Wednesday, November 11, 2009

MUNCUL KEMBALI (494) - DIKEMASKINI DENGAN PEMBETULAN EJAAN DAN TOKOKKAN

Sponsor: halal haram bergantung kepada niat

SAYA tidak pasti sama komen yang dihantar turut diforwad oleh penulis asalnya ke email saya yang juga di SMS kepada saya atau dilakukan oleh orang lain, barangkali untuk diberi perhatian khsusus oleh saya.

Kalau dalam dunia media akan dicatat URGENT dan kalau masa saya di Pertubuhan Berita Nasional Malaysa (BERNAMA) dulu, akan dibubuh loceng dan yang mana loceng (bell) itu akan berbunyi di HQ dan sesuatu laporan itu akan ambil peduli, diproses dan direlease segera .

Lazimnya yang dibellkan adalah keputusan (flah) keputsan bolasepak, kebakaran besar dan laporan-laporan penting yang lain. Bell tadi tidak boleh dibubuh sebarangan, cukup sekadar dicatat URGENT tanpa bell sahaja kalau laporannya tidak terlalu penting.

Bila selain dari komen melalui blog, juga turut diemail dan SMSkan pula, saya kira apa yang mahu diberikan perhatian oleh saya itu tentulah penting. Komen tersebut adalah sebagaimana berikut;

Anonymous said...
DUKACITA DIMAKLUMKAN BAHAWA INDIVIDU YANG SPONSOR TOK GURU NIK AZIZ KE MEKAH ADALAH INSAN BERNAMA DIN MARDI (DIA PERNAH KERJA DENGAN MARDI MASA DIA AKYAP DULU) YANG HIDUP MEWAH JASA DAPAT KONSESI MEMBALAK DARI KERAJAAN NEGERI KELANTAN, BUKAN SEKALI DAPAT TAPI BANYAK KALI. NAK KENAL DIA SENANG SAJA, DIA SUKA TUNGGU UNTUK BAWA TOK GURU KE MANA-MANA DENGAN KERETANYA SAMPAI BERGADUH DENGAN PEMANDU RASMI TOK GURU (DOLLAH) KERANA BEREBUT NAK BAWA TOK GURU. DIA JUGA SUKA BELIKAN MAKANAN PELIK2 DAN HADIAH2 LAIN UNTUK TOK GURU. DLL. APA PANDANGAN ANTA, RAMLI? WALLAHUA'LAM.


Untuk makluman anda, saya memang kenal Din Mardi, dia juga kenal saya sebelum dia jadi senang macam sekarang lagi. Beliau rapat dengan Haji Mohamad Sabu. Kami saling kenal mengenal tetapi tidak rapat.

Secara peribadi saya kagum dengan pencapaiannya. Beliau seorang penyokong kuat Pas dan kaki maki Umno yang cukup laser. Bila sebut Umno lazimnya dia akan kata kafir walaupun berada di tengah-tengah orang tidak dikenali dan tidak dapat dipastikan penyokog parti mana.

Beliau tonjolkan diri sebagai orang Pas masa kerja dengan MARDI lagi. Dia tidak hipokrit dalam menyatakan pendirian politiknya. Kalau jumpa dia tanya Meli Watan gu Napi TV3, dia akan tahulah yang dimaksudkan itu adalah saya.

Kalau pun dia dapat kawasan balak memang wajar kerana ketika penyokong Pas di kalangan kakitangan kerajaan belumke hilir bersama Mat Sabu ke mana-mana, termasuk ketika Mat Sabu sedang dalam edah dituduh berkhalwat dengan Norma bini Bukhari.

Beliau yang terawal di kalangan kakitangan kerajaan ketika itu yang berani julang Tok Guru Nik Aziz. Bagaimanapun saya tidak pasti seacap mana dia dapat kawasan balak dan apakah kekayaannya sekarang kerana balak atau kerana sumber-sumber lain. Sikap saya sendiri, bila orang yang saya kenal kaya atau jadi orang berjaya, saya akan jauhkan diri.

Setahu saya Din Mardi seorang yang sangat pemurah, banyak menderma dan mudah membantu jika meminta pertolongan darinya.

Tetapi saya belum pernah meminta pertolongannya walaupun pada suatu ketika saya sangat terdesak untuk selamatkan akhbar dan majalah terbitan syarikat saya sehingga dengan iringan airmata saya mengambil keputusan menjual/menukar hakmilik Mingguan Wasilah yang sangat saya sayangi kepada seorang rakan bagi atasi masalah kewangan yang sangat terdesak ketika itu.

