Royalti: Husam buka tempayan budu tengah ramai
SEBILANGAN besar dari lebih 1.4 juta rakyat Kelantan yang baligh mati-mati menyangkakan tujuan Kerajaan Pas Kelantan memperjuangkan supaya wang ehsan diberikan kepada Kelantan dalam bentuk royalti sehingga timbul sub isu doa kemusnahan dan 'biar pecah perut' demi kepentigan rakyat dan negeri sesuai dengan konsep kerajaan susah tak apa asalkan rakyat senang.
Kerana itu mereka mengharapkan kalaulah Kerajaan Pusat terus dengan sikap kejam untuk bukan sahaja memberi sumbangan dalam bentuk wang ehsan tetapi juga wang itu akan disalurkan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP), kes itu perlu segera dibawa ke mahkamah atau pun perjanjian dengan Petronas dibatalkan sebagaimana yang pernah disuarakan oleh exco kanan, Dato' Haji Husam Musa.
Cabaran Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Nazri Tan Sri Aziz yang pernah membuat kunjungan spontan ke atas Menteri Besar Kelantan, Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika Mursyidul Am itu dilanda masalah kronik, supaya kes royalti dibawa ke mahkamah, dilihat sebagai sesuatu yang patut disahut (rujuk posting MUNCUL KEMBALI 562).
Tetapi dengan laporan berikut (yang dipetik dari SINAR HARIAN), pada saya Husam telah bertindak memecahkan tempayan budut dan melepaskan kentut ikan perkasam di tengah ramai. Sama-sama kita perhati laporan berikut;
Kelantan atur strategi
KOTA BHARU - Pengerusi Jawatankuasa Petroleum Kelantan, Datuk Husam Musa berkata, Kerajaan Negeri tidak akan tergesa-gesa membawa isu tuntutan minyak ke mahkamah sebaliknya menggunakan percaturan politik semasa terlebih dahulu.
Menurutnya, pendekatan tersebut perlu bagi memastikan rakyat dapat menghukum tindakan zalim Kerajaan Persekutuan pada pilihan raya umum akan datang kerana tidak memberi hak sepenuhnya kepada Kerajaan Negeri pimpinan Pas.
“Hujah yang dilakukan di luar mahkamah akan memberikan satu impak kepada rakyat bahawa tindakan yang dilakukan kerajaan Barisan Nasional (BN) salah.
“Sebelum kita menghulur kepala kita dalam satu medan yang agak samar integritinya, biarlah kita bergelumang menerusi pentas politik dulu. Nanti istilah ‘subjudice’ akan menjadi benteng memagari kita daripada terus bercakap tentang penganiyaan Kerajaan Persekutuan dalam isu ini.
“Biarlah penghakiman rakyat mengambil tempat terlebih dahulu dalam berbagai bentuk sebagai hamparan menuju Mahkamah,” katanya dipetik menerusi blognya semalam. Husam berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abd Aziz supaya Kelantan mengemukakan kes tuntutan royalti minyak di mahkamah berbanding usaha retorik yang dilakukan Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Ketika menjawab cabaran tersebut kelmarin, Nik Abdul Aziz berkata, kerajaan Pas Kelantan sedia menyahut kenyataan Nazri tersebut jika tuntutan itu gagal dilakukan secara rundingan. Husam yang juga Exco Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri berkata, usaha tuntutan itu diteguhkan lagi dengan penubuhan Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (Gegar) yang menyemarakkan lagi usaha Kerajaan Negeri sebelum ini.
“Program mereka antara lain membawa ‘kuda jagoan’ UMNO sendiri untuk bercakap bahawa keputusan Kerajaan UMNO/BN adalah nyata salah. Kalau Ku Li (Tengku Razaleigh Hamzah) sebagai pengasas Petronas kata royalti adalah hak dan ihsan adalah pelanggaran terhadap perjanjian, siapalah Nazri?
“Penjelasan demi penjelasan nanti akan menjejaskan kepercayaan rakyat terhadap Kerajaan(pusat) dan rasanya ini lebih mahal dan berharga. Hujah yang benar tetap kuat sekalipun diucapkan di luar mahkamah,” katanya.
Berdasarkan kepada kenyataan itu jelaslah bahawa tujuan isu royalti dipergegekan adalah demi kepentingan politik, bukannya untuk kepentingan kerajaan dan rakyat. Kalau selama kira-kira 20 tahun memerintah dengan kebanyaan hasil balak telah dikeluarkan, Ladang Sungai Terah, Perdana Resort, Hotel Perdana. tanah di Lembah Sireh, tanah di Limau Purut dan sebagainya dijua/dipajak tetapi keadaan negeri tidak banyak berubah, apa jaminan kalau wang ehsan disalurkan kepada Kerajaan Pas ianya tidak akan menjadi umpama mencampakkan sesudu gula untuk masinkan air selautan dan mencampakan sebuku garam untuk masinkan air Sungai Kelantan.
Kalangan yang pernah terbabit dalam perniagaan pasti mudah faham kenapa bank dan institusi kewangan tidak akan melayan permohonan pinjaman para peniaga yang aliran tunai syarikat tidak stabil dan rekod niaga yang semakin merosot walaupun jaminan berbongkah emas diberikan kononnya jika diberi pinjaman perniagaan akan pulih, akan kembali cergas dan pinjama akan mampu dil;angsaikan lebih awal dari tempoh yang dijanjikan.
Bank/institusi kewangan tahu, kalau pinjaman diluluskan bukan sahaja bank tidak mungkin akan dapat memungut bayaran balik pinjaman tetapi juga si peminjam akan semakin menghadapi masalah yang semakin bertambah. Demikian juga dengan Kerajaan Pas Kelantan. Rekod pecapaian kira-kira 20 tahun kurang meyakinkan dalam bentuk hakikat kecuali dari sudut retoriksme, maka wang ehsan diputuskan akan disalurkan melalui JPP.
Ini adalah kerana wang itu untuk negeri dan rakyat Kelantan, bukannya untuk mendanakan Kerajaan Pas Kelantan supaya parti itu cukup kekuatan untuk mempertahankan tampuk pemerintahan pada pilihanraya umum akan datang. Siapa urus rakyat tidak peduli, pokok wang itu akan memberi faedah kepada mereka.
Kenyataan Husam: "Sebelum kita menghulur kepala kita dalam satu medan yang agak samar integritinya, biarlah kita bergelumang menerusi pentas politik dulu. Nanti istilah ‘subjudice’ akan menjadi benteng memagari kita daripada terus bercakap tentang penganiyaan Kerajaan Persekutuan dalam isu ini" membuktikan bahawa jika dibawa ke mahkamah Kelantan bukan sahaja berhak dapat royalti tetapi untuk dapatkan wang ehsan pun belum tentu.
Maknanya isu royalti minyak diperjuangkan dengan kemaruk bukan untuk kepentingan negeri dan rakyat Kelantan tetapi lebih bersifat untuk kepentingan politik Pas dan bagi menjadi benteng dalam menyelamatkan Kerajaan Pas Kelantan dari lebur dan berkubur.
Saya yakin kenyataan Husam yang lebih bersifat memecahkan tempayan budu dan melepaskan kentut ikan perkasam di tengah ramai akan mendorong rakyat Kelantan berfikir tentang tujuan dan matlamat royalti minyak diperisukan dan menampakkan betapa kemaruknya Kerajaan Pas Kelantan terhadap wang itu, sekaligus rekod masalah lalu Kerajaan Pas Kelantan akan dibuat kajian secara ilmiah di kalanga anak-anak Kelantan yang mengutamakan kepentingan negeri dan rakyat Kelantan dan bebas dari dirantai oleh semangat retoriksme!.
Thursday, December 10, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
john dan para totok buta pas sekelian...
tgk r sndri pemimpin isle ajaran ajis mu.kecek belit srupo ular sawa,kalah keling..mse najib umumkan nak wi wang ehsan ko kerajaan kelate..berapi gle si huse ni oyt nak saman kerajaan mlysia..oyat tgh final stage dah duk kumpul dokumen n akn saman dlm msa terdekat...
bila org pelawa suruh saman..si huse kuse ni main tai chi lak..pusing kot lain...
pusing jgn tak pusing..
bakpe huse??? takut ko nak saman sbb mu th dah yg mu xkan mng ko???
kena kencing ko huse blako!!!
Berpolitik biarlah cerdik...ambo tok ser ulas kae..mugo joot sebut namo ambo?..mace husam royak la..kalu dae masuk mahkamah tok leh nok berkecek pulok benda ni 'subjudice', demo reti ko dok perkataan ni joot..
mahkamah pulok kalu bab benda hok menyebabkan umno tertekan, benda nii akan sentiasa di tangguhkan..isu memali sapa sudoh tok selesai2 lagi..isu k'jaan t'ganu mitok royalti sapa kaloh kerajaan pas pun tok sambung2 ccaro..buleh ko mat said nok tarik pulok saman tu mugo set2 bn buleh make...
ore tok akan masuk perangkap hok samo 2 kali kalu cerdik..belajar dari pengalaman lepas le..itu tujuan demokrasi..pemerintah dipilih dari pilihanraya oleh rakyat. pemerintah hak dipilih tu kena diberi hak dio lah. bakpo yang negeri lain bagi namo royalti yang di negeri pembangkang bui ehsang?..
ore srupo demo joot buleh jilat belako hok bn royak mugo demo dok besar kot alik tu jah....
john..
pah tu...gak bakpo yg huse dok bersunggoh oyt nak saman dulunya kalu tahu dah kes ni akn jd subjudice kl bwk ko mahkamah???
ko huse oyt g2 dulu sbb huse mmg bodo xth atau nak bodo kan ore kampung???konon2 huse ni pejuang rakyat la...
kawe tahu lama dah kes ni akn jd subjudice kl bwk ke mahkamah...
pakar bab2 ni sapa lg kl bkn idola huse si aljuburi wal liwati al nuar artatuk!!!! bersusun kes saman nuar tu..tp bila tiba time nak cara srupo aye berok kapor cr helah supaya xlekap kes...hok plg jelas jelas demo tgk sndri r john..kes saman TUN,sampai 2 kali wat kesalahan teknikal...org gila dan mereng jah yg caya ko nuar tu!!!!
kawe rase nuar artatuk kot br nasihat ko huse tu jgn duk saman sbb nate huse tu bknnya cerdik sgt..
kl cerdik gak projek2 dibwh tangan dia semua jd..ni dok se habu tak paka keje!!!!
John...
kl ada PRK di melor tu ada brani ke???
ke takut pecah perut sek2 pas sbb xbrani nak tanding situ..
Sinar Harian 13 Disember 2009
KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kewangan, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah berkata, Malaysia sudah menjadi negara ’sumpahan minyak’ di mana hasil buminya itu tidak digunakan untuk tujuan asal penubuhan Petronas, tetapi dibazirkan kerajaan.
Menurutnya, hasil minyak yang sepatutnya menjadi warisan kekayaan untuk semua rakyat Malaysia dan generasi akan datang, sebaliknya digunakan untuk menunjangi pemerintahan autoritarian, menghakis Demokrasi Berperlembagaan dan korup keseluruhan golongan elit politik dan perniagaan.
“Pada tahun 1974, sewaktu saya mengasaskan Petronas, saya tidak menyangka suatu hari nanti saya akan merasa lebih baik kita tidak menemui kekayaan tersebut,” katanya sewaktu berucap di sidang kemuncak ahli korporat muda Malaysia di Menara Integriti, di sini, semalam.
Ahli Parlimen Gua Musang itu berkata, anugerah minyak yang sepatutnya digunakan untuk memacu peralihan negara kepada masyarakat yang lebih terpelajar, kini hanya simbol kosong seperti Menara Petronas.
“Tujuan awal penggunaan simpanan minyak Malaysia ialah untuk membantu negara melonjak daripada ekonomi yang berasaskan komoditi dan pemasangan kos rendah, kepada ekonomi yang lebih dipelbagaikan, berasaskan kepada pekerjaan berpendapatan tinggi,” kata bekas Naib Presiden UMNO itu.
Tengku Razaleigh berkata, hasil minyak negara yang sepatutnya digunakan mengikut rancangan sewaktu Petronas ditubuhkan menjadi dana yang dibelanjakan sesuka hati oleh sesiapa saja yang mentadbir negara, tanpa sebarang pertanggungjawaban.
“Kekayaan minyak negara dibazirkan dan digunakan untuk menyelamatkan syarikat yang gagal.
“Perolehan minyak tidak digunakan untuk membasmi kemiskinan di negeri-negeri miskin, sebaliknya disalurkan untuk tujuan politik dan golongan yang ada kaitan dengan politik,” katanya.
Kalu Ku Li bijak dan biso gat, lamo doh la dia jadi PMnyo. Dok la dok angan-angan sampai ke putus haid dalam politik.
Masa duk dalam kabinet, masa jadi menteri kewangan bakpo tok guna pitih dengan betul, bakpo boleh berlaku skandal BMF.
Masa dalam S46 kata tak pelahap masuk Umno selagi ada Mahathr dalam Umno. Maso ko jilat geriak masuk Umno, bukan ke Matahir ada lagi dalam Umno. Pah ore lagu ni demo nak buat kiro.
Betul ko ha dia berkecek tu. Bukankah dulu dia yang leburkan Pas tahun 1978, lepas bekerjsama dengan Pas, lepas tu ganja dengan Pas.
Ketokohan Ku Li sekentut setaik jah dengan Nuar Al-Juburi, gila nak jadi pemimpin nombor satu, hak nabi tok buwi pilih orang lagu ni. Kalu pilih jugak bala jadinya.
Kalau Kelantan duk ikut alok Ku Li gat, alamat tidur gudang beras puak-puak Pas. Kalu orang Pas tak kenal lagi Ku Li gat, puak demo lebih berat dari Pok Had Ceton Tembus. Ko guano adik Li MKJ?
Post a Comment