Monday, December 21, 2009

MUNCUL KEMBALI (585)

Ekonomi Malaysia di persimpangan kritikal, apa sumbang bakti pembangkang dalam hadapi persaingan?

KEADAAN ekonomi sesebuah negara sama ada kukuh atau goyah bergantung kepada keadaan semasa ekonomi dunia dan juga bergantung kepada keberkenanan usaha berkesinambungan dalam mengekalkan kemantapan dan keutuhan ekonomi.

Tugas dan tanggungjawab maha berat sesebuah kerajaan dan braisan kepimpinan nergara ialah memastikan negara sentiasa menang dalam persaingan bagi memastikan ekonomi negara terus mantap, kukuh dan utuh.

Bagi yang faham dan belajar untuk faham tentang betapa berat dan azabnya berdepan dengan persaingan pada peringkat dunia dalam soal berkaitan dengan ekonomi khususnya, pasti mereka akan dapat bayangakan betapa tumpuan yangg sungguh-sungguh kena diberikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mestabil dan mengekal kemantapan serta keutuhan ekonomi negara.

Ini adalah kerana ekonomi Malaysia kini di persimpangan kritikal iaitu sama ada terperangkap menjadi negara berpendapatan sederhana atau akan mencapai status berpendapatan tinggi yang memerlukan perubahan struktur ekonomi bagi mengelakkan Malaysia terperangkap dalam kedudukan negara berpendapatan sederhana.

Negara perlu termasuk dalam senarai negara mencapai satus berpendapatan tinggi demi kemantapan dan keutuhan ekonomi dapat dipertahankan tetapi ianya bukan seperkara yang mudah untuk direaliasika kerana banyak persaingan yang terpaksa dihadapi.

Persaingan dari segi pengeksportan dalam sektor pembuatan yang secara tradisinya membantu mengerakkan ekonomi negara ini kini berdepan persaingan amat sengit, ianya sesuatu yang tidak dapat dielakkan dan sesuatu yang menuntut kita menerima perubahan dan berubah.

Ianya melibatkan perubahan terhadap ekonomi negara dengan bergerak ke atas rantaian aktiviti ekonomi bagi mewujudkan pekerjaan dengan upah lumayan. Pemantapan dan keutuhan ekonomiakan dipacu oleh sektor perkhidmatan yang mana Perdana Menteri meramalkan sektor perkhidmatan akan menjadi pemacu utama pertumbuhan ekonomi dengan berkembang 3.6 peratus pada tahun depan.

Macam mana untuk menghadapi persaiangan yang semakin sengit, Perdana Menteri dan kerajaan memerluan sokongan padu rakyat kerana faedah kemantapan dan keutuhan ekonomi bukan hanya akan dinikmati oleh penyokong kerajaan tetapi juga pihak penentang yakni pembangkang yang tidak pernah berpuashati dengan apa yang kerajaan buat.

Persoalannya, dalam keadaan ekonomi negara di persimpangan kritikal sekarang, apa sumbangan yang diberikan oleh pembangkang, setidak-tidaknya dalam bentuk cadangan, pandangan dan buah fikiran yang bernas, telus dan tulus untuk menghadapi persaingan supaya negara tidak terperangkap menjadi negara berpendapatan sederhana, sebaliknya mencapai status berpendapatan tinggi.

Kalau asyik berpolitiking dalam semua perkara dan asyk mencincang dalam bentuk individusme pemimpin kerajaan, apa faedah yang negara dan rakyat dapat, malah apa laba yang para pengundi yang mengundi pembangkang perolehi sedangkan untuk menghadapi persaingan dalam memantap dan mengutuhkan ekonomi, terpaksa bergantung sepenuhnya kepada kerajaan dan pimpinan kerajaan yang dikecam, dicaci, dimaki, diperhina adan perlekeh siang malam.

Sesungguhnya menjadi kerajaan tidak semudah menjadi pembangkang kerana banyak tanggungjawab yang terpkasa dipikul. Justeru itu kalau menjadi pembangkang pun gagal berfungsi sebagamana sepatutnya, maka kalau diberi mandat menjadi kerajaan pasti akan tunggang langgang jadinya.

Kerana itulah agaknya angan-angan besar pihak pembangkang mahu tumbangkan kerajaan yang ada tidak direstui-Nya dan insyaallah tdak akan direstui sampai bila-bila selagi kualiti pembangkang berada pada tahap sekarang.

No comments: