Tuesday, December 15, 2009

MUNCUL KEMBALI (574)

Meluat punca 3.7 juta tidak daftar sebagai pengundi

KECENDERUNGAN pengamal politik di negara ini yang lebih kemaruk kepada mwujudkan suasana yang boleh menggugat kesatu-paduan dan keharmoninan hidup masyarakat pelbagai kaum dan anutan agama, pada saya menjadi antara faktor kenapa 3.7 juta masih tidak mendaftar sebagai pengundi walaupun mereka mencapai usia layak mengundi.

Saya yakin mereka yang tidak mendaftar itu terdiri dari kalangan mereka yang terpelajar dan mengambil sikap untuk tidak mengambil peduli tentang parti politik dan pilihanraya dengan penuh keilmuan.

Mereka tidak mudah dipengaruhi dengan sogokkan propagnda oleh mana-mana parti politik sama ada di pihak pembangkang atau kerajaan yang lebih menampakkan kecenderungan mengutamakan kepentingan parti politik dari kepentingan perkhidmatan dan kebaktian terhadap rakyat dan negara.

Sikap pengamal politik yang sentiasa menunjukkan sikap suka bermusuhan demi untuk kepentingan parti politik yang didukung dan disokong, termasuk diadakan perhimpunan dan demonstrasi tanpa mengambil kira kesannya kepada rakyat terbanyak menjadikan timbul rasa meluat dan tidak memberi faedah jika mereka ikut teflibat dalam pilihanraya.

Sepatutnya pengamal politik yang pastinya tujuan mereka berpolitik adalah untuk menjadi pemimpin kena lebih cerdik dari orang yang dipimpin yakni rakyat, bukan mempamerkan sikap dan gelagat sebaliknya.

Pada akhir-akhir ini khususnya, pengamal politik memampamerkan sikap kurang cerdek dari kalangan yang mahu dipimpin, masing-masing lebih mengutamakan kepada sikap saling uduh menuduh, salinng melanyak lawan dan menjulang parti dan pemimpin sendiri yang tidak memberi faedah kepada rakyat dan negara.

Antara parti pembangkang dan parti kerajaan masing-masing lebih memberi tumpuan keapad kecenderungan berbalah untuk kepentingan parti dan menyelamatkan kedudukan pemimpin masing-masing, bukannya berbahas dan berhujah untuk kepentingan rakyat dan negara. Hal ini turut ketara di parlimen dan dewan-dewan undangan negeri yang sepatutnya dibincangkan hal-hal kepentingan rakyat peringkat negara dan neeri-negeri.

Walhal tujuan amalan demokrasi adalah supaya pihak kerajaan dan pembangkang sama-sama memberi sumbanga untuk kepentingan rakyat dan negara, bukannya untuk asyik mengukuh dan menguatkan kedudukan tokoh-tokoh tertentu dalam part-parti politik tertentu.

Ini adalah kerana sama ada wakil rakyat kerajaan atau pembangkang sama-sama diberi mandat oleh rakyat yang kena bercakap untuk kepentingan rakyat, bukannya kepentingan parti politik yang diwakili yang sepatutnya hanya dipedulikan ketika dalam edah pilihan sahaja, bukannya hal-hal berkaitan politik menjadi keutamaan pada setiap saat dan sepanjang masa.

Saya rasa hakikat yang tidak boleh ditolak, golongan yang tidak mendaftar sebagai pemilih itu sebenar enggan membiarkan mereka menjadi tunggangan pengamal politik mencapai matlamat mereka di samping mereka kurang yakin dengan peranan yang mampu dimainkan oleh wakil-wakil rakyat yang dipilih bertading oleh parti masing-masing bukan kerana mampu memberi khidmat dan bakti berkulaiti tetapi kerana kuat kerja untuk parti.

Lama kelamaan jika pengamal politik terus kekal dengan keadaan sekarang, akhirnya majoriti rakyat terutama kalangan cerdik pandai akan hilang keyakinan terhadap sistem dan amalan demokrasi berparlimen kerana tokoh kepimpinan lebih menononjol sebagai pemimpin parti politik, bukannya sebagai pemimpin kerajaan atau pemimpin pembangkang.

Sesungguhnya pemimpin kerajaan dengan pemimpin parti yang membentuk kerajaan dan pemimpim parti pembangkang dengan pemimpin pembangkang adalah dua perkara yang berbeza. Pemimpin parti politik dipilih oleh ahli parti dan ianya memang patut bekerja untuk partiya.

Sedangkan pemimpin kerajaan diberi mandat oleh rakyat untuk memberi khidmat kepada rakyat tanpa mengira fahaman politik. Demikian juga dengan pemimpin pembangkang yang diberi mandat oleh rakyat sebagai pembangkang, mereka kena bercakap dan berkhidmat untuk kepentingan rakyat tanpa mengira rakyat itu penyokong parti mana.

Kerana gagal membuat perbezaan inilah maka timbul keadaan ketenangan antara parti politik kerajaan dan pembangkang berkaitan hal-hal yang ada epentingan parti politik yang diwakili termauk di parlimen dan dewan-dewan undangan negeri yang patut dibersihkan dari unsur-unsur politik, sebaliknya hanya dihiasi antara perbahasan dan hujahan antara kerajaan dengan pembangkang yang peranannya sama-sama penting kepada rakyat dan negara.

No comments: