Pemimpin, pendukung dan penyokong Pas akan berdosa jika tidak ada yang berani jadi penegur
MENCERCA, memburuk, mengaib dan mendoakan kemusnahan orang lain adalah perbuatan terlarang dan tidak halal. Penulis teliti terjemahan keseluruhan 6,236 ayat al-Quran dan penulis ketemui ayat 148 hingga 149 Surah An-Nisaa' yang melarang kita mengucapkan kata-kata buruk (mencerca) terhadap seseorang.
Penulis membuat pencarian itu apabila ada yang bertanya penulis kenapa bila tokoh-tokoh besar Pas seperti Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat cerca pihak lawan, malah sering pula mendoakan kemusnahan pihak lawan politiknya, akan disambut dengan takbir oleh para penyokong.
Tidak ada yang buat teguran bahawa mencerca, memburukkan dan medonakan kemusnahan orang lain adalah perbuatan terlarang. Setelah meneliti ayat-ayat al-Quran dan hadis yang melarang cercaan, jawapan yang penulis beriakan adalah kerana pendudukngu dan penyokong jahil atau sengaja menjahilkan diri.
Malah bagi saya Pas kini sedang dilanda wabak dan sindrom kejahilanisme yang kronik menyebabkan berlakunya trend taksubisme dan aliran memBERHALAkan sesama manusia walaupun kopiah dan serban memutih di kepala, sehingga rata-rata pendukung dan penyokong parti itu melihat orang lain dan puak lain jahil belaka, hanya diri dan sendiri sahaja yang alim dan layak masuk syurga.
Walhal ukuran jahil atau lebai seseorang sebenarnya bukan bergantung kepada janggut panjang, jubah labuh, ekor serban cecah tumit, bijih tasbih yang dibilang sebesar buah pinang atau boleh baca Quran dan hadis ‘belan bersiul jah’ serta bagi yang ada Ph D dalam bidang hukum hakam.
Sebaliknya kelebaian seseorang bergantung kepada hidayah, iman dan takwa yang dimiliki hasil anugerah Allah setelah diusahakan tanpa kenal erti kecewa dan putus asa bagi mendapatkannya serta sejauh mana pula ikhlasnya kerja-kerja amal ibadat yang dilakukan walaupun seseorang itu ketika sembahyangnya barangkali hanya mampu berpakaian sekadar menutup paras pusat hingga lutut sahaja.
Mereka yang ada hidayah, ada iman dan takwa akan sentiasa sedar dan insaf bahawa tiada rasul dan nabi lagi selepas Nabi Muhammad s.a.w. Maknanya tidak ada sesiapa yang maksum dan bebas dari melakukan salah dan silap, termasuk tokoh-tokoh seperti Dato' Nik Aziz dan Dato' Seri Haji Hadi yang ditaksubi sehingga ke peringkat semacam memBERHALAkan sesama manusia oleh para pendukung dan penyokong Pas apabila apa yang dikata dan dilakukan ditelan sebagai benar belaka.
Sesuai dengan ketokohan dan mendalamnya ilmu amal keduanya (Dato' Nik Aziz dan Dato' Seri Haji Hadi serta mereka yang sestandard dan sestatusnya dengan mereka), syaitan dan iblis yang ditugaskan menggoda mereka tentulah dari kalangan yang ada kelas, bukannya dari kelas 'tamada' yang menggoda orang tamada macam penulis.
Ertinya mereka juga tidak akan babas dari melakukan salah dan silap. Selain dari ada autoriti untuk menegur, mereka berdua juga kena dan perlu ditegur kalau dalam Pas masih ada kalangan mereka yang cuba bebaskan diri dari wabak dan sindrom kejahilanisme sewrta merasa diri maha alim lagi zuhud.
Bagi penulis, berani membuat teguran terhadap keduanya adalah fardhu kifayah, kalau tak ada yang berani menegur bermakna Pas kini disemak-samun oleh wabak, sidrom dan fenomena kejahilanisme yang kronik. Yang nampak agak berani Dato' Mahfuz Omar selaku Naib Presiden mana Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang selaku presiden nampaknya agak menikus kepada Mursidul Am Pas.
Seandainya bila ditegur, maka mereka marah, maknanya mereka juga terjebak dengan perangkap kejahilanisme oleh sebab dan kerana terpedaya oleh bisikan syaitan dan iblis, terutama ketika mereka marah, walaupun ketika di luar masa marah barangkali mereka memang sangat alim dan tinggi tahap ketakwaannya.
Alim dalam bentuk lahiriah tetapi sering jahil dalam perlakuan dan tindak tanduk tidak semestinya syurga menjadi tempat pemastautinan abadi di akhirat nanti. Itu hakikat yang kena diperakukan dengan penuh sedar lagi insaf.
Misalnya sebagai contoh, kita ambil iktibar kisah seorang yang sangat alim dan doanya sangat mustajab pada zaman nabi Musa a.s. tetapi orang alim itu mati masuk neraka kerana perlakuannya memenuhi kemahuan Firaun yang menyogok isteri orang alim berkenaan dengan 15 kati emas agar mendoakan kebinasaan ke atas Nabi Musa a.s.
Ketika ditemui oleh orang suruhan Firaun yang membawa sogokan emas supaya tolong doakan agar Nabi Musa sesat di padang pasir, orang alim itu menolaknya. Baginya mengkhianati Pesuruh Allah, samalah seperti mengkhianati Allah. Baginya jangankan berkati, kalau pun disogok berpikul emas pun dia tidak akan penuhi apa yang dimahukan oleh Firaun.
Kelemahan orang alim itu dicari dan pasukan penyiasat Firaun mendapat tahu bahawa orang alim itu sangat sayangkan isterinya dan akan penuhi segala permintaan isterinya. Dengan kata lain orang alim itu dari spesis lelaki ‘alah ko bini’.
Isteri orang alim itu disogok dengan 15 kati emas supaya memujuk suaminya mendoakan agar Nabi Musa a.s. sesat di padang pasir. Bila isterinya meminta agar suaminya berdoa seperti yang dimahukan Firaun, pada awalnya orang alim itu menolak.
Tetapi apabila isterinya memaklumkan dia telah mengambil upah 15 kati emas dan sangat seronok dengan upah yang diterima setelah sebelumnya hidup dalam keadaan serba daif, orang alim itu terpaksa melakukannya demi untuk menjaga hati isterinya.
Dia bukan takutkan bini tetapi bininya lebih-lebih lagi tidak takutkannya.
Untuk memastikan doanya tidak akan makbul, orang alim itu telah pergi berdoa dalam kandang kuda, yakni tempat yang kotor dengan harapan doanya tidak akan dimakbulkan. Macam mana pun doanya tetap makbul dan Nabi Musa a.s. sesat di padang pasir.
Kerana perbuatannya itu, orang alim berkenaan mati masuk neraka.
Maknanya doa untuk kemusnahan orang lain adalah perbuatan berdosa dan boleh menyebabkan orang yang mendoakan kemusnahan orang lain akan dicampak ke neraka walaupun ianya seorang yang sangat alim dan warak pada lahiriahnya.
Justeru, berpasak-paksikan riwayat itu, maka tidak kira sama ada ianya Dato' Nik Aziz, mufti, exco/menteri agama, bila didapati mencerca atau mendoakan kemusnahan terhadap orang lain, maka perbuatan itu adalah merupakan perbuatan bersalutkan kejahilanisme, terutama ketika sedang melakukan perbuatan itu.
Pandangan yang mengKERANAkan apabila kalah dalam pilihanraya kononnya disebabkan pengundi hantu juga bagi penulis bersifat mengKERANAkan sesuatu selain dari KERANA ALLAH dan ianya adalah suatu keyakinan dan kepercayaan bersalutkan kejahilanisme.
Manusia hanya boleh berusaha tetapi tidak boleh memastikan apa yang diusahakan akan ‘jadi’ sebagaimana yang diusaha dan diharapkan.
Demikian juga bila kalah dalam pilihanraya, ianya adalah kerana memang itu yang telah disurat dan ditakdirkan. Kalau kalah dikaitkan dengan pengundi hantu, maka ianya bersifat mempertikai, menolak tepi dan menafikan takdir dan suratan-Nya, sekaligus ianya boleh merosakan akidah kerana mengKERANAkan selain dari KERANA ALLAH.
Pun demikian halnya apabila kita kononnya boleh mencarut dan boleh samseng kerana Allah juga mencarut dan samseng, ianya bersiafat menyama-tarafkan Allah Maha Pencipta dengan kita manusia yang dicipta. Sebagai hamba kita tidak boleh setarafkan diri kita dengan Allah, malah dengan nabi pun kita tak boleh samatarafkan diri.
Bila Allah samseng atau mencarut (jika benar sifat Allah begitu), kita tidak boleh ikut sama samseng dan mencarut kalau mahu jadi hamba-Nya yang mendapat pahala. Allah tu siapa dan kita pula siapa?
Kita kena muhasabah diri. Apa yang nabi buat, umpamanya kahwin hingga sembilan isteri, sebagai umat kita tak boleh ikut kerana hak keistimewaan Rasulullah s.a.w. atas kepentingan tugas kersasulan baginda. Kita tak boleh ikut.
Yang dibolehkan untuk kita adalah empat jika ianya adalah sutau keperluan, maka kita dibolehkan hanya beristeri setakat empat sahaja, itu pun jika mampu berlaku adil dan tidak menipu isteri pertama, apatah menyembunyikan perkahwinan kedua, ketiga atau keempat dari isteri atau isteri-isteri yang telah sedia ada. Itu namanya menipu isteri-isteri.
Cerita berenang atas pasir atau kelebih-kelebihan lain juga lebih bersifat kerana mahu menBERHALAkan tokoh yang dianggap keramat. Tak ‘kanlah tokoh yang dikeramatkan itu lebih keramat dari nabi yang mengalami patah gigi dan luka-luka dalam perang atau pun doanya boleh memusnahkan sesama manusia, termasuk pecah perut.
Bukankah kalau demikian berskala besarnya mustajab doa, rakyat Palestin, Afghanistan dan Iraq lebih memerlukan doa dari tokoh yang ada kemustajaban doa sedemikian rupa supaya musuh-musuh umat Islam Palestin, Afghanistan dan Iraq mati bengkak atau pecah perut belaka.
Apakah di negarea-negara berkenaan tidak ada alim ulamak yang setraf dengan ulamak dalam Pas?
Mereka pasti sedar dengan amaran Rasulullah s.a.w. bahawa bagi sesiapa yang melakukan apa yang bukan sunnah baginda, maa ianya bukanlah dari umat baginda. Rasulullah s.a.w. tidak pernah doakan kemusnahan atau kecederaan fizikal terhadap penentang baginda, termasuk ke atas Abu Lahab yang merupakan kepada samseng musyrikin Mekah
Nabi dilontar batu dan macam-macam oleh penentang seruan baginda, tetapi tidak ada riwayat yang menyatakan pelakunya bengkok tangan, mengembik tidak berhenti atau berak memanjang sebagaimana kononnya yang dialami oleh pelaku terjadap tokoh-tokoh tertentu yang kononnya juga pelaku itu hanya pulih selepas minum air tawar tokoh-tokoh berkenaan.
Apakah bengkok tangan atau mengebik macam kambing oleh 'panah malam' tok guru zaman sekarang ini halal dipercayai?
Tentang sanggup bekerja dengan syaitan pula bagi penulis adalah suatu kenyataan yang tidak patut disebut kerana bukan sahaja dengan syaitan laknatullah, dengan orang Yahudi pun dilarang bekerjasama atau diajdikan orang kepercayaan. Larangan itu terkandung dalam ayat 118 hingga 120 Surah Ali-’Imran.
Pas mendakwa perjuangan parti berlandaskan Islam, al-Quran dan Hadis menjadi rujukan mutlak dan pasti dalam parti itu tertdapat banyak kalangan yang berpengetahuan luas dalam ilmu amal. Tetapi kenapa tidak ada yang ditergur? Itu yang ditanya kepada penulis oleh seorang yang sedang dalam prosses menyiapkan kajian untuk Ph D, kenapa bila tokoh-tokoh besar Pas seperti Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat cerca pihak lawan, malah sering pula mendoakan kemusnahan pihak lawan politiknya, akan disambut dengan takbir oleh para penyokong.
Bagi penulis keadaan itu berlaku kerana dalam Pas kini diwabaki, disindromi dan difenomeni kejahilanisme dan amalan memBERHALAkan sesama manusia sehingga mereka lupakan kandungan Surah Al-Asyr. Mereka tidak ambil kisah tentang kata-kata bahawa ada kemungkinan orang atau puak yang dianggap dan disangka melakukan perbuatan ahli syurga sebenarnya melakukan kerja ahli neraka.
Mereka boleh telan bahawa Pas itu Islam dan Islam itu Pas sedangkan Islam datang dari Allah manakala pegawai pendaftaran pertubuhan yang meluluskan pendaftaran Pas itu adalah seorang pegawai yang beragama Hindu. Itu catat sejarah yang tidak boleh dipadamkan. Pas tidak cukup suci untuk disamatarafkan dengan Islam.
Selagi taggapan dan kepercayaan Pas itu Islam dan Islam itu Pas tidak dibetulkan, maka wabak kejalihanisme dalam Pas akan terus menular. Membetulkan keadaan itu adalah fardu kifayah, jika tidak ada yang yang tampil membetulkan keadaan, maka seluruh pemimpin, pendukung dan penyokong Pas dalam keadaan berdosa.
Pas barangkali boleh menggunakan pendekatan yang dituntut oleh Islam dalam berpolitik. Islamik atau tidak hasilnya bergantung kepada niat dan sejauh mana selarinya dengan apa yang Islam, Allah dan rasul-Nya.
Bagi penulis kalau pendukung dan penyokong menganggap Pas itu Islam dan Islam itu Pas samalah seperti menganggap Melayu iu Islam dan Islam itu Melayu yang boleh menyumbang kepada kerosakan akidah.
Mudah-mudahan ada alim ulamak yang tidak bias politik membetulkan penulis jika penulis silap!
Saturday, December 12, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
10 comments:
Allah mencela kebiadapan bapa saudara Nabi SAW dalam surah al-Lahab (surah ke-111):
"Binasalah kedua tangan Abu Lahab dan sesungguhnya dia akan binasa.(1)
Tidaklah berfaedah kepadanya harta bendanya dan apa yang ia usahakan.(2)
Kelak dia akan masuk dalam api yang bergejolak.(3)
Dan (begitu pula) isterinya, pembawa kayu bakar.(4)
Yang di lehernya ada tali dari sabut.(5)"
Lebih 50 tahun PAS menegur kefasikan & kealpaan UMNO terhadap hukum Allah. Pemimpin2 mereka sekadar mempersendakan saja.
Nik Aziz hanya cela keburukan & kefasikan pemimpin2 UNMO yang degil dan berterusan dengan sifat zalim dalam menggunakan kuasa & harta negara adalah sesuatu yang perlu difikirkan dalam2 secara ilmiah. Terutama hak rakyat hidup miskin kerana diskriminasi politik seperti ROYALTI MINYAK KELANTAN ni..
Kemudahan2 perkhidmatan & infrastruktur rakyat terjejas ...kerana diskriminasi peruntukan... seperti jalan2 kampung, sistem bekalan air bersih, sekolah2 YIK yang dhaif, gaji guru2 YIK yang rendah, masjid2/ balaisah uzur, sistem perparitan dibandar2, sistem pembuangan sampah, sistem pengangkutan, pasar2 awam, kemudahan pejabat2 negeri, dll...
idup AMENOR
RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN......
BARU - BARU NI SAYA DAPAT BEBERAPA ADUAN DARIPADA KENALAN LAMA YANG SEBELUM INI AKTIF DENGAN PROJEK BAGI DAERAH JASIN, MELAKA TENTANG PERIUK NASI MEREKA DICANTAS OLEH SEORANG WAKIL RAKYAT UMNO. SEBABNYA IALAH MEREKA DIDAPATI PERNAH MEMBERI BANTUAN KEEWANGAN KEPADA PARTI PEMBANGKANG.
SAYA TIDAK TERKEJUT DENGAN INSIDEN TERSEBUT, KERANA SAYA TAHU DULU LAGI HATI PERUT ADUN UMNO IALAH MEMBUNUH BANGSA SENDIRI SECARA TERANCANG APABILA KEDUDUKAN MEREKA TERANCAM. DULU SELEPAS PILIHANRAYA UMUM 1999 ALI RUSTAM ARAHKAN SEMUA PENEL DOKTOR SWASTA YANG DIKENAL PASTI PRO PEMBANGKANG DITARK BALIK. HATTA KERAJAAN NEGERI SANGGUP KELUARKAN ESET NEGERI YANG TERSIMPAN DALAM BANK ISLAM DIKELUARKAN KERANA BELIAU DAPATI KAKITANGAN BANK TERSEBUT PRO KEPADA PEMBANGKANG.....
INILAH SIKAP UMNO MELAKA ..... SAMA BANGSA SENDIRI ITU CERITA LAIN, YANG PENTING KUASA BERKEKALAN.
Jangan asyik lihat Umno dan bandingkan Umno dengan Pas. Umno tak dabik dada sebagai parti Islam.
Yang Pas kena pastikan sama ada apa yang pimpinan Pas buat dan cakap selari dengan al-Quran ke tidak.
Kalau asyik lihat buruk Umno, Pas tak akan nampak buruk sendiri. Yang penting Pas dan pimpinan Pas jangan serupa dengan Umno.
Dalam kata pemimpin Umno tak pernah berminat kepada Islam dan sokong Umno takleh masuk syurga, macam mana pula Nik Aziz kata Najib buat kerja Islam, malah dalam kes Selatan Thai, dia kata dia tak berani macam Najib untuk ke sana.
Ratan ni buat orang Pas naik pening lalat dan mmutar ligat, puak Umno sah dah akan jadi hujjah isu ini bila ada pilihanraya kecil atau pilihanraya umum.
Pah tu kawe puak-puak Pas peringkat bawah, tukang tebang dan pikul buluh buat tiang ddera nak balas hujah orang Umno lagu mana?
Kawe rasa tulisan MKJ molek benar, kena ada tukang tegr dalam Pas supaya tidak bersifat mengata dulang paku serpih, mengata orang sendiri yang lebih.
Lebih 50 tahun PAS menegur kefasikan & kealpaan UMNO terhadap hukum Allah. Pemimpin2 mereka sekadar mempersendakan saja.
Nik Aziz hanya cela keburukan & kefasikan pemimpin2 UNMO yang degil dan berterusan dengan sifat zalim dalam menggunakan kuasa & harta negara adalah sesuatu yang perlu difikirkan dalam2 secara ilmiah. Terutama hak rakyat hidup miskin kerana diskriminasi politik seperti ROYALTI MINYAK KELANTAN ni..
Kemudahan2 perkhidmatan & infrastruktur rakyat terjejas ...kerana diskriminasi peruntukan... seperti jalan2 kampung, sistem bekalan air bersih, sekolah2 YIK yang dhaif, gaji guru2 YIK yang rendah, masjid2/ balaisah uzur, sistem perparitan dibandar2, sistem pembuangan sampah, sistem pengangkutan, pasar2 awam, kemudahan pejabat2 negeri, dll...
SEBELUM NAK TEGUR ORANG TEGUR DIRI SENDIRI DULU, NAK DEDAH PANAU KURAP PARTI ORANG KENA PASTIKAN PARTI KITA BENAR TIDAK BERPANAU DAN BERKURAP.
ROYALTI/WANG EHSAN MINYAK NI BENDA BARU. TAK SALUR PUN LAGI. LEPAS SALUR MELALUI JPP, TENGOK APA JADI PADA KELANTAN. SELAMA 20 TAHUN PAS PERINTAH BEGAPO HAK PAS BUAT, JEMAAH SETIAP MASJID PUN TAK BERAPA JENUH MANA, MADRASAH BANYAK YANG TERBIAR KERANA RAMAI YANG BERHIJRAH KELUAR KELANTAN.
KOTA DARULNAIM YANG PAS ANGGAP KETIK SIAM, UMNO YANG BUAT. KOMPLEKS DI BALAI ISLAM, NAIK TARAF YAYASAN ISLAM KELANTAN (DULU DIKENALI DENGAN JASA) TERMASUK KENAIKAN GAJI GURU=GURU YIK, PENUBUHAN PONDOK MODEN,JALAN KOTA-KK-GUA-MUSANG-KUALA LIPIS KERAJAAN UMNO YANG BUAT, LEBUHRAYA JELI-GERIK UMNO YANG BUAT, PROJEK SEMERAK-KEMASIN. KESEDAR, KADA, HOTEL PERDANA, PERDANA RESORT, PERMODALAN KELANTAN BERHAD DAN ANAK-ANAK SYARIKAT PKINK, LADANG SUNGAI TERAH, LOJING DAN BANYAK LAGI SEMUNANYA WUJUD ZAMAN KERAJAAN UMNO/BN PERINTAH KELANTAN.
