Thursday, December 10, 2009

MUNCUL KEMBALI (565)

Najib pemimpin Islam yang berani????????????????

SEINGAT saya sama ada ketika masih menjadi Timbalan Perdana Menteri sehinggalah beliau menjadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah dilihat sebagai pemimpin yang ada unsur-unsur Islamisme.

Datuk Seri Najib sendiri tidak pernah mengimejkan dirinya bukan sahaja sebagai ustaz, apatah lagi mempamerkan imej 'tok guru' atau ustaz, malah imej bilal atau siak masjid pun tidak pernah ditonjolkan. Parti yang diterajuinya dilihat dan dikategorikan oleh orang Pas sebagai parti yang mana peneraju, ahli dan penyokongnya tidak layak masuk syurga.

Saya tidak tahu berapa ramai orang Pas terbreak kentut dan berapa ramai pula yang tiba-tiba tersembelit ketika memerut apabila terbaca laporan Berita Harian sebagaimana berikut;

Nik Azi puji PM berani
lawatan ke Selatan Thai disokong
oleh Kharrul Anuar Abdul Samad
krull@bharian.com.my

KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat semalam, menyifatkan Datuk Seri Najib Razak sebagai seorang pejuang Islam serta pemimpin yang berani.

Beliau berkata, tindakan Perdana Menteri ke Selatan Thailand kelmarin dalam usaha membantu umat Islam di sana adalah satu tugas terpuji dan bersetuju dengan usaha yang dilakukan Presiden Umno itu.

Katanya, Najib juga dianggap sebagai pemimpin berani kerana masih sanggup bertemu dengan penduduk Islam di negara bergolak itu sedangkan ketika kunjungan berkenaan, berlaku beberapa kejadian menembak dan pengeboman yang mengorbankan beberapa nyawa.

Saya setuju sangat dengan tindakan Najib membantu itu, tapi ia hendaklah tidak kira orang Islam, malah membabitkan semua penduduk di situ.

Kalau ada usaha dari Malaysia untuk membantu penduduk Islam di negara itu (sebagaimana dilakukan Najib), saya cukup setuju. Penduduk Selatan Thailand itu sama ada Islam atau tidak, perlu dibantu, saya cukup dukacita dengan kejadian yang berlaku di negara itu, katanya selepas merasmikan seminar menjelang 20 tahun kepimpinan ulama membangun bersama Islam negeri Kelantan, di Dewan Konvensyen Pusat Perdagangan Kelantan, di sini, semalam.

Nik Aziz berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai lawatan muhibah Najib ke Narathiwat, Selatan Thailand, kelmarin, dalam usaha membantu masa depan sekolah dan masyarakat Islam di situ.

Dalam lawatan pertama Perdana Menteri Malaysia ke wilayah bergolak itu yang menyaksikan hampir 4,000 orang terkorban sejak Januari 2004, Najib berkata, Kerajaan Malaysia menimbang membantu sekolah agama di Selatan Thailand.

Nik Aziz yang juga Mursyidul Am Pas berkata, beliau tidak seberani Najib untuk ke wilayah berkenaan kerana bimbang kena tembak.

Katanya, ada pihak daripada Selatan Thailand datang ke pejabatnya sebelum ini untuk meminta beliau mengadakan ceramah di negara itu, namun ditolak dengan baik.

Saya yakin ramai orang Pas, malah jika laporan itu dilihat merugikan Pas dan kepentingan kedudukanya sebagai MB dan Mursyidul AM Pas, Nik Aziz akan menganggap laporan berkenaan tidak tepat dan sengaja diada-adakan.

Saya juga yakin orang Pas akan tolak sekeras-kerasnya paragraf 1 hingga 5 laporan berkenaan kerana ianya ibarat menepuk air di dulang dan meludah ke langit kerana masing-masing tidak pernah melihat percikkan, apatah lagi lumuran cat Islamisme pada watak seorang Datuk Seri Najib dan parti yang diterauinya yakni Umno dan juga kerajaan terajuannya.

Kalau laporan itu betul (saya yakin wartawan pelapor yang saya cuup kenal dan pernah sama-sama bertaraf stringer macam saya dulu yang cukup berpegalaman dalam kerja kewartawanan tidak menokok-tambah laporannya dengan apa tujuan pun) ianya bersifat tanggapan, serang-saraf, persepsi, ekspolitasi dan manipulasi yang dihalakan kepada Pas untuk labakan Pas kini terpelenting ke atas batu jemala Pas dan batu jemala Nik Aziz sendiri.

Kalau laporan itu betul dan diiktiraf oleh Pas, khususnya oleh Nik Aziz, maknanya telah ada kesedaran dan keinsafan di kalangan orang Pas dan Nik Aziz bahawa Datuk Seri Najib dan Umno walaupun tidak nampak kemaruk menampakkan imej Islamisme, tetapi hujung jatuh apa yang diusaha dan diperjuangkan adalah untuk mendapat hasanah di dunia dan akhirat.

Bumi Malaysia patut bergegar oleh sujud syukur serentak rakyat Malaysia dan masing-masing patut berpesta bermain banjir air mara syukur. Mudah-mudahan tidak akan ada mana-mana pihak yang cuba mengusut-masaikan benang yang sudah terurai, melepaskan kentut ikan perkasam di tengah jemaah yang telah dileset dengann wangian minyak pokok depu digaharukan.

Ianya barangkali berkat doa mereka yang mahukan agar umat Islam tidak dipecah-pecirkan serta berpuak-puak semata-mata kerana ketidak-sehaluan fahaman politik sehinggakan sanggup mendahulukan kerja Allah menyenaraikan puak yang akan masuk syurga dan puak yang akan masuk neraka. Kita disuruh oleh Allah melalui al-Quran dan Pesuruh-Nya supaya mendamaikan pihak yang bertelagah, bukan menganjurkan pertelagahan.

Dalam pada itu saya yakin ramai orang Pas akan menolak laporan menolak dengan keras, malah akan dilihat sebagai suatu yang memeranjatkan membaca paragraf 8 dan 9 laporan berkenaan yakni;

Nik Aziz yang juga Mursyidul Am Pas berkata, beliau tidak seberani Najib untuk ke wilayah berkenaan kerana bimbang kena tembak.

Katanya, ada pihak daripada Selatan Thailand datang ke pejabatnya sebelum ini untuk meminta beliau mengadakan ceramah di negara itu, namun ditolak dengan baik.

Kenapa seorang pejuang Islam yang kena rata-rata memburu kemanisan syahid boleh menyatakan ketidak-beranian untuk ke Selatan Thai kerana bimbang kena tembak, hanya kerana kawasan berkenaan sedang bergolak dan terdedah kepada serangan maut. Kalau memang sudah ditakdirkan mati kena tembak, tidak ke Selatan Thai pun kita akan mati ditembak pada tempat tidur sekali pun.

Dulu banyak tempat di Wilayah Selatan Thai yang Nik Aziz hadiri dan memberi ceramah, malah ceramahnya pernah disiarkan secara lagsung oleh radio tempatan selain dari dijemput sebagai tetapi oleh radio dibawah kendalian tentera negara itu. Acapkali saya ikut beliau ke sana. Bila saya tidak lagi berkhidmat dengan UPKn, saya tidak tahu pula apakah rombongan MB dan exco turut kerat ke Selatan Thai sebagaimana sewaktu saya masih bertugas di UPKn dulu.

Macam mana seorang yang mungkin dianggap jahil tentang apa itu syahid seperti Datuk Seri Najib tidak takut pun untuk ke kawasan yang silap haribulan boleh membawa maut, kenapa Datuk Seri Najib lebih berani dari pejuang yang kononnya parti yang dipimpin dan disertai boleh mendatangkan pahala kepada penyokongnya untuk ke wilayah berkenaan.

Yang pasti Datuk Seri pulang ke tanahair dengan selamat kerana saat kematiannya belum tiba, malah beliau dilihat oleh penduduk pelbagai keturunan dan anutan agama sebagai pembawa harapan pemulihan kemakmuran di wilayah bergolak itu. Saya yakin Datuk Seri Najib mampu melakukannya.

Membaca laporan dua paragraf itu mengingatkan saya pada cerita lucuk 'Pak Yib', anak kepada Tok Khurasan yang mana Tok Khurasan adalah antara guru Nik Aziz. Ketika bersembang kosong di atas beranda Masjid Kampung Sireh tidak berapa lama dulu, tiba-tiba isu ik Aziz ditimbulkan.

Menurut Pak Yib, beliau adalah teman sepeniduran Nik Aziz sewaktu budaj-budak dulu. Kononnya Nik Aziz masa kecil takutkan gelap. Dia takut hantu. Bagaimanapun ingatannya kuat dan Nik Aziz adalah antara anak murid kesayangan gemulah ayahnya. Saya teringatkan masa lawatan ke Kemboja dan dibawa melawat ke muzium peringatan perang sebagai antara acara lawatan.

Dalam muzium ada itu peta Kemboja yang dibuat daripada tengkorak rakyat Kemboja yang menjadi mangsa kekejamaan rejim Pol Pot. Semua orang rapati peta itu, malah ada yang menjamahnya tetapi Nik Aziz tidak mendekatinya, malah beliau benoh jauh dari peta itu.

Saya yang bersedia untuk menyempurnakan tugas merakamkan gambar beliau di depan peta Kemboja yag diperbuat dari tengkorak itu gagal. Saya hairan kenapa beliau tidak rapati peta berkenaan, bila dengar cerita Pak Yib saya tersenyum sendiri.

3 comments:

kutan and the geng said...

PEMIMPIN YANG BERANI UNTUK MEMIMPIN EMPAYAR 1MALAYSIA SEGAGAH EMPAYAR MONGOLIA

Anonymous said...

naJib semua berani, dri dalu hingga sekarang. .... skandal semasa mb phg, skandal francais matrikulasi semasa metri pelajaran, francais plkn, skandal altantuya, gunakuasa politik wang & istana ambil alih Kerajaan Negeri Perak, dll

Tapi ada yg dia takut.. antaranya HUDUD, B1N1, PRK Kota Seputih, ....

Budak Pondok Lubok Tapah said...

Guano yang nampak tolak pengakuan tok guru demo endiri. Tak takut kena tempias doa kemusnahan dan pecah perut ko?

Jangan dok main-main dengan tok guru demo, lamakan terkeluar dari senarai orang boleh masuk syurga, berat demo.