Sunday, December 20, 2009

MUNCUL KEMBALI (583)

Raja Petra tidak patut membawa lari kedayusan

ADA pepatah berbunyi 'berani kerana benar takut kerana salah', 'kalau tangan berani mencincang bahu kena berani memikul', 'berani buat berani tanggung' dan beberapa pepatah lagi sebagai bukti kita kena bertanggungjawab terhadap apa yang kita buat dan pastinya juga apa yang kita cakap dan kita tulis.

Sebagai antara blogger amatur, barangkali saya bercanggah pendapat dengan para bloggers tentang sikap blogger mapan Raja Petra Raja Kamaurddin selaku pengendali web Malaysia Today yang menghilangkan diri sejak kira-kira lapan bulan yang lalu.

Pada saya blogger berkenaan tidak patut lari dan sembunyikan diri serta membiarkan dirinya tersenarai sebagai buruan polis, malah tidak mustahil nantinya akan turut menjadi buruan polis antarabangsa (interpol).

Sikapnya itu secara tidak langsung tempiasnya akan terkena kepada bloggers dan pengamal media cyber lain pada kacamata masyarakat terbanyak. Tidak mustahil mereka akan beranggapan bloggers hanya berani membuat pendedahan tentang sesuatu isu yang barangkali belum tentu benar dan bila perlu dipertanggungjawabkan terhadap apa yang didedah dan ditulis, mulalah larikan diri.

Kalau apa yang didedahkan betul dan bukan bertujuan tidak baik, kenapa perlu lari untuk menghadapi pendakwaan. Seseorang yang dituduh bersalah tidak akan dianggap bersalah sebelum hakim membuat penghakiman. Kalau sebelum mahu dibawa ke muka pengadilan sudah lari dan sembunyikan diri, nampak sangat betapa pengecutnya kita dan lazimnya kita akan jadi takut kalau kita berbuat salah.

Barangkali Raja Petra ada alasannya tersendiri untuk lari dan bersembunyi dan rela menjadi buruan polis dan interpol, tetapi bagi saya beliau tidak patut lari kerana secara tidak langsung dalam pelariannya dan persembunyiannya beliau membawa lari dan menyembunyikan keadayusan, kebaculan dan ketakutan.

Manis atau pahit, ringan atau berat kesan yang terpaksa ditanggung gara-gara apa yang ditulis dan didedahkan, kena diterima dengan penuh tanggungjawab dan profesional kerana disukai atau dibenci memang sudah menjadi asam garam bagi penggiat dalam bidang kemediaan, termasuk media cyber.

Pengamal media yang beretika tidak perlu takut kepada segala kemungkinan kerana menjadi adat dalam perjuangan, termasuk pejuangan bersenjatakan mata pena dan huruf serta angka kerana setiap pejuangan dan perjuangan terpaksa berdepan dengan pelbagai risiko.

Sehubungan dengan itu, demi untuk para bloggers dan dunia media cyber tidak dilihat sebagai penyibar dan media yang tidak beretika dan hanya medan untuk main-main, berseronok dan hanya untuk mengisi masa terluang, Raja Petra perlu tampil untuk hadapi berbicaraan sebagai pemberani yang penuh kejantanan.

Dengan segala bukti yang cukup, patahkan hujah-hujah pendakwaan dan kalau beliau berada dalam kebenaran dan pendedahan dan tulisannya tidak ada yang tidak benar melainkan benar belaka, keadilan pasti akan berpihak kepadanya.

Yakinlah dunia ini terlalu sempit untuk kita lari dan bersembunyi. Lagi pun Islam amat mengutuk pejuang yang lari dari medan perjuangan, malah pejuang sedemikian boleh dibunuh.Allah dan malaikat-Nya akan membantu pihak yang benar.

11 comments:

Anonymous said...

Tuan kapak...
Itulah tandanya apa yang dikatakan 'Kokok berderau-derau, ekor dilumuri najis', yang orang buat semua salah, yang dia buat semua betul, tapi gagal tunjukkan bukti yang dikatakan betul tu...
Orang macam inilah akan menjahamkan negara! dan orang semacam ini jugalah yang digunakan oleh pihak-pihak tertentu untuk meruntuhkan negara...
Walau apa pun tuduhan, caci maki, fitnah, kutukan dan kata nista...telah 52 tahun negara kita mempertahankan kemerdekaan, keamanan dan penuh keharminian...Namun sejak akhir-akhir ini telah diserabuti oleh petualang-petualang bangsa yang berkepntingan, sehingga selalu mewujudkan suasana tegang dalam negara. Akibat gilakan kuasa...sanggup berbuat apa sahaja...walaupun menggadaikan prinsip dan maruah negara...Orang seperti ini tidak diperlukan oleh negara!..dan kalau 'kuman' ini nak terus tinggal sana pun lagi baik...buat kacau dalam negara dan terus lari! Tok guru dia ada kat sini...

Anonymous said...

Abe Li...
Cuba tengok, setelah pembangkang menang banyak sikit kat parlimen, tidakkah suasana dah jadi tidak aman.Yang cina nak tuntut macam-macam, india begitu jugak. Dalam BN pulak MCA dan MIC juga mendesak dan menuntut itu dan ini. Demi untuk menjaga hati kaum-kaum ini, kedua-dua pihak terpaksa akur dengan permintaan mereka, kalau tidak diugutnya kan keluar. Lihatlah di Perak semasa ditadbir oleh PR, sampai bagi tanah sehingga 999 tahun, tu baru sikit, bayangkan kalau lama sikit memerintah, habis negara dapat kat org lain. Melihat keadaan 'kelembutan' yang diamalkan oleh pemimpin-pemimpin Melayu ini, maka penasihat yang paling besarpun datang, namanya Lee Kuan Yew. Jumpa Tuan Guru Nik Aziz, jumpa Lim Guan Eng, Jumpa Khalid bagi nasihat...Siapa sebenarnya yang menang? Siapa sebenarnya yang untung? Nampaklah sekarang yang apabila orang Melayu sama Melayu bergaduh, orang lain ambil peluang...Golongan minoriti dah caturkan golongan minoriti. Tolonglah...jangan sampai menang sorak, kampung tergadai!

Anonymous said...

ANGGOTA penguat kuasa MPKB-BRI memeriksa peniaga dan pembantu kedai yang tidak menutup aurat di Pasar Borong Wakaf Che Yeh, Kota Bharu malam kelmarin.

KOTA BHARU - Seramai 15 peniaga dan pekerja wanita beragama Islam di Pasar Borong Wakaf Che Yeh di sini dikenakan kompaun RM500 oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) pada operasi tutup aurat di sini malam kelmarin.

Penolong Pengarah Jabatan Pembangunan Islam MPKB-BRI, Wan Sharafi Wan Mustafa berkata, mereka dikenakan tindakan tersebut kerana berpakaian tidak menutup aurat dengan sempurna.

Menurutnya, tindakan tersebut diambil mengikut Undang-undang Kecil Trade Perniagaan MPKB-BRI 1986 (pindaan 2002).

Jelas beliau, penguatkuasaan larangan mendedah aurat itu dikenakan kepada golongan peniaga yang menjalankan aktiviti perniagaan mereka di bandar ini tanpa mengira waktu.

"Operasi itu diadakan selepas mendapati ramai peniaga dan pekerja wanita beragama Islam tidak menutup aurat walaupun pekeliling bertajuk Arahan Mematuhi Etika Berpakaian telah dikeluarkan sebelum ini," katanya.

Mereka yang dikenakan tindakan itu didapati tidak memakai tudung kepala, memakai kemeja-T berlengan pendek dan ketat serta berseluar panjang ketat.

MASUK PAS (LEPAS WACANA) said...

BAB TUTUP AURAT ... TENTU BINI POKJIB,SEMAH JAMBUL TAKUT DATANG KE KELANTAM ( KENA RM500 )

Anonymous said...

Hari pertama Sidang DUN Terengganu 'panas' soalan wakil BN

KUALA TERENGGANU: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu yang sebelum ini disifatkan agak 'muram', hari ini bertukar rancak dan sekali sekala keadaan menjadi agak panas dengan soalan yang bertubi-tubi daripada penyokong kerajaan sendiri.

Semasa sesi soal jawab hampir satu jam pada hari pertama persidangan, beberapa soalan yang diajukan kepada Menteri Besar, Datuk Ahmad Said, menyebabkan keadaan sedikit tegang dan kadangkala sindir-menyindir kedengaran dalam dewan melibatkan wakil rakyat Barisan Nasional sendiri.

Sesi soal jawab pagi ini dimulakan dengan soalan daripada Din Adam (BN-Bukit Besi) yang mahukan penjelasan berhubung nama syarikat pengendali bijih besi di Bukit Besi dan manfaat kepada rakyat tempatan.

Menjawab soalan itu, Ahmad berkata kerajaan telah meluluskan pelantikan tiga syarikat untuk melakukan perlombongan bijih besi di Bukit Besi yang terletak di Dungun.

Beliau berkata dengan pembukaan semula kawasan perlombongan di kawasan itu, ia dijangka mampu memberi peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan khususnya 50 peratus daripada pekerja yang diupah seperti mana yang disyaratkan.

Tidak berpuas hati dengan jawapan itu, Din minta penjelasan tentang nama syarikat yang dilantik dan kemampuannya selain mempertikaikan sama ada benar syarikat tersebut melantik 50 peratus rakyat Terengganu menjadi tenaga kerja situ.

"Saya hanya tahu mengenai pembukaan kawasan lombong itu melalui pekerja kawasan itu. Saya orang Bukit Besi, duduk di Bukit Besi dan menjadi wakil rakyat Bukit Besi tetapi tidak tahu menahu tentang perkara berkenaan," katanya.

Ahmad berkata kerajaan Terengganu bercadang untuk membuka semula kawasan perlombongan di kawasan itu setelah perunding yang dilantik mengesahkan masih terdapat lima juta metrik tan bijih besi di situ.

Untuk itu, katanya, kerajaan negeri telah melantik tiga syarikat untuk mengendalikan pajakan selama lima tahun iaitu TBM Minerals Sdn Bhd, Cahaya Ikhtiar Sdn Bhd, dan Wahaba Wangi Shd Bhd yang semuanya beralamat di Terengganu.

Ahmad kemudian menyindir Din dengan menyatakan wakil rakyat itu kerap tidak hadir pada persidangan dewan dan jarang menjejakkan kaki di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri menyebabkannya tidak mengetahui pembangunan di kawasan sendiri.

Pertikaman lidah turut melibatkan Alias Abdullah (BN-Alur Limbat) apabila beliau mempertikaikan jawapan yang diberikan oleh Ahmad mengenai peruntukan yang diluluskan oleh kerajaan untuk melaksanakan projek perparitan Baruh Muring Tasek-Padang Leban-Sungai Bukit Payong.

Ketika ditemui di luar dewan, Ahmad berkata beliau melihat perubahan pada persidangan kali ini sebagai satu petanda baik.

"Ini satu petanda baik walaupun kadang kala kita lihat cara soalan dikemukakan tidak seharusnya dilakukan oleh pihak kerajaan...seolah-olah sebagai parti pembangkang...tapi kita tidak kisah.

"Kita boleh melihat bagaimana kematangan bukan sahaja di kalangan wakil rakyat tetapi juga keintelektualan pihak kerajaan menjawab soalan. Saya tidak ada masalah," katanya.

DUN Terengganu mempunyai 24 anggota BN dan lapan daripada Pas

Anonymous said...

Raja Putra lari kerana sistem demokrasi dan sistem keadilan Malaysia yang pincang dibawah Kerajaan zalim UBN. Takut kena penangan macam Anwar Ibrahim dulu, Teoh beng hock, dll... sikit saja salahnya tapi penderaannya macam penjenayah besar!

Dalam alquran ada kisah seperti ini, contoh pemuda2 ashabul kahfi, Nabi Ibrahim, Nabi Lut, Nabi Musa, Nabi Yunus,... dan hijrah Rasul SAW .. mereka lari dari penguasa yang zalim dan kaum yang fasik.

Budak Mengaji Usuludin, Al-Azhar Unversiti said...

Apakah peranan yang dimainkan oleh Raja Petra mencapai tahap pemuda ashabul kahfi dan kerajaan sekarang sezalim kerajaan pada zaman ashabul kahfi.

Yang kata zalim adalah di kalangan parti pembangkang yang rasa mampu jadi kerajaan yang lebih baik sebelum jadi kerajaan. Apakah di negeri yang diperintah pembangkang kini lebih baik?

Kita kena kembali kepada realiti. Kalau hidup berpapasikan angan-angan dan KALAU AKU JADI KERAJAAN, KALAU AU JADI PM KERAJAAN akan lebih baik, maknya jkita sedang berada di bawah pengaruh syaitan.

Student Jordan said...

Tak tutup aurat dia sendiri yang menangggung dosa, boleh taubat dengan Allah taala kalau dia mahu, kalau terhidayah...tapi yang pembangkang yng cuba MERUNTUHKAN NEGARA, MEMBURUKKAN IMEJ NEGARA KAT LUAR NEGARA, MEROSAKKAN EKONOMI NEGARA, LEBIH MEMBELA MUSUH DARIPADA SAUDARA SEBANGSA SEAGAMA, WUJUDKAN SUASANA KACAU BILAU BERTEMPIT DIJALAN2 RAYA, sehinggakan tiada lagi keharmonian...Nak minta ampun dengan sapa? Tak ada fikiran ke..?

Anonymous said...

'KALAU NAK LAKSANA HUDUD, LANGKAH MAYAT SAYA DULU'
-Mr. Karpal Singh.

'KALAU NAK AZAN, TAK PAYAHLAH PAKAI SPEAKER,GANGGU MASYARAKAT SETEMPAT'
-DAP

-Kita mesti ikut kata-kata Karpal Singh dan Teressa Kok ini, bagus...kita mesti ikut PAS sebab PAS kan parti Islam, mesti dia lebih tahu, lebih alim. Kalau PAS dah bersama Karpal Singh...itu tandanya Karpal Singh ni benar! Dalam PAS ada tok guru...takkan tok guru tak tahu. Azan pun tidak boleh dilaung kuat-kuat, jangan pakai speaker...sokonglah...

Wak Gotel Bubuh said...

Jangan kritik Pas, nanti tak masuk syurga.

Berkawan dengan Pas Karpal Singh pun boleh bau harum syurga. Bukankah di dada Karpal ada bulan....bulan tu agak sendiri lambang apa.

joostspring said...

anom 6.41

raja kentut tu kau samakan dgn kisah pemuda2 ashabul kahfi, Nabi Ibrahim, Nabi Lut, Nabi Musa, Nabi Yunus,...

saudara check dan selidik dulu peribadi dan keimanan si RPK dulu sblm nak samakan dgn kisah2 yg saudara sebut tu...

entah2 kepala otak saudara ni dah rosak rasenya...