Wednesday, December 2, 2009

MUNCUL KEMBALI (539)

Desak orang boleh, diri sendiri belum tentu buat seperti yang didesak

DI KALANGAN mereka yang memiliki koleksi potongan akhbar, simpanan kaset, cd dan vcd, mereka masih ingat apa kata Dato' Nik Aziz dalam serangannya terhadap mantan Perdana Menteri Kelima, Dr MahathirMohamad (kini Tun).

Beliau pernah berkata seandainya Dr Mahathir letak jawatan, beliau akan letak jawatan. Tetapi setelah pada hari ini (2 Disember) usia kebersaraan Dr Mahathir sudah mencecah angka tujuh tahun dua bulan dua hari, Dato' Nik Aziz yang pernah mendakwa dalam satu ceramahnya di Bachok bahawa Mahathir tidak pandai baca Quran tetapi kemudian telah memohon maaf terbuka kepada Mahathir kerana kes itu, masih belum juga bersara.

Bukan sahaja Dr Mahathir tetapi Perdana Menteri Kelima, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (kini Tun) juga telah letak jawatan tetapi Dato' Nik Aziz masih mahu terus jadi Menteri Besar, malah beliau akan terus jadi MB sampai bila-bila kerana kononya beliau dipilih oleh rakyat untuk jadi MB dan hanya akan berhenti jadi MB bila rakyat tidak mahu beliau jadi MB lagi.

Beliau semacam lupa, mungkin juga tidak sedar atau pun beliau buat-buat tidak sedar bahawa yang rakyat buat pilihan adalah sebagai wakil rakyat. Yang memilih seseorang itu jadi MB, malah untuk jadi PM pun adalah parti politik yang membuat cadangan dan diperkenankan oleh Sultan untuk jawatan MB dan olehYang Dipertuan Agung untuk jaatan PM.

Rakyat bukan beri undi supaya sesorang itu jadi MB, TMB atau anggota. Maknanya kalau dihujahkan bahawa keengganan berundur pada ketika yang sepatutnya beliau berundur kerana kena dapatkan dulu suara majoriti rakyat, ianya adalah suatu alasan yang sangat dangkal dan ada unsur kemaruk untuk terus kekal pada kerusi MB sampai mati.

Melihat kepada kes Dato' Nik Aziz, pada saya tidak guna perarakan atau demonstrasi dibuat bagi mendesak beliau supaya letak jawatan kerana beliau tidak akan berbuat demikian. Beliau memang boleh desak orang letak jawatan tetapi diri sendiri belum tentu sanggup buat seperti desakan yang dibuatnya.

Ini terbukti melalui penegasan beliau melalui laporan berikut;

Nik Aziz tak akan letak jawatan

KOTA BAHARU, 2 Dis (Bernama) -- Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau tidak akan meletak jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan walaupun didesak pelbagai pihak.

"Mustahil saya perlu akur dan meletakkan jawatan semata-mata kerana digesa oleh 200 orang budak-budak nakal, bawah pohon jati di pintu SUK (pejabat pentadbiran negeri Kota Darulnaim," katanya dalam satu kenyataan merujuk kepada demontrasi oleh satu kumpulan yang mahu beliau berundur kerana gagal memajukan Kelantan.

Kumpulan dikenali Jemaah Rakyat Prihatin Kelantan itu turut menyerahkan satu memorandum meminta beliau menarik balik kenyataan yang meminta penduduk Kelantan berdoa agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ditimpa keburukan jika enggan memberikan wang royalti minyak kepada Kelantan.

Nik Aziz berkata beliau tidak akan menarik balik kenyataannya itu serta meminta maaf kepada Najib seperti yang dituntut oleh kumpulan itu.

"Mengapa harus saya hiraukan suara budak-budak Umno yang tak sampai 200 orang itu supaya saya meminta maaf sedangkan Presiden Umno (Najib) selaku orang nombor satu pun tidak menyuruh saya meminta maaf atau menarik balik," katanya.

Sebelum ini, Najib berkata beliau tidak akan meminta Nik Aziz meminta maaf tetapi katanya beliau tidak faham kenapa doa sedemikian perlu dibuat kerana kerajaan pusat telah membantu kerajaan Kelantan dengan menyediakan wang ihsan dan peruntukan lebih RM7 bilion dalam Rancangan Malaysia Kesembilan walaupun negeri itu diperintah oleh Pas.

Perdana Menteri juga berkata Nik Aziz perlu sedar bahawa umat Islam melihat hasrat untuk mendoakan keburukan orang lain itu sebagai keterlaluan dan tidak melambangkan semangat Islam.--BERNAMA.

Maknanya tidak perlu mana-mana pihak pun buat desakan supaya beliau letak jawatan kerana beliau tidak akan akur. Sukar untuk percaya kalau dikatakan orang Umno yang merancang perhimpunan yang diadakan di pintu masuk SUK, mendesak beliau letak jawatan kerana Umno tidak ada apa-apa kepentingan. Kalau beliau berundur pun bukannya orang Umno akan jadi MB, setdak-tidaknya untuk tempoh sebelum selesai pilihanraya umum ke-13.

Tidak mustahil perhimpunan itu dibuat dan dirancang dengan teliti oleh orang Pas sendiri yang mahukan Ddato' Nik Aziz berundur dari kerusi MB kerana keberunduran beliau dari jawatan MB mnjadi suatu keperluan untuk membaik-pulih Pas dan Kerajaan Kelantan yang tercalar dan dilanda kemelut berpunca dari Dato' Nik Aziz dan keluarga.

Kalau pun ada orang Umno yang menyertai perhimpunan itu barangkali sekadar memberi sokongan moral atau kerana diminta membantu meramaikan jumah penyertaan oleh dalang sebesar perhimpunan yang saya yakin terdiri dari kalangan mereka dalam kilas, dalam serban dan dalam jubah Pas sendiri yang melihat sudah sampai masanya Dato' Nik aziz berundur.

Tetapi bagi sayalah, untuk seorang tokoh seperti Dato' Nik Aziz, tidak perlu desakan dibuat supaya berundur kerana kalau ibarat buah, beliau sudah terlalu ranum dan hanya tunggu masanya sahaja lagi untuk gugur. Buah yang ranum tidak perlu dikait atau dahan dan pokoknya digoyang supaya buah luruh kerana buahnya akan luruh sendiri.

Tidak mustahil ada buah yang tidak luruh sampai samban dan kering dipokok tetapi buah sedemikian lazimnya akan rosak dan tidak boleh digunakan. Bagi Dato' Nik Aziz apa yang nak dihairankan kerana yang buat desakan cuma 200 orang budak-budak nakal.

Tentang angka ini agak pelik sikit, ada blog yang lapor jumlahnya sekitar 500 ratus manakala pihak akhbar arus perdana lapor kira-kira 1,000 orang. Yang pasti, angka sebenar tidak tepat kerana pelapor tidak ketuk kepala pun bagi bilang satu persatu untuk mendapatkan jumlah yang tepat.

Saya merujuk kepada laporan BERNAMA yang bebas dan berkecuali sifatnya. Bernama melaporkan perhimpunan tu disertai 1,000 orang dan saya yakin dengan Bernama kerana ianya agensi berita yang tidak ada kepentingan dengan mana-mana parti politik sebagai sebuah agensi berita rasmi negara. Bernama tidak mengamalkan sikap mesensasikan laporannya.

13 comments:

melayu kampong said...

pengarang,

semoga kita dan seluruh ummat bahagia dunia dan akhirat.


MORAL KISAH ABDULLAH ANDALUSIA - DARI MATA SAYA:

".. BELIAU TELAH MENGAHWINI GADIS KRISTIAN YANG BAPAK GADIS ITU KETUA PADERI. SYARAT BOLEH MENGAHWINI ANAK GADISNYA [OLEH ULAMAK ITU SALAH SATUNYA] IALAH MENJAGA/ MEMELIHARA BABI.."

".. PERKARA INI BELAKU SEMASA PERJALANAN ULAMAK ITU DENGAN ANAK MURIDNYA UNTUK MENUNAIKAN HAJI.."

JIKA MANUSIA ITU SEDANG DALAM "TEMPOH BALASAN/ PEMBALASAN", SUSAH ATAU MANA MUNGKIN DIRINYA SENDIRI KENAL/ SEDAR DENGAN KESALAHAN DIRINYA MELAINKAN DIHUJUNG TEMPOH ITU; SETELAH DATANG IZIN/ PETUNJUK UNTUK TAUBAT DARI YANG MAHA PENYAYANG.

ELOK SELURUH TANAH AIR MERUNSINGKAN PERKARA INI ATAU BERDOA PADA YANG MAHA BERKUASA UNTUK MEMBERINYA "CEPAT" PETUNJUK.

