Wednesday, December 2, 2009

MUNCUL KEMBALI (538)

DAP Perak mohon maaf isu pijak gambar Adun, Nik Aziz ubah doa bala untuk Najib
Ekoran kecaman daripada pelbagai pihak yang tidak patut dipandang sinis

'TELAJAK perahu boleh diundur, telajak kata boleh bengkak kalau pun tidak pecah muka atau kepala adalah antara rangkai kata bersulam berjuta makna yang tersirat untuk direnungi supaya mulut dan lidah digunakan dengan cermat kerana kerana pulut santan binasa kerana mulut badan boleh binasa di samping kelakuan juga perlu dijaga.

Pesanan dan peringatan supaya cermat guna mulut dan lidah serta perilaku juga dibuat melalui rangkai kata 'lebih baik tersalah kain dari tersalah mulut', 'bercakap siang intai-intai bercakap mala bisik kerana pada dinding mungkin ada telinga yang mendengar, pada tiang ada mata yang melihat'.

Kelihatan DAP menyedari dan menyelami makna rangkai-rangkai kata berkenaan, maka DAP Perak tempat berlakunya perlakuan bersifat kecederaan, moral dan etika uyakni pemijakkan gambar dua bekas ADUN dari PKR dan seorang ADUN dari DAP, lantas parti berkenaan meminta maaf sebagaimana laporan berikut;

AP Perak Mohon Maaf Isu Pijak Gambar Adun

KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Akibat dikecam pelbagai pihak, DAP Perak Rabu memohon maaf kepada rakyat Malaysia yang tersinggung dengan perbuatan beberapa pemimpin parti itu memijak poster wajah tiga anggota Bebas Dewan Undangan Negeri Perak pada Ahad lepas.

Sambil mengakui perbuatan itu satu kesalahan, Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming berharap isu berkenaan akan dapat diselesaikan secepat mungkin.

Bercakap kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini, Nga yang juga Anggota Parlimen Taiping, berkata parti itu bagaimanapun tidak akan mengambil tindakan terhadap tiga anggotanya yang meletakkan poster itu di pintu masuk ke konvensyen parti itu.

Pada konvensyen DAP Perak Ahad lepas, poster yang memaparkan wajah Hee Yit Fong (Jelapang), Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) diletakkan di pintu masuk bertujuan agar perwakilan yang menghadiri konvensyen itu memijak gambar mereka.Hee sebelum ini adalah daripada DAP manakala Jamaluddin dan Mohd Osman adalah daripada Parti Keadilan Rakyat.-- BERNAMA

Mursyidul Am Pas juga nampak terpaksa mejilat ludah sendiri apabila beliau sebagai seorang yang sukar menerima pandangan orang lain yiut mengubah saranan doanya sebagaimana yang terkandung dalam laporan berikut;

Nik Aziz Ubah Sikit Saranan Doa Bala Untuk Najib

KOTA BAHARU, 2 Dis (Bernama) -- Setelah dikecam hebat kerana meminta orang ramai secara umum mendoakan keburukan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak jika Perdana Menteri tidak memberikan royalti minyak kepada Kelantan, Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menukar sedikit saranannya itu dengan meminta agar doa itu dibuat secara individu.

"Oleh kerana Perdana Menteri terasa hati bahawa sebut nama dia dalam doa, maka saya minta tidak sebut secara beramai-ramai, hanya disebut bersendirian," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco di sini Rabu.

Beliau sebelum ini meminta orang ramai mendoakan agar Najib mengubah fikiran supaya memberikan royalti minyak itu, dan jika Perdana Menteri gagal berbuat demikian, orang ramai hendaklah mendoakan supaya Najib 'ditimpa kemusnahan'.

Berikutan kenyataannya itu, pelbagai pihak telah mengutuk beliau, dan semalam, 1,000 orang berkumpul di hadapan pintu masuk bangunan pentadbiran Kota Darulnaim di sini untuk secara terbuka menunjukkan rasa tidak senang hati mereka.

Dalam reaksinya sebelum ini, Najib berkata beliau tidak faham kenapa doa sedemikian perlu dibuat kerana kerajaan pusat telah membantu kerajaan Kelantan dengan menyediakan wang ihsan dan peruntukan lebih RM7 bilion dalam Rancangan Malaysia Kesembilan walaupun negeri itu diperintah oleh Pas.

Perdana Menteri juga berkata Nik Aziz perlu sedar bahawa umat Islam melihat hasrat untuk mendoakan keburukan orang lain itu sebagai keterlaluan dan tidak melambangkan semangat Islam.

Nik Abdul Aziz berkata beliau kesal dengan pihak yang membesar-besarkan isu doa itu sehingga mencetuskan kekeliruan.

Beliau menjelaskan permintaan doanya pada peringkat awal ini adalah untuk meminta Tuhan mengubah hati Perdana Menteri supaya memberikan royalti minyak kepada Kelantan, dan jika itu gagal, barulah dibuat doa minta bala terhadap Najib.

"Jika tak beri barulah kita doakan kepada kemusnahan. Saya nak minta dia bayar royalti. Takkan orang buat kita, kita nak dok diam," katanya.-- BERNAMA.

Setahu saya dalam Islam, bila kita silap kena segera bertaubat dan membetulkan kesilapan kita. Kalau bersalah kepada individu, maka permohonan maaf perlu diminta daripada individu berkaitan walaupun individu berkaitan berhak untuk tidak memberi maaf.

Kalau tidak meminta maaf dan tidak diberi maaf oleh orang yang kita bersalah kepada, apatah kita sedar bahawa kita telah melakukan kesalahan, maka dosa dengan individu berkaitan tidak akan berampun walaupun permohonan ampun diminta dari Allah Maha Pengampun.

Itu yang ustaz saya dulu ajar. Sebagaimana saya, ustaz saya juga bukan sahaja tidak berijazah, malah berdiploma pun tidak, sekadar lulusan 4 thanawi sahaja. Mungkin kalangan lepas universiti dalam bidang pengajian agama yang rata-rata berada dalam Pas ada hujah bai menyanggahnya.

Dalam kes Dato' Nik Aziz dengan Najib, Menteri Besar Kelantan itu sedar bahawa apa yang diucapkan di depan umum dan dipublishkan oleh akhbar, tv dan blog bahawa apa yang diucapkan telah menyebabkan Najib terasa hati apabila beliau dipetik sebagai berkata: "Oleh kerana Perdana Menteri terasa hati bahawa sebut nama dia dalam doa, maka saya minta tidak sebut secara beramai-ramai, hanya disebut bersendirian".

Apakah dosa Dato' Nik Aziz boleh berampun dengan hanya meminta saranan doanya dipinda. Kalau ikut apa yang ustaz saha ajar, doasnya tidak berampun selagi beliau tidak meminta maaf yang akan turut dipublish dalam akhbar, tv dan blog serta tidak menerima maaf dari Najib.

Dalam pada itu Najib berhak untuk tidak memberi maaf tetapi sangat besar pahalanya jika beliau memberi maaf secara tulus dan telus dan ini. Hal ini oleh rujuk melalui fiman Allah mengenainya yang bermaksud;

"....Dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang, dan (ingatlah), Allah mengasihi mereka yang berbuat perkara-perkara baik" - Ali 'Imran:143.

Para penjenguk blog ini patut memberi pandangan berhujahkan al-Quran dan Hadis tentang tuntutan meminta dan memberi maaf, bukannya mengapi-apikan supaya pergeseran antara pimpinan parti politik yang sebangsa dan seagama sampai melampaui batas, sebaliknya kena ada usaha proaktif bagi mempersatukan mereka dalam ikatan silatur-rahim.

Jika usaha ke arah itu dibuat, maka ianya sejajar dengan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Mahukah kamu aku khabarkan amalan yang lebih tinggi darjatnya daripada puasa dan solat? Jawab para sahabat: Bahkan. Sabda baginda: mendamaikan hubungan, kerana rosaknya hubungan itu adalah pencukur (mencukur agama)" - Riwayat Abu Daud, dinilai sahih oleh al-Albani.

Jangan anggap semua pemimpin cerdik dan buah fikiran pemimpin betul belaka. Nabi pernah menerima bantahan, pandangan dan cadangan Salman Al-Parisi tentang strategi perang, malah Allah sendiri menurunkan Surah Al-Asyr mengingatnya hamba-Nya supaya saling memperingatkan untuk mengelak dari kita hamba-Nya akan hidup dalam kerugian.

Ditakdirkan Umar Al-Khattab pada hari perlantikkan baginda sebagai khalifah telah diberi amaran oleh seorang lelaki tempang sambil dirapatkan hujung mata pedang ke leher dan memberi amaran jika Umar tidk memerintah secara Islam, maka pedangnyalah yang akan penggalkan leher Umar.

Kenapa dalam demikian ramai panglima-panglima Islam dan individu yang gagah perkasa dan tidak cacat, si tempang pula yang ditakdirkan melakukan tindakan yang berani dan mungkin bersifat kurang ajar dan tidak berprotokol. Pasti ada hikmahnya.

Pada saya antara hikmahnya, dalam membuat tegran terhadap para pemimpin, orang ternama, ada kedudukan dan ada kuasa tidak semestinya kena terdiri daripada pemikir besar dan tahap pemikirannya sehingga ketahap memiiki Ph D, orang biasa juga boleh tegur jika orang biasa itu nampak kesilapan pemimpin.

3 comments:

Anonymous said...

..saya rasa kagum dengan sikap Nga dari DAP yang sanggup minta maaf diatas perbuatan biadap beberapa pemimpin DAP dalam isu memijak gambar 3 orang wakil rakyat yang telah keluar dari parti PKR dan DAP setelah menyedari perbuatan seperti itu telah mendapat bantahan banyak pihak..

..tapi perkara yang sama tidak berlaku kepada tokoh ulamak politik dari Kelantan yang dengan bangga akan mempertahankan apa-apa kesilapan atau keterlanjuran lidahnya walau pun mendapat teguran atau bantahan dari banyak pihak termasuk dari kalangan alim ulamak sendiri..mungkin alim ulamak yang buat teguran itu hanya bertaraf 'local' dan tidak ada pengiktirafan ranking kelas dunia..

Pak Pandir

khairul said...

eh boleh pulak ubah2 doa..... hurmmm..........

AlHadi Tok Ayah Su (atas) said...

salam hormat!
Setelah merujuk kepada petikan ayat ayat doa dari beberapa buah buku panduan amalan berdoa, saya dapati sememangnya terdapat beberapa ayat ayat yang membolihkan kita sebagai umat islam berdoa memohon supaya dimusnahkan kehidupan seseorang yang menjadi seteru dengan menzalimi tubuh badan individu tertentu,namun demikian unjuran tersebut kebanyakannya ditujukan khusus diantara permusuhan dikalangan orang orang islam dengan orang kafir yang jelas dikenal pasti bukan sahaja memusuhi umat islam malah termasuk kepada membenci ajaran islam.

Lalu teringat saya pada suatu ketika akan satu majlis ilmu agama yang telah saya hadiri dimana didalam kuliah tersebut seorang ustaz telah menerangkan diantara intipatinya yang menyebut sejarah dizaman nabi Allah musa terdapat dua orang pembesar Fir'aun yang bernama Hamaan dan Qoruun telah membina bangunan setinggi melanggit dengan tujuan kononnya untuk memudahkan kaumnya melihat tuhan nabi Musa.Walhal segala perbuatan mereka itu hanyalah sekadar untuk mempermain main dan mempersenda sendakan dengan harapan supaya tidak ada sesiapa yang akan percaya kepada ajaran yang dibawa olih nabi Musa.Melihat kepada situasi ini langsung terus Nabi Musa berdoa memohon agar dimusnahkan segala harta benda dan kemewahan yang dimiliki Fir"aun dan kuncu kuncunya.Peristiwa kemusnahan ini telah tercatat didalam ayat suci AlQur"an surah AlQashash ayat 81 yang bermaksud "lalu telah kami musnahkan Qoruun bersama istananya".Ada pun motif bala yang menimpa Fir"aun ini adalah hasil perkenan doa Nabi Musa diatas tindak tanduk Fir'aun yang memusuhi ajaran islam malah sampai kesatu peringkat kemelampauan Fir"aun sehingga mengaku dialah tuhan.

Adapun persoalannya bagaimana pula dengan doa yang bermotifkan kebendaan yang ingin menuntut meterial royalti minyak?Apakah tidak menjadi kesalahan dan bolih dihalalkan sehingga ketahap memohon doa supaya diberi kemusnahan kepada orang yang berkaitan dengan alasan berkelakuan zalim menafikan hak kepunyaan orang lain,benarkah begitu? Jesteru itu saya cuma hendak mengingatkan diri saya dan kepada sesiapa jua bahawa amalan berdoa itu satu ibadat yang akan diberi ganjaran pahala olih Allah S.W.T.Untuk berolih kebaikan pahala sudah tentu kita dituntut supaya hanya melakukan permintaan doa yang baik baik belaka apatah lagi doa yang hendak dimajukan kepada Allah itu berkait dengan sesama orang seagama dan sebangsa...jadi fikir fikirkan !