Kunjungan ke Rompin sedarkan saya
JUMAAT dan Sabtu saya tidak muncul melalui blog kerana memenuhi jemputan kenduri kahwin seorang guru (lelaki) dari Kelantan ia,j bernikah dengan wanita (juga guru) dari Kuala Rompin, Pahang. Saya sampai semula ke Kota Bharu kira-kira pukul 2.30 pagi Sabtu. Kesemptanke Rompin diambil untuk saya (turut bawa anak bongsu) melihat tempat orang memandag peluang untuk itu kian terbatas.
Anak bongsu saya dibekalkan dengan sebuah buku catatan. Saya minta dia catat apa yang menarik perhatiannya. Juga apa yang ada di Terengganu dan Pahang tetapi tidak ada di Kelantan. Bas persiaran yang bawa rombongan melalui Jalan Kuala Berang. "Adik tolong catat, nanti abah nak muat dalam blog" itu pesan saya kepadanya.
Saya sengaja menyuruhnya membuat catatan kerana dalam usia 11 tahun (tahun depan dia akan belajar di darjah lima) dia pasti akan jujur dalam membuat penilaian dan catatan kerana wajah-wajah politik belum lagi mewarnai dan mempaliti pemikirannya. Kalau saya buat catatan barangkali ada biasnya.
Antara catatannnya;
1. Jalanraya antara Kuala Berang-Kuantan baru dan molek, masa duduk dalam bas perjalanan bas lancar dan tidak terhinjut-hinjut pun
2. Sepanjang perjalanan Pekan-Rompin bas agak terhinjut-hinjut kerana jalan sehala yang lebih besar sedang dalam pembinaan
3. Ada kilang penghasilan van dan kereta di Pekan
4. Masa sembahyang di masjid dan surau, jemaahnya jauh lebih ramai berbanding dengan masjid dan surau di Kelantan
5. Rata-rata kaum wanita di Pekan dan Rompin bertudung dan jumlah yang dedah aurat hanya jarang-jarang seperti di Kelantan juga.
6. Manakala di kiri kanan jalan perjalanan antara Pekan-Rompin yakni kawasan pesisir pantai, banyak terdapat kolam udang yang tekonolginya sama dengan yang di Selatan Thai, yaki di sepanjang jalan dari Sungai Golok ke Hadnyai yang saya pernah bawa anak saya ke sana ketika beliau masih di TADIKA dulu.
7. Baginya agak pelik macam mana di Pekan ada kubur dekat masjid ditempatkan dalam bangunan berhawa dingin
Semasa anggota rombongan lain masih berdengkur dalam selimut sementara menunggu masa untuk ke rumah pengantin pada pukul 2.00 petang, saya bersama anak dan dua orang rakan ambil kesempatan ronda Pekan Kuala Rompin.
Anak saya mencatatkan kawasan persekitarannya agak lebih bersih dari Koita Bharu. Anak saya juga perasan bahawa diPekan Rompin terdapat agak banyak kedai rawatan kecantikan. Saya pula sempat berbincang dengan seorang peniaga Cina yang mahukan barang-barang permainan kanak-kanak dari Siam serta T-shit. Jika rundingan lanjutan mencapai kata sepakat, Insyaallah hubungan niaga KB-Rompin akan menjadi kenyataan dalam tempoh terdekat.
Bila ke perhentian teksi untuk balik chalet, kami agak terperanjat bila pemandunya sapa kami dalam loghat Kelantan. Rupanya beliau orang Besut Terengganu yang berhijrah ke Rompin. Katanya di Endau Rompin ramai orang Kelantan terutama dari Genting Tumpat, selian dari orang Besut. Mereka kebanyakannya adalah tekong bot nelayan di samping ada yang bekerja sebagai awak-awakselain dari ramai yang berniaga, terutama membuka kedai makan.
Semasa singgah di sebuah kedai makan, tuanpunya kedai memperkenalkan dirinya sebagai Syed Annuar Syed Abdullah, waris kepada Syed Agil Abdullah Repek (rakan saya yang merupakan seorang penulis drama radio tersohor, kini Allahyarham). Isterinya orang Tendong.
Bila kami tanyakan kedai runcit untuk cari berus gigi yang terlupa dibawa, Syed Anuar membawa kami ke sebuah kedai runcit yang agak besar milik orang Kelantan, saudara kepada isterinya. Berada di Rompin macam berada di Kelantan juga.
Kesimpulan yang dapat dibuat, dari sudut pembangunannya, Rompin jauh lebih membangun dari Kota Bharu dan kecenderungan terhadap kehidupan berlandaskan Islam juga tinggi, yang wanitanya bertudung manakala masjid dan surau jemaahnya jauh lebih ramai berbanding dengan masjid dan surau di Kelantan.
Dalam hati kecil saya bertanya, di mana tidak kenanya negeri yang diperintrah oleh Barisan Nasional. Kalau Rompin payah untuk cari makan, masakan ianya dibanjiri oleh orang Kelantan sehiggakan berada dua hari di Rompin tidak memerlukan saya dan anggota rombongan berkomunikasi menggunakan bahasa persuratan, kami boleh bercakap loghat Kelantan macam berada di Kelantan.
Sebelum ini saya kerap juga melalui Jalan Kuala Berang dalam perjalanan ke Pahang di samping menggunakan jalan pesisir pantai (Penarek) bagi menghantar akhbar mingguan, majalah dan buk-buku terbitan syarikat saya.
Terbukti perubahan sama ada di Terengganu mahu pun Pahang agak cepat berbanding dengsn Kelantan. Yang seronoknya sama ada di Terengganu atau Pahang, orang Kelantan adalah antara yang terlibat sama mengaut faedahnya.
Kunjungan singkat saya ke Rompin menyedarkan saya kenapa bila saya balik beraya di kampung mendapati masjid jemaahnya hanya ada iman dengan bilal sahaja manakala ada madrasah yang sudah penuh dengan sarang labah-labah akibat sudah lama tidak digunakan.
Rupanya lebih ramai yang memilih berhijrah kerana peluang untuk hidup lebih mudah berada di luar Kelantan. Kalau di bandar pesisir pantai macam Rompin pun boleh dibanjiri orang Kelantan, apatah lagi di bandar-bandar yang yang lebih banyak peluang hidup mudah, pastilah ia menjadi destinasi orang Kelantan berhijrah.
Jumaat dan Sabtu saya tidak membaca akhbar dan tidak membuka komputer menyebabkan saya kehilangan maklumat semasa. Saya akan kembali berblog esok (Ahad), setelah segala lenguh lumpuh urat geramat tua saya kerana lama berada di atas bas, hilang.
Saturday, December 5, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
kesimpulannya..jika tempat itu ramai orang kelantan yang beriman..tempat tu akan maju...jika tempat tu ramai orang kelantan yang jahil..tempat tu akan banyak kemaksiatan (setengah2 kawasan di kl)...kelate buleh..
pantun rekaan ambo hok tok ngarut skit...
"hujan emas negeri orang,
hujan batu negeri sendiri,
kalau tak pandai guna peluang, negeri sendiri tak berguna lagi"...
jadi berhijrahlah...
tima kaseh kjaan krn mengenakan bayaran tambahan kepada anak2 kami utk bersekolah.............
apa kes ni...sejak najib pegang ni macam2 naik lagi hebat dari zaman Pak Lah, apa yg aku perasan dia ngan big mama dok ronda dunia merata rata.
Hidup 1 Malaysia.... rakyat didahulukan....
atau pun
Rakyat di kenakan dahulu........
Bewok dan umnongok: Apa ni? macam mana melayu nak maju? Nak bersaing dengan bangsa lain kat Malaysia ni, nak bersaing diperingkat global, kalau semua nak subsidi? Usahlah sikit jangan bergantung sangat dengan Kerajaan. Kerajaan dah bagi banyak peluang rebutlah macam abe cerita tu. Jadilah manusia yang berjiwa besar ... fikirkan apakah sumbangan kita kepada bangsa dan negara, jangan fikir apa yang kita nak free dari Kerajaan. Moga Allah membersihkan hati kita dari perkara-perkara yang merugikan. Amin.
YANG PELIKNYA sekolah agama rakyat yang dikelolakan oleh kerajaan negeri kelantan tak dikenakan bayaran ke???
Pada saya, sedangkan nak berakpun kena bayar di setiap tandas kota bharu, inikan pula nak menuntut ilmu.
bayaran tambahan dikenakan untuk manafaat pelajar tersebut.
Kalau tidak mahu bayar boleh tapi belajar tak payah guna buku dan alat tulis. Kalau nak menulis jugak, tulislah dengan air liur di atas dahi.
Tiada mana-mana kerajaan di dunia ini yang boleh menyediakan semua perkhidamatan percuma kepada rakyatnya.
Kerajaan PAS pun tak boleh berbuat demikian!
Post a Comment