MUNGKIN JUGA ADA ANTARA MANUSIA SANGGUP BERDEPAN/ SEMBUNYI MENARIKNYA/ MEMAKSANYA KELUAR DAN MENYEMBUNYIKAN NYA..

SEMOGA SELURUH ULAMAK TERMASUK ABDULLAH ANDALUSIA DALAM KEREDHAAN ALLAH SWT.

Abuzar said...

Khalifah Othman ibn Affan, pada usia 80han, telah didesak meletak jawatan oleh segelintir rakyatnya. Beliau tidak pernah melepaskan jawatannya sehingga dia terbunuh.

Menolak kepimpinan yang berteraskan Islam untuk digantikan dengan pemimpin jahil & korup merupakan usaha songsangan.

Pendesak2 yang dipelupuri oleh pemuda2 UMNO di Kelantan sewajarnya berusaha menolak kepimpinan yang jahil, korup dan zalim dari bermusuhan dengan ulamak2 dan pemimpin2 PAS.

armouris said...

Rahsia awet muda Tun Dr. Mahathir? - Rahsia Muda Dr. Mahathir

Anonymous said...

..menarik juga komen Abuzar diatas..memanglah kalau di perkatakan tentang amalan rasuah dan kronisma atau pemimpin yang hendak tungkat langit seperti yang tohmah kepada Tun Mahathir dulu akan tergambarlah ianya berlaku dikalangan UMNO..persepsi buruk yang tonjolkan oleh PAS terhadap UMNO sejak berzaman..

..tetapi adakah perkara buruk seperti ini tidak berlaku dikalangan pemimpin PAS ??? memang senang mendesak orang lain supaya berundur tetapi adakah diri sendiri sanggup melaksanakannya.. apabila dah seronok pegang kuasa ni memang susah untuk berpisah dengannya..inilah orang Cina kata'cakap tak serupa bikin'..isu terkini 'sponsor pakej haji RM65 ribu seorang' oleh seorang kontrakter tu adakah ianya bukan rasuah..pakej untuk suami isteri ialah RM130 ribu..CEO PMBK suami isteri pula sebanyak RM130 ribu lagi..jumlahnya RM260 ribu..dah lebih suku juta..eh banyak tu..mahal dan mewahnya ibadat haji mereka..sepatutnya mereka yang terlibat bersyukur kerana disebabkan puak Quraish Malaysia buat bising tentang isu ini TGNA telah terpaksa batalkan niat tunai haji itu..tapi masih minta disponsor lagi untuk tunai haji tahun depan..seronoknya jadi MB, pergi haji pun ramai orang nak sponsor dengan pakej mewah VVVIP..Tok Guru pondok jangan diharaplah nak dapat sponsor pakej haji macam ni, pakej biasa pun belum tentu dapat..

..sebenarnya dalam isu letak jawatan MB oleh TGNA tu, siapakah yang jadi dalang sebenar..yang dok mengidam jawatan MB tu mestilah orang yang fikir dia amat layak untuk jawatan itu dan mestilah dari kalangan orang PAS sendiri..tak mungkin pula orang UMNO boleh ganti TGNA..kalau yang jahat tu dok tohmah orang UMNO je..

..orang UMNO sebenarnya lebih suka atau minta TGNA jangan lagi letak jawatan..lagi lama dia di kerusi MB lagi bagus, lagi hebat serangan musuh dalam selimut yang akan mendedahkan segala macam jenis pekun, kurap, kudis buta, panau yang bersembunyi dalam jubah kerajaan dan pemimpin PAS Kelantan yang selama ini ditutup rapat..dan seluruh rakyat Kelantan, Malaysia dan Dunia boleh lihat dan menilai bagaimana gerak langkah, tepis, elak, TGNA untuk mempertahankan diri dengan fatwa-fatwa baru dan contoh-contoh dari para nabi..

Hj Markoko
Pondok Rumbia

pemudakucalakna said...

Bayaran tambahan persekolahan- mulai 2010

1 MALAYSIA - RAKYAT DIHULUKAN KEUNTUNGAN DIUTAMAKAN

john said...

Hebat jugak hj markoko mengulas..masalahnya kalau boleh hj senaraikanlah pemimpin pengganti yang pada mata haji layak. yang tiada skandal atau yang betul2 tidak berkepentingan.

Pasal saranan tok guru suruh pm2 terdahulu letak jawatan, itulah kita panggil strategi berpolitik. bila pemimpin yang ramai pengikut dan ketrampilan boleh dipercayai, saranannya akan membuatkan orang ramai berfikir tentang kewajarannya.

mengenai komen abe li tu..dia boleh cakap macam2..itu pandangan ahli yang tidak mempunyai kepentingan politik mana2. jika dia ada kepentingan politik saranannya mungkin orang politik boleh ambil tindakan, masalahnya dia diluar parti politik....

sekadar memutarbelit hujah..tak komen tak syok.

ambo said...

Apa yg putar belit nya...

Saya setuju dgn pendapat yg kata org UMNO ni lebih suka TGNA kekal... sbb lebih byk peluru percuma yg diberi sendiri oleh org PAS... sy ulangi org PAS sendiri......

TAPI PENDAPAT SAYA PAKEJ HAJI TETAP RASUAH.... kerana selain ulama... TGNA adalah penjawat awam tertinggi di Kelantan... itu pun susah nak faham... bukti dah jelas depan mata.... apa yg belitnya... ???

RASUAH TETAP RASUAH.... berilah nama apa gantinya RASUAH TETAP RASUAH...

SM_melawati said...

salam abe li,
yang buat demo tu meme puak amno. sbb yg serahkan memorandum tu, che johan che pa, org kmpung sayo adalah timbalan ketua bahagian umno p.mas.xkan abe li x tau.. abe li ni sajo jah.. kut2 mane ada joh x keno abe li..

joostspring said...

john..

kick hanyalah wak dogo je dlm mendedahkan kisah nik aziz ni..

mentang2 la kick ni ahli umno(xsure tubik ko dok lagi),demo kata umno yg nak jatuhkan nik aziz..Tp demo kena igt kick ni keja dgn sapa???lagpun sepanjang kes ni husam xpernah sekalipun keluarkan kenyataan supaya kick behenti dr serang nik aziz..kl husam xberlaga angin dgn kick sbb serang nik aziz,mesti dia akn suruh kick hentikan semua ni..ni dok..husam ambik pendekatan berdiam diri jah,bela nik aziz pun dok lngsung..seakan2 merestui segala perbuatan kick(atau mmg dah rancang dgn kick tuk jatuhkan nik aziz)...

benda ni msalah dalaman dr pas sendri...kl baca dr pihak anak nik aziz gak terang2 oyt ada exco kanan hok duk jaga kick dlm isu ni..sapa lg kl bkn husam...jelas lg soheh la tok dalang nya si husam!!!!!
wlpan pahit tuk ditelan,tp tu la kenyatan yg harus ditelan..

peluang dpn mata..xkan umno nak tgk jah..umno hanya nasi tambah jah dlm kes ni...

so john...
demo salahkan parti sendri dlu sblm nak tuduh org lain...

mantanpas said...

Kato la apa-apa pun...jom tengok blog ni..

http://pasjawab.blogspot.com/

Anonymous said...

beci benar demo ko nik aziz sapa bakit gitu mo.

bakpo gak. acu royat molek

Anonymous said...

..sebagai seorang tok guru semua orang Islam samada PAS atau UMNO sangat hormat dan sayangkan TGNA walau pun wujud perbezaan pendapat dalam soal politik dan hala tuju perjuangan..kadang2 berlaku juga sedikit ketegangan tetapi orang UMNO masih tetap menghormati TGNA..itu dulu..

..tetapi semenjak PAS mula berkawan dan berpeluk arab dengan DAP dan PKR, tutur kata dan sikapnya telah banyak berubah setiap kali dia menyerang UMNO sehinggakan rasa hormat kepada TGNA telah semakin pudar hari demi hari..orang tidak benci kepada TGNA sebagai tok guru, tetapi orang tidak dapat terima sikap dan kerenahnya dalam hal politik seperti yang telah diketahui umum..

..memang Islam dan politik tidak dapat dipisahkan..tetapi jangan diperalatkan Islam untuk kepentingan politik, sebaliknya politik diperalatkan untuk kepentingan Islam...fikir-fikirkan..

Pak Pandir

Anonymous said...

Kalau ada yang dah mendesak untuk letak jawatan, NA sepatut dah boleh timbangkan walau gesaan itu dari UBN. Itu menunjukkan bahawa orang sekarang dah berani menyuarakan desakan kepada NA, kerana pada mereka taraf 'keulamakan' NA dah jadi tawar ebe dah. Boleh dok kat rumah tumpukan mengajar/kuliah agama bagi elok sikit akhlak muda mudi kat Kelantan tu ... barulah sesuai dengan status penduduk negeri SERAMBI MEKAH.. tak gitu abe Li?