PAS BUAT BEGAPO, LADANG SUNGAI TERAH, HOTEL PERDANA, PERDANA RESORT DIJUAL. TESCO, KB MALL DAN KOTA SERI MUTIARA YANG WUJUD ZAMAN PAS BUKAN PROJEK KERAJAAN NEGERI TETAPI PIHAK SWASTA YANG BUAT.
YANG PAS BUAT ADALAH MASJID CINA DI RANTAU PANJANG YANG SAPAI SEKARANG BELUM BOLEH DIGUNAKAN. ITU PUN MINTA DERMA RATA RITI. JADI APA LABANYA BAGI NEGERI DAN RAKYAT KELANTAN BILA PAS PERINTAH. NAK KATA SETIAP MASJID KENA DIBESARKAN SEKALI GANDA ATAU LEBIH KERANA JEMAAHNYA TERLALU RAMAI HASIL DAJWAH PAS, RASANYA JUMLAH JEMAAH SETIAP HARI SEMAKIN MEROSOT. jADI APA FAEDAHNYA YANG NEGERI DAN RAKYAT DAPAT. PASTI NIK AZIZ DAPAT FAEDAH, MENANTU DAPAT JADI CEO PMBK, NIK ABDUH BOLEH BANGUN DALAM PERNIGAAN WALAUPUN ACAP KALI MAMPUS BERNIGA, ANAK NIK AZIZ BOLEH BUKA STESEN MINYAK, NIK AZIZ SANGGUP DITAJA UNTUK KE MEKAH DENGAN KOS VVIP. KALAU TIDAK AKAN BERI FAEDAH PULANGAN YANG BESAR, GODAM MAMPUS PUN PENAJA TAK AKAN TAJA.
KERANA BANYAK MASA TERBUNGAN DARI BUAT KERJA, NIK AZIZ BANYAK MASA UNTUK KHAYAL DAN BERANGAN-NGAN SEHINGGA BOLEH TENTUKAN PUAK MANA LAYAK DAN TAK LAYAK MASUK SYURGA, BOLEH UGUT NAK DOA ORANG PECAH PERUT DAN MACAM-MACAM LAGI. KALAU NAK TULIS TENTANG KARUTNYA PAS NI 40 HARI 40 MALAM MENULIS TANPA HENTI PUN BELUM TENTU SELESAI.
Kenapalah susah sangat Meli nak faham tentang doa nih,? ko buat2 tok pehe. Kawe bukan setuju sangat dgn TGNA ni, tapi mendanya boleh dan tak salah. Loh gi ah dia nok doa gapo pon.
Sinar Harian 13 Disember 2009
KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kewangan, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah berkata, Malaysia sudah menjadi negara ’sumpahan minyak’ di mana hasil buminya itu tidak digunakan untuk tujuan asal penubuhan Petronas, tetapi dibazirkan kerajaan.
Menurutnya, hasil minyak yang sepatutnya menjadi warisan kekayaan untuk semua rakyat Malaysia dan generasi akan datang, sebaliknya digunakan untuk menunjangi pemerintahan autoritarian, menghakis Demokrasi Berperlembagaan dan korup keseluruhan golongan elit politik dan perniagaan.
“Pada tahun 1974, sewaktu saya mengasaskan Petronas, saya tidak menyangka suatu hari nanti saya akan merasa lebih baik kita tidak menemui kekayaan tersebut,” katanya sewaktu berucap di sidang kemuncak ahli korporat muda Malaysia di Menara Integriti, di sini, semalam.
Ahli Parlimen Gua Musang itu berkata, anugerah minyak yang sepatutnya digunakan untuk memacu peralihan negara kepada masyarakat yang lebih terpelajar, kini hanya simbol kosong seperti Menara Petronas.
“Tujuan awal penggunaan simpanan minyak Malaysia ialah untuk membantu negara melonjak daripada ekonomi yang berasaskan komoditi dan pemasangan kos rendah, kepada ekonomi yang lebih dipelbagaikan, berasaskan kepada pekerjaan berpendapatan tinggi,” kata bekas Naib Presiden UMNO itu.
Tengku Razaleigh berkata, hasil minyak negara yang sepatutnya digunakan mengikut rancangan sewaktu Petronas ditubuhkan menjadi dana yang dibelanjakan sesuka hati oleh sesiapa saja yang mentadbir negara, tanpa sebarang pertanggungjawaban.
“Kekayaan minyak negara dibazirkan dan digunakan untuk menyelamatkan syarikat yang gagal.
“Perolehan minyak tidak digunakan untuk membasmi kemiskinan di negeri-negeri miskin, sebaliknya disalurkan untuk tujuan politik dan golongan yang ada kaitan dengan politik,” katanya.
Di Kelantan dulu ramai yang masuk umno kerana nak cepat kaya.
Bila dah berjawatan dalam UMNo, ketua bahagian, AJK bahagian, Ketua Cawangan,... senang dapat habuan ..projek, permit, subsidi, jawatan2 syarikat umno, dlll..
Baru setahun jagung masuk dan berjawatan dalam umno pun boleh mewah kaya raya.... rumah2 banglow melaut, kereta2 mewah, ... sesetengah "pemimpin2 pejuang melayau" ni... hidup berjoli sakan..rakyat nampak gelagat mereka.. ada yang kaki itu ... ada yang kaki ini... maklumlah orang kaya baru ... ada kuasa dan ada harta katakan... tunjuk GEDEBE & BISA.... Kalau tak caya sila siasat sebahagian besar Ketua2 UMno Kelantan disemua peringkat tu..
Pantang ada yang mengkritik, cakap hukum agama sikit.... dicop anti-kerajaan, anti-melayu, anti-pembangunan, pelampau, ajaran sesat, dsb. ... Kalau ada pegawai2 kerajaan, guru2 yang nampak cenderung kepada agama & jalan lurus sikit... maka tunggulah nasib... ditukar, dibekukan pangkat atau dipecat... begitulah nasib hamba rakyat pacal yang hina... bagaikan mentimun dengan durian..dibawah kerajaan demokrasi BN?
Kalau royalti minyak kelatan yg dijadikan wang ehsan disalur melalui JPP... alamat berperang pulak ketua2 pejuang melayu dok berebut projek2 seperti pelaksanaan projek2 pembangunan kerajaan pusat oleh JPP sejak 1990. Yang kenyang mewah nanti kroni2 & pengerusi2 JPP...?
1.4 juta rakyat Kelantan hanya terkulat2 melihat kekayaan mengejut para "pemimpin pejuang melayau" itu .....
SEDAP PUAK PAS NGUTUK ORE...AMBO LAMO DALE PAS, BUKE SAJO KURAP...KULUP IDUNG AMBO KENAL LAGI...KECEK ISLAM, GOTU ISLAM, GONI ISLAM...ORE LAIN NI BUKE ISLAM...PUOK-PUOK PAS JAH ISLAM...LAYAK MASUK SYURGA..KALU TAK MASUK PAS GAK TOK MASUK SYURGA..UMNO NI ISLAM PLASTIK...DOH TOK GURU DIA AJAR GITU! HEI..BAHLUL...! KALU TAK MASUK PAS TAK LEH MASUK SYURGA GAK...TOK-TOK ARAB DOK MEKOH NU TOK LEH MASUK SYURGA JUGO LA...ORE DOK BRUNAI NU TOK LEH MASUK SYURGO LA, DOK SINGAPURO TAK LEH DOH MASUK SYURGA...PASAL DENUN TAK DOK PAS!...BENGONG PUNYA AJARAN...PAH DOK OYAT GAGAL URUS MINYOK LA..ORE UMNO KAYO LA...ACU OYAT MARI HOK PUOK-PUOK DEMO URUS...GUANO JADI DENGAN KOHILAL? MAPUH MANO DOH..? KEKOH KO SAPO, KALU TIDOK PUOK-PUOK PAS! PITIH AKU PUN ADA LAGI DALE TU...BIA KABA GETEK GAK...!!!
Projek ternakan burung unta di Austrlia mampus keras, ladang Sungai Terah kena jual, Hotel Perdana bertukar milik jamen sapo peretoh?
Aku ni bekas guru JASA, gaji RM150 sebulan, bila Umno/BN perintah, JASA tukar ke YIK, barulah aku boleh pakai kereta walaupun sekadar NISSAN SUNNY 120Y terpakai. Masa JASA, petang-petang aku kena colek pot getah nak beli budu dengan ikan kering, nak rasa makan daging kena tunggu raya haji.
Sekala gi ziarah ana-anak dok Pahang, Semenyih Selangor, Segamat Johor, Rembau Negeri 9, nampak jauh benar beza dari sudut kemajuannya. Patutlah budak-budak pakat nak hijrah belaka, sampai kerja kilang pun sanggup. Lepas aku mati aku rasa sebuah lagi balaisah takdok orang, lloni aku tukang bang, aku jadi iman, hak makmumnya bini aku. Hak peliknyo tokleh bunyi ceramah mmano, ppakat ungga gi, aloh ko balaisah da masjid, pakat nyo berat kaki. Bakpo yang jadi lagu ni. Boktan sapo ni. Dok kutip ccaro ko orang negeri lain, hak negeri kita peritah lagu mano?
Isteri PM suka tari, rakyat menjadi penari
umrahnajib
Agama dan pegangan pemerintah memberi kesan cukup kuat ke atas rakyat. ‘Rakyat menurut agama pemerintah mereka.’ Apa yang dibuat pemerintah, itulah yang diikuti rakyat. Di zaman kesultanan Melaka, rakyat bersedia menerima Islam apabila penguasa ketika itu menerima Islam. Apabila isteri PM sukakan tarian, habislah rakyat jelata ditarik dan diajak untuk menari.
Kesan besar ini disebut oleh Sheikh Daud al-Fattani d dalam kitabnya Munyatulmusalli: ‘Adalah segala manusia apabila berpagi-pagi pada zaman Hajjaj (bin Yusuf) bertanya-tanya mereka itu, “Siapa-siapa kena bunuh semalam ini, dan siapa orang kena sulanya, dan siapa orang yang kena pukul, dan seumpamanya. (Ini kerana Hajjaj adalah seorang yang zalim dan suka membunuh rakyat).
Dan adalah pada zaman Walid, suka ia kepada kebun dan rumah. Maka adalah manusia pada zamannya bertanya-tanya mereka itu pada pagi-pagi daripada kerja rumah, siapa yang berbuat kebun, dan siapa yang membelah sungai, dan siapa yang yang bertanam kayu-kayuan.
Dan adalah pada zaman Sulaiman anak Abdul Malik, adalah ia suka kepada makan-makanan dan berkahwin. Adalah segala manusia berkhabar-khabar pada makan-makanan yang indah-indah, yang baik-baik dan memahalkan (hantaran) isi kahwin, dan harga sahaya, dan meramaikan tempat kedudukan mereka itu dengan berkhabar-khabar akan yang demikian itu.
Dan tatkala zaman Umar bin Abdul Aziz, adalah segala manusia bertanya-tanya mereka itu berapa engkau hafaz Quran, dan engkau hafaz wirid tiap-tiap malam. Dan berapa si anu hafaz kitab, dan berapa kali sehari ia membaca Quran, berapa hari puasa daripada sebulan dan umpama yang demikian itu.’ (Munyatulmusalli, Sheikh Daud Fattani. Terbitan Khazanah Fathaniyyah. ms 156)
Jelas sekali kecenderungan, minat dan keinginan pemimpin atau isteri pemimpin tidak terbatas untuk dirinya sahaja. Ia merebak hingga ke bawah. Kalau yang diminati itu perkara baik, baiklah rakyat. Kalau sebaliknya, terbaliklah rakyat. rosmah nyanyi
Mungkin kalau Tok Sheikh Daud Fatani masih ada, beliau akan menulis: ” Dan adalah Kelantan itu, sebuah negeri yang aman damai hidupnya. Dan adalah pada zaman Nik Abdul Aziz, adalah ia seorang ahli siasah yang mahir, suka kepada ilmu dan seorang yang tawadhuk. Adalah segala manusia berkhabar-khabar pada ceritera 1Malaysia, rasuah penguasa-penguasa Partai Kapal Layar, bertanya-tanya mereka itu tentang kuliah yang didengar dan bersedikit mereka itu dari meminta-minta hak orang lain melainkan hak mereka dari royalti. ”
Atau barangkali ditulisnya begini:
” Dan adalah Malaysia itu satu negeri,
diperintah oleh Najib anak Razak punya satu isteri,
Tapi ada kisahnya yang masih misteri,
hingga kini tidaklah hamba ketahui.
—
Isterinya itu sukakan tari,
suka dan cium artis-artis juga adalah hobi,
rakyat jelata semua ditariknya menjadi penari,
untuk masuk rekod ada populariti.
laga pipi
Sehati Berdansapun sudah menjadi-jadi
di antara suami dan isteri
menari di khalayak menonjol diri
hakikat rumahtangga syurga atau neraka tanyalah empunya dir
Post a Comment