Sunday, December 6, 2009

MUNCUL KEMBALI (557)

Jangan kedekut untuk menjadi tetamu Allah

UNTUK musim depan, kos menunaikan haji mungkin akan bertambah apabila Lembaga Tabung Haji (TH) diminta membuat kajian mendalam terhadap kemungkinan kenaikan kadar tambang haji ekoran peningkatan kos penginapan di Tanah Suci Mekah.

Sesetengah tempat penginapan di Mekah meningkat sehingga RM7,500 bagi seorang jemaah berbanding kadar sedia ada sebanyak RM3,000, peningkatan lebih dari sekali ganda. Pasti ianya akan menjadi pertikaian bagi mereka yang tidak betul-betul faham dengan tujuan dan tuntutan menunaikan haji, termasuk tujuan sunat korban sempurna raya haji.

Dalam sunat korban, kita digalakan memilih binatang yang hedak dikorbakan dalam keadaan sihat, tidak cacat, malah kena yang paling terbaik kerana ianya akan digunakan sebagai kenderaan di akhirat nanti muntuk ke syurga. Bagi yang faham tujuan korban, maka akan dipilih binatang yang memenuhi ciri-ciri yang digalakan tanpa megambil kira harganya tetapi bagi yang tidak faham, mereka akan cari yang paling murah tanpa megambil kira kualiti binatang yang mahu dikorbankan.

Sesungguhnya tujuan ke Mekkah menuanikan haji adalah untuk menjadi tetamu Allah Maha Pencipta, Allah yang menentukan sama ada kita akan dapat nikmat syurga atau azan neraka. Dengan pergi ke Mekkah dan menjadi tetramu-Nya kita boleh memohon keampunan bagi dosa-dosa masa lalu, doa di Mekkah dijanjikan akan diberi keampunan.

Jadi untuk sebuah syurga, kenapa soal berapa jumlah yang kena bayar tidak patut dipertikaikan. Lagi pun haji menjadi wajib hanya kepada mereka yang berkemampuan untuk sampai ke Mekkah sama ada dengan jalan darat, laut dan udara. Yang tidak mampu tidak wajib ke atasnya. Bila mati dalam keadaan tidak wajib, kalau sempura Islam, iman dan takwa tetap ke syurga.

Bagi saya kenaikan yuran persekolahan, kenaikan harga beras dan pelbagai baran keperluan, kenaikan petrol dan sebagainya boleh dipertikaikan, malah kalau perlu boleh diadakan demontrasi membantahnya.

Tetapi bagi kernaikan kos untuk ke Mekkah, lebih baik jangan dipertikaikan, malah kalau pun ianya memerlukan sebungkah emas untuk sampai ke sana sekali pun, maka bongkah emas itu kena digunakan kalau tidak menyebabkan kita dan keluarga tidak akan papa dan merempat kerana bongkah emas dignakan untuk pembiayaan ke Mekkah.

6 comments:

Pak Mat said...

Setuju dengan pendapat saudara Ramli. Tabung Haji hendaklah memaksimunkan keuntungan.Tak apalah rakyat berkorban sikit, lagi pun Tabing Haji bukanlah badan kebajikan, ia patut menjaga pelabur2 dan bukannya mengurangkan dividen mereka. Rakyat yg susah buat apa nak pergi haji kalau dah tahu tak mampu. Kepada rakyat yg berpendapatan sederhana dan miskin jgn mimpilah nak pergi haji kalau tak dijual tanah atau rumah. Wajib haji bagi yg mampu. Tabung Haji bukan tempat kebajikan

john said...

Mmm yo lah pak mat...hok miskin dok menabung 20 tahun..tambah lagi 5 tahun..panjang umur buleh pergi..tengok sampai cukup 5 tahunnaik pulok tabung haji..tok berhaji mano lah jawabnyo..kalau nak cakap seperti hok abe li sarankan ni kepada golongan sederhana dengan kaya buleh le yang dok berumrah berpuluh2 kali tu..hok yangpetani tu kita kira tak sampai seru lah.

P/s :Ambo raso kalau kerajaan perkenal 'susidi' haji kepada golongan berkenaan ini ambo pasti kerajaan bn akan mendapat laba yang sangat besar...fikir-fikirkan saranan ambo ni abe li.

meli kapok belawik said...

biasalah urusan nok gi haji di tempat kita diuruskan oleh "LEMBAGA" tabung haji sebab tu lah kerap hilang duit..akhirnya RAKYAT YANG DIDAHULUKAN DAN KEUNTUNGAN DIUTAMAKAN

Anonymous said...

yo lo tu meli kapok belawit...tapi demo tulong oyat, banyak mano dan kekerapan hok hilang duit tu..acu tunjukkan peratusan hok hile duit berbanding jasa tabung haji?. Kawe raso kalu wi ko demo mengurus..belum tentu lagi demo tok jjadi 'LEMBAGO'nyo! Hok jong ngato meme sedap la...tabung kematian kkampung sdiri pun tak leh nak urus!

Anonymous said...

assalamualaikum
rasa x sedap mata baca blog abg li hak akhir2 ni, bukan apa bentuk tulisan / font tu berubah2 laa, kekadang macam guna ariel, kekadang macam kecik dooh, pah tu besar sangat. minta abg li stabil kan tulisan buleh ko, nayo ko ambo hak rabun ni

ambo said...

Sepanjang ambo menabung di TH... tiada duit yg hilang... tapi pulangan tahunannya makin kurang... alasan diberi keuntungan pelaburan berkurangan.....

p/s: lg bagus mana2 VVIP yg ditaja... yg telah haji dua tiga kali.. hulurlah penajaan tersebut pada mereka yg lebih layak... ambo rasa lebih besar LABA nya... pada VVIP tersebut....