Saya yakin kalau saya sediakan proposal dan diserahkan kepada Din Mardi untuk dapatkan RM300,000 (Ringgit: Tiga Ratus Ribu sahaja) yang senilai dengan penjualan/pertukaran hakmilik Mingguan Wasilah, mungkin beliau akan bantu saya dalam bentuk pinjaman mudah dan bayaran balik tanpa faedah atau pinjaman dengan faedah rendah kerana beliau pun faham bukan mudah untuk dapatkan permit akhbar dan majalah yang pro pembangkang isi kandungannya. malah permohonan-permohonan permit yang saya buat pun adalah demi perjuangan sebenarnya.

Mengenai pandangan saya berhubung sponsornya bernilai RM65,000 untuk kos Menteri Besar Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat menuanikan haji, bagi saya bergantung kepada niat. Kalau sponsornya KERANA ALLAH, maka berpahalalah tapi kalau KERANYA selain dari KERANA ALLAH, maka berdosalah.

Apatah lagi kalau sponsor itu bagi membalas budi atas pemberian balak atau dengan harapan akan mendapat kawasan balak baru, bagi saya ianya suatu amalan yang tidak akan mendatangkan pahala.

Juga timbul persoalan kenapa untuk ke Mekah sampai RM65,000 dan kenapa Menteri Besar yang sudah cukup kemampuan untuk ke Mekah mesti disponsor, tambahan orang yang disponsor bukan tidak pernah tunai haji. Bukankah fardu haji itu sendiri wajib dikerjakan hanya sekali dalam dalam hidup oleh yang berkemampuan.

Kenapa tidak disponsor kalangan yang berhajat untuk ke Mekah tetapi tidak ada kemampuan. Rasanya dengan sejumlah RM65,000 itu, sekitar tiga orang yang tidak bekemampuan akan dapat ke Mekah. Apakah kalau Dato' Nik Aziz bukan MB, beliau akan sponsor?

Bagaimanapun sebagaimana yang saya katakan, segala-galanya terpulang kepada niat dan KERANA, maka disponsorkan. Demikian juga dengan Dato' Nik Aziz sebagai penerima sponsor, bergantung kepada niat.

Bagaimanapun kalau tidak silap saya Rasulullah s.a.w. ada menyoal seoang pembesar pada zaman baginda yang mahu diberikan suatu sumbangan. Bila ditanya Rasulullah s.a.w, baginda bertanya apakah kalau si pembesar tadi bukan seorang pembesar, dia akan diberikan sumbangan atau hadiah.

Kalau bukan sebagai pembesar, maka sumbangan/hadiah itu tidak akan diberikan, maka bila diberikan sumbangan/hadiah, lebih baik jangan diambil/jangan diterima. Pakar hadis tentu tahu ceritanya dan mohon betulkan saya jika saya silap.

Manakala Umar bin Abdul Aziz, khalifah dari titih Umar Ibnu Al-Khattab diriwayatkan mengingatkan supaya jangan terlalu merapati pembesar kerana jika dirapati akan menimbulkan banyak fitnah. Umar bin Abdul Aziz terkenal dengan zuhudnya.

Hanya sekadar itu pandangan yang boleh saya berikan dan saya memohon maaf kalau pandangan saya menyinggung perasaan sesiapa kerana kedaifan ilmu adalah milik saya manakala segala kesempurnaan adalah milik Allah.

Tambahan/tokokkan: saya juga ditanya tentang penamatan kontrak sahabat seminat saya, Saudara Syed Zaidi yang kononnya seang memulakan perang terbuka dengan menantu Dato Nik Abdul Aziz, Ir Ariffahmi.

Saya tumpang berdukacita atas apa yang berlaku. Setahu saya Syed diundang ke jawatannya di Kelantan (macam saya dulu jugalah, ada pihak yang jumpa ajak berkhidmat semacam memaksa, mahukan jawapan yes bukan no) kerana barangkali dilihat Syed adalah permata kepada parti atau orang tertentu dalam parti.

Saya pernah kata kepada rakan-rakan dalam pebualan kedai kopi dengan undangan dan jemputan ke dalam perkhidmatan dengan kerajaan berslogankan Membangun Bersama Islam, bila bersedia menerima pelawan, maka pada masa yang sama kena bersedia untuk dinyahkan. Kepada orang politik pelawa dan nyah adalah seperkara yang biasa.

Soal apa kesalahan yang dilakukan tidak timbul. Bak kata orang panas setahun akan hilang oleh hujan sehari. Dunia politikpenuh kesombongan, keangkuhan, keriakkan dan tradisi 'biar mampus kawan' asalkan diri sendiri dapat bernafas lega. Saya yakin Syed boleh menerima hakikat itu. Saya berkesempatan berjumpa sekali sahaja dengan beliau kerana ketika beliau masuk ke dalam kerajaan berslogankan Membangun Bersama Islam, saya sudah tidak ada dalam keaaan berkenaan.

Sebenarnya untuk sesiapa ynag tidak boleh jumud dn taksub kepada Pas tidak sesuai untuk berkhidmat kepada mana-mana sudut, cabang dan ranting pun kepada keajaan berslogankan Membangun Bersama Islam, malah kalau mahu rasa hormat dan kecenderungan kita, terutama di kalangan seniman, terhadap Pas, lebih jangan masuk ke dalam keajaannya.

Berbanding dengan saya sebagai pengamal media kecil, Syed lebih besar pengaruh dan peranannya. Kalau saya hanya umpama sebiji kelapa teroleng-oleng di lautan tetapi Syed bagi saya bagaikan sebuah armada.

Tidak mustahil penyingkiran Syed (kalau betul bagai yang dimaklumkan kepada saya). Pada saya ianya ialah penyingkiran seluruh para seniman, orang filem, orang drama yakni para artis dari kerajaan berslogankan Membangun Bersama Islam.

Pun begitu bergantung kepada permainan Syed Zaidi sendiri yang agak tegang dengan saya ketika blog saya http://www.ramliabdulhalimmelayu.blogsot.com/ belum musnah dulu. Saya banyak serang kerajaan berslogankan Membangun Bersama Islam dan beliau banyak mempertahankannya.

Pun begitu ketika kami bertemu buat pertama kali yang turut hadir adalah Abang Haji Hasshim Omar, kami tetap selamba, malah dalam tegang-tegang pun beliau masih undang saya ke majlis kenduri umahnya, sayangnya saya tidak dapat hadir kerana ada urusan keluarga.

Apa pun tejadi, saya harap Syed akan menikmati hidup yang lebih baik, malah kalau mahu hasilkan filem tentang sejarah, saya sanggup kejasama kerana sebagai peminat sejarah saya banyak maklumat yang kalau difilemkan cukup menarik, barangkali boleh dengan divcdkan dulu sebagai langkah awal.

11 comments:

Anonymous said...

tapi abe lie hok best kenape menantu tok guru nk join sekali..tak ke pelik tu..

bukan ke yang sponsor tu tokey ABROAD yang terlibat dlm perniagaan billboard di kelantan.

-INSAN BIASA-

kutan@geng said...

nok tanya satu soalan ke mung meli ...

Apakah Hukumnya seorang Wanita Yang sudah cukup umur maknanya sudah baligh mendedahkan auratnya seperti tidak menutup rambutnya bila berhadapan dengan bukan muhrim ?

A.TAKPE JARE2 SKALI
B.TAKPE KUBUR LAIN2
C.TOKLEH JAWAB SOALAN GINI TAKUT
ORE KATO KITO SOKONG PAS
D.TAKPE ASAL HATI BAIK

Budak Pondok Lubok Tapah said...

kutan@geng said...
nok tanya satu soalan ke mung meli ...

Apakah Hukumnya seorang Wanita Yang sudah cukup umur maknanya sudah baligh mendedahkan auratnya seperti tidak menutup rambutnya bila berhadapan dengan bukan muhrim ?

A.TAKPE JARE2 SKALI
B.TAKPE KUBUR LAIN2
C.TOKLEH JAWAB SOALAN GINI TAKUT
ORE KATO KITO SOKONG PAS
D.TAKPE ASAL HATI BAIK

.....TANYA MELI BUAT APA.DIA BUKANNYA BOLEH BERI FATWA. BUANG MASA SAJA. TANYA MAJLIS FATWALAH BONGOK.

KALAU MELI JAWAB TENTU DIA KATA HARAM. TAPI TIDAK TUTUP AURAT TIDAK SAMAI GUGUR ISLAM SELAGI YANG TAK TUTUP KEPALA TU TAK KATA TAK TUTUP KEPALA TU HALAL. IA SETAKAT BERDOSA SELAGI DIA TIDAK BERTABAT NASUHA,

UNTUK JADI ISLAM, BERIMAN DAN BERTAKWA BUKANNYA BOLEH DIPAKSA, TERPULANG KEPADA HIDAYAH YANG DITERIMA. BINI DAN ANAK NABI NOH MATI KAFIR, BAPA SAUDARA YANG PELIHARA DAN DIDIK NABI PUN TIDAK TERIMA ISLAM MANAKALA ANAK PEREMPUAN ABU JAHAL BERNAMA DAURAH PULA (KALAU TAK SILAP SAYA NAMANYA)BERIMAN, MALAH NABIMARAH BILA ORANG KECAM DAURAH SUPAYA JANGAN BERLAGAK ALIM KERANA DIAANAK ABU JALAH YANG DISAHKAN SEBAGAI AHLI NERAKA.

Anonymous said...

Ada member bagi tau DIN MARDI ni tak cerdik mana. Cakap hagah dan suka menunjuk kemewahan. Bini empat, ada hak Siam, ada hak Irankah mana, ada hak di Pasir Tumbuh dll. Orang parti tak suka dia, dapat balak tak hulur kat parti, makan sendiri. Tapi dia pandai ambil hati tok guru. Sebijik serupa macam jek dengan datok asri dulu.

Anonymous said...

Memang betul DIN MARDI selain bolot balak juga bolot kontrak billboard kerajaan negeri. Orang sama la tu. Dia pun minat bola aktif dengan persatuan bola melayu kelantan. Ambo tak respek langsung kat dia.

Anonymous said...

**TAPI TIDAK TUTUP AURAT TIDAK SAMAI GUGUR ISLAM

**SELAGI YANG TAK TUTUP KEPALA TU TAK KATA TAK TUTUP KEPALA TU HALAL.

**IA SETAKAT BERDOSA
SELAGI DIA TIDAK BERTABAT NASUHA,

setakat berdosa sahaja .....bereh itu adalah jawapan yg bagusssssssss

jawapan LAGU NI KERAJAAN BEER END SUKA DENGAR... HARAP LEPAS NI BUDOK LUBUK TAPAH BULIH APPLY JADI TOK PETI GANTI HARUS SANI

Anonymous said...

Kalau Din Mardi tak cidik macam mana boleh niaga balak,boleh niaga billboard, boleh kelentong tok guru, boleh berbini 4.

bokali kita rasa dia tak cidik tetapi sebenarnya dia cidik. bokali kita raso kita lebih cidik tapi sebenarnya dia yang lebih cidik. Kalu tidak bakpo dia kayo kita sesak.

Kalu orang kito tok kkene gat tak molek belako. Macam mana pun kkene tak kkene ada kaitan dengan dosa palo belako.

Nak kayo dengan buat dosa boleh, tapi mati masuk neraka kalau tak bertaubat nasuha. nak sesak di dunia, jaya di akhirat pun boleh tapi jange dengki melihat orang kaya. Hak tak patutnya di dunia pun sesak di akhirat pun papa kedana.

Anonymous said...

Arif Fahmi menantu Tok Guru adalah hantu macam Si Malim Kundang dalam PMBK. Tok Guru wajar diberitahu tentang situasi ini.

Anonymous said...

Tok Guru Nik Aziz dah maklum dalam kuliah Jumaat dia tadi bahawa dia membatalkan pemergian ke mekah kerana menunaikan haji. Settle.

joostspring said...

anom cerdik 1.54pm

kalu demo ni tinggi sangat ilmu agama gak..

selain dr dosa gak gp jawapan dia..

budak lubok tupah jawab dgn jelas dah soalan tu..

demo je buat2 xfaham sebab pemikiran politik sempit pas yg demo amalkan!!!!!

Mansor Semah said...

Anonymous said...
Tok Guru Nik Aziz dah maklum dalam kuliah Jumaat dia tadi bahawa dia membatalkan pemergian ke mekah kerana menunaikan haji. Settle.

November 12, 2009 6:25 PM

......MAKNANYA SPONSOR TAK BETULLAH,TAK PATUT,KALAU BETUL DAN PATUT KENAPA NAK BATAL PULAK.

YANG PAS KELANTAN PERTAHAN SPNSOR NIK AZIZ KE MEKAH BAKPO. TAK 'KAN TAK TAU BENDA BETUL KO TIDAK. KALU BENDA MACAM TU TAK TAU, MACAM MANA DAKWA GERAKAN PAS SEBAGAI GERAKAN ISLAM,

MOHON TUAN MKJ TERUS BERKATA BENAR ALAM MENULIS WALAUPUN PAHI, KENA DEDAH WALAUPUN YANG LAKUKAN KESILAPAN ADALAN TOK GURU NIK AZIZ YANG DIANGGAP TIA PERNAH BUAT SILAP OLEH ORANG PAS.