17hb. November 2009M
Kepada:
Semua EDITOR / Wartawan
TERJAH TINJAU SASTERAWAN NEGARA DATO’ A SAMAD SAID & KUMPULAN BUDAYAWAN PRIHATIN KE SEK. KEB. SERI PERAK, BANDAR BARU SENTUL
BERHUBUNG perkara di atas, Lajnah Hal Ehwal Pekerja & Peneroka PAS Wilayah Persekutuan akan mengiringi Sasterawan Negara Dato’ A Samad Said dan Kumpulan Budayawan Prihatin untuk meninjau prasarana dan suasana persekolahan Sek. Keb. Seri Perak yang kini beroperasi di bawah flat DBKL.
2. Pengerusi Lajnah, Haji Ishak Surin dan anggota Exconya akan mengiringi Yang Berbahagia Dato’ A Samad Said dan kesemua mereka meninjau sekolah ini dari dekat.
Tarikh : 17hb. November 2009 / Selasa
Masa/Jam : 11.00 pagi
Tempat : Sekitar Sek. Sri Perak, Bandar Baru Sentul
Kuala Lumpur
3. Sehubungan itu, kami amat berharap agar pihak tuan/puan dapat MELAPORKAN isu ini untuk menarik kesedaran massa agar pembatalan projek pembinaan sekolah yang baru dan isu penerusan operasi sekolah di bawah flat yang sudah hampir 25 tahun, dapat dipertimbangkan oleh Kementerian Pelajaran.
4. Lajnah merakamkan jutaan terima kasih atas perhatian dan kerjasama serta rasa tanggungjawab pihak media berikan. Saya bagi pihak kepimpinan PAS, dahulukan lafaz JazakalLah’ukhairan Kathsiro dan didoakan tuan sentiasa diberkati Allah SWT hendaknya.
Sekian harap maklum.
PAS UNTUK SEMUA
ISLAM MEMIMPIN PERUBAHAN
Akhukum fil Islam,
tt
..............................
TARMIZI BIN MOHD JAM
Setiausaha Lajnah Hal Ehwal Pekerja & Peneroka Bandar
PAS Wilayah Persekutuan
HP: 019-2051419 / 013-3847899 / 013-3291966
Monday, November 16, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment