Monday, December 21, 2009

MUNCUL KEMBALI (586)

Peluang dalam industri aeroangkasa perlu direbut

DENGAN peningkatan pelaburannya meningkat 300 peratus dalam industri aeroangkasa bagi tempoh tiga tahun membuktikan bahawa industri global berkenaan cukup berpotensi dan strategi membangunkannya oleh negara ini bermula kira-kira lima tahun yang lepas, adalah amat tepat.

Potensi bidang berkenaan kian menyelah apabila pembangunan industri aeroangkasa tempatan mencatatkan pengeluaran mencecah RM25 bilion ata RM25,000 juga sehingga tahun lepas di samping berjaya menyediakan 54,000 peluang pekerjaan.

Untuk tempoh tiga tahun yang mecatatkan peningkatan jumlah pelaburan 300 peratus dengan nilai pelaburan RM1.4 bilion atau RM1,400 juta dan mewmbuka 2,700 peluang pekerjaan cukup untuk dijadikan faktor penyebab suapa apa jua insentif yang diberikan kepada industri berkenaan. kena diberi sokongan padu oleh rakyat jelata.

Bila kerajaan umumkan insentif kewangan dan galakan percukaian kepada syarikat-syarikat yang telibat dalam industri berkenaan, tidak patut timbul suara-suara sumbang bagi mempertikaikan kewajaran atau dipersepsi dan ditomah dengan pelbagai unsur negatif.

Sebaliknya ibu bapa patut berlumba-lumba melengkapkan anak masing-masing dengan ilmu, pengetahuan dan kemahiran bagi melayakkan mereka mengisi kekosongan 16,000 kekosongan pekerjaandalam industri aeroangkasa menjelang tahun 2015.

Sebagaimana juga dalam pelbagai bidang yang lain, hanya mereka yang ada ilmu, pengetahuan dan kemahiran sahaja yang layak bersaing dalam merebut peluang pekerjaan dan boleh menang dalam persaingan.

Adalah sesuatu yang amat malang seandainya 54,000 peluang pekerjaan dalam industri aeroangkasa yang mencatatkan pertumbuhan sebanyak 11 peratus dalam tempoh lima tahun yang lalu dimonopoli oleh rakyat asing kerana rakyat tempatan kekurangan llmu, pengetahuan dan kemahiran dalam bidang berkenaan.

Seandai itulah natijahnya, maka adalah menjadi tuntutan kepada setiap rakyat negara ini untuk memburu ilmu, pengetahuan dan kemahiran dalam bidang berkaiatan supaya industri yang dibangunkan di negara ini bukan sahaja memberi faedah kepada negara tetapi epada raktanya secara langsung.

No comments: