak akan disiarkan pun, terutama apabila wartawan/pemberita bertugas, terutama yang baru dan kurang pengalaman, akan menulis laporan berdasarkan teks yang ada padanya. Teks juga kena diedar menggunakan tulisan yang boleh dibaca oleh semua petugas media supaya kerja mereka lebih mudah.

Silap faham tentang EMBARGO berlaku kerana pihak yang menguruskannya tidak cukup faham apabila umpama tukang buat tual disuruh buat sarang belalang cerik, maka mahu tidak mahu akan berlakulah kesonsangan dan ketunggang-langgangannya.

Saya ingat lagi semasa saya di UPKn dulu, saya agih awal-awal lagi buku belanjawan kepada press tetapi telah diarah dipungut semula kononnya ianya EMBARGO, tidak siapa pun boleh baca sebelum MB bentangkan. Bila saya tnya orang yang suruh pungut balik itu EMBARGO tu apa, katanya EMBARGO itu EMBARGOlah.

Saya yang berada dalam dunia kewartawanan sejak tahun 1973 lagi ketawa sendiri dan saya terpaksa minta maaf dari rakan-rakan press kerana saya terpaksa pungut balik buku-buku belanjawan yang mereka minta dari saya, lagi pun kerja agih teks ucapan atau buku belanjawan bukan kerja saya, MB ada pegawai akhbarnya. Saya tak suka bertegang leher dengan orang yang tidak tahu pun apa yang menjadi punca untuk ditegangkan.

Pada waktu itu rakan-rakan wartawan banyak mengadu tentang kepelikkan yang berlaku tentang penagigahan teks ucapan dan buku belanjawan yang secara tidak langsung menyulitkan mereka. Saya tidak pasti sama ada kes yang sama masih berlaku hingga sekarang atau tidak. Mudah-mudahan ianya sudah tidak berlaku lagi.

Tentang Off Record sama ada orang yang sedang berucap mahu pun memberikan sidang akhbar boleh menyebutnya yang bermaksud apa yang diucap/disebutnya tidak boleh disiarkan, tidak boleh disebarkan.

Wartawan/pemberita beretika bukan sahaja tidak akan menyiarkan, malah tidak akan disebarkan di luar majlis. Kalau ada juga wartawan/pemberita yang melaporkannya, bermakna ianya telah melanggar etika dan boleh dikenakan tindakan digantung kerja oleh majikan.

Satu lagi yang patut dihalang ialah terlalu ramai penyibuk yang turut mengerumuni MB misalya bila para petugas media perlu mendapatkan sesuatu penjelasan tentang sesuatu isu. Tindakan suka menyibuk oleh orang yang tidak ada kaitan itu akan menyulitkan kerja para wartawan/ pemberita dan jurugambar yang lazimnya bekerja dalam keadaan tertekan kerana memburu masa.

Saya yakin dalam penyusunan semula kerajaan selepas isu-isu melandanya yang memungkinkan beliau membuat kajian dan rombakan menyeluruh ke arah mewujudkan sebuah kerajaan terajuannya yang lebih kualiti dan profesional, hal-hal yang saya garapkan akan turut diberi perhatian.

Elakkan bermusuh dengan media!

7 comments:

Anonymous said...

MANA ADA, TAK DE PUN TOK GURU UMUM MENANTU DIA LETAK JAWATAN? TIPU SUNGGUH!!!

Lutung Kening Putih said...

Berakhir Sebuah Episod
18

11

2009
Update 21:48 – Ariffahmi menghubungi Pengurus di PMBK petang tadi dan minta maklumkan kepada semua kakitangan bahawa dia tidak diminta berundur. Sementara itu Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan memberitahu wakil media, Tuan Guru akan membuat pengumuman besar dalam masa terdekat. Kita biarlah Tuan Guru membuat pengumumannya. Tetapi saya berharap Ariffahmi berfikiran waras dan faham bahawa Tuan Guru lebih penting daripada Ariffahmi di dalam perjuangan ini. (Sekarang saya nak berkemas, hehehe).

Lutung Kenin Puteh said...

Pada 17 November 2009, Yang Amat Berhormat Tuan Guru Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat, Menteri Besar Kelantan telah meminta Abdul Ariffahmi Bin Ab. Rahman melepaskan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan.

Keputusan itu diambil Tuan Guru setelah menilai segala fakta dan hujah yang dibentangkan dihadapannya oleh semua pihak tidak kira Pimpinan PAS Pusat dan Negeri, Pegawai-pegawai Tinggi Kerajaan Negeri dan juga Pegawai-Pegawai Tinggi Agensi-Agensi Kerajaan.

Ariffahmi bagaimanapun menolak permintaan Tuan Guru dan hari ini berlepas ke Kuala Lumpur atas sebab-sebab yang tidak diketahui oleh sesiapa. Tidak ada sebab untuk Ariffahmi menolak permintaan Ketua Eksekutif Tertinggi Negeri Kelantan yang selama ini dijual dan diusung namannya sesuka hati Arrifahmi. Bagaimanapun saya yakin, Ariffahmi akan akhirnya menunaikan permintaan Tuan Guru yang kita sanjungi. Yang diperlukan oleh Ariffahmi sekarang adalah tempoh transisi.

Saya bersyukur kerana episod ini telah menampakkan penghujungnya.

Pimpinan PAS dari segenap peringkat telah membuktikan kejujuran mereka sebagai komponen yang membentuk kerajaan dan menampakan ketegasan dan kematangan mereka walau terpaksa membetulkan Tuan Guru mereka sendiri. Tuan Guru pula walaupun sudah 19 tahun dipuncak, membuktikan bahawa dia sedia diperbetulkan.

Saya juga gembira kerana Tuan Guru menerima dan memahami bahawa tiada siapa yang mendalangi episod yang berlaku ini. Tiada pimpinan PAS mahupun ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang terlibat.

Apa yang saya lakukan, saya lakukan sendirian atas pendirian dan panduan saya sendiri. Apa tuduhan dan kecaman ke atas saya saya telah terima dan akan terus terima dengan hati terbuka.

Biduk berlalu kiambang bertaut.

Prinsip saya, never to kick someone when they are down akan terus saya amalkan. Oleh yang demikian bagi saya segalanya berakhir disini. Terserahlah kepada Ariffahmi untuk menerima atau tidak hukuman moral. Dari segi perundangan pula, terserahlah kepada pihak berkuasa.

Kepada YB. Dato’ Haji Husam Musa, para sahabat dan kenalan yang telah gagal menemui atau menghubungi saya sejak 10 November 2009 saya harap dapat memahami tujuan saya menyepi diri. Apa yang saya lakukan adalah keputusan moral saya sendiri dan saya tidak mahu sesiapa tepalit sama.

Kepada pengurusan dan kakitangan PMBK, bangkitkanlah moral anda dan pertahankanlah prinsip-prinsip pertadbiran Islam yang digariskan oleh Tuan Guru kita. Berkhidmat kepada rakyat adalah berkhidmat kepada Allah yang menciptanya.

Pampasan RM20,690 yang diberikan oleh PMBK kepada saya, telah saya amanahkan sebahagiannya dibahagi-bahagikan kepada institusi tertentu dan juga untuk orang-orang miskin. Sebahagian lagi untuk dibahagikan kepada para sahabat saya yang telah banyak memikul beban akibat tindakan saya ini.

Pada 8 Oktober 2003, saya menurunkan jenazah ayah saya ke liang lahat. Dia tidak berpangkat dan tidak berharta kerana dia memilih kebenaran dan ketinggian moral sepanjang hidupnya. Dan tiada apa yang dipesakakan ke atas saya melainkan kebenaran dan ketinggian moral. Hari ini saya gembira mempertahankan kebenaran dan ketinggian moral yang acap kali membawa musibah dan kemiskinan kepadanya.

Akhirnya di antara kita semua, banyak lebam, banyak calar dan banyak kesan gurisan.

Saya mengambil keputusan untuk mengundurkan diri sementara bagi merawat lebam dan calar pada saya. Dan sudah tentu, mencari rezeki sesuap nasi untuk keluarga saya.

Patah Sayap Terbang Jua.
.................AGAKNYA MKJ MERUJUK KEPADA LAPORAN DARI BLOG KICKDEFELLA INI

Kera Duku said...

Suruh letak dengan letak jawatan duaperkara yang berbeza. Macam mana pun kalau disuruh tetapi yang disuruh enggan letak, TGNA ada kuasa pecat.

Mana lebih mulia aku suruah agak letak jawatan dengan dipecat. kalau dipecat payah nak dapat kerja tepat lain.

Tengok contoh Tengku Amran Shah yang kena pecat kerana pertahankan Kerajaan Pas,bukan muda untuk dia dapat kerja walaupun beliau belajar di Amerika dan pakar dalam hal ehwal tanah yang menjad bidangnya. Mudah-mudahan dalam perbicaraan mencabar pemecatannya, Tengku Amran berjaya dan nanti pilihlah dia duduki kerusi CEO PMBK, dia bekas anak orang pas tulen. Ibu dan bapaknya oang kuat pas dan banyak bantu Pas ketika Pas masih dalam reba.

Anonymous said...

Maksud ayat Surah alHujarat-[6]: "Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan."

Maksud ayat Surah-[42]"Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya."

Anonymous said...

Pembetulan:
Maksud ayat Surah alBaqarah-[42]: "Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya."

Abuzar said...

Royalti Petroleum Dan Maruah Rakyat Kelantan

"Oleh TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT

UNTUK kali ini izinkan saya menyentuh sedikit tentang wang ihsan yang katanya nak diberikan kepada rakyat Kelantan oleh Kerajaan Persekutuan. Sepatutnya, perkara ini tidak berbangkit kerana bumi Kuala lumpur yang dirujuk sebagai Kerajaan Pusat itu tidak mengeluarkan minyak walaupun setitik.

Hasil negeri dari mana-mana negeri berupa minyak dan gas yang diambil oleh Pusat itulah yang sepatutnya disebut sebagai pemberian secara ihsan dari negeri kepada Persekutuan.

Jika diikutkan logik, ini dikira sudah terbalik apabila kita yang beri dia (Pusat) melalui perjanjian, tiba-tiba setelah dia dapat, dia senang-senang istilahkan pemberian ini adalah hasil ihsan dan kasihan belas Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Kelantan.

Kononnya, dengan sikap murah hati Persekutuan itulah, maka Kelantan dapat membangun dan menikmati rahmat pembangunan yang berterusan.

Pada saya ini memang sudah menjadi tunggang-langgang. Perkara ini asalnya hak negeri. Kami tidak boleh dilihat sebagai penagih ihsan atau pengemis simpati tetapi kami cuma meminta hak kami untuk ditunaikan.

Kami mahu membangunkan negeri kami dengan duit dari hasil bumi kami itu. Itu saja. Sebutlah royalti atau namakan apa saja tetapi gunalah saluran yang betul untuk kembalikan hak kami.
..........
.........Inilah sedihnya kita apabila terlalu lama golongan sekular ini memerintah. Sesudah berpuluh tahun terbiasa dengan sekularisme, mereka sudah selesa dan sebati mengasingkan politik dari agama.

...........

Undang-undang 3 batu nautika yang dihadkan sebagai perairan negeri ini misalnya, siapa yang tentukan? Tidakkah musnahnya nasib dan masa depan Palestin itu bermula sejak kota suci itu dibelah dua oleh Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB).

.... Perangai mengepung ekonomi kerajaan Islam ini bukan perkara baru. Ia boleh kita lihat dalam surat Al-Munafiquun ayat 7, maksudnya: "Mereka orang-orang (munafiquun) yang mengatakan (kepada orang-orang Anshar): 'janganlah kamu memberikan perbelanjaan kepada orang-orang (muhajiriin) yang ada di sisi Rasulullah s.a.w. supaya mereka (kumpulan) terbubar (meninggalkan Rasulullah). Padahal kepunyaan Allahlah perbendaharaan langit dan bumi, tetapi orang-orang munafik itu tidak memahami."

......... Kita mahu suap rezeki rakyat kita dalam keadaan bermaruah. Kita tidak mahu diajar untuk menyembah orang. Kita mahu bebas dari berabdi sesama manusia. Tiada yang lain yang kita mahu melainkan kita hanya mahu memuja dan memuji Allah SWT semata-mata.

detikdaily"