Thursday, December 17, 2009

MUNCUL KEMBALI (578)

Bila Melayu disusik, di mana jiwa dan semangat Melayu?

WALAUPUN
kualiti keimanan dan ketakawaan serta nilai manusianya seseorang manusia bukan bergantung kepada bangsa, warna kulit, bahasa pertuturan dan adat resam, namum nilai bangsa tetap kena dibanggakan oleh sesuatu bangsa.

Rasulullah s.a.w sendiri bukan sahaja disebut sebagai bangsa Arab tetapi suku kaum baginda tetap disebut yakni Arab Quaraisy. Pasti baginda berbangga dengan suku kaum baginda walaupun tugas seruan baginda adalah meliputi semua jenis manusia dan jin.

Maknanya identiti bangsa tidak wajar dipercemeh dan diperlekehkan, maruah bangsa kena dijaga sebagaimana kita dituntut mempertahankan maruah keluarga yang mana jika kita mati kerana mempertahankan maruah keluarga, maka kita dikira mati syahid.

Bangsa yang saggup memperlekehkan membiarkanbangsa diperlekeh, apatah lag kalau sanggup menghina bangsa sendiri adalah merupakan kalangan yang pupus identiti dan jahil tentang sejarah bangsa. Orang Melayu yang boleh membiarkan nilai dan ketika ketuanan Melayu dicederakan adalah kerana mereka sudah hilang identiti dan etika Melayu.

Orang Melayu yang boleh biarkan Utusan Melayu/Utusan Malaysia dihina, malah ikut mengambil bahagian mengutuk kerana mereka tidak merasa bertuah menjadi Melayu di samping tidak tahu sejarah dan peranan akhbar berkenaan dalam membangkitan kesedaran dalam mencetuskan semangat juang dalam menuntut kemerdekaan negara.

Bila Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyamakan akhbar Utusan Malaysia terbitan Utusan Melayu (M) Berhad seperti penjahat yang perlu dijauhi kerana mendakwa ia bersikap perkauman dan menyebarkan fitnah, apa respon orang Melayu? Apakah mereka tidak rasa identiti, moral dan etika Melayu dicederakan?.

Ketua Menteri Pulau Pinang mendakwa, tindakan akhbar ini telah mempengaruhi media massa lain sehingga sesetengah blog kini turut menyebarkan berita dan artikel berunsur fitnah, tetapi nampanya akhbar terbitan Utusan masih juga nampak kemaruk melaporkan tentang Lim Guang Eng.

Sepatutnya akhbar terfbita Utusan Melayu (M) Berhad dan akhbar-akhbar dalam bahasa Melayu tidak menyiarkan tentang beliau dan tentang kerajaan negeri pimpinannya, malah tentang DAP partinya, paling kurangkan pun selama lima tahun. Kalau ada keperluan menyiarkan bahan, elak dari jadikan Lim Guan Eng sebagai sumber. Kita tengok apa akan jadi epada beliau dan kerajaan pimpinannya.

Pasti timbul persoalan dalam kepala kebanyakan kita kenapa pemimpin DAP itu menjadi seberani itu membakar hati dan perasaan Melayu? Jawapannya ialah antaranya kerana Melayu sendiri ikut sama LIm Guan Eng menghina dan mencerca Utusan yang dinyawakan dengan air mata dan keringat Melayu. Apa-apa bangsa pun yang tidak menyelami sejarah banga tidak akan merasa bertuah menjadi Melayu, malah tdak akan ada rasa ada apa-apa perbezaan dengan bangsa-bnagsa lain dari sudut nilai, moral dan etika.

Mungkin ada kesilapan dilakukan oleh Utusan dalam menyediakan laporan kerana ianya membabitikan penggunaan manusia yang tidak mungkin akan bebas dari melakukan salah dan silap sama ada kecil atau besar kerana itulah di samping syurga serba maha nikmat, juga disertakan neraka yang maha siksa untuk manusia oleh Allah Maha Pencipta.

Lazimnya kesilapan akan dibetulkan kalau yang lakukan kesilapan itu adalah petugas akhbar sama ada secara sengaja atau tidak sengaja. Tetapi kalau sumber berita yang buat silap yakni memberikan maklumat yang sengaja disilapkan, mana mungkin Utusan misalnya yang kena mengambil tanggungjawab. Laporan sedemikian kalau dibuat pembetulan mencederakan kewibawaan akhbar berkaitan. Justeru kalangan yang tidak berpuashati boleh saman sumber.

Kalau nak kira berbohong, orang politik lagi banyak cakap bohong dan berbelit-belit berbanding dengan laporan akhbar. Pembohongan itu pula adalah secara langsung dan bukan melalui sumber sebagaimana laporan media yang mana wujdkan sesuatu laporan kerana ada sumber yang memaklumkan kepada pihak media.

Pada hemat saya, media dilihat melaporkan pembohongan perpunca dari pemain politik. Ini adalah kerana bilangan tertinggi yang menjadi sumber kepada bahan berita adalah terdiri dari pemain politik.

Pemaian politik pula apabila tersepit dan terkapik oleh kenyataan sendiri, maka akan cuba melepas diri dengan mempersalahkan pihak media supaya sebagai pengamal politik akan dilihat sentiasa betul perfect.

SAYA MENGAMBIL KESEMPATAN MENGAJAK PENJENGUK BLOG INI MEMERHATI APA YANG TERSURART DAN TERSURAT DALAM LAPORAN-LAPORAN BERIKUT;

1. ‘Utusan penjahat perlu dijauhi’
Oleh RAJA SYAHRIR ABU BAKAR
syahrir.bakar@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 17 Dis. – Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyamakan akhbar Utusan Malaysia seperti penjahat yang perlu dijauhi kerana mendakwa ia bersikap perkauman dan menyebarkan fitnah.

Beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang mendakwa, tindakan akhbar ini telah mempengaruhi media massa lain sehingga sesetengah blog kini turut menyebarkan berita dan artikel berunsur fitnah.

Menurutnya, pihaknya boleh menyaman Utusan Malaysia setiap hari kerana akhbar ini menyiarkan artikel-artikel palsu, namun tidak mampu melakukannya kerana kekangan wang serta masa.

“Tengok apa yang dilakukan oleh Utusan Malaysia sekarang diikuti di blog-blog di mana banyak fitnah dilemparkan kepada kita (DAP).

“Baru-baru ini di sebuah blog saya dengar (laporan) Kerajaan Pulau Pinang nak haramkan silat, buat apa nak haramkan silat, kita nak promosi silat,” katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang meminta Utusan Malaysia menghentikan propaganda perkauman dalam sebuah portal berita propembangkang The Malaysian Insider semalam.

Bagaimanapun Mohamed Nazri hari ini membuat penjelasan bahawa kenyataannya itu bukan hanya merujuk kepada Utusan Malaysia tetapi semua media termasuk akhbar Cina dan India.

Guan Eng menambah, Utusan Malaysia perlu lebih bertanggungjawab kerana laporan sebegitu merupakan perosak kepada perpaduan negara.

2.Hormati konsep ketuanan Melayu

KUALA LUMPUR 17 Dis. - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menegaskan bahawa masyarakat di negara ini perlu menghormati konsep ketuanan Melayu yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Jelas beliau, dari sudut bahasa, konsep ketuanan Melayu merujuk kepada kuasa raja-raja Melayu yang memerintah negara ini sebelum wujudnya negara Malaysia moden.

"Penulisan yang mempertahankan kedudukan ketuanan Melayu adalah betul, tapi jangan ada pihak yang hendak ubah kepada Malay supremacy', konsep itu tidak wujud.

''Maaf, tiada perkataan atau ayat dalam bahasa Malaysia yang boleh menjelaskan Malay supremacy, ia tiada dalam Perlembagaan," katanya kepada Utusan Malaysia di lobi Parlimen di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataannya berkenaan akhbar ini yang didakwanya menyampaikan berita-berita berunsur perkauman.

Portal berita propembangkang The Malaysian Insider dalam laporannya semalam mendakwa, Mohamed Nazri menasihatkan Utusan Malaysia supaya menghentikan agenda serta propaganda berunsur perkauman.

Hari ini Mohamed Nazri menafikan beliau hanya menegur Utusan Malaysia berkenaan isu perkauman, sebaliknya peringatan supaya menjaga sensitiviti kaum itu ditujukan kepada semua pengamal media di negara ini.

"Saya tidak kata Utusan Malaysia sahaja, tiada apa-apa agenda untuk menjatuhkan kredibiliti Utusan Malaysia, saya maksudkan semua media termasuk akhbar Cina dan India," tegasnya.

No comments: