Saturday, December 19, 2009

MUNCUL KEMBALI (580)

Banjir di hulu bah di hilir

SEKARANG
kawasan hulu yang merangkumi kawasan pendalaman Negeri Kelantan Darulnaim dilanda banjir.

Keadaan cuaca di Kelantan pada keseluruhannya redup dan muram serta sekali berlaku hujang renyai-renyai di Kota Bharu, Pasir Mas, Tumpat, Bachok dan Pasir Puteh.

Saya tidak tahu dengan keadaan jajahan Machang, Tanah Merah dan Pasir Puteh kerana saya tidak ke sana.

Jajahan Kuala Krai, Gua Musang Musan dan Jeli pasti hujan kerana jajahan berkenaan terkategori sebagai kawasan pendalaman yang kini megalami banjir.

Kalangan yang membuat ramalan ikut pedoman orang tua-tua bercanggah pendapat di kedai-kedai kopi.

Ada yang kata akan ada lagi banjir gelombang ketiga di Kelantan dan pada tahun ini dan dijangka ianya berskala besar.

Alasan yang diberikan kerana sudah banyak tahun banjir besar tidak berlaku.

Manakala sesetengahnya pula kata edah banjir sudah habis kerana ikan air tawar sudah pun 'mengepas' yakni bertelur dan sudah pun menetas dengan ana-anak ikan sudah mencapai ukuran saiz sebesar hujung jari kelingking.

Bagaimanapun petang semalam air Sungai Kelantan semakin deras arusnya dengan ukuran paras air semakin tinggi.

Pagi ini saya tidak dapat pastikan kerana saya belum lagi keluar rumah. Tetapi cuaca lebih redup dari semalam yang mana sekitar pukul 3.00 petang semalam, di rumah saya sudah terpaksa dionkan lampu kerana gelap macam remang senja.

Apa pun biarlah banjir muncul bersama lumrahnya. Banjir juga hanya ikut perintah Yang Maha Pencipta dengan skala-skala saiznya untuk diambil iktibar oleh manusia. Apa yang berlaku di dunia ini bukan saja-saja berlaku kecuali ada tujuan untuk renungan manusia.

Mudah-mudahan banjir tidak dijadikan pesta supaya tidak akan ada nyawa yang melayang gara-gara kecuian manusia di samping biarlah jumlah kerosakan harta benda tidak akan seberapa

Dalam banjir belum ketara di bahagian hilir namun 'bah balah' berhubung dengan isu menantu Menteri Besar Kelantan nampaknya belum reda dan tidak surut mana lagi.

Ini terbukti berdasarkan laporan berikut;

Segera letak jawatan
Oleh AZRAN FITRI RAHIM
azran.rahim@utusan.com.my

KOTA BHARU 19 Dis. – Dewan Pemuda Pas Kelantan akan mengadakan mesyuarat Isnin ini bagi membincangkan cadangan mendesak Ir. Abdul Ariffahmi Ab. Rahman meletak jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) lebih awal tanpa menunggu Mac depan.

Ketua Penerangannya, Dr. Rosli Allani Abd. Kader berkata, dewan itu mungkin akan membincangkan isu itu lebih mendalam termasuk mengadakan undian di kalangan ahli jawatankuasanya untuk membuat desakan tersebut.

Sebelum itu jelasnya, pihaknya akan memanggil menantu Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu untuk kali kedua dalam tempoh terdekat bagi mendapatkan penjelasan berhubung peletakan jawatannya itu.

Menurutnya, keputusan memanggil Abdul Ariffahmi yang juga Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda Pas negeri itu dibuat pada mesyuarat harian dewan itu kelmarin walaupun sebelum ini beliau telah dipanggil.

Katanya, ia bagi memastikan isu tersebut tidak berlarutan kerana akan menjejaskan tumpuan parti dan kerajaan dalam membangunkan negeri ini.

“Isu ini perlu diselesaikan dengan cepat kerana ia menjejaskan parti. Apa yang kita buat ini adalah bersandarkan kepada konsep parti menguasai kerajaan bukannya kerajaan menguasai parti.

‘‘Lagi pun Abdul Ariffahmi ialah Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda Pas negeri,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

PMBK sebelum ini mengumumkan Abdul Ariffahmi akan meletakkan jawatan pada Mac depan selepas diarahkan Nik Abdul Aziz yang dinasihatkan berbuat demikian oleh kepimpinan Pas Pusat.

Bagaimanapun Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar mempertikaikan keputusan tersebut kerana tempoh tiga bulan itu terlalu lama dan memberi ruang yang banyak kepada musuh untuk menyerang.

Rosli Allani berkata, keputusan yang akan dibuat dalam mesyuarat penuh tersebut menunjukkan ketegasan dewan itu supaya isu berkenaan diselesaikan secepat mungkin.

Mengulas mengenai tulisan isteri Abdul Ariffahmi, Nik Amalina di dalam blognya Seri Suri, beliau berkata, tindakan anak perempuan Nik Abdul Aziz itu betul untuk mempertahankan suaminya yang dianggap tidak bersalah selagi mahkamah tidak menjatuhkan hukuman.

“Memang diakui tulisan yang meminta seorang Exco meletakkan jawatan sedikit sebanyak menjejaskan parti tetapi di sini ada dua isu yang berbeza terutama dalam mempertahankan institusi kekeluargaan.

“Sebagai kawan lama, saya melihat Nik Amalina ada hak untuk mempertahankan suaminya daripada terus dihukum oleh orang ramai tanpa diberikan peluang membuat penjelasan,”

Saya rasa desakan Dewan Pemuda Pas itu adalah sebagai sentakan, lantunan dan tindak balas terhadap permintaan isteri kepada Ir Mohd. Ariffahmi Abdul Rahman (menantu) MB, yakni Puan Nik Amalina supaya seorang exco meletak jawatan melalui tulisan dalam blognya.

Tindakan Nik Amalina dan Dewan Pemuda Pas Kelantan itu walaupun apa tujuan dan maksudnya tetap akan memburukkan lagi keadaan, rerak akan menjadi belah.

Apatah lagi apabila Dewan Pemuda Pas Kelantan dalam melakukan desakan supaya Ir. Ariffahmi letak jawatan lebih awal dan tidak menunggu sehingga Mac 2010 dibuat melalui Ketua Penerangannya.

Kalau pun disembunyikan pun ianya ibarat menyembunyikan bangkai seribu ekor gajah di sebalik sehelai lalang kalau dikatakan
Dr. Rosli Allani Abd. Kader tidak dibayangi kalau pun tidak menjunjung titah perintah exco tertentu dalam membuat desakan itu.

Saya tidak nampak Umno sebagai pihak lawan mengambil keempatan memanipulasi atau mengeksploitasi isu ini awalaupun ianya sudah lama menjadi isu

Sebaliknya Umno semacam lebih bersifat menjadi penonton kepada satu pertunjukkan pancak silap bersenjata oleh Pas yang akhirnya pasti akan ada yang tercedera kalau pun tidak menemui ajalnya.

Cuma kalangan Pas sendiri yang khuatir isu yang sedang berlaku akan memasalahkah Pas, apatah lagi apabila ada di kalangan siku lutut Dato' Nik Aziz sendiri terjun ke gelanggang dengan amukkan bersenjata.

Bahananya timbul semacam kerisauan di dalam Pas kalau-kalau Umno memanipulasi dan mengeksploitasikannya kerana isu menantu MB itu asalnya digebeng kepada Umno ketika Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi jadi PM.

Apa yang berlaku dalam Pas sekarang ibrat sengaja memijak mata 'cok cangkul' yang mana padahnya ulu cok mengandas dahi sendiri, umpama dalam pertikaman bereris, ulu dihala ke lawan tetapi mata keris terhunus ke diri sendiri.

Bagi saya Umno lebih bijak dalam menghadapi isu ini dengan tidak banyak masuk campur, sebaliknya membiarkan rakyat Kelantan menyaksikan gelagat Pas dengan lebih lama persembahan pancak silat yang mula dicemari oleh amukkan berenjata dan seterusnya rakyat akan membuat penilaian sendiri tentang kualiti Pas sebagai sebuah parti politik dan kepimpinan Pas sebagai pengamal politik.

Seandainya Umno masuk campur (memang Pas pun berharap begitu) isu berkenaan akan cepat selesai, malah punca angkara akan diembas atas batu jemala Umno.

Tetapi bila Umno mengambil sikap membiarkan Pas terjun dengan labu-labunya, maka Pas terpaksa menghadapi senak perut dan cirit birt yang memanjang.

Sikap Umno itu akan menjadikan Pas akan sertai pilihanraya umum ke-13 nanti dalam umpama orang masuk kelambu sebagai pengantin baru lelaki yang mengidap penyakit kencig manis, darah tinggi, lelah (asma) dan lemah jantung.

1 comment:

Anonymous said...

Satu kupasan yang menarik dari Meli