Saturday, December 5, 2009

MUNCUL KEMBALI (541)

Percayakan doa Nik Aziz boleh cederakan akidah

KEHEBATAN orang politik dalam berparti politik adalah mencipta isu-isu baru apabila ianya terkepung oleh isu yang boleh mengurangksn populariti atau boleh menjejaskan kedudukan serta menggagalkan matlamat.

Pengamalan yang luas kerana tidak pernah koma dan noktah dari persada politik tanahair sejak tahun 1967 menjadikan Mursyidul Am Pas, Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat agak liat dan sukar digugar sama ada oleh lawan di luar mahu di dalam parti sendiri.

Media digunakan dengan begitu mewah tetapi melalui taktik dan teknik seolah-olah media yang pelahapkan kenyataan-kenyataan dari beliau sedangkan beliau seakan cuba mahu mengelak dari media. Itu yang nampak pada mata masyarakat terbanyak.

Kebijaksanaan Nik Aziz mengeskpolitasi media adalah kerana beliau sendiri mempunyai pengalaman dalam bidang kemediaan. Semasa di Mesir beliau sendiri pernah jadi orang media secara sambilan dengan berkhidmatan sebagai petughas samblan di akhbar berpengaruh di negara berkenaan, yakni Al-Ahram samping berpegalaman memikul senjata sebagai sukarelawan mwalawan Israel.

Pengamalan-pengalaman mahalnya yang tidak dimiliki oleh orang politik di negara ini menjadikan mudah untuk beliau menutup segala kelompnangan yang wujud dan diwujudkan sama ada atas nama Mursyidul Am Pas atau pun sebagai Menteri Besar Kelantan.

Sebarang teguran oleh mana-mana pihak, termasuk oleh kalangan tokoh agama sebagaimana yang disarankan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi berhubung idi doa kemusnahan tidak akan menjadi suatu pukulan maut kepada Nik Aziz.

Sebaliknya ianya akan menjadikan Nik Aziz semakin popular dan semakin mendapat tempat di dada akhbar, corong radio dan di kaca tv. Mungkin pihak pegurusan dan jabatan pengarang setiap media tidak sedar bahawa Nik Aziz sering melebihi kuota penyiaran, termasuk mengatasi kuota untuk Perdana Menteri bagi menduduki senarai laporan utama, khususnya dalam tempoh tiga bulan ke mari.

Kalaulah mengurangkan kepopularitian NIk Azi menjadi suatu keperluan kepada Umno/BN, maka pada saya coretan Awang Selamat pada ruangan Bisik-Bisik Mingguan Awang Selamat adalah formula paling berkesan, ibiarlah si luncai terjun dengan labuny, yakni biarkan Nik Aziz dengan kerenahnya.

Ertinya media arus perdana kena jangan melayani, yakni jangan kemaruk memburu dan semolek-moleknya jangan siarkan laporan-laporan mengenainya sebagai berita utama. Kalau bagi memenuhi keperluan komersial, barangkali boleh disiarkan dalam bentuk laporan berita kaki atau berita penyendal sahaja.

Biarkan sahaja media milik parti yang didukung Nik Aziz serta akhbar-akhbar alternatif dan blog yang terus kemaruk menyiarkan apa-apa jua laporan mengenainya yang mana jumlah pembaca akhbar parti, akhbar alternatif dan blog tidak akan mampu menyanyigi jumlah pembaca, termasuk dari sudut kesahihan laporannya.

Apa yang perlu dipercayakan ialah manusia tidak akan binasa oleh doa sesama manusia. Kalau ada kepercayaan bahawa doa NIk Aziz keramat dan mustajab dan boleh menyebabkan kalau didoaksnnys supaya pecah perut maka orang yang didoakan itu akan pecah perut, maka kalangan yang mempercayai sedemikian akan rosak akidahnya.

Kalau ada yang percaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan musnah kerana doa kemusnahan Nik Aziz, maka orang yang mempercayainya akan mengalami kecederaan keislaman, keimanan dan ketakawaannya. Tetapi bukan seperkara yang mustahil orang doakan kemusnahan orang lain itu yang akan musnah.

6 comments:

beer end said...

Hidup 1 Malaysia.... rakyat didahulukan....

atau pun

Rakyat di kenakan dahulu........

Tok ayah Su said...

Salam hormat !

Untuk pertama kalinya saya mendengar khutbah yang dibaca olih seorang khatib diatas membar dihari jumaat yang lepas telah menyarankankan kepada para jamaah agar lebih menghormati ulama' dengan tidak mengeluarkan kata kata celaan dan sebagainya sebagaimana diperhatikan sejak akhir akhir ini didapati ada dikalangan ulama' sering dilemparkan kata kata nista dan menjadi bahan fitnah olih pehak pehak tertentu.

Khatib tersebut turut menghentam bahan bahan bacaan sebaran am termasuk akbar akbar arus perdana dan disebut tanpa berselindung lagi akan nama syarikat syarikat akbar yang terlibat. Malah katanya sumber berita dari internet termasut blog dan sebagainya juga ada yang turut sama terikut ikut rentak bentuk sebaran media cetak ini walhal kebanyakkan akbar hanya mahukan setiap berita itu menjadi sensasi dengan tujuan untuk melaris sekaligus dapat meningkatkan jumlah jualan akbar masing masing katanya.Olih yang demikian marilah sama sama kita membuat penilaian dan fikir fikirkan....!

anak tok ayah said...

Menghormati ulamak adalah dituntut oleh Islam. Siapa yang harus bergelar ulamak? Adakah TGNA boleh digolongkan dengan ulamak muktabar??? Kalau orang PAS sahaja yang menganggap ianya ulamak sedangkan yang lain tidak, adakah ia layak digelar ulamak.
Pada saya, seseorang ulamak itu haruslah boleh diterima oleh seluruh umat Islam dan bukan segelintir sahaja.

Warih Jauh-Jauh Gemulah Tok Awang said...

Apakah runtuhan KB Mall yang menyebabkan kematian itu satu amaran supaya jangan persendakan bila runtuhan berlaku di Terengganu atau di mana-mana tempat sekali pun kerana kemalangan boleh berlaku di mana-mana saja.

2. Kebetulan runtuhan berlaku sehari sebelum TGNA hadiri majlis di KB Mall. Bayangngkan kalau kejadian itu berlaku esok. Pasti akan jadi lain ceritanya.

3. Sepatutnya TGNA guna keramat dan mustajab doanya supaya kes-kes macam ni tak berlaku, bukannya asyiok syorkan doa kemusnahan.

4. Anak angkat tabik denga MKJ kerana berani membuat teguran berguna buat TGN yang asyik dijulang dan dibodek oleh para pengampu.

Anonymous said...

Hanya Allah yg tau apa yg berlaku...
dan hanya Dia lah...yg tau apa yg benar..apa yang salah..siapa yang benar dan siapa yang salah..
Sedangkan kite hnya melihat...memerhati.. dan mendengar dripada orang ramai..atau pun ada mungkin seseorng yang agak berlagak arif mencari sumber2 yg die percayai kerana disebabkan pengalamannya 30thn lebih dlm ilmu kewartawanan ini... adakah dpt mengetahaui kesemua intipati yg berlaku melainkan orang yang terlibat sebenarnya... seseorg yg hanya pndai memutarbelitkan fakta hanya di lembaran kosong xperlu nk berlagak, mereka mengetahui semua hal sedangkan bukan mereka terlibat...mereka sendiri msih tdk pasti apa yang berlaku...tetapi sgt liar melemparkan kata2..sedangkan mereka tidak tahu siapa yang telah teraniya...buka mata yang telah buta...jangan pekakkan telinga... tidak perlu bersungguh2 dengan perkara yg blum disaksikan sndiri dengan mata kasar... entah la..semakin hari, nampakya manusia semakin tidak boleh berfikir dengan mata hati semuanya sedang berfikir dengan mata money... Benarlah yang seperti digambarkan oleh Rasulullah..Akan berlaku di akhir zaman keadaan yang celaru., orang amanah dikatakan khianat, org khianat dikatakan amanah, orang benar dikatakan bohong dan orang bohong dikatakan benar.... Biasalah...SYAITAN AKAN BENCI KEPADA ORANG BERIMAN!!.... apa yang berlaku semua ada hikmahnya..

Anonymous said...

MeLI.... bakp0 ngan mung nie!! mung xtau k0 bakp0 t0k guru Nik Aziz tu 0yak gitu??? Xkay lah mung xtau... Mung n0k k0 najib rampas r0yalti miny0k negeri kit0?? h0k kit0 2.. mung ni kn meli kalu aku 0yak mung b0d0 mung marah..aku pun malah ar nk 0yak nnti xpasa2 mung 0yak aku r0sak akidah pul0k d0k..mung kn suk0 oyak gitu... pelik aku..mung d0k mar0h2 k0 t0k guru.. bekalih mung suk0 k0t ore amik h0k mung..msti kalu 0re amik h0k mung, mung kat0..amik la..amik la..i rela..amik la semua..jgn tgl sikit tau...msti gitu aku ag0k..d0k ras0 d0h..ph 2 mung tulis kat bl0g mung..JOM KWN2 SEMUA..KITA SOKONG YANG RAMPAS HAK SAYA TADI..KITA SOKONG DIA KERANA DIA SANGAT BAGUS MERAMPAS HAK SAYA...w0w!! mung bij0k arr..1 dlm 1000000000(aku pn xtau bap0)..aku n0k tabik spring k0 mung arr, kal0ny0 0re mroh kalu ad0 0re rmpas h0k kit0, tp mung suk0..bangg0 bekalih.. ptt lah mung duk kat0 k0 t0k guru.. mung ingat t0k gru sj02 k0 nk d0a gitu,. di0 d0a gitu pun sbb rakyat2 kelate..sbb mung jug0k arr..0re kelate... mung ingat t0k guru xd0k kij0 lain k0..xpun mung.. free d0h 0h sapa tulis ngarut2...ceh!!! hebat kan...jange kacau t0k guru amb0... nmp0k berani sgt nk tgur..acu teh mung g tegur sndiri t0k guru... stkt tulis dale bl0g nie..blh arr..cucu aku bleh tulis.. g arr.. tegur sndiri...xgun0 0yak dale nie..nnti mung g tgur mung record arr..ps 2 ltak dale bl0g deh...amb0 nk tgk sekalih....!!!