Saturday, December 19, 2009

MUNCUL KEMBALI (582)

Pitih beli rokok patut diguna beli buku

SAYA sangat bersetuju dengan Sasterawan Negara, Datuk Dr Anwar Rethwan baha ibu bapa perlu campur tangan dalam menentukan bahan bacaan terbaik untuk anak-anak mereka bagi memastikan anak-anak memperolehi ilmu bersesuaian dengan takah usia.

Langkah itu juga penting bagi meningkatkan mninat membaca di kalangan anak-anak mereka kerana pada peringkat usia kanak-anakan dan remaja, ianya adalah tempoh penting dan berkesan bagi menerapkan pengetahuan dan minat dalam diri individu.

Untuk maksud itu, pada saya sudah sampai masanya ketika dunia sedang berperangan dengan tabiat merokok yang agak kronik, di kalangan penduduk dunia, terutama di negara-negara membangun seperti di Malaysia, para ibu bapa yang terdiri dari kalangan perokok patut menukar tabiat buruk mereka.

Maksud saya ada besar faedahnya kalau ibu bapa yang merokok berhenti dari tabiat buruk itu dan menggunakan peruntukkan bagi membellin rokok yang boleh menyumbang kepada pelbagai penyakit kronik dengan membeli buku yang boleh menambahkan pelbagai ilu dan pengetahuan.

Walaupun payah, usaha yang gigih lagi ketagih patut dilakukan bagi menukarkan ketagihan merokok kepada ketagihan membaca. Kalau dilazimkan diri pasti ketagihan membaca akan lebih mengasyikkan berbanding dengan ketagihan merokok.

Berdasarkan perangkaan pihak berkaitan, di Malaysia terdapat 4.6 juta perokok dan merupakan sebahagian daripada 1.3 bilion (1,300 juta) perokok seluruh dunia. Perokok di Malaysia dikatan menghisap 16 bilion (16,000 juta) batang rokok bernilai RM8 bilion (8,000 juta) setahun.

Cuba bayangkan betapa semaraknya industri penghasiaan, penerbitan dan pengedaran buku sekiranya RM8 bilion hasil pembelian rokok setahun itu mengalir kepada pembelian buku.

Dengan nilai belian sebanyak RM8 bilion itu, bayangkan juga betapa akan berilmu, berpengetahuan dan bermaklumatnya rakyat negara ini jika mereka wang sebanyak itu digunakan bagi membeli buku.

1 comment:

PUCHONG PERDANA said...

simple question...

1. Kenapa kerajaan seolah membutakan mata n melumpuhkan agensi berkuasa... dalam menanggani kehadiran melampau pendatang afrika yang berlelusasa dan penyangak ini?...

2. afrika yang mundur... kenapa perlu kehadiran berleluasa di Malaysia... sampai nak makan pun tak senang... ada je afrika yang jual barangan sesuka hati kacau aku nak makan...

3. apa FAEDAH kehadiran afrikan kat Malaysia... nak cakap student muka banyak tua tua... perangai plak totally bang=sat... suka mabuk2... suka buat maksiat... MUFTI Malaysia nie kenapa SENYAP?... apsal tak kemuka kan persoalan dan bincangkan hal2 keroskan moral nie?...

4. Soalan akhir... BERAPA JUTA USD / RM/ $$$ yang dikaut oleh pegawai atasan Kastam... Polis... Pemimpin politik amno beer end... dengan kemasukan berleluasa tanpa had n kawalan afrikan dan pedatang asing nie?... merata2 je nampak muka mereka... jemu dan meluat lah...

jawap kalau ada jawapan...