Nik Aziz kena bersih nama dulu sebelum letak jawatan
SAYA bukan orang parti politik dan pendapat saya tentulah terkeluar dari kepentingan, keperluan dan kelabaan mana-mana parti politik pun politik.
Pada saya Menteri Besar, Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dan tidak patut meletak sebagaimana yang didesak oleh Pergerakan pemuda Umno Kelantan, cukup sekadar menantu Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) sahaja yang patut berbuat demikian.
Keadaan serta pengaruh keduanya berbeza. Majoriti pendukung dan penyokong Pas tidak melihat dan percaya Dato' Nik Aziz tidak melakukan kesilapan secara langsung tetapi beliau menjadi dan dijadikan mangsa.
Manakala menantunya, Ir. Abdul Ariffahmi Abdul Rahman adalah dilihat sebagai watak yang dari awal-awal lagi tidak diperlukan menjadi piminan, termasuk sebagai peneraju PMBK, malah dilihat penjerumus Dato' Nik Aziz ke jurang masalah.
Apatah lagi dengan tindakannya memecat Pegawai Perhubungan Korporat PMBK, Syed Zaidi Syed Abdul Aziz yang juga dikenali dengan Kickdefella yang berkrisis peribadi dengannnya, Syed Zaidi berdasarkan kenyataan akhbarnya bukannya bermasalah dengn PMBK.
Sepatutnya kalau Syed Zaidi terpaksa dipecat kerana melakukan sesuatu perlakuan yang tidak boleh dimaafkan, pemecatannya kena dibuat oleh Pengerusi PMBK. Itu pun setelah diberi notis dan surat tunjuk sebab. Seelok-eloknya tunggu tempoh tamat kontraknya dan jangan disambung,maka tamatlah perkhidmatannya.
Sebelum menjadi Menteri Besar, Dato' Nik Abdul Aziz tidak ada pengalaman dalam urusan pentadbiran. Rasanya beliau tidak sedar menerima tajaan itu adalah satu kesalahan dan boleh diambil tindakan kerana melakukan rasuah. Atas faktor itu, maka kalau pun Dato' Nik Aziz bersalah kerana sanggup menerima sponsor tunai haji, beliau layak diberi maaf.
Bagaimanapun demi untuk menampakkan beliau tidak mengamalkan kronisme dan nepotisme, adalah amat bijak dengan kuasa yang beliau ada, menantunya digugurkan dari dari jawatan CEO PMBK.
Kalau pun Dato' Nik Aziz sudah tidak sanggup untuk menghadapi persepsi dan tohmahan liar dan keranan maka beliau mahu letak jawatan, beliau kena bersihkan namanya dulu.
Sunday, November 15, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 comments:
Hok tu lah yang sebaiknyo..sapo yang mencipta masalah...rasanyo kalu nnatu dio tak dok dale PMBK rasonyo tok jadi lagu ni..masa lantikan hari tu gege doh..terpakso jugok keno terimo..wala'!
...inilah akibatnya..dah jadi perangai dan amalan puak2 PAS ni kalau puak lain buat silap mereka pakat hurun ramai2 dok kutuk silap orang walau pun kadang2 tak seberapa..tapi kalau puak dia yang buat silap walau terang2an, dan dah mengaku buat kesalahan tu dengan rasa bangga tapi masih ada lagi manusia yang tampil membela perkara yang dah tentu mungkar disisi Allah..tok guru pondok tempat saya mengaji dulu ada juga ajar bahawa 'tangan yang memberi dan yang menerima RASUAH tempatnya dalam neraka'..tapi ini mungkin untuk puak UMNO saja kok..
..tok guru pondok tu juga ada cerita dalam satu kisah zaman dulu kala terdapat manusia yang terlampau jahat seperti pelacur kerana beri minum anjing yang tersangat dahaga akhirnya boleh masuk syurga juga..begitu juga ketua penjahat yang telah bunuh 99 orang juga akhirnya masuk syurga setelah dia bertaubat dan berusaha menuju ketempat perkampungan ahli ibadat..tapi sayang puak UMNO kerana dia UMNO, walau buat amal ibadat dari kecil hingga tua bangka pun pahala ibadatnya setakat lubang kubur saja..itu mengikut fatwa PAS..saya pun dah naik pening dah mikir kerenah puak2 ni Meli weh...
Hj Markoko
Syed tak diberi notis dan surat tunjuk sebab pun. Itulah masalahnya Meli. Kalau PAS memerintah Malaysia impression yang rakyat dapat adalah orang lain pun kena begitu juga. Macam mana PAS mewarwar nak membina masyarakat adil bila dalam kes dalamannya sendirim pun tak boleh berlaku adil. Very bad decision.
Tok guru nik azid tak akan berhenti meli... banyak kali dah dia sebut, dia akan jadi mb sampai mati.. tak payah berangan nak tengok dia letak jawatanlah.
PAS PUSAT MANDUL DAN PONDAN. TAK ADA KEBERANIAN NAK PANDU DAN KAWAL PAS KELANTAN. LETAK JAWATAN SAJALAH HADI KALAU TAK TAU TANGANI KRISIS. JADI PEMIMPIN KENA LAJU DAN CEPAT BERTINDAK, FIKIR KENA JAUH KE DEPAN, DAN PALING PENTING KENA TEGAS! PEMIMPIN MENATANG JADAH APA KALU KENA DINASIHAT DAN DIGERAK UNTUK BERTINDAK?
Betul kata orang, kelmari hari orang lain,hari ni hari kita. slama ini pemimpin Umno kena tohmah macam-macam, sekarang orang Pas pula yang kena. Macam mana sakitnya bila orang Pas kena lagu tu 'lah sakitnya bia orang Umno kena.
Kerajaan pusat dibawah UBN perah duit rakyat hasil bumi negeri2 miskin.. PEMIMPIN2 UBN HARI INI TAK UBAH LANUN2 DIKEPULAUAN MELAYU KONO..
UBN= lanun melayu moden.. harta rakyat/ negara buat macam harta sendiri.. kuasa hanya guna & dok tindas dan tipu rakyat bangsa sendiri ... Wahai melayu2 penjilat Umno,bersatulah kamu dengan ketua2 lanun ini ... kami tak selera!
Kesilapan terbesar Tok Guru ialah membenarkan perlantikan si menantu..tapi biasalah dalam 20thn pemerintahan ada 1-2 mistake berbanding byknya kejayaan pimpinan T.Guru...kawe maafkan..tapi jalan keluarnya kawe stuju dgn Abe MKJ...si menantu kena stepdown...
Perletakan jawatan Nik Aziz dan menantunya tidak akan berlaku selagi orang PAS tak kata apa-apa. Selagi para penyokong menjulangnya selagi itulah pemimpin itu akan berada di atas. Selagi penyokong tidak kisah atas apa-apa perbuatan yang dilakukan selagi itulah pemimpin itu tidak akan mengkaji akan kedudukan dirinya.
Orang luar tidak boleh buat aoa-apa. Tengok saja la....
Post a Comment