Saturday, December 5, 2009

HEBAHAN

Assalam'mualaikum
Semua rakan-rakan & pimpinan PAS di semua peringkat

Untuk pengetahuan semua, PAS Wilayah Persekutuan melalui Lajnah Pekerja dan Peneroka Bandar dengan kerjasama Lajnah Kebajikannya berhasrat untuk mendirikan rumah baru bagi Ketua Cawangan PAS Setia Jaya, Mohd Yusof Samad setelah rumahnya musnah dijilat api seminggu sebelum hari raya Aidil Adha baru-baru ini.

Lajnah akan menyelaraskan kerja-kerja bagi mendapatkan tajaan simen, kayu-kayan, papan, batu-bata, pasir, atap dan segala keperluan berkaitan dalam masa terdekat.

Orang-ramai serta ahli PAS dan penyokong Pakatan Rakyat amat dialu-alukan agar dapat menghulurkan bantuan berupa barangan pembinaan rumah atau wang ringgit kepada lajnah secepat mungkin.

Kepada sesiapa yang mahu berbuat demikian, boleh hubungi terus Pengerusi Lajnah (Haji Ishak Surin 013-3291966) Bendahari Lajnah (Hj Ismail Yahya 013-3847899) dan Setiausaha Lajnah (Tarmizi Mohd Jam 019-2051419).

Sekian harap maklum.
TARMIZI MOHD JAM
Setiausaha Lajnah Pekerja dan Peneroka Bandar
PAS Wilayah Persekutuan
HP: 019-2051419
Facebook: Search / cari Tarmizi Mohd Jam

No comments: