Tuesday, December 1, 2009

MUNCUL KEMBALI (536)

Perlakuan pijak boleh bawa kepada berak atas gambar

WALAU untuk apa tujuan sekali pun, perlakuan-perlakuan yang membawa kepada kecederaan moral dan mencarik adat tidak patut dijadikan amalan kerana ianya boleh mengundang dan mendorong kepada tindakan balas yang lebih teruk dan menyumbang musibah.

Perbuatan beberapa pemimpin DAP memijak poster wajah tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas, dua darinya bekas ADUN dari PKR manakala seorang lagi dari DAP, tidak mustahil akan dibalas dengan tindakan berak di atas gambar pimpinan dan wakil rakyat DAP sebagai tindak balas.

Rujuk sahaja kemelut yang meresah dan menggundah-gulanakan Mursyidul Am Pas, Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat dan keluarga sekarang, ianya lebih bersifat imbalan kepada betapa pimpinan utama Umno pernah dikemelutkan oleh orang Pas. Bezanya dengan kemelut dalam Umno,kemelut yang melanda Menteri Besar Kelantan dan keluarga berpunca dari dalam Pas sendiri.

Dengan pelbagai kemudahan dan dan terdapat ramainya manusia Malaysia yang kreatif, perlakuan yang mencederakan moral dan adat oleh DAP yang memijak gambar tiga ADUN dari Pkatan Rakyat (PR), saya yakin boleh mengilhamkan tindak balas sehingga kepada penciptaan mangkuk tandas dengan wajah pimpinnan DAP nanti.

Juga barangkali boleh menyumbang kepada kemungkinan permukaan jalan akan dilukis dengan wajah-wajah pemimpin tertentu oleh pihak pembangkang dan lukisan tindak balas dari pihak kerajaan supaya dijadikan mangsa pijakan.

Walaupun tujuan perlakuan oleh DAP itu barangkali untuk berseronok dan menyatakan rasa kesal dan marah kepada wakil-wakil rakyat PKR dan DAP yang mufarakah dari parti-parti berkenaan dan kini menjadi ADUN Bebas, namun jika dibiarkan tanpa langkah-langakah pencegahan, ia boleh menyumbang kepada perlakuan yang lebih serius dan mendatangkan bahaya besar kepada masyarakat pelbagai kaum dan pelbagai anutan agama di negaa ini.

Saya tidak yakin orang Melayu dari mana-mana parti sekali pun akan seronok, apatah lagibangga apabila gambar bangsa mereka dipijak oleh bangsa lain. Demikian juga dengan orang Cina dari mana-mana parti sekali pun, mereka akan rasa terhina apabila gambar bangsa mereka dipijak oleh bangsa lain, malah kalau pun oleh bangsa sendiri.

Kalau atas nama bangsa tidak ada rasa marah dan rasa terhina bila gambar bangsa dipijak, apatah lagi pemijakannya pula sengaja dirancang, terutama pijakan adalah oleh kalangan bukan sebangsa, pasti bangsa yang tidak rasa apa-apa itu mengalami kecederaan dan kecacatan pada semangat, nilai, moral. etika dan identitinya.

Sama ada betul atau tidak betul, patut atau tidak patut, sama ada tindakan ADUN-ADUN yang mufarakah itu dibantah atau direstui oleh rakyat selaku pengundi, ianya boleh ditentukan pada pilihanraya umum ke-13 nanti.

Kalau mereka bertanding atas nama calon Bebas atau pun atas nama mana-mana parti dan mereka menang, makanya tindakan mereka betullah di mata rakyat. Jika sebaliknya, bermakna tindakan mereka dan mana-mana wakil rakyat yang melakukan perbuatan yang sama tidak direstui rakyat.

DAP harus sedar, kalau rakyat selaku pengundi yang memberi undi tidak begitu ambil kisah dengan tindakan mufarakah ketiga-tiga ADUN berkenaan dari parti asal mereka, apa hak DAP untuk tunjuk bantahan, kemarahan dan sekali gus menghina dengan memijak gambar mereka.

Apabila tidak lagi menjadi ahli PKR atau DAP, maka ketga-tiga wakil rakyat berkaitan sudah tidak ada kaitan dengan parti asal mereka lagi dan parti asal mereka tidak perlu ambil peduli atas dasar sudah tidak ada apa-apa hubungan. Untuk menghukum mereka, kena serah kepada rakyat yang akan guna kuasa undi.

lagipun kalau dianggap perbuatan melompat parti suatu tindakan yang tidak wajar dan bertentangan dengan nilai moral, maka yang patut dipersalahkan adalah Penasihat Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ini adalah kerana beliaulah yang telah merancang dan mengatur gerakan lompat parti di kalangan wakil-wakil rakyat BN supaya kerajaan yang ada dapat ditumbangkan, sekali gus saya percaya berdasarkan dari rancangan yang gagal itulah, maka berlakunya kes lompat parti setelah wakil-wakil dalam PR yang pastinya insaf tentang kesilapan mereka memilih wadah.

Mereka berhak berbuat demikian setelah hilang keyakinan terhadap hala tuju parti yang didukung, malah dalam sembahyang pun kalau didapati imam gagal memenuhi ciri-ciri keimaman, makmum kena mufarakah supaya sembahyang tidak batal.

1 comment:

john said...

Yo lah abe li ambo tok setuju la dengan tindakan DAP. Mana2 perkaro kurang ajar tu tok payoh dok buat la..cumo abe li ni pelik so jah..alah ko pembangkang napok belako..tok ser ulas getek ko pasal pemudo BN bakar gambar Guan Eng (ko sebab dio cino ataupun sebab BN yg buat). so lagi gambar budok2 umno dok kecing atah gambar tok guru tok ser ulas getek ko..gamabr tu kalu nok kelih tengok kat kerabubersuara.blogspot..tajuk dia 'mana yang lebih kurang ajar'..abe li jange napok sebeloh pihok jah....