Khairy dan nasib sebagai menantu tokoh penting
BILA Datuk Seri Najib dalam pengumuman anggota kabinetnnya tidak memasuk-senaraikan menantu mantan perdana meteri kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai antara anggota kabinetnya, musuh Umno/BN gembira kerana pada ramalan mereka Khairy Jamaluddin selaku Ketua Pemuda Umno akan mengamuk sakan atau setidak-tidaknya segala peluang untuknya menapak lebih jauh dalam kancah politik negara telah terhadang.
Lebih-lebih lagi apabila Naib Pemuda Umno dianggota-kabinetkan, maka pada suluhan musuh-musuh Umno, Khairy bukan sahaja diperhina dan hati serta perasaan disiat dan dilapah, tetapi beliau adalah merupakan watak yang tidak diperlukan oleh Umno, setidak-tidaknya pada era penerajuan Najib sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno.
Yang pasti beliau sebagai menantu telah dijadikan faktor penyebab kerajaan era penerajuan Tun Abdullah sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno diserang hebat, malah telah menterpaksakan Tun Abdullah menyerahkan tugas penerajuan negara dan parti kepada Najib lebih awal dari waktu yang sepatutnya.
Namun Khairy telah membuktikan bahawa beliau seorang tokoh muda yang tidak cepat melatah dan bukan seorang yang gelojoh untuk meraih kedudukan. Ketidak-senaraian beliau sebagai anggota kabinet diterima dengan terbuka, berlapang dada dan profesional. Tidak ada sebarag amukkan atau tanda protes ditonjolkan oleh Khairy.
Bak kata orang kalau sudah intan, biar pun tenggelam atau ditenggelamkan dalam lumpur yang busuk dan hanyir, sinarnya tetap menyerlah. Benih yang baik kalau jatuh ke laut akan menjadi pulau, jatuh ke bumi menjadi gunung.
Bersama suratan dan takdir kewujudannya ke dunia ini, saya yakin kemugkinan Khairy akan dilantik sebagai timbalan menteri bukan hanya khabar liar dan tidak berasas. Beliau akan melangkah bergaya ke kabinet atas nama peribadinya dan tidak atas diistimewakan sebagai menantu perdana menteri dan presiden Umno.
Bila bercakap tentang Khairy, mahu tidak mahu orang akan teringatkan betapa beliau dan mertuanya diserang hebat kerana beliau menantu perdana menteri walaupun beliau menjadi menantu kepada Tun Abdullah ketika Tun Abdullah bukan lagi seorang perdana menteri pun. Semasa mertuanya sebagai perdana menteri, beliau ikaitkan dengan amalan nepotisme dan kronisme.
Tidak lama mana selepas keberunduran Tun Abdullah, tudingan serangan berkaitan dengan pemimpin utama kerajaan memberi keutamaan kepada menantu, sekaligus dikatakan wujud amalan nepotisme dan kronisme tiba-tiba melanda Menteri Besar Kelantan, Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Mursyidul Am Pas, Dato' Nik Aziz merpakan ibusawat kekuatan Pas.
Berbanding dengan Tun Abdullah, Nik Aziz lebih aib kerana dengan imejnya sebagai orang makan minum, tidur bangun dan segala-gala berlapikkan Islamisme bukan sahaja telah melantik menantunya secara yang dipertikaikan kewajarannya dari dalam Pas sendiri pada sebuah agensi yang mana beliau adalah pengerusinya tetapi juga beliau dipalitkan juga dengan isu penajaan bernilai RM65,000 seorang untuk menunaikan haji.
Dalam Khairy sebagai bekas menantu perdana menteri yang cukup diperhina dan dipertikaikan pada era mertuanya menjadi perdana menteri dan presiden Umno menunggu saat untuk melangkah gagah menganggotai kabibet, menantu Menteri Besar yang sedang menerima desakan dari dalam dalam supaya melera jawatan pula, sedang mengemaskan barang-barang milik peribadi kerana dipaksa supaya tinggalkan pejabat Perbadaan Menteri Besar (PMBK).
Apakah kedua-dua menantu kepada tokoh penting itu menerima nasib masing-masing tanpa sebarang hikmah untuk direnungi, diteladani dan disempadani? Jawabnya tentulah tidak kerana kedua-duanya menjadi watak yang menjadi perhatian dan bahan bual bicara, kepedulian serta faktor penyebab bagi meleburkan mertua masing-masing.
Sudah tentulah dalam menghadapi saat-saat yang mencemaskan demi air muka dan reputasi masing-masing, kedua-duanya berdoa supaya Allah memberikan yang terbaik untuk diri masing-masing dan keluarga, terutama menantu yang dijadikan faktor untuk jejaskan reputasi masing-masing.
Bila Khairy sebagai menantu bekas perdana menteri bakal melangkah ke kabinet manakala menantu menteri besar terpaksa kemaskan barang-barang peribadi kerana dipaksa kosongkan pejabat, maka doa siapa sebenarnya yang makbul dan siapa sebenarnya yang tulus dan bersih dari amalan nepotisme dan kronisme?
Juga kenapa nasib menantu Tun Abdullah nampaknya lebih baik dan menantu Nik Aziz dirundung malang. Semua yang berlaku bukan berlaku untuk sia-sia tetapi untuk menjadi bahan renungan dan supaya kita dapat memuhasabah diri sama ada apa yang kita anggap, yang kita percaya dan kita lakukan selama ini betul atau silap.
2 comments:
..Abe Li..ambo tak se komen banyak dah..ramai dah orang dok pakat kecek hal ni..cuma ambo teringat kata-kata orang tua dulu kala tu benar sengoti weh.." KATA DULANG PAKU SERPEH..KATA KO ORANG KITA YANG LEBIH"..Allah tu Maha Adil..Dia bayar tunai apa yang puak PAS dok mengata ke Pak Lah & menantunya dulu..bayaran dibuat begitu cepat atas dunia lagi..banyak dah iktibar yang ambo tengok tentang kes dok mengata ke orang ni..lambat bangat Allah akan balas..
Pak Pandir
Pondok Takdikenali
apapun hampir semua penulis blog dan ahli politik di negara ini 2X5 sahaja sahaja nguduh ka orang no 1. dengan bahasa yang kesat tak dak ciri-ciri orang Melayu beragama islam. Istighfarlah banyak banyak
Post a Comment