Royalti minyak: Kelantan tidak patut buang masa dengan beretorik
SAYA bersetuju dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Muhamed Nazri Abdul Aziz bahawa tindakan membawa isu royalti minyak ke mahkamah adalah paling tepat berbanding dengan Menteri Besar Kelantan, Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat asyik beretorik dengan ugutan dosa kemusnahan dan 'pecah perut'nya.
Lagi pun kerajaan Pas Kelantan melalui exco kanannya, Dato' Husam Musa bukan sahaja pernah menegaskan akan membawa kes ke mahkamah, malah turut merancang akan membatalkan perjanjian carigali dengan Petronas.
Oleh kerana Kerajaan Persekutuan statik dengan pendirian bahawa tindakan untuk memberikan wang ehsan kepada Kelantan adalah tindakan yang betul, bukan sahaja sekadar doa supaya Najib dan koncu-koncu ditimpa kemusnahan dan pecah perut tetapi kalau didoa supaya Najib dan anggota kabinet serta para penyokong jadi kambing Jamnapari sekalip pun keputusan itu mungkin tidak berganjak.
Ini adalah kerana kerajaan pusat tahu apa yang sebenarnya rakyat tidak tahu betapa Kerajaan Pas Kelantan sedang hadapi masalah kewangan yang sangat kronik dan wang hasil dari minyak sangat-sangat diperlukan supaya kerajaan dapat bernafas lega.
Kalau wang yang bagi Kerajaan Pas Kelantan patut dinamakan royalti disumbangkan ke Kelantan dan bukan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) dinamakan wang ehsan pun dalam dolak dalih akan diterima dan tidak akan timbul soal mahu doakan kemusnahan dan 'pecah perut'.
Tindakan tanduk pimpinan Kerajaan Pas Kelantan yang anggap mereka bijak berpolitik tetapi menampakkan ciri-ciri kehingusan secara tidak langsung menari kecenderungan mereka yang rajin berfikir kenapa soal nama dipertikaikan, bukankah kalau wangnya sampai dan memberi faedah kepada rakyat dan negeri, kalau dinamakan wang sedekah sekali pun apa salahanya.
Yang jelas nampaknya kerajaan persekutuan lebih mengutamakan kepentingan rakyat dan negeri dengan menyalurkan wang ehsan mealalui JPP dan tidak disalurkan kepada Kerajaan Pas Kelantan yang sedang sesak nafas oleh masalah kewangan yang sangat kronik kerana gagal menyediakan persediaa kewangan untuk pembiayaan jangka di samping punca perolehan hasilnya pula semakin berkuragan.
Kalau wang ehsan disumbangkan terus kepada Kerajaan Pas Kelantan, barangkali ianya akan menjadi umpama mencampakkan sesudu gula kea lautan yang luas untuk maniskan air laut atau mencampak segenggam garam ke sebatang sungai untuk masinkan airnya.
Sedangkan wang ehsan itu adalah untuk rakyat dan negeri Kelantan, bukan untuk Kerajaan Pas Kelantan. Makanya sebelum Kerajaan Pas Kelantan mahu megngajak dan mengharapkan rakyat Kelantan bersetuju dengan tanggapan hak rakyat dan negeri Kelantan dinafikan dan dianiaya, mereka kena tengok dulu selepas wang ehsan itu disalurkan.
Kalau ianya memberi faedah kepada rakyat dan negeri dan wang ehsan dibelanjakan oleh JPP bagi memastikan pembangunan negeri dan pencapaian ekonomi rakyat Kelantan setanding dengan rakyat dan negeri lain, maka jelaslah JPP dipilih untuk memikul amanah menguruskan wang ehsan adalah tepat, jika sebaliknya, maka bukan sahaja Umno/BN selaku parti yang membentuk kerajaan dipusat sukar untuk tawan Kelantan tetapi parti itu pasti akan turut hilang sokongan di negeri-negeri lain.
Ketika wang ehsan belum lagi disumbangkan, Kerajaan Pas Kelantan sudah kalut ribut dengan ugutan utuk bawah kes ke mahkamah, nak batalkan perjanjian cari gali dengan Petrionas, malah kini mahu didoakan kemusnahan dan 'pecah perut' Najib dan koncu-koncu tentulah nampak sangat betapa Kerajaan Pas Kelantan kemaruk sangat mahukan wang berkenaan dan lazimnya orang yang tidak akan kemaruk dan pelahap tanpa sebab.
Justeru itu kalau Kerajaan Pas Kelantan rasa mereka berada pada pihak yang betul dan undang-undag akan berpihak kepada mereka, tidak sepatutnya mereka buang masa dengan asyik beretorikserta buat ugutan demi ugutan, sebaliknya mereka tidak perlu mengambil masa yang lebih lama, tidak patut tangguh sampai petang, sebalik pada pagi ini juga mereka bawa kes ke mahkamah.
Tuesday, December 8, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
salam...
kalau begitu kenyataan yang mengatakan 'UMNO perlukan wang untuk hidup', perlu ditukar menjadi...'PAS perlukan Royalti Minyak untuk Hidup', betul tak..?
Jawapan ada dalam blog ni..
http://pasjawab.blogspot.com/
hurm...huse.. huse
kecek je lebih huse ni.. kata nak bawak kes ni ke mahkamah...pah ko hari ni xdgr kabar..
berjame dah duk kumpul file...xsiap2 lagi huse ni duk kumpul file...
..sebenarnya kawe dah meluat tengok perangai puak pemimpin PAS ni..dia dok tekan nak ke duit royalti tu lebih teruk daripada along kutip hutang..yang dok buat kerja, keluar modal berbilion2, perah otak nak cari minyak tu syarikat lain yang mana kerajaan PAS tak keluar modal satu sen pun..tak pernah tanya khabar pun tentang penat jerit orang yang bekerja ditengah lautan..seinci tanah negeri kelantan pun tidak disentuh..kalau ikut logik akal patut ke dengan tak semena-mena syarikat minyak tu nak bagi duit pula kepada kerajaan Kelantan..bayaran untuk apa ??? sewa tanah ke, tapi tanah dah hampir habis kena jual, bayar tol ke, tapi tidak ada apa-apa kemudahan disediakan oleh pihak kerajaan negeri untuk kerja cari gali minyak itu..apakah kemudahan atau jasa pihak kerajaan PAS Kelantan dalam membantu syarikat berkenaan dalam usaha mengeluarkan minyak..ada ke ??? kalau ada memang lah patut kalau TGNA nak berdoa supaya diturunkan bala kepada pihak yang tamak, dapat hasil minyak tapi makan seorang..
..tapi kalau kita tak menyumbang apa-apa..kosong..00000..habuk pun tarak..tak payahlah dok tunjuk perangai kandak keduit macam orang kalah judi..kerja cari duit tak pandai..ada tanah sekeping dua tu habis jual..ada hutan habis tebang jual balak..sekarang harta yang 'bapa UMNO' tinggal 20 tahun dulu dah habis dikerjakan oleh 'anak' yang soleh lagi berjurus tapi kerja malas..
..orang dah nak bagi duit, duit royalti ke, duit ehsan ke, ambillah untuk kepentingan rakyat..duit free tak payah kerja atau keluar modal pun..kalau nak rasa juga pegang duit tu..mintalah dengan sopan..atau bincanglah cara-caranya untuk manafaat bersama..tapi nampak gayanya TGNA lebih rela tak pegang duit royalti asalkan dapat pegang tangan DAP dan PKR..malang bagi rakyat Kelantan, tok guru kesayangan mereka lebih sayangkan Anuwar dan Lim Kit Siang..
Hj Markoko
Pondok Atap Nipah
SLOGAN TERBARU BEER END
RAKYAT DIHULUKAN
KEUNTUNGAN DIUTAMAKAN..
Tarif Baru Elektrik Tunggu Kelulusan Kabinet
PUTRAJAYA: Tarif elektrik baru mungkin diperkenalkan Januari tahun depan sekiranya ia diluluskan oleh kabinet, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui.
Beliau berkata Tenaga Nasional Berhad telahpun mengemukakan permohonan untuk menaikkan tarif elektrik, namun kementerian masih membuat kajian mengenainya sebelum dikemukakan kepada Kabinet untuk diluluskan.
"Tarif ini dikaji semula setipa enam bulan sejajar dengan harga minyak, tetapi sama ada tarif baru akan dikenakan atau tidak, bergantung kepada kabinet,
Tak setuju degan kenaikan senang saja, erat water LLN, beli ibu api sendiri habis cerita.
Orag kampun tak bising fasal ni pasal mereka tak kena bayar bil pun kerana penggunaan teraga elektrik setiap bulan tidak sampai ke angka perlu dibayar. Yang ni demo susut punca.
Charge RM100 sunit pun memang patut bagi mereka yang buat duit dengan sumber tenaga, pokok orang kampung dapat bekalan elektrik percuma.
Dah rasa kerajaan BN kejam naikan taarif elektrik, neegeri-negeri yang diperintah Pas/PR patut janatenaga sendiri, pakat-pakat gilir gatih atau guna kuba atau babi tolong pusing alat pengeluar tenaga.
Gu Haji Pondok Atap Nipah WEH
RUMOH KAMPUNG MANO GAK API SEBULAN BOWOH pak puluh RIAL... RUMOH HAJI UMNO BAKHIL KALI....
Post a Comment