Saturday, December 12, 2009

MUNCUL KEMBALI (568)

Kalau RM300 sudah dianggap mahal, maknannya tak ada peluanglah nak beristerikan gadis Kelantan

LELAKI Kelantan pasti menganggap sesuatu yang melucukan bila kadar mas kahwin dinaikkan kepada RM300 daripada M80 bagi anak dara dan RM40 untuk janda sebelum ini di Selangor, dianggap suatu bebanan.

Ketika minum di kedai kopi mamak dekat rumah awal pagi tadi, ada sekumpulan lelaki yang turut berada di kedai mamak itu, seorang dari mereka kata kalau mas kahwin sekadar RM300, dia akan kahwin empat sekaligus, jumlahnya baru RM1,300. Kononnya lembu yang dibelinya untuk korban pada raya haji yang baru lepas pun berharga RM2,100 seekor.

Katanya, tak 'kan nilai seorang gadis yang kena taat kepada suami, yang bila tidur sebagai isteri di samping suami tidak halal memalingkan berlakang kepada suami sebelum menerima izin dan terpaksa pula bertarung dengan maut untuk melahirkan zuriat, nilainya sekadar RM300 sahaja, sebelum ini nilainnya cuma RM80 bagi anak dara dan RM40 bagi janda.

Kalau nak beli seekor kambing dengan harga RM80 seekor, apatah lagi dengan harga RM40 jalan kaki sampai rongak tumit selipar jepun 4,000 pasang untuk mencarinya pasti tidak akan jumpa. Tak 'kanlah nilai seorang gadis sama dengan nilai atau lebih murah dari seekor anak kambing boceh.

Kalau RM300 sudah dianggap mahal dan membebankan, maknannya tidak ada harapanlah untuk lelaki Selangor mengahwinihi gadis Kelantan. Mas kahwin di Kelantan boleh mencecah RM200,000. Paling rendah pun sekarang ini RM5,000. Yang paling lazim adalah antara RM8,000 hingga RM10,000. Jumlah itu akan diakad sewaktu akad nikah.

Hanya Menteri Besar Kelantan sekarang yang menetapkan ma kahwin anak perempuannya hanya RM1,000 dan mas kahwin untuk pasangan anak lelakinya juga setakat RM1,000 sahaja. Lazimnya ibubapa anak gadis tidak meletakkan kadar mas kahwin bagi anak mereka, sebaliknya diserahkan kepada pihak lelaki yang akan nilai standard keluarga dan si gadis dilamar.

RM5,000 hingga RM8,000 adalah mas kahwin standard untuk gadis dari keluarga biasa dan yang tidak mempunyai apa-apa pekerjaan. Bagi yang bekerja mas ahwinnya boleh mencecah RM10,000 hingga RM20,000 manakala yang lebih standard dan anak orang ternama, jumlah mas kahwin lebih tinggi lagi.

Jumlah mas kahwin di Kelantan tidak ditetapkan oleh pihak berkuasa tetapi bergantung kepada rundingan semasa peminangan dibuat. Ada ibubapa pihak wanita yang letak nilainya manakala ada yang tidak letak harga dan terpulang kepada pihak lelaki yang menetukan jumlahnya. Tatacara ini tidak membabitkan kahwin lari atau kahwin tanpa restu ibubapa.

Hantaran bagi orang Kelantan hanyalah dalam bentuk kasut, pakaian, susu, gula, tepak sireh, pulut berwarna warni, kuih muih dan buah-buahan. Lazimnya yang datang menghantar perngantin lelaki akan menghulurkan duit lagi untuk pengantin perempuan yang dinamakan 'merngenal' yang mana ada bekas disediakan di depan pengantin yang bersanding di pelamin.

Manakala pengantin perempuan kalau dalam kad jemputan tidak ditulis 'KENDURI KESYUKURAN' , maka 'pengelan' yakni jemputan yang datang kena berikan duit'pengelan' selepas makan, malah ada yang hanya datang hanya bagi duit 'pengelan' tanpa makan kalau kebetulan ada lebih dari satu tempat kenduri yang dihadiri.

RM10 adalah jumlah paling kecil, lazimnya duit 'pengelan' setiap seorang pengelan adalah RM50, terutama kalau jemputan yang datang itu wakil rakyat atau orang politik dan orang yang termasuk dalam kategori kaya. RM10 adalah sumbangan kalangan daif. Duit 'pengelan' lazimnya mampu menampung kos kenduri, malah ibuabapa pengantin perempuan kadang-kadang boleh untung beribu ringgit.

Kecuali 'duit mengenal' yang boleh digunakan oleh selain dari pengantin perempuan, mas kahwin tidak akan diusik oleh ibubapa, malah kalau si anak tawarkannya untuk membantu meringankan kos kenduri jika duit 'pengelan' terkumpul gagal menampung kos, ibubapa akan terasa dihina. Kalau terpaksa diambil pun ianya akan dianggap hutang dan dibayar balik.

Terperanjat saya ketika menghadiri kenduri kahwin di satu kawasan di Pahang baru-baru ini, kononnya 'pengelan' di negeri itu setakat RM1 atau RM2 sahaja. Kerana itu kos kenduri dituntut dari pihak lelaki dengan dikira sebagai sebahagian dari jumlah hantaran. Tak tau pula saya berapa mas kahwinnya.

Di Kelantan hantaran untuk dulang-dulang (di Kelantan dipanggil par) isi disediakan oleh rakan-rakan/jiran dibawah amalan yang dinamakan 'bedegha'. Misalnya jiran pernah kahwinkan anaknya, maka ada jiran yang sediakan isi par sama ada susu atau kasut atau ap-apa saja.

Jiran yang sediakan barangan itu tadi turut akan diberikan sumbangan dalam bentuk benda yang serupa bila tiba giliran anaknya pula berkahwin sebagai membayar 'degha'. Jiran-jiran lain yang masih ada anak dara atau anak teruna juga akan menawarkan barangan untuk amalan 'bedegha'.

Kerana amalan 'degha' menjadikan kos menyediakan barangan hantaran tidak akan membebankan pihak pengantin lelaki dan juga perempuan, apatah bila sesuatu majlis diadakan yang tidak ditulis dalam kad dengan ungkapan KENDURI KEESYUKURAN, segala kos akan ditanggung hasil dari wang 'pengelan' yang terkumpul.

Kalau jemputan 1,000 dan setiap orang beri RM10, jumlahnya sudah RM10.000. Lazimnya 'pengelan' akan diberi pada jumlah RM50.

3 comments:

pemudacakna said...

Sedikit sebanyak dapat saya tahu tentang budaya kelantan dalam urusan perkahwinan. Terima kasih.

YANG GAMBI said...

Bro, Pahang, belanja kahwin biasanya seperti yang dijanjikan oleh pihak lelaki... kalau 10,000 maka banyak itulah belanja buat kenduri bagi pihak perempuan.... kalau macam di Kelantan, alamt ibubapa tak buat kendurilah...... buat doa selamat je...

Orang Sempadan Kelantan-Perak said...

Apoa-apa pun yang penting adalah akad nikahnya. Islam tidak menetapkan jumlah mas kahwin tetapi mas kahwin tetap kena ada walaupun dalam bentuk sebentuk cincin besi.

Ibubapa tak patut terdedahkan anak kepada unsur-unsur maksiat kerana harapkan mas kahwin dan hantaran tinggi.

Kalau mas ahwin atau tinggi sangat, suami barangkali melihat ianya membeli isteri, bukan menikahi. Kalau isteri buat silap, teruk dibelasah memandangkan kos untuk dapat isteri terlalu tinggi.

Saya rasa langkah Menteri Besar Kelantan sekarang (Tok Guru Nik Aziz) patut diteladani. RM1,000 memadai kerana ramai yang mampu sediakan RM1,000 tanpa buat pinjaman atau jolok kad kredit untuk biaya perkahwinan.

Walaupun saya orang Umno, ratan ni (tiru cakap orang Kelantan) ambo mensetuju dengan Nik Aziz. Nak nikahkah anak jangan sampai ke peringkat macam jual anak. Pewrkahwinan adalah sunnah yang perlu dipermudahkan.