Sunday, December 6, 2009

MUNCUL KEMBALI (556)

Empayar boleh bertahan lama bukan kerana kekuasaan ketenteraan tetapi kerana kekuatan minda

ORANG tua-tua meninggalkan rangkaikata keramat sebagai peringatan supaya anak-anak diberikan didikan yang betul yakni melentur buluh biarlah ketika rebungnya, maknanya dalam mendidik ana-anak biarlah ketika pada saat baru lahirnya.

Sehubungan dengan itu pada saya apabila kerajaan
akan memperhebatkan pendidikan kanak-kanak yang mempunyai kecerdasan minda (IQ) dan kognitif luar biasa bagi memastikan mereka dapat memperkembangkan kebolehan masing-masing ke peringkat lebih tinggi adalah sesuatu yang amat dan tersangat wajar.

Keputusan kerajaan
untuk membina Kompleks PERMATApintar Negara di dalam kawasan kampus Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi memberikan pendidikan khusus kepada kanak-kanak pintar berusia 16 tahun sebagaimana yang dinyatakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah sesuatu yang besar menfaatnya kepada rakyat dan negara tercinta ini.

Kalangan yang kanak-kanak pintar wajar diasingkan dari kalangan yang kurang pintar untuk diberi pendidikan kerana kalau pelajar pintar dengan kurang pintar diletakan dalam satu kelas akan menimbulka rasa bosan di kalangan pelajar pintar menghadapi kerenah rakan sekelas yang kurang pintar.

Dari rasa bosan akan mendorong para pelajar untuk melakukan aktiviti-aktiviti bagi meghilangkan rasa bosan, malah tidak mustahil mereka akan terjebat dalam kegiatan-kegiatan yang tidak sihat sama ada sebagai pembuli, ponteng kelas dan sebagainya.


Saya sangat bersetuju dengan Perdana Menteri bahawa.
bakat kanak-kanak pintar yang terdiri dari lima peratus dari keseluruhan kanak-kanak kalau dipupuk dan dikembangkan secara saintifik akan membolehkan lahir satu generasi baru rakyat Malaysia yang lebih berkemampuan dalam semua aspek.

Sememangnya dalam membentuk sebuah tamadun yang gemilang, maka tiang seri mesti merupakan proses pembelajaran dan pengajaran yang boleh melahirkan masyarakat yang berteraskan ilmu.

Mesti disedari bahawa empayar yang boleh bertahan lama bukan yang menggunakan kekuasaan ketenteraan tetapi yang berasaskan kekuatan minda. Oleh itu warga yang cerdas mindanya tidak patut dipersiakan, sebaliknya mereka perlu dieksploitasi demi kemenfaatan negara.

3 comments:

pemudaumnongok said...

niat yang baik semoga SATU MALAYSIA menjadi satu empayar yg kukuh dan jitu serta disegani ramai sepertimana EMPAYAR MONGOLIA

ambo said...

Pemudaumnongok adalah contoh terbaik.. seorang manusia yg pintar tapi tidak dibimbing emosinya.... hasilnya kita boleh nilai..... meracau tak tentu hala...

Anonymous said...

OOoo..Empayar boleh bertahan lama bukan kerana kekuasaan ketenteraan tetapi kerana kekuatan minda, emmm..tp kn bagaimana pula dengan pemimpin yang ada hati utk merampas hak rakyat dalam negeri????? itukah dipanggil pemimpin yg menggunakan minda...