Thursday, December 10, 2009

MUNCUL KEMBALI (567)

Mahfuz tokoh yang memiliki ketahanan yang tinggi

TERBUKTI gemulah Ustaz Fadzil Noor (bersamalah kita sedekahkan Al-Fatihah untuknya) tidak silap dalam memilih dan memberi laluan kepada tokoh-tokoh muda bagi memberi nafas kepada Pas untuk terus menjadi pembangkang yang kuat dan berfaedah kepada amalan demokrasi negara (saya tidak yakin Pas akan ambil alih tampuk pemerintahan negara).

Selain dari ketahanan Ustaz Nasharuddin Mat Isa yang sanggup berpindah dari persada kerja(sebagai pensyarah) yang tidak memungkinan beliau terdedah kepada dicaci selain dari dipuji, termasuk di alangan ahli parti sendiri mengkagumkan saya, ketahanan Mahfuz juga menjadikan saya merasa sangat terharu.

Saya tidak yakin ada butir mata yang boleh terus bertahan apabila atas nama Timbalan Presiden, yakni pada kedudukan kedua selepas Presiden, Ustaz Nasharuddin yang diperhina bagaikan anjing buruk kekepala berulat nyunyak-nyunyak boleh ters bertahan dalam Pas.

Malah beliau boleh untuk tidak memberikan sebarang komen balas terhadap seranah dan hambat-halau terhadap beliau, seolah-olah deria rasanya telah tercedera. Entah tonik kekuatan apa yang beliau gunakan.

Walhal kalau beliau mufarakah dari Pas, dengan kelulusan dan atas sifatnya sebagai bekas pensyarah, beliau mampu menjawat jawatan yang bergaji l;umayan kalau pun beliau tidak berminat untuk terus menjadi pemain politik. Kalau beliau masuk Umno, kalau pun tidak kerusi menteri pun, kerusi timbalan menteri tidak mustahil akan disediakan untuknya.

Pada saya tidak akan ada lagi manusia Malaysia yang mempunyai ketahanan sebagaimana yang dimiliki Ustaz Nasharuddin Mat Isa. Tetapi bila membaca laporan tentang kenyataan balas Mahfuz terhadap seranah Nik Aziz, saya nampak di kalangan tokoh muda Pas, ada seorang lagi yang mermpunyai ketahanan ayang tinggi, yakni Mahfuz.

Laporan itu adalah sebagaimaa berikut;

Saya tak tersinggung - Mahfuz

KUALA LUMPUR 10 Dis. - Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar sama sekali tidak tersinggung dengan kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung gesaannya supaya Abdul Ariffahmi Abdul Rahman melepaskan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Menurut beliau, pandangannya itu ikhlas kerana selagi Abdul Ariffahmi tidak melepaskan jawatan, maka selagi itu UMNO mempunyai ruang untuk berpesta mengkritik pentadbiran kerajaan Pas Kelantan.

''Saya sambut baik kenyataan Nik Abdul Aziz yang cukup baik itu, saya tidak rasa terkilan apa-apa, saya tak lihat kenyataan saya itu memberi ruang untuk UMNO berpesta.

''Saya tetap pertahankan bahawa lagi lama Abdul Arifffahmi berada di situ, inilah yang memberi ruang untuk UMNO berpesta. Sebab itu saya sebut semalam, saya buat kenyataan itu kerana sayangkan tok guru dan tidak mahu melihat tok guru dicerca oleh UMNO serta pihak lain,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di lobi Parlimen di sini hari ini.

Sebelum itu, beliau menyerahkan memorandum kepada Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Datuk Seri Azmi Khalid supaya menyiasat peruntukan Rangsangan Ekonomi sebanyak RM10 bilion kepada Khazanah Nasional Berhad.

Semalam, Menteri Besar Kelantan itu dalam kenyataannya menyifatkan, tindakan Mahfuz sebagai memandai-mandai kerana mencungkil kembali isu PBMK yang sudah diselesaikan melalui pertemuan dengan pemimpin Pas Pusat baru-baru ini.

Sementara itu ketika ditanya apakah kenyataan beliau secara terbuka menyebabkan Nik Abdul Aziz terkilan, beliau berkata, cadangan itu demi kebaikan semua.

''Media tanya saya, saya bagi respons kepada media, ia perlu diselesaikan dengan segera dan ini perlu difahami Abdul Ariffahmi dan beliau harus faham situasi ini.

''Tidak sulit untuk beliau melepaskan jawatan ini, satu benda yang cukup mudah. Peruntukan undang-undang buruh ada nyatakan dengan jelas.

''Saya adalah anak murid tok guru yang setia, namun situasi yang ada ini harus diselesaikan dengan segera,'' jelasnya.

Demikian betapa gemulah Ustaz Fadzil Noor tidak silap dalam memilih dan memberi laluan kepada tokoh-tokoh muda bagi memberi nafas kepada Pas. Justeru wajarlah pelan, rangka dan kerangka yang disediakannya dijadikan rujukan oleh peneraju Pas sekarang supaya parti itu akan dilihat terus mampu berfungsi sebagai parti pembangkang yang berkaliber dan memberi faedah kepada amalan demokrasi negara.

7 comments:

Anonymous said...

yalah orang dah nyayuk...dia cakap apa pun orang lain tak kisah...da faham......

Anonymous said...

AWAS! APA POSISI ANDA UNTUK MEMBERI KOMEN PADA PAS...BAGAIMANA ILMU ANDA? KALAU PRESIDEN PAS TGHH, UST NASARUDDIN MAT ISA, YB MAHFUZ OMAR, YB SALAHUDIIN AYUB TIDAK LAYAK UNTUK MENASIHATI TGNA, SIAPA ANDA YG NAK KOMEN PAS...CERMIN DIRI DULU..!
http://pasjawab.blogspot.com/

Anonymous said...

Anonymous said...

AWAS! APA POSISI ANDA UNTUK MEMBERI KOMEN PADA PAS...BAGAIMANA ILMU ANDA? KALAU PRESIDEN PAS TGHH, UST NASARUDDIN MAT ISA, YB MAHFUZ OMAR, YB SALAHUDIIN AYUB TIDAK LAYAK UNTUK MENASIHATI TGNA, SIAPA ANDA YG NAK KOMEN PAS...CERMIN DIRI DULU..!
http://pasjawab.blogspot.com/

.....TGNA mu tu nabi ke malaikat yang tokleh nak tegur nah. Mu ingat Pas ssako makbapok TGNA mu ke? Pas terancam boktan TGNAmu. Mu punah akidah, tok wat BERHALA ko TGNA.

Tok nenek aku antara pengasas Pas. Dia tak suruh BERHALAKAN sesama manusia. Selagi TGNAmu berak rumput mampus macam manusia lain, dia kena ditegur untuk selamatkan Pas, dah dia beraso pengaruh besar gat, asas parti sendirilah, jange dok mmunoh ko Pas dengan mulut celupar dan rasa dia jah biso dan bijaksana dalam Pas.

Kita tengok boleh ko TGNAmu memang bertanding atas nama batang tubuhnya. Pas hak orang ramai, Pas diasas bukan untuk timbulkan masalah kepada negara, untuk pecah-belahkan umat Islam. Pas ditubuh untuk tegur Umno dalam soal-soal keagamaan, kaba getek sejarah p4enubuhan Pas. Jangan ingat Pas ssako makbapok dan kepala bapok TGNAmu.

Aku akan sokong MKJ betulkan Pas, aku yakin kalau TGNAmu tak ubah sikap, dia akan jadi kain buruk juga akhirnya. Biso akan hilang kalu duk agas tunjuk biso.

Anonymous said...

...baru kali ini kawe tengok YB Mahfoz sebagai seorang yang berwibawa dalam membuat cadangan dan teguran termasuk kepada pemimpin tertinggi PAS sendiri sekiranya pada pandangannya sesuatu perkara atau isu besar yang menjadi 'public interest' itu perlu diperbetulkan..'katakan perkara yang benar walau pun pahit'..

..kawe ni pun dah lama jadi peminat TGNA tapi sejak akhir-akhir ini sudah jadi tawar ebe setelah melihat dan mendengar sendiri sikap, perangai dan pendirian beliau dalam isu 'sponsor pakej haji anak beranak','kronisma dalam perlantikan menantu' dan 'PAS jadi penyokong tegar DAP + PKR' sehingga mengadaikan Islam/Melayu..kehebatan aura 'tok guru' dan jadi dawas atau malap..

..senario politik kini tidak seperti dulu lagi..sudah tiba masanya TGNA menjadikan dirinya 'tok guru' dalam erti kata sebenar sebagaimana yang beliau sendiri fikirkan..iaitu 'tok guru' yang benar-benar layak untuk terima sponsor haji sekiranya ada pihak yang hendak beri..semoga aura 'tok guru' akan bersinar kembali..semua orang sayangkan TGNA sebagai 'tok guru' termasuk juga penyokong UMNO walau pun TGNA sangat bencikan mereka...

Pak Pandir
Pondok Atap Nipah

AlHadi Tok Ayah Su (atas) said...

tau tak apa...

Anonymous said...

AMBO BAYOK BENAR KASET-KAST DAN CD-CD TGNA NGAJAR. ADA SATU ALMARI, LEBIH 150 KEPING, ADA HOK LAMO...ADA HOK BARU...SAPO NOK AMBIK LA...NOK WI SAJO JAH...TOK BRAPO NOK DENGAR DOH ESSSS...CAKAP TAK SRUPO BIKIN TUGAK...!

Anonymous said...

..kalau enta rasa pengajaran, nasihat ugama yang berjela-jela dalam kaset dan cd tu sudah dirasakan tidak umpp lagi untuk memberi bekas dihati kerana kewibawaan penuturnya telah dipertikaikan maka eloklah kaset dan cd tu disedekahkan kepada sahabat karib PAS iaitu puak-puak DAP Perak supaya mereka boleh menghayatinya dan dijadikan modal untuk naik pentas ceramah PAS..

Ustaz